Showing posts with label Info Iman. Show all posts
Showing posts with label Info Iman. Show all posts

Journal 2014 - # 857

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

15 Dosa di Kepala Wanita

Assalamualaikum! Hi uols! Ketahui oleh wanita 15 dosa di kepala wanita yang tanpa sedar kita telah lakukan.

1. Tidak bertudung (menutup aurat).
Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .
2. Menyambung rambut / memakai sanggul.
Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).
3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.
Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).
4. Mencabut uban.
Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).
5. Memakai bulu mata palsu.
Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh.

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)
6. Bersolek/berhias.
Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].
7. Merenggangkan / mengikir gigi.
Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Bukhari 4886).
8. Membuat tatu.
Lihat kenyataan ke-7.
9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).
10. Memakai rambut palsu.
Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).
Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.
11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.
Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)  
Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)
12. Mencukur / mencabut bulu kening.
Lihat kenyataan ke-7.
13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.
Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]
14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari). (Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.
15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.
Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik itu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).
Diterjemahkan dari sumber Abu Fahd Negara Tauhid

Journal 2014 - # 854

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Apabila Segalanya Di Pertontonkan Di Facebook

Assalamualaikum! Hi uols! Facebook oh Facebook!! Semuanya dalam facebook! Update Aktiviti harian! Update dah makan! Update macam-macam update! Tak kurang juga yang suka like dan komen, Kalau perkara yang baik dan mendatangkan faedah, tak apalah ilmu yang bermanfaat tapi kalau yang membawa kearah kehancuran, maksiat, fitnah dan sebagainya, siapa yang nak jawab!? Dan siapa yang nak tanggung dosa-dosa itu?? So apa kata kita baca cerita di bawah ni sebagai tauladan dan sempadan buat kita umat islam.
Keadaan di kedai makan itu seperti malam-malam sebelumnya. Orang ramai berpusu-pusu keluar masuk. Menu char koey teow menjadi pilihan utama bagi sesiapa yang mengunjunginya. Azmi tidak terkecuali. Cuma kali ini lebih tenang, apabila dia bersama dengan sahabatnya yang belajar di Mesir. Ehsan namanya. Sudah lama mereka tidak ketemu.

“Ko perasan tak, yang Facebook dah banyak berubah?”. Ehsan memulakan perbualan. Char koey teow special telah habis dijamahnya.

“Aah, aku perasan juga. Dah ada ticker sekarang ni, yang mana segala perbuatan kita di Facebook, akan diketahui umum. Malah, kalau upload gambar pun, punyalah besar apabila ada dekat wall tu. Dahsyat Facebook sekarang ni.” Rungut Azmi. Dia meneguk teh ais, sambil mengetap bibir kerana kesejukan.

“Hmm, itu yang aku risaukan. Bukannya apa, aku selalu terfikir. Bagaimana ketika di akhirat kelak, yang mana segala perbuatan kita akan dipertontonkan semula, samada perbuatan baik atau buruk. Tengok sajalah, kat Facebook pun, segala apa yang kita lakukan, akan keluar dekat ticker tu, dari ‘like’, ‘comment’ dan macam-macam lagi. Tidaklah aku katakan salah untuk bersosial, cuma perlulah berpada-pada. Kita tidak akan berasa segan sekiranya kita melakukan perkara yang bermanfaat di Facebook. Tetapi, malu sebenarnya, jika kita melakukan perkara yang melalaikan, yang mampu menimbulkan fitnah, kemudian dipertontonkan pula di khalayak ramai.” Ehsan meleter panjang.

“Aku pula cuma kurang suka sekiranya kawan-kawan perempuan aku, begitu seronok upload gambar kat Facebook. Bukannya apa, tidak ada salahnya untuk upload, tetapi tidak perlulah sehingga mendedahkan aurat, malah membuat gaya yang menggoda. Mata-mata yang liar begitu banyak memerhatikan mereka. Saham dosa semakin bertambah tanpa sedar. Tidak terkecuali bagi kawan-kawan lelaki juga yang suka mendedahkan aurat. Seolah-olah di akhirat, segalanya dipertontonkan di Facebook. Segala dosa-dosa akan dituntut di akhirat kelak.” Azmi menambah.

“Hmm, maka disebabkan itulah, kita kena pandai ambil peluang.” Ehsan menimbulkan tanda tanya dalam diri Azmi.

“Maksud ko?” Azmi menggelengkan kepala, tanda tidak mengerti.

“Orang selalu fikir bahawa laman web sosial ni, hanyalah tempat untuk kita bersosial sahaja, yang mana ikhtilat lelaki dan perempuan sudah tidak ada batasan. Bukanlah bermaksud tidak boleh berkawan langsung dengan berlainan jantina di Facebook, namun, perlu menjaga batas pergaulan, sungguhpun hanya di alam maya. Janganlah sehingga menimbulkan fitnah dan syak wasangka, atas segala perbuatan kita yang dipertontonkan di Facebook tu.” Hujah Ehsan.

“Gunakan medium ini untuk berdakwah. Nak jadi da`ie mesti kreatif. Takkan nak tunggu kita belajar kat Mesir, amek jurusan Syariah, nak kena jadi ustaz, baru boleh berdakwah, kan? Dengan hanya menggunakan medium seperti Facebook sahaja, kita dapat menyebarkan Islam, memberi manfaat kepada orang lain. Contohnya, boleh sahaja kita post link-link agama yang bermanfaat, contohnya dari ILuvIslam. Kongsikan tafsir Al-quran dan juga Hadis. Kemudian boleh sahaja kita post link-link dari Youtube, video yang memberi pengajaran. Maka apabila dipertontonkan di Facebook, di khalayak ramai, sekurang-kurangnya kita melakukan perkara yang bermanfaat. Mungkin sahaja menjadi saham pahala bagi kita, bukannya menjadikan Facebook sebagai medium menambah dosa dan tempat meluahkan perasaan, kan?” Tambah Ehsan, panjang lebar.

“Hmm, aku setuju dengan pendapat ko. Tapi, bagaimana kalau sesetengah daripada kawan-kawan kita kurang bersetuju? Mungkin sahaja akan ada umpatan-umpatan liar mengatakan bahawa kita pun perangai tak seberapa, nak berdakwah kat orang lain pula.” Azmi cuba menguji Ehsan.

“Iya, tidak dinafikan memang ada sahaja yang tidak bersetuju dengan kita. Namun sedarlah, redha Allah lebih penting dari redha manusia, kan? Perlu menjadi sempurna dulu ke, untuk membuatkan kita berhak menasihati dan berdakwah kepada orang lain? Tanpa sedar, sebenarnya kita dapat memperbaiki diri kita, sedikit demi sedikit.” Hujah Ehsan, padat.

“Betul juga apa yang ko cakap tu. Hmm, haa ko perasan sesuatu tak?”
“Tak pun. Perasan apa?”
“Aku rasa, tokeh kedai ni asyik pandang kita ja, rasanya dia macam dah nak tutup kedai.”
“Haha, agak arh, dah lewat ni kan, ok la, jumpa lagi nanti. Semoga segala apa yang kita bincangkan, memberi manfaat. Semoga Allah mempertemukan kita lagi. Assalamualaikum.”
“Haa, waalaikumussalam.” Mereka berpisah, mengikut haluan masing-masing.
Sumber: http://resolusiaddin.blogspot.com/

Journal 2014 - # 853

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Jangan Kata Hipokrit Kepada Mereka Yang Belum Bertudung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2325irHVuMRhuGJlB_OcNG-sKO2QFmbghP0MUnrcG8sM_G3DlbB8sXhtrsYwVIgxdD5YRXpLFe0gSbCkCJITUzkIZ86yJZu2SnzUEX6RvRyikT0lJsFKPy761ULL0u20-cXsazKb_lP4/s1600/hijab-poster-60-big.jpgAssalamualaikum! Hi uols! Adakalanya kita memandang sini kepada rakan-rakan kita yg belum menutup aurat atau memakai tudung. Ketahuilah bukan mereka tidak mahu bertudung tetapi adakah kita disekeliling mereka itu pernah mengajak atau mendoakan mereka untuk bertudung?? Jom kita baca artikel ini yang ditulis oleh Siti Hannah Jikri sebagai renungan kita bersama.

Aku membetulkan rambutku yang ditiup angin. Cuaca panas begini pasti merosakkan rambutku! Aku melangkah masuk ke surau kolej.

Sekelip mata, aku terasa diperhati. Janggal? Aku sudah biasa. Aku meletakkan beg galasku di sudut. Malang untukku, telekungku terdampar di birai katilku di bilik. Aku terlupa membawanya.

Seusai mengambil wuduk, aku mencari jika ada telekung yang tidak digunakan. Dan malang sekali lagi, tiada telekung untukku.

Seorang wanita yang sibuk membetulkan tudung bawalnya memandang sinis kepadaku. Aku melemparkan senyuman tawar untuknya.

“Kenapa tak solat je dengan rambut terdedah? kalau kat depan manusia tak malu buka aurat, takkan nak jadi hipokrit depan Allah? Sedarlah diri tu sikit” senyumanku di balas dengan kata-katanya yang sinis.

Aku hanya mendiamkan diri. Kesabaranku sedikit tercalar.

“Kenapa diam? Terkena batang hidung sendiri ke? Perempuan hipokrit macam kamu ni lah yang suka palitkan dosa kamu tu, kat kami yang bertudung ni” suaranya sedikit tinggi mencabarku.

“Hello miss?? Saya tak kacau hidup awak pun! Jangan menghukum sebelum menilai!” hatiku mula berang.

“Dari luar pun dah dapat nilai. Dah diluar pun tak terjaga, apalagi hati yang kat dalam. Luaran menunjukkan dalaman. Perempuan yang bertudung sudah tentu lebih baik daripada yang tak reti-reti pakai tudung. Betul tak?” dia menjelingku sambil tersenyum dengan rakannya disebelah.

Aku mengengam jemariku menahan amarah dihati. Aku tahu kerana tidak bertudung aku sering diasingkan oleh teman sekolej. Namun, layakkah mereka menghinaku dikhalayak ramai?

“Assalamualaikum saudari berdua” seorang wanita bertudung litup dan labuh menhampiri kami dengan senyum dihias dibibirnya.

“Maaf jika saya mencelah, namun saya rasa kurang enak jika bertengkar di rumah Allah ni. Rumah Allah ni kan tempat yang mulia dan tempat mencari ketenangan” dia memandang kami berdua dengan kemesraan.

“Tempat ni memang mulia, tapi orang tu yang kotorkan kemuliaan surau ni dengan rambut mengurai dia tu. Dah nak mati baru nak bertudung kot” wanita itu meneruskan sindiran terhadapku.

“Maafkan saya saudari. Saya kurang setuju tindakan saudari memperkecilkan wanita yang tidak bertudung. Kita perlu ingat, menutup aurat tidak cukup jika akhlak yang baik tidak menjadi pelengkap ”

“Jadi awak maksudkan tak bertudung tak salah kalau akhlak baik? Diorang ni hipokrit dengan Pencipta kita”

” Tapi kenapa perlu menghukum? Kenapa perlu meminggir daripada menghampiri? Sepatutnya, kita tidak perlu bangga dengan tudung yang menutup, kerana jika kita mampu bertudung hari ini mungkin besok juga kita boleh tidak bertudung. Hiaskan yang bertutup dengan kerendahan hati dan akhlak yang baik. Jika kita memulaukan mereka yang tidak bertudung, siapa yang akan bantu mereka?”

Aku hanya mendiamkan diri disisinya. Mulutku terkunci, hatiku seperti diketuk dengan suatu perasaan yang aneh. Tidak pernah seorang wanita seagamaku memihak kepadaku dalam keadaanku yang dhaif ini.

Wanita yang tadi deras menyindirku kini hilang kata.

“Mendoakan lebih baik daripada menghina. Doa seorang saudara muslim yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui kan mustajab? Lebih baik kita sama-sama mendoakan dia daripada bertikam lidah yang mungkin saja akan buat mereka lebih jauh. Mungkin saja suatu hari nanti dia lebih mulia daripada kita. Sama-sama kita muhasabah diri kita, saya dan saudari masing-masing tahu kelemahan dan aib diri sendiri. Walaupun bertudung, kita kadang-kadang tetap tersalah langkah. Jadi layakkah kita katakan yang bertutup itu lebih mulia daripada yang belum terbuka hati untuk menutup?” Sungguh kata-katanya buat airmataku jatuh.

Wanita bertudung bawal kelabu itu menarik tangan rakannya lantas berlalu pergi. Aku mengesat air mata yang berderai dipipi.

“Saudari nak pinjam telekung saya? Saudari pakailah, kita boleh solat berjemaah bersama” wanita itu tidak lekang dengan senyuman.

Kami solat berjemaah bersama. Seusai solat, kami titipkan doa bersama. Hatiku tersentuh mendengar sepotong doa yang beliau bacakan;

” Ya Allah Pemilik hati kami, berilah kami hidayah-Mu dan tetapkanlah hidayah itu dihati kami. Terangi hati kami sepertimana Engkau terangi bumi ini dengan cahaya matahari-Mu, jangan Ya Allah Engkau gelapkan hati kami seperti gelapnya dimalam hari. Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah kami Engkau beri petunjuk kami, berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi. ”

Airmataku tanpa disedari bertitikkan di pipiku. Dadaku seakan-akan menahan sebak. Inginku menangis sepuasnya disitu. Apakah perasaan ini?

“Saudari tak apa-apa? Eh maafkan saya, saya lupa perkenalkan diri. Saya Humairah” dia menghulurkan tangannya lalu memberi dakapan kepadaku.

“Saya Liana. Terima kasih sebab sudi tolong saya tadi. Saya ingat orang macam awak, tak nak bergaul dengan saya” Aku perlahan-lahan mengemaskan sejadah dihadapanku, airmataku segeraku lapkan.

“Tiada yang membezakan kita selagi kita dalam agama yang satu, Tuhan yang Satu. Saya harap awak tak ambil hati dengan kata-kata saudari tadi” dia memandangku dengan penuh kemesraan.

“Saya dah maafkan dia dan doakan dia. Saya tahu saya tidak layak berdendam, siapalah saya ini Humairah” aku menundukkan pandangan. Bermula dengan kata-kata Humairah tadi, “doa yang tidak diketahui oleh saudara sendiri adalah makbul” aku terapkan dihati kerana mendalamnya kata-katanya itu dihatiku.

“Alhamdulillah Liana. Subhanallah, indahnya akhlakmu”

“Tapi..saya tak bertudung, layakkah akhlak saya dikatakan cantik?”

“Akhlak tu akan lebih cantik jika kamu berusaha untuk menutup aurat. Saya tahu perubahan itu memerlukan masa tapi kita perlu ingat ,masa tidak menunggu kita” Humairah mengengam tanganku dengan lembut.

“Sebenarnya dalam hati ini membuak-buak ingin bertudung sebab saya malu kat Allah. Cuma, keadaan sekeliling kadang-kadang buat saya tawar hati. Lihat saja orang yang bertudung seringkali menunjukkan gambaran islam yang salah. Bertudung tapi masih buat benda Allah larang. Saya tidak mahu orang lihat diri saya baik hanya sebab saya bertudung.” aku meluahkan isi hati yang terpendam selama ini.

“Bertudung atau yang lebih tepat sekali menutup aurat adalah perintah Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sebenarnya jika kita niatkan menutup aurat kerana “sebab-sebab yang lain” mungkin akhlak kita tidak setanding dengan cara pemakaian kita. Namun jika niat kita menutup aurat benar-benar untuk Allah dan hanya untuk-Dia. Insyallah, pemakaian kita yang menutup aurat setanding dengan akhlak kita di depan Allah dan manusia”

Aku tersentap dengan kata-katanya. Jawapan yang selama ini aku tercari-cari.

“Tapi macamana jika saya bertudung tapi masih ada yang mengeji dan memandang negatif?” aku utarakan kerisauan yang sering menyebabkan penanguhan aku untuk bertudung.

“Lagu di radio kita boleh off, tapi mulut orang takkan pernah kita dapat off. Selagi apa kita niatkan selaras dengan kemahuan-Nya tiada apa yang jadi penghalang kita. Saya sendiri pada awal dahulu sering dipersoalkan mengapa memakai tudung yang labuh sedangkan ibubapa saya bukannya ustaz dan ustazah. Tapi hanya satu pengangan saya, bertudung bukan “sebab-sebab yang lain” tapi hanya untuk Pemilik Cinta, iaitu Allah”

“Saya mahu jadi seperti kamu” kataku secara jujurnya.

“Tak perlu menjadi saya tapi jadilah seperti yang Allah mahu. Sebab mungkin saja saya berubah ke arah sebaliknya” Wajahnya membuat hatiku tenang.

Terasa sesuatu kekuatan tertiup didalam diri. Ya, aku perlu berubah, dan mesti berubah. Aku nekad!

“Maafkan saya, saya perlu pergi dahulu. Kejap lagi saya ada kuliah kat fakulti. Semoga dapat bertemu lagi. Assalamualaikum Liana” kami bertukar salam. Aku hanya memerhatikannya sehingga dia hilang dari pandangan.

“Ya Allah..terima kasih kerana dengan izin-Mu, dia dapat mengetuk hati ini. Hati ini benar-benar terasa ‘dibangunkan untuk berubah’
. Aku mahu berubah ke arah wanita yang sempurna menutup aurat. Kini baru aku percaya, akhlak yang baik bukan saja boleh merubahkan diri sendiri menjadi baik bahkan dapat menarik orang yang jahil seperti aku menjadi baik. Terima kasih Ya Allah….”
Sumber: http://sakurahana12.blogspot.com/

Journal 2014 - # 852

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Jangan Jadi Musuh Agama Sendiri

Assalamualaikum! Hi uols! Senario masa kini dapat dilihat bahawa Islam itu sedang dimusuhi oleh sebahagian umatnya sendiri. Ini dapat dilihat dengn penolakan terhadap hukum-hukum Allah.
Umat Islam zaman sekarang lebih suka untuk mengikut cara barat berbanding daripada mengikut panduan dan peraturan yang telah Allah tetapkan.

Umat Islam jenis ini boleh diklafikasikan sebagai golongan munafiq. Persoalannya siapakah golongan munafiq ini?

Golongan munafiq ini ialah golongan yang berpura-pura muslim tetapi pada masa yang sama cuba untuk merosakkan Islam itu sendiri.

Firman Allah swt:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al-Baqarah: 120)
Persoalannya apakah punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri?

DIDIKAN BARAT
Salah satunya adalah kerana didikan budaya barat. Kegagalan sebahagian umat kita untuk menahan diri daripada digoda dengan budaya barat itu susah.

Apabila unsur-unsur barat sudah masuk ke dalam jiwa umat Islam, maka akan berlakulah penolakan pada ayat-ayat Allah.

Pelbagai falsafah barat yang cuba diterapkan. Ada yang positif dan ada yang negatif.Akan tetapi bahayanya ialah apabila unsur-unsur negatif itu lebih banyak berbanding dari yang positif.

Barat terkenal dengan budaya yang bersifat kepuasan diri. Seks bebas, arak, dan sebagainya menjadi amalan biasa rakyatnya.Dan ia merebak kepada umat Islam itu sendiri.

Syaitan berusaha menggoda kita untuk menjadikan kita golongan yang sesat.

Firman Allah swt:
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Surah al-Aaraf: 175)
KURANGNYA TARBIYAH
Apa yang kita lihat dengan fenomena ini adalah kerana kurangnya tarbiyah pada umat Islam.Cuba tanya pada mereka yang memilih budaya barat, bagaimanakah mereka meletakkan al-quran di dalam kehidupan mereka?

Bilakah kali terakhir mereka membaca maksud ayat-ayat Allah? Bagaimanakah perasaan mereka terhadap kecintaan mereka terhadap Rasulullah saw?

Tarbiyah memimpin kita ke jalan yang benar dan membawa kita dalam kehidupan Islam yang sebenar.

Firman Allah swt:
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. (Surah al-Baqarah: 132)
UTAMAKAN DUNIAWI
Selain itu salah satu puncanya ialah ketaksuban individu tersebut dalam mengejar urusan duniawi. Kerana mengganggap dengan mengamalkan konsep konvesional akan meraih harta yang berlipat ganda, maka segala hokum-hakam ditolak ketepi. Yang penting kepuasan diri.

Apabila memiliki kebendaan menjadi matlamat hidup, maka individu tersebut sudah semestinya akan memilih jalan yang senang walaupun ia terpaksa menolak al-quran.

Apabila dunia itu tidak disandarkan kepada Allah, maka kemusnahan dan kerosakan akan berlaku.Buktinya apabila nilai-nilai kemanusiaan bertukar menjadi negatif seperti buruk sangka, fitnah dan sebagainya.

Firman Allah swt:
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Surah al-Baqarah: 86)
Oleh yang demikian apakah penyelesaian yang terbaik?

KEMBALI PADA SYARIAT ISLAM
Dengan situasi yang kita lihat terhadap sebahagian umat Islam yang menolak al-quran dan as-sunnah ini, penyelesaiannya ialah dengan cara kembali kepada Islam.

Perhatikan di sudut manakah yang menyebabkan kita sedang menuju ke neraka? Segera perbaiki jalan kita. Ubah haluan kerana hidup hanya sekali.

Patuhilah segala hukum-hakam yang telah ditetapkan. Percayalah bahawa tujuan Allah memberi panduan syariat pada manusia adalah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Firman Allah swt:
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariatdan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Surah al-Baqarah:128)
SENSITIF TERHADAP DOSA DAN PAHALA
Jadilah individu muslim yang sensitive terhadap dosa dan pahala.Jangan menjadikan dosa menjadi punca kita ke neraka sedangkan kita sudah diberi peluang dan ruang untuk memilih syurga ketika hayat kita.

Muslim yang berhati-hati terhadap nilai dosa dan pahala pasti akan selamat hidupnya di dunia dan akhirat.

Yang jelas sekiranay dosa yang kita miliki lebih banyak dari pahala ketika ia ditimbang di akhirat kelak, maka neraka adalah tempat yang terbaik bagi orang tersebut.

Friman Allah swt:
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. (Surah al-Baqarah: 95)
AL-QURAN PENYELAMAT MANUSIA
Sangat jelas bahawa al-quran menjadi panduan buat umat Islam baik masa dahulu mahupun masa sekarang. Tanpa al-Quran manusia itu akan hilang arah.ibarat layang-layang yang terputus tali.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; (Surah al-Baqarah: 2)

PENUTUP

Sebagai pengajaran pada hari ini ialah:
  1. Kita ketahui bahawa punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri adalah kerana terlalu menganggungkan budaya barat.
  2. Selain itu kurangnya tarbiyah terhadap jiwa juga menjadi puncanya, dan apabila individu tersebut tidak mentarbiyahkan jiwanya maka ia akan lena dengan keasyikan duniawi. 
  3. Apabila duniawi menjadi keutamaan hidupnya, kelak hidupnya menjadi tidak terurus dan akhirnya kehiudpannya berakhir dengan pengakhiran yang tidak baik. 
  4. Islam datangkan penyelesaian iaitu dengan cara mematuhi segala syariat Allah.
  5. Sentiasa muhasabah diri terhadap segala dosa yang telah kita lakukan secara harian.
  6. Sebagai orang Islam letaklah al-Quran ditempatnya iaitu bukan sekadar dilidah, akan tetapi juga dihati.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”

Wallahualam
Sumber: Muhammad Azhari (http://myibrah.com/)

Journal 2014 - # 811

Salam perpaduan salam perjuangan!

Tak Masuk Syurga

Assalamualaikum! Hi uols! Masuk syurga matlamat kita. Menjadi ahli syurga maknanya kita berjaya meraih reda-Nya. Lalu untuk itu kita berusaha menambah pahala sepanjang usia. Cuma jangan lupa semak diri sentiasa. Mana tahu dengan amalan kita rasa-rasa macam layak ke syurga, padahal awal-awal diri kita ada dalam senarai hitam orang yang tidak masuk syurga! Wal 'iyazubillah.

9 Orang yang Tidak Masuk Syurga
  1. Pemutus hubungan
    "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim!" (Riwayat Muslim)

  2. Penggunjing
    "Tidak masuk syurga si penggunjing!" (Riwayat al-Bukhari) - Menggunjing itu termasuklah mengumpat, memfitnah, mengata di belakang dan menyebarkan cerita buruk tentang seseorang.

  3. Takbur
    "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya rasa takbur walaupun sebesar biji sawi!" (Riwayat al-Tirmizi)

  4. Menyakiti jiran
    "Tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak aman daripada perangai buruknya." (Riwayat Muslim)

  5. Makan harta haram
    "Tidak masuk syurga daging yang subur dengan haram!" (Riwayat Ahmad, al-Tabarani dan al-Hakim)

  6. Pelaku kasar terhadap orang bawahan
    "Tidak masuk syurga orang pelaku buruk terhadap hambanya!" (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad)
    Hamba pun sedemikian, inikan pula pembantu rumah, pekerja upahan atau pekerjaan bawahan yang merdeka.

  7. Kahin
    "Tidak masuk syurga si Kahin." (Riwayat al-Tabarani)
    Kahin merangkumi tukang tilik, tukang sihir, bomoh, pawang dan sebagainya.

  8. Percaya bomoh

  9. Peminum arak
    "Tidak masuk syurga peminum arak, orang mempercayai tukang sihir dan pemutus hubungan." (Riwayat Ibn Hibban)
Jangan Lupa  yang Allah Murka
Biar bergunung-gunung pahala, tetap tidak menjamin syurga. Rasulullah bersabda: "Tidak menjamin syurga. Rasulullah bersabda: "Tidak sesorang pun antara kamu yang dimasukkan syurga oleh amalannya.
"Engkau juga tidak wahai Rasulullah?"
"Aku juga tidak, melainkankan Allah telah liputi aku dengan keampunan dan rahmat-Nya." (Riwayat al-Bukhari)
Kita akan dapat masuk syurga hanya dengan reda Allah. Sedangkan untuk mendapat reda Allah bukan dengan melakukan apa yang Allah suka sahaja.

Tidak ke mana-mana jika kita hanya beria-ia menambah pahala namun tetap tegar dengan tabiat dosa. Solat namun mengumpat. Naik haji namun mulut mencacai. Setiap tahun umrah namun tetap pemarah. Berdoa namun bomoh berjumpa juga. Ingat mengingatkanlah sesama kita.

Journal 2014 - # 810

Salam perpaduan salam perjuangan!

Adab Menikmati Rezeki

Assalamualaikum! Hi uols! Salah satu bentuk rezeki yang dikurniai Allah s.w.t adalah makanan dan minuman. Apabila menghadap rezeki ini, eloklah kita mengamalkan adab-adabnya seperti diamalkan Rasulullah s.a.w. Adab ini meliputi tiga perkara, iaitu sebelum makan, ketika makan dan sesudahnya.
Sebelum makan
  1. Makanan yang halal
    Hendaklah berusaha mendapatkan makanan yang halal dan baik serta tidak mengundang unsur-unsur yang haram dan diragui, ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu..." (Al-Baqarah: 172)

  2. Betulkan niat
    Niatkan tujuan makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah dan hal-hal lain yang berguna

  3. Mencuci tangan
    Mencuci kedua-dua tangan sebelum makan, ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w hendak tidur sedangkan Baginda dalam keadaan junub, maka Baginda berwuduk terlebih dahulu, dan apabila hendak makan, Baginda mencuci kedua-dua tangannya terlebih dahulu." (HR Ahmad)

  4. Duduk dengan tertib
    Hendaklah duduk dengan tawaduk, iaitu duduk di atas kedua-dua lututnya atau duduk di aras
    punggung kedua-dua kaki atau berposisi dengan kaki kanan ditegakkan dan duduk di atas kaki kiri. Sebagaimana sabda Baginda. "Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba makan dan aku pun duduk sebagaimana layaknya seorang hamba duduk." (HR Bukhari)

  5. Bersyukur dengan apa yang dihidangkan
    Berasa syukur dan redha dengan apa saja makanan yang telah dihidangkan dan tidak mencela makanan.

  6. Makan berteman
    Makan bersama-sama dengan orang lain, baik tetamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berkumpullah kalian dalam menyentap makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada kalian." (HR Abu Daud)
Ketika Makan
  1. Mulakan dengan ucapan 'bismillah'
    Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w daripada Aisyah r.a yang bermaksud: "Apabila salah
    seorang di antara kalian hendak makan, maka ucapkanlah 'bismillah' dan jika ia lupa untuk mengucapkan 'bismillah' di awal makan, maka hendaknya ia mengucapkan 'bismillah awwaluhu wa akhirahu'." (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi)

  2. Gunakan tangan kanan
    Daripada Jabir r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (HR Muslim)

    Jika makan dengan tangan, gunakan tiga jari tangan kanan, menyedikitkan suapan, dan memperbanyak kunyahan. Daripada Ka'ab bin Malik r.a: "Aku melihat Rasulullah s.a.w makan menggunakan tiga jari... (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)." (HR Muslim)

  3. Makan yang berhampiran
    Daripada Umar bin Abi Salamah r.a berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serta hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)

  4. Mula makan dari tepi (pinggir)
    Daripada Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah." (HR Abu Daud dan at-Tirmidzi)

  5. Larangan mencela makanan
    Daripada Abu Hurairah r.a berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika
    Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan." (HR Bukhari dan Muslim)

  6. Tidak meniup makanan dan minuman
    Tidak meniup pada makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin. Apabila hendak bernafas ketika minum, maa dianjurkan bernafas di luar gelas sebanyak tiga kali. Riwayat Anas bin Malik r.a: "Ketika Rasulullah s.a.w minum Baginda mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali." Dan Baginda bersabda, "Hal itu lebih segar, lebih selesa dan lebih nikmat..." (HR Bukhari dan Muslim) - Rasulullah s.a.w juga bersabda, dariada Abu Said al-Khudri r.a, yang bermaksud, "Rasulullah s.a.w melarang untuk meniup (dalam gelas) ketika minum." (HR at-Tirmidzi)

  7. Tidak bersandar ketika makan
    Daripada Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak makan sambil bersandar." (HR Bukhari)
Sesudah makan
  1. Memuji dan berdoa Kepada Allah
    Hendaklah memuji Allah s.w.t setelah makan dan minum, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
    yang bermaksud: "Barang siapa sesudah selesai makan berdoa: 'Alhamdulillaahillazi ath'amani haadzaa wa razaqaniii min ghoiri haulin minni walaa quwwatin', nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu." (HR Abu Daud)

  2. Berkumur atau bersugi
    Membersihkan sisa-sisa makanan yang ada di celah-celah gigi dan berkumur untuk membersihkan mulut.
MAKAN SEKADAR MEMBERI TENAGA
HINDARILAH daripada terlalu kenyang. Berhenti makan dan minum sebelum kenyang. Hal ini semata-mata meneladani Rasulullah s.a.w yang menghindari diri daripada kekenyangan yang menyebabkan sakit perut, dan menghilangkan kecerdasan.
 
Daripada Miqdam bin Ma'di Karib, beliau mengeaskan bahawasahnya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga). Maka jika tidak mahu (jika tidak ada pilihan lain), maka ia dapat memenuhi perutnya, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum, sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Journal 2014 - # 809

Salam perpaduan salam perjuangan!

Renungan Selepas Subuh...

Assalamualaikum! Hi uols! Imam Ghazali di dalam kitab Bimbingan Mukminin mengingatkan:

Setiap pagi setelah solat subuh, hendaklah kita mengosongkan hati dari segala perkara, dan mengenang nasib dengan berrkata kepada diri sendiri; 'Aku tidak mempunai sesuatu yang berharga pun untuk diriku selain usiaku. Setiap kali aku rasakan usiaku lanjut, setiap kali itulah kurasa modalku berkurangan. Semakin hari semakin kecewalah aku berniaga atau mencari keuntungan.

'Hariini adalah suatu hari yang baru, yang telah ditakdirkan oleh Allah bagiku untuk hidup lagi, dipanjangkan umurku dan dibenarkan aku untuk mengecapi nikmat-Nya. Andainya Allah mentakdirkan aku mati, nescaya aku akan memohon untuk kembali lagi ke dunia walaupun untuk sehari sahaja, supaya aku dapat membuat amalan-amalan yang salih.

'Wahai jiwa! Anggaplah dirimu telah mati, lalu Allah telah mengembalikan engkau untuk hidup lagi hari ini. Oleh itu awaslah wahai jiwa! Dan sekali lagi awas! Jangan sampai engkau sia-siakan hari ini, kerana setiap nafas daripada nafas-nafasmu itu adalah mutiara yang tidak boleh dinilai.

Janganlah engkau bermalas-malas dan cenderung melakukan sesuatu yang tidak berguna, atau berehat-rehat sahaja, Sehingga engkau terluput dari tingkatan-tingkatan yang dijanjikan kepada orang-orang yang berpangkat 'illiyin (tingkatan tertinggi yang diredhai Allah s.w.t) seperti yang dicapai oleh orang lain, sedangkan engkau tidak dapat apa-apa. Rasa kecewa dan kesal tentu tidak akan berpisah darimu, miskinpun engkau berjaya dimasukkan ke dalam syurga. Namun rasa pedih disebabkan kerugian dan penyesalan itu tetap tidak akan tertanggung lagi.'

Journal 2014 - # 808

Salam perpaduan salam perjuangan!

Pakaian Hairan, Pakaian Solat

Assalamualaikum! Hi uols! BAGAIMANA menentukan pakaian harian anda boleh dibawa solat? Ianya amat mudah.
Pertama: Pastikan tudung anda menutupi kepala dari ubun-ubun rambut sehingga dagu.
Tudung juga agak besar supaya tidak terselak ketika sujud ataupun ditiup angin.

Kedua: Lengan baju anda hendaklah menutup tangan dengan baik. Had tangan yang dikira bukan aurat hanyalah daripada pergelangan tangan. Jika lengan  baju anda telah berbutang di pergelangan tangan, ianya sudah mencukupi asalkan semasa solat lengan baju anda tidak bergerak-gerak sehingga mendedahkan sebahagian lengan. Jika lengan baju anda tidak berbutang dan mudah terselak bolehlah memakai sarung lengan (hand socks) kerana ia juga dikira menutup aurat.

Ketiga: Pastikan kaki anda tertutup dan terlindung. Cara yang paling mudah ialah memakai stoking. 
Sekarang anda sudah dikira menutup auratdan boleh melaksanakan solat dengan pakaian anda. Tidak perlu lagi membawa telekung ke mana-mana anda pergi. Anda boleh solat di mana sahaja dengan pakaian harian anda. Pilihlah fesyen pakaian yang hendak dipakai, cuma pastikan bahawa ianya menutup aurat dan boleh dibawa untuk bersolat.

Anda tidak perlu lagi risau dengan telekung yang busuk dan hapak di masjid dan surau. Malah anda tidak perlu membawa beg yang mengisi telekung. Ianya lebih ringkas dan menjimatkan masa dan yang lebih penting pahalanya bertambah kerana anda dapat solat di awal waktu dah berpeluang untuk solat berjemaah.

Insya Allah, jika fesyen pakaian seharian yang dipilih selaras dengan syariat, menutup aurat dan mesra solat, Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup anda seluruhnya.

Journal 2014 - # 807

Salam perpaduan salam perjuangan!

Apabila DIKRITIK...

Assalamualaikum! Hi uols! Jika anda dicela, dikritik secara tidak adil atau didustai, usahlah berduka cita. Jangan pula menzahirkan rasa kebencian kepada mereka yang berbuat nista itu dengan maksud membalas dendam. Bukan itu ajaran agama kita. Sebaik-baiknya, renung dan fikirkan TIGA perkara ini:

>> Jika benar anda tidak seperti diperkatakan itu, pasti anda juga tidak sunyi daripada mempunyai keburukan-keburukan lain. Bersyukurlah bahawa Allah s.w.t tidak mendedahkan kebanyakan keburukan tersebut. Mungkin juga keburukan tersebut jauh lebih mengaibkan berbanding apa yang dikatakan oleh pengkritik anda itu.
>> Yakinlah bahawa segala celaan, kritikan yang diada-adakan itu adalah sebagai KAFARAH dosa-dosa yang telah anda lakukan. Orang yang mencela, mengkritik atau mendustai anda itu sebenarnya seolah-olah menghadiahkan segala kebajikannya kepada anda. Hadiah kebajikan itu boleh mendekatkan diri anda kepada Allah s.w.t Maka, anda tidak boleh mendekatkn diri anda kepada Allah s.w.t. Maka, anda tidak harus berduka cita, sebaliknya bergembira menerima hadiah kebajikan tersebut. 
>> Sepatutnya anda menunjukkan belas kasihan kepada yang mencela dan berdusta itu kerana mereka telah melakukan suatu jenayah terhadap agama. Mereka telah membinasakan diri dengan berdusta terhadap orang lain, dan tidak akan terlepas dari balasan Allah s.w.t. Jadi, tidak tidak perlulah anda menyumpah atau mendoakan kemusnahan mereka kerana itulah yang diharapkan oleh syaitan.

Sebaiknya, berdoalah:
"Ya Allah, perbaikilah kelakuannya! Ya Tuhanku, ampunilah dosanya dan turunkanlah belas kasihan-Mu ke atasnya."

Nabi s.a.w apabila dianiayai oleh kaumnya berdoa: "Ya Allah! Ya Tuhanku. Ampunilah kaumku. Ya Allah! Ya Tuhanku. Berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka masih belum mengerti."

Menurut Imam Ghazali, antara sebab yang dapat menolong anda menolak celaan orang dan tidak mengendahkannya ialah dengan menjauhkan diri dari sifat tamak. Jika anda tidak memerlukan sesuatu dari seseorang atau suatu pihak, hati anda tidak akan merasa sebarang kekurangan walaupun dicela atau dikritik dengan hebat.

Journal 2014 - # 806

Salam perpaduan salam perjuangan!

11 Tanda Bahagia

Assalamualaikum! Hi uols! Abu al-Laith al-Samarqandi berkata, "Sebenarnya seorang Muslim berkasih sayang sesama Muslim kerana itu adalah tanda bahagia. Tanda bahagia itu ada sebelas:
  1. Tidak rakus dengan dunia dan benar-benar cintakan akhirat.
  2. Hatinya tertumpu kepada ibadat dan mendalami al-Quran.
  3. Tidak banyak bercakap dan berbicara hanya bila perlu.
  4. Menjaga solat lima waktu
  5. Bersifat tawaduk, rendah diri dan tidak sombong.
  6. Bersahabat dengan orang-orang salih.
  7. Menjauhkan diri dari yang haram sama ada banyak mahupun sedikit.
  8. Berbudi, pemurah dan baik.
  9. Kasih kepada semua makhluk.
  10. Memberi faedah kepada semua makhluk.
  11. Selalu mengingati mati."

Journal 2014 - # 805

Salam perpaduan salam perjuangan!

Komunikasi Berkesan - Contohi Khadijah

Assalamualaikum! Hi uols! Keperibadian Khadijah binti Khuwailid banyak meninggalkan contoh
teladan. Beliau menunjukkan kepada kita cara berbahasa apabila suami berhadapan dengan ujian, cubaan dan saat-saat yang mencemaskan dalam hidup.

Kebijaksanaan Khadijah berbahasa dan menggunakan kata-kata meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa Rasulullah s.a.w walaupun telah meninggalkan dunia, nama beliau sentiasa disebut. Sahabat-sahabat beliau pun masih dilayan dengan baik oleh Rasulullah s.a.w.

Mari kita perhatikan sikap Khadijah apabila mendapati suaminya pulang ke rumah dalam ketakutan, gementar dan kebimbangan. Bahasa yang keluar daripada bibir khadijah begittu indah. Beliau berjaya menimbulkan ketenangan dalam jiwa Rasulullah s.a.w. Kata-kata beliau meredakan perasaan gelisah dan ketakutan di hati baginda.

