Journal 2014 - # 541

Hi uols! Salam perpaduan salam perjuangan!! Aku masih lagi dalam mood percutian, sedar tak sedar hari ni last day aku berada di Sabah.. Ada beberapa perkara yang masih tertunda lagi Insya Allah hari ni kalau dapat dilaksanakan akan terlaksana jika tidak simpan-simpan dulu urusan itu untuk next projek. Kali ini aku tak cerita soal isu semasa cuma nak sembang santai dan sembang kosong saja.
 
Adalah kalanya dalah hidup ini terpaksa memilih antara suka atau tidak, terpaksa memilih antara menyakitkan atau melukakan hati dan perasaan sendiri. Hakikatnya itulah yang selalu kita hadapi dan untuk melaluinya perlu banyak perkara yang dihuraikan walaupun adakalanya tiada siapa yang tahu jawapan sebenar. Namun aku tidak mahu hidup dalam bayang-bayang sendiri tak nak berada dalam dilema, tak nak terus dihujani persoalan dan tak nak terus diberi peluang untuk memilih antara satu.

Tika perasaan ini telah pernah melalui segalanya, aku tekad tak nak ulangi semua itu kerna aku tahu ada sinar menanti dihadapan aku suatu hari nanti dan aku yakin kerana itu janji Dia kepada setiap hamba yang diuji. Namun mampukah aku laluinya sekali lagi jika ia berlaku. Mengimbas segala kenangan yang dihadapi aku sentiasa mencari jawapan demi jawapan, belajar daripada kegagalan, merawat segala luka dan duka yang selama ini aku pendamkan tanpa berkongsi dengan sesiapa.

Namun sendiri aku lalui jua.. merawat luka yang terpendam, memujuk hati yang terluka dan menjinak rindu sendirian. Walaupun aku tahu bukan mudah untuk aku tempuhi semua itu. Tika hati mula berbicara memujuk rasa dan perasaan, air mata menjadi teman sejati. Barulah aku sedar bahawa aku sendiri perlu bangun tanpa memerlukan orang lain. Nyata aku tabahkan hati walaupun terasa perit dan pedih.. cukuplah apa yang aku alami ketika ini dalam mencari erti kehidupan sebenar. Semakin aku diuji semakin aku takut untuk menerimanya lagi. 

Ya Allah sesungguhnya aku tahu Engkau menyayangi hambaMu ini. Oleh itu aku mohon padaMu Ya Allah tolonglah hambaMu ini, relakanlah hatiku untuk damai seketika selagi bernafas ini. Ubatilah lara dalam jiwa ku ini, berikanlah aku kesempatan untuk merawat segala duka dalam diri ini. Ya Allah Ya Tuhan ku, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh rintangan hidup ini.. Ingatkanlah aku sentiasa akan diriMu dan KekasihMu Muhammad Rasulullah saw yang sentiasa diuji lebih dari apa yang aku lalui ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau mengatur yang terbaik untuk ku, padaMu aku berserah dan padaMu jua aku bermohon serta berlindung, Amin.

Merawat luka yang terpendam
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima

Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah bahagia nanti akan menyingkir hiba
Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian
Berkemungkinankan bahagia nanti akan menyusur tiba

Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa
Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima

No comments: