Percutian Bajet ke Brunei Darussalam

Hi semua.. Mesti ramai yang nak teringin nak bercuti ke negara Brunei Darussalam kan, tapi memandangkan tukaran mata wang agak tinggi jadi ramai yang pendamkan saja perasaan tersebut. Okey hari sis nak kongsi pengalaman sis bercuti ke negara Brunei Darussalam dengan bajet bawa RM1500 seorang termasuk makan, minum, penginapan dan pengangkutan, mungkin kurang dari RM1500 kalau jenis yang memang berjimat cermat. 

Kalau datang sebagai Bag Packer group disyorkan guna Hostel lagi jimat dalam BND18 bersamaan dengan duit kita RM55.78.

Baru ni sis telah melancong ke Brunei secara solo, kira jadi Bag Packer ler gitu hihi.. Actually plan ni sis tak lah plan sangat just redah jer nak tahu berapa kos yang akan dibelanjakan kelak. Itu pun sebab sis memang tinggal kat Sabah duduk pula dekat dengan daerah Kota Kinabalu, so langkah tu panjang jugalah. Sebenarnya pilihan kepada sesiapa yang nak travel secara bag packer ni sama ada mahu naik flight, ferry atau darat. Itu uniknya orang-orang yang tinggal di Pulau Borneo ni. Macam sis, ini kali kedua sis melancong ke Negara Brunei, sebelum ni sis travel menggunakan kenderaan fuhh!!! mahu 6 ke 7 jam juga driving lalu daripada sindumin, lawas, limbang dan bintulu. Kali ni sis pergi saja nak naik ferry melalui Labuan. 

Mungkin ada yang tanya kenapa tak naik flight dari KK ke Brunei, hmm.. sebab direct flight bukan selalu ada, kalau ada pun kena pergi KL baru ke Brunei. So that why sis kena lalui Labuan untuk ke Brunei. So Kalau korang nak advanture macam sis nak rasa pengalaman naik ferry dari Labuan korang boleh jer naik flight dari KL ke Labuan kemudian baru ke Brunei.

Semuanya bermula dari Jesselton Point:



Perjalanan dari KK ke Labuan mengambil masa 2 jam 30 minit, itu pun bergantung dengan keadaan laut. Alhamdulillah sis pergi dan balik mengikut jadual. Dari Labuan nak ke Serasa Muara, Brunei pula mengambil masa 1 jam. Berikut adalah jadual perjalanan ferry.

Nak ke Labuan kena beli tiket kat kaunter 4


Dua Kali Sehari

Masa operasi kaunter : 6.30am hingga 2 pm

Dari KK  ke Labuan
Perlepasan    Ketibaan
8.00 am     -   11.00 am
1.30 pm     -     4.30 pm 
                                       

Dari Labuan Ke KK
Perlepasan   Ketibaan
8.00 am     -   11.00 pm
1.00 pm    -    4.00 pm

Kaunter Serasa Muara, Brunei
Dari Labuan ke Brunei
Perlepasan    Ketibaan
9.00 am     -   10.00 am
3.30 pm     -     4.30 pm

Dari Brunei Ke Labuan

Perlepasan   Ketibaan
8.30 am    -      9.30 pm
9.30 pm    -   10.30 pm
                                                                             

So korang boleh rancang perjalanan korang lepas ni. Oh ya bagi korang yang datang dari Semenanjung Malaysia korang boleh jer naik flight turun terus kat Labuan. Nak bagitahu juga korang kena buat Rooming siap-siap talian Data korang, kalau tak korang boleh juga beli simkad baru dekat bandar. Macam sis beli simkad baru harga BND25 bersamaan dengan RM77.48 tapi dapat unlimited data yang korang boleh guna. Korang cakap jer kat orang kedai tu kata nak guna untuk data saja so mereka akan bagi visitor plan simkad.

Masa dalam ferry nanti jangan lupa ambil borang ketibaan imigresen Brunei isi siap-siap masa dalam ferry, so bila sampai kat terminal nanti tidak kelam kabut masa pemeriksaan imigresen.


Mungkin ada yang bertanya jugakan apa yang menarik di Brunei ni? Sebenarnya Brunei ni memang negara yang kecil tapi kaya dengan hasil minyak. Sebenarnya korang kalau setakat nak jalan-jalan macam sis nak tengok tempat orang jalan-jalan mungkin ini satu pengalaman yang menarik. Kali ni sis tak melawat semua tempat hanya sekitar bandar sahaja, nama pun bag packer kan, lagipun sis pergi sehari jer yang lebihnya kat Labuan sebab nak shopping kat sana hehe. Berikut tempat-tempat yang korang boleh lawati:

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Dibina pada tahun 1958 dengan material terbaik. Bersempena nama Sultan Brunei ke-28 yakni, Sultan Omar Ali Saefudin III. Merupakan masjid Nasional bagi Kesultanan Brunei Darussalam di kota Bandar Seri Begawan

Masjid mewah dengan kubah berlapis emas murni ini dibangun sebagai simbol bahwa Islam adalah agama negara dan menjadi pegangan hidup rakyat Brunei Darussalam. Sejak dibangun hingga hari ini, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien menjadi salah satu masjid yang paling terkenal di dunia karena keindahan dan kemegahannya.

Sebagai masjid kerajaan masjid Sultan Omar Ali Saifuddien memang dibangun di Ibukota Negara Brunei Darussalam. Tepatnya di Kampong Ayer (Kampung Air) bersebelahan dengan komplek Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan. Sekali dalam setahun, bangunan replika Bahtera (kapal) Sultan Bolkiah yang berdiri di tengah laguna di depan masjid ini dijadikan mimbar Tilawah dalam Lomba Seni Baca Al-Qur’an / Musabaqoh Tilawatil Qur’an tingkat Nasional Brunei Darussalam.
Masjid ni berdekatan dengan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex. so boleh jalan kaki jer nak ke masjid tu. Bagi wanita tak perlu risau jika nak solat telkung disediakan dimana-mana masjid besar di Brunei.



The Royal Regalia Museum

Merupakan muzium kebangsaan negara Brunei Darussalam yang terletak di Kota Batu, berdekatan dengan ibu negara Bandar Seri Begawan. Muzium ini mempamerkan bahan kesenian Islam, barangan bersejarah dari abad ke-16, kaji purba dan etnografi. Ia adalah muzium yang terbesar di Brunei.

Menariknya muzium ni, korang akan melihat koleksi Di-Raja depan mata dan korang tak boleh mengambil gambar sepanjang lawatan dalam muzium tersebut. Sebab tu korang kena datang ke Muzium ni.

Dan menariknya juga korang akan melihat beberapa gambar Sultan Brunei bersama dengan Raja-Raja dari negara kita sendiri, banyak kenangan yang dipotretkan telah disimpan dalam Muzium ini. So sampai Brunei jangan lupa singgah ke Royal Regalia ni ok!

Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah
Masjid terbesar di Brunei ini didirikan tahun 1988 dan resmi dibuka untuk umum pada 1994. Dibangun untuk merayakan kepemimpinan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, yang memasuki masa kepemimpinan perak, 25 tahun. Dikenal juga dengan sebutan masjid Kiarong.

Terdapat 29 kubah emas menghiasi masjid ini. Dua kubah emas besar dan 27 buah kubah penutup menaranya yang mengelilingi bangunan utama. Dua sembilan mengandung arti, Sultan Hassanal Bolkiah adalah Sultan Brunei yang ke-29.

Ruang utamanya yang berornamen kaligrafi dan khas Arab ini mampu menampung lebih dari 3.500 jamaah. Terdapat lampu gantung kristal indah yang dilapisi emas, yang berasal dari Austria. Sementara di sisi timurnya juga terdapat ruang ibadah, tapi hanya cukup untuk 1000 orang.

Istana Nurul Iman

Istana Nurul Iman ialah tempat persemayaman rasmi bagi Sultan Brunei, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan kerusi kerajaan negara Brunei Darussalam. Istana ini terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini juga merupakan tempat persemayama diraja paling besar di dunia.

Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik bersiram serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di istana ini juga terdapat 110 buah garaj kereta, kandang kuda berhawa dingin yang menempatkan 200 ekor anak kuda polo milik Sultan serta 5 buah kolam renang. Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi (200,000 m).Disebabkan saiz istana ini yang sangat besar, maka terdapat 564 lampu candelier, 51,000 mentol lampu, 44 tangga dan 18 lif di situ.


Pasar Malam Gadong


Kalau dulu sis ke Pasar Malam Gadong ni, tempat tu masih lagi menggunakan kanopi biasa, tapi kali ni sis pergi pergh!! Dah upgrade dah, kira nampak lebih teratur dan tersusun rapi, malahan bekalan air, elektrik dan gas juga disediakan pasar malam Gadong ni. Kerusi Meja juga disediakan boleh lepak-lepak sambil makan kat situ.  Pasar Malam ini diadakan setiap malam di sini. Suasana di Pasar Malam Gadong sangat meriah dengan pengunjung. Pelbagai makanan dijual di sini dengan harga yang murah.

Pelbagai makanan tradisi yang akan anda dapat dan tidak jauh beza dengan kita yang tinggal di Sabah dan juga Sarawak, antara makanan yang boleh ditemui di Pasar malam Gadong ni adalah seperti Nasi Katok yang memang cukup popular di sana, Kelupis, Tapai nasi, kuih muih tradisional dan pelbagai lagi. Rate makanan yang dijual antara BND1- BND5. Kira murah la juga kan.

Kampung Ayer, Brunei
Kali ni sis tak ke Kampung Ayer. Tapi sis menikmati pemandangan Kampung Ayer ni dari bandar saja. Kampung Ayer perkampungan air yang didiami penduduk. Kampung ini terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Ia merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara.