Kisah bermula apabila Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama daripada malaikat Jibrail di Gua Hira'. Baginda pulang ke rumah dalam keadaan penuh ketakutan dan kebimbangan. Apabila tiba di rumah Rasulullah s.a.w terus mengadu dan bercerita apa yang berlaku kepada Khadijah. Sebagai seorang isteri beliau telah berjaya menjadi pendengar yang setia sehingga Baginda selesai bercerita.

Melihat keadaan suami beliau dalam ketakutan, Khadijah terus menyelimuti Baginda. Beliau berkata
dengan penuh kasih sayang: "Wahai suamiku, janganlah kamu susah hati. Allah s.w.t tidak pernah menghina dan menjatuhkan air mukamu. Kamu seorang lelaki yang sentiasa menghubungkan silaturahim, memberi makan kepada orang susah, membantu orang miskin, memuliakan tetamu dan menegakkan kebenaran."

Bicara Khadijah tidak terhenti di situ. Beliau berterusan memujuk Rasulullah s.a.w sehingga Baginda menjadi tenang dan ceria semula. Selepas itu, Khadijah telah membawa Rasulullah s.a.w berjumpa dengan sepupu beliau yang bernama Waraqah bin Naufal. Waraqah merupakan seorang pendeta agama yang beramal dengan ajaran Nabi Isa a.s.

Khadijah telah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal apa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. Baginda mendengar sendiri jawapan daripada Waraqah bin Naufal. Menurut Waraqah cerita yang dibawa Rasulullah s.a.w itu benar. Baginda membawa kebenaran sebagaimana kebenaran yang pernah dibawa oleh para nabi sebelum ini.

Apa yang datang kepada Rasulullah s.a.w itu adalah wahyu daripada Allah s.w.t. Ia disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibrail. Pengakuan Waraqah telah mengubah keadaan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan lagi dalam keadaan ketakutan, malah merindui kedatangan wahyu seterusnya.

Keperibadian Khadijah bukan sahaja bijak bermain bahasa, malah menjadi tonggak dalam kerja-kerja dakwah Baginda s.a.w. Kita semua tahu keperitan Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah Islam. Baginda dihina, dituduh sebagai orang gila, tukang sihir, pemecah belah umat dan sebagainya.

Khadijah menjadi penawar ketika Baginda berduka kerana dakwah Baginda ditolak oleh kaum sendiri. Beliau tidak menambahkan beban suami dengan merengek meminta sesuatu.

Beliau melaksanakan tugas menjaga dan mendidik anak-anak dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Beliau berjaya membesarkan anak-anak mencintai Allah dan rasul. Berjuang dan berdakwah seperti Rasulullah s.a.w. Beliau telah berjaya mendidik Fatimah Sarat dengan ciri-ciri keibuan.

Seorang isteri boleh menjadi penyumbang utama kepada kejayaan suami dalam kerjaya dan kerja dakwah. Seorang isteri juga boleh menyumbang kepada kejatuhan suami dan kemusnahan kerjayanya. Pilihlah mana satu yang kita mahu. PILIHAN DI TANGAN KITA!
BERIKUT ADALAH BEBERAPA CONTOH KOMUNIKASI BERKESAN KHADIJAH DENGAN SUAMINYA:
  • Berbicara dengan nada yang lembut dan kasih sayang.
  • Menjadi pendengar yang baik dan setia.
  • Menghibur hat suaminya dengan kata-kata perangsang dan penuh motivasi.
  • Memujuk suami dengan bicara yang menghiburkan.
  • Bertanya orang yang pakar tentang persoalan yang dihadapi suami.
  • Membawa suami berjumpa dengan orang yang boleh membantu menjawab persoalannya.
  • Membantu meringankan bebanan tugas suami dengan mendidik anak-anak dengan baik.

Journal 2014 - # 804

Salam perpaduan salam perjuangan!

Panduan Memelihara Ukhuwah

Assalamualaikum! Hi uols! 

Cari penjelasan
Surah al-Hujurat ayat 6: "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka carilah penjelasan dengan teliti.. "

At-Tabayyun dalam ayat di atas bererti carilah penjelasan. As-Syahid Syed Qutb menjelaskan bahawa orang-orang mukmin itu hendaklah mencari penjelasan atau kebenaran terhadap maklumat yang dibawa kepadanya oleh orang-orang fasik. Perlu ada bukti, bukan andaian.

Jauhi prasangka & mengumpat
Surat al-Hujurat ayat 12: "Hai orang-orang beriman, jauhilah daripada kebanyakan prasangka,
sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya telah mati? Maka sudah tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Jangan perolok & mencela
Surah al-Hujurat ayat 11: "Hai orang-orang beriman, janganlah suatu kaum memperolak-olakkan kaum yang ain (kerana) boleh jadi mereka lebih baik daripada kamu dan janganlah pula wanita-wanita (memperolokkan) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang memperolokkan) dan jangalah kamu mencela diri kamu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan ialah panggilan yang buruk selepas iman dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang zalim."
La yaskhar - jangan perolok-olokkan kerana ia boleh mengeruhkan hubungan.
La talmizu anfusakum - jangan mencela diri sendiri. Tidak boleh mencela saudara tanpa sebab. Mencela saudara sama seperti mencela diri sendiri.
La tanabazu bil alqab - jangan memanggil dengan gelaran buruk. Tinggalkan gelaran-gelaran yang buruk.
Ijtanibu kathiran minazhann - menjauhi kebanyakan daripada prasangka, kerana ia membawa dosa. Berhati-hati terhadap prasangka kerana sukar membezakan antara prasangka betul dan salah, kecuali terdapat bukti.
La tajassasu - jangan mencari-cari kesalahan, iaitu dengan cara mengintip dan membongkar kesalahan orang lain. Sebaliknya tutup untuk memberi peluang kepadanya bertaubat. Janganlah kerana satu kesalahan menghapuskan seribu kebaikan yang ia lakukan.

Badiuz Zaman Said Nursi menyatakan: "jangankamu membakar rumah yang terdapat di dalamnya sepuluh orang hanya kerana seorang dairpadanya jahat, sedangkan sembilan lagi baik."

La yaghtab ba'dhukum ba'dha -  jangan mengumpat sebahagian terhadap sebahagian lain. Mengumpat mendedahkan dua kemungkinan. Jika umpat itu benar dinamakan ghibah (mengumpat) atau jika tidak benar dinamakan fitnah.


Journal 2014 - # 802

Salam perpaduan salam perjuangan!

Di Sebalik Musibah Terselindung Hikmah

Assalamualaikum! Hi uols! Akhir-akhir ini dunia sering dikejutkan dengan pelbagai musibah atau bala bencana. Bencana alam yang sering melanda seperti banjir besar, tanah runtuh, gempa bumi, jerebuh dan tsunami adalah antara kejadian fenomena alam yang amat digeruni kerana boleh megakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang besar.

Kita perlu sentiasa beringat bahawa ini adalah hamba Allah s.w.t dan wujud di dunia ini kerana diciptakan oleh-Nya, dan dibekalkan dengan pelbagai anugerah, kemudahan dan nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Sebagai makhluk yang dibekalkan dengan akal yang boleh berfikir, maka kita dilantik sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dan akan dipertanggungjawabkan di atas apa jua perbuatan it di muka bumi.

Jika kita bijak mengurus dan menggunakan segala sumber yang ada di muka bumi ini, pasti kehidupan akan jadi aman dan sejahtera. Jika sebaliknya, kita akan ditimpa kesusahan dan kemusnahan akibat daripada perbuatan kita sendiri yang silap mengurus dan mentadbir kehidupan di dunia ini mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Ini jelas dinyatakan oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya dalam surah an-Nisaa': 79 yang bermaksud: "Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu, maka ia adalah daripada (kesalahan) dirimu sendiri. Dan kami mengutuskan engkau (wahai Muhamad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."

Bebas dari bencana
Untuk membebaskan kehidupan manusia daripada pelbagai bencana dan kesulitan, tidak cukup
dengan sekadr memerah tenaga, menggunakan seluruh kemahiran dan kepakaran ilmu, tetapi setiap individu masyarakat seharusnya sentiasa menghormati syariat Allah s.w.t tidak melakukan kemungkaran dan kemusnahan di atas muka bumi dan perlu banyak bertaubat dan kembali kepada-Nya.

Jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t Ibnu Abbas r.a., ketika mengulas tentang isu bencana ini menyatakan: "Bahawa sesungguhnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh seseorang manusia, tidak kira sama ada ia manusia biasa atau seorang pemimpin yang berkuasa, yang cerdik pandai mahupun seorang ulama yang berwibawa, jika terus menerus dalam dosa kemungkaran, akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana itu tidak akan hilang jika orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat."

Hakikatnya, segala fenomena bencana alam yang menimpa manusia secara tersiratnya mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Ia memberi pengajaran untuk melatih manusi supaya bersabar di atas setiap musibah yang menimpa agar akan lahir keinsafan serta kesedaran. Penderitaan manusia juga mengingatkan mereka tentang kesilapan yang dilakukan dan sebagai kafarah (penebus dosa) di atas kesalahan yang dilakukan; dengan harapan apabila ita kembali menghadap Allah s.w.t kelak, dia kembali dengan jiwa yang bersih yang dinamakan jiwa mutmainnah.

Bala bencana dan malapetaka telah berlaku ke atas manusia sejak dahulu lagi, cuma bezanya, umat-umat terdahulu, apabila ditimpa bala, hanya akan menimpa mereka yang kufur ingkar, dan menolak ajaran yang dibawa oleh para rasul. Ini berlaku kepada umat Nabi Nuh a.s, mereka yang kufur ingkar ditenggelamkan oleh banjir besar yang tinggi menggunung. Umat Nabi Musa a.s yang telah diturunkan bala dalam bentuk ribut taufan, begitu juga yang terjadi kepada kaum 'Aad dan Tsamud yang kufur ingkar, mereka dilenyapkan dari muka bumi ini.

Bencana akhir zaman
Tetapi bala atau bencana yang menimpa umat akhir zaman ini tidak hanya ditimpakan kepada orang-orang yang kufur dan ingkar sahaja. Sebaliknya bala dan bencana yang berlaku turut juga menimpa orang-orang yang beriman dan bertakwa. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan bertaubat kepada Allah s.w.t agar tidak mengikuti jejak langkah kaum-kaum yang ingkar dan kufur kepada Allah s.w.t.

Bagaimanakah pula bala atau musibah yang menimpa seseorang mukmin dapat menghapuskan dosa dan dapat pula menambahkan pahala jika ia menerimanya dengan penuh redha dan sabar? Persoalan ini  telah pun dijawab oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah: 156 & 157 yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk dan hidayah-Nya.

Nabi s.a.w. juga memberikan panduan kepada kita apa yang harus diucapkan ketika ditimpa musibah sama ada besar atau kecil dengan mengucapkan kalimat istirja' - innalillahi wainaa ilaihi raji'un.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah salah seorang di antara kamu mengucapkan istirja' dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tali seliparnya (putus talinya), kerana perkara sedemikian adalah dikira sebagai musibah."

Bencana dan dosa
Kalaulah setiap kali kesalahan dilakukan oleh seseorang manusia pasti Allah s.w.t balas dengan serta merta, sudah tentu setiap waktu dan saat akan berlaku bencana di muka bumi ini berpunca daripada kesalahan manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walaupun banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka.

Sehinggalah sesetengah ulama mengatakan, sekiranya sesebuah negeri yang sedang mengalami kemarau berpanjangan, secara tiba-tiba ditimpa hujan lebat, sepatutnya penduduk di negeri itu bersyukur kepada Allah s.w.t, dan berterima kasih kepada makhluk haiwan, kerana merekalah, turunya rahmat Allah, iaitu hujan.

Berpandulah kepada pendapat para ulama, Allah s.w.t menimpakan sesuatu bencana besar untuk membersihkan tempat tersebut daripada dosa akibat perlakuan maksiat. Allah telah menetapkan undang-undang dan peraturan yang mesti diikuti. Jika undang-undang dan peraturan buatan manusia kita langgar, ada akibatnya, apatah lagi melanggar undang-undang dan peraturan Allah s.w.t, sudah tentulah ada akibat dan balasannya yang lebih buruk sama ada di dunia atau di akhirat.

Apabila ditimpa bala dan musibah janganlah begitu cepat kita melenting, marah dan hilang pertimbangan, sebaliknya bersikaplah dengan redha dan menghadapi segala musibah dengan sabar, istiqamah dan mengharapkan pahala serta keampunan daripada Allah s.w.t.

Hanya kepada Allah s.w.t tempat kita merayu keampunan, dan merintih dosa. Kesalahan yang pernah kita lakukan. Allah s.w.t tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Jangan ada perasaan buruk sangka terhadap Allah s.w.t apabila musibah atau bencana menimpa diri, sebaliknya kita perlu renungi hikmah di sebalik musibah yang melanda mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur.

Menurut teori sains geologi, terdapat tiga faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena bencana alam ini:
Pertama: Kejadian bencana ini berlaku akibat faktor-faktor semula jadi seperti banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh, hempa bumi, tsunami dan sebagainya.
Kedua: Faktor biologi turut menyebabkan bencana ini berlaku seperti kejadian wabak penyakit yang menular dan menjangkiti haiwan serta manusia.
Ketiga: Musibah ini berlaku akibat daripada kecuaian dan kesilapan manusia sendiri, akibat tidak terancang. Contohnya pembangunan dilakukan di kawasan-kawasan berisiko, penjagaan alam sekitar yang tidak mampan, kurang penyelenggaraan infrastruktur dan sebagainya.

Namun jika ditinjau dari sudut Islam, fenomena dan setiap bencana alam yang berlaku sebenarnya ada hikmah di sebaliknya dan memberi pengajaran kepada manusia sejagat.

Journal 2014 - # 801

Salam perpaduan salam perjuangan!

Doa Jauhkan Perasaan Tamak Rasa Tidak Pernah Cukup

Assalamualaikum! Hi uols! Baginda Rasul s.a.w sangat sayang kepada kita. Baginda tidak mahu kita hanyut dengan tipu daya dunia dan kealpaan yang sementara. Baginda s.a.w mahu kita pohon kepada Allah agar memelihara kita daripada kecelakaan ini. Maka untuk menjauhkan kita daripada perasaan tamak dan tidak pernah berasa cukup ini, Baginda s.a.w mengajarkan kepada kita sebuah doa iaitu seperti mana di dalam hadis sahih yang diriyawatkan oleh Zaid bin Arqam;
"Ya Tuhanku. Aku berlindungan daripada-Mu daripada ilmu yang tidak berguna, dari hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak pernah kenyang dan daripada dooa yang tidak dimakbulkan." (Sahih Muslim, Kitab az-Zikr wa ad-Du'a, no. 7081)

Journal 2014 - # 800

Salam perpaduan salam perjuangan!

Kekayaan adalah yang Kaya Jiwanya

Assalamualaikum! Hi uols! Terlalu banyak jalan dan cara untuk mencari kekayaan dunia dan harta benda. Akan tetapi semua tahu bahawa pencarian kekayaan dunia tidak akan berhenti pada mana-mana batas. Baginda s.a.w sendiri ada menyatakan tentang sikap manusia; bahawa sekiranya anak-anak Adam itu mempunyai dua wadi emas, dia akan mencari yang ketiganya. Sememangnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah Allah kurniakan.

Kerana itulah Baginda s.a.w menunjukkan dan melakarkan jalan yang sepatutnya kita ikuti agar kekayaan yang kita cari adalah kekayaan hakiki. Daripada Abu Hurairah r.a: "Bukanlah kekayaan itu yang banyak hartanya... akan tetapi kekayaan itu adalah yang kaya jiwanya." (Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, no. 1051)

Di dalam hadis ini Baginda s.a.w menegaskan bahawa kekayaan hakiki bukanlah diukur pada banyaknya harta di dunia akan tetapi kaya yang sebenar ialah apabila seorang hamba itu berasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan, dan berasa redha dengan apa yang Allah beri. Merekalah yang dipanggil sebagai yang kaya jiwanya.

Jiwa yang kaya
Jiwa yang kaya adalah lahir daripada rasa redha dengan ketentuan Allah dan menyerahkan segala urusan hanya kepada-Nya. Kerana ia tahu bahawa apa yang daripada Allah adalah lebih kekal dan lebih baik. Dan kerana dia tahu pilihan dan ketentuan Allah adalah yang terbaik buatnya. Dia juga redha dengan apa yang Allah berikan kepadanya kerana dia yakin rezeki Allah tidak akan pernah habis.

Jiwa yang kaya juga adalah yang lebih mengutamakan syariat dalam pengurusan hartanya. a lebih mengutamakan harta yang halal walaupun sedikit berbanding harta yang melimpah-limpah, tetapi tidak pasti halal haramnya. Kerana ia lebih yakin bahawa harta yang halal dan dicari mengikut syariat adalah lebih berkat.

Maka saat itu, ia akan hidup dengan hati yang tenang dan jiwa yang bahagia. Pada ketika yang diterima adalah jauh lebih berharga daripada segala perhiasan dan kekayaan di dunia.

Jiwa yang miskin
Jiwa yang miskin adalah jiwa yang tidak redha dengan ketentuan Allah, tidak pernah berasa cukup dengan apa yang Allah berikan. Bahkan sering saja meminta tambah dan mana sahaja yang ia boleh. Dan sekiranya apa yang dicari itu hilang atau tidak diperolehi, ia akan bersedih dan berduka cita. Maka mereka itu bukan setakat miskin harta malah miskin juga hatinya.

Jiwa yang miskin juga adalah jiwa yang tidak perna bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Tidak pernah berasa puas dengan kesenangan yang diterima. Sentiasa sibuk untuk memenuhi nafsu dan mencari perhiasan dunia. Mereka kaya harta tetapi miskin jiwanya.

Jiwa yang miskin juga ialah yang sanggup menggadaikan iman dan mendahulukan kekayaan berbandingan larangan Tuhan. Kerana ia lupa bahawa yang memegang rezeki ialah Allah. Ia juga lupa bahawa kelak ia akan ditanya tentang hartanya. Ke mana ia dibelanjakan dan dari mana ia mendapatkannya.
 
Neraca yang betul
Di dalam hadis ini Baginda s.w.a mengajak kita umatnya supaya mempunyai neraca pemikiran yang betul. Baginda mahu supaya kita memikirkan hakikat sebenar sesuatuperkara. Kejar nikmat yang kekal abadi dan tinggalkan nikmat yang sementara.

Baginda juga ingin menekankan bahawa dalam segala hal dan perkara, iman dan akhlak adalah yang paling utama. Nilai itulah sebenarnya yang akan menentukan kehidupan kita di alam abadi kelak.

Lihatlah mereka di bawahmu
Sekiranya manusia hanya melihat kepada mereka yang lebih kaya dan berharta darinya, maka ia akan menyebabkan hatinya sentiasa berasa tidak pernah cukup dengan apa yang ada padanya. Oleh sebab itu Allah melarang kita daripada melihat-ihat apa yang ada ditangan manusia dalam perkara keduniaan.

"Dan janganlah Engkau menujukan pandangan kedua-dua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."

Kerana itulah Baginda s.a.w berpesan kepada kita: "Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripadamu dan janganlah kamu melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripadamu. Maka sesungguhnya ia sangat penting supaya kamu tidak mempertikaikan nikmat Allah ke atasmu." (Tirmizi, Kitab Sifat al-Qiyamah, no. 2513)

Maka dengan itu, redhalah dengan nikmat Allah kerana Rasulullah s.a.w mengatakan: "Redhalah dengan apa yang telah Allah beri nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya." (Tirmizi, Kitab az-Zuhdi, no 2305)

Mereka yang redha ialah mereka yang punyai sifat qanaah. Qanaah ialah berasa cukup dengan pemberian Allah. Ia tidak mahu hartanya menjauhkannya daripada Tahun. Ia tahu bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuknya. Maka ia, bersyukur dengan nikmat Tuhannya.


Journal 2014 - # 798

Salam perpaduan salam perjuangan!

Misteri Warna & Kehidupan

Assalamualaikum! Hi uols! Apakah definasi warna? Apakah terdapat perbezaan definasi antara warna-warna? Mengapa warna ini diciptakan oleh Allah s.w.t? Apakag pentingnya warna dalam kehidupan kita, dan banyak lagi persoalan yang dapat ditimbulkan mengenai warna.
Warna sebenarnya mempunyai peraan yang tersendiri di dalam kehidupan. Warna juga dapat dikaitkan dengan undang-undang atau peraturan. Sebagai contoh warna pada lampu trafik mempunyai makna peraturannya yang tersendiri. Melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. Begitu juga arna dalam ruang-ruang pengiklanan, yang mempunyai makna tersendiri. Sebagai contoh warna merah dalam konteks pengiklanan dikaitkan dengan perasaan lapar. Jadi, kita boleh lihat ada restoran makanan segera menggunakan warna merah sebagai warna untuk tertentu dijadikan simbol-simbol keberanian, kegagahan, keharmonian dan banyak lagi.

Warna juga dapat dikatakan sebagai petunjuk bagi kita. Kita boleh lihat pada sesetengah buah-buahan, yang apabila ianya sudah masak, akan menunjukkan warna yang tertentu. Jadi, dari perubahan warna tersebut kita mengetahui bahawa buah-buahan tersebut telah boleh dimakan atau masak. Begitu juga dengan logam dan galian yang terdapat di dunia ini, dibezakan dengan pelbagai warna. Seperti warna batu berlian, lopaz, zamrud, delima, jed dan banyak lagi. Perubahan-perubahan warna pada logam, batu dan galian tersebut dapat dikaitkan pula dengan mutu dan keunggulannya.

Dalam tradisi masyarakat kita, warna juga mempunyai pengaruh yang tertentu. Kita selalu dengar mengenai hidangan pulut kuning. Mengapa tidak pulut biru, merah atau mungkin hijau? Apa istimewanya pulut kuning itu, dan siapakah yang menentukan syarat pulut tersebut mesti berwarna kuning?

Begitu jugalah dengan amalan masyarakat kita. Sebagai contoh apabila kita sakit bengkak benguk atau bengkak dengong (panggilan di sesetengah tempat), langkah pertama selalunya kita akan mengambil nila untuk diwarnakan di sekitar leher, dan kebiasaannya sakit benguk tersebut akan hilang, tetapi tidak dengan warna lain. Mengapa? Mengapa mesti dengan warna biru, dan tidak warna lain? Begitu juga dengan rawatan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, kebiasaannya dilumurkan kunyit pada perut. Yang diperlukan bukanlah kunyit tersebut tetapi warna kuning itu. Mengapa?

Jika kita tinjau dari perspektif Islam. Apakah warna-warna yang disebut di dalam al-Quran? Warna-warna yang disebut dalam al-Quran ialah warna merah (al-Ahmar), kuning (al-Asfar), putih (al-Abyad), hitam (al-Aswad) dan hijau (al-Akhdar). Apakah keistimewaan warna-warna ini sehingga disebut di dalam al-Quran?

Warna dan alam
Seperkara lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai informasi yang saya terbaca di
internet. Menurut sesetangah pandangan, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid. Dalam fisiologi tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuhh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri dengan cara berkomunikasi. Mereka berpandangan saat azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu rukuk dan sujud.

Pada waktu zohor pula warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sistem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga dikaitkan dengan keceriaan seseorang. Jadi dipercayai bahawa, bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat zohor berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam sistem penghadaman serta berkurang keceriaannya.

Pada waktu asar pula, warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostat, uretus, ovari, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di dalam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.

Pada waktu maghrib pula, warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada benarnya, kerana saat maghrib tiba, spektrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga. Mereka yang sendang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama, atau hampir sama, dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.

Pada waktu isyak pula, alam berubahmenjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu isyak akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapa, Kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang  Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dn kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar pineal (otak kecil), kelenjar pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam.

Bagaimanapun, kajian-kajian mengenai warna ini patut dilakukan secara lebih ilmiah supaya kita dapat manfaatkan setiap kejadian alam, atau apa yang Allah ciptakan untuk hamba-hamba-Nya.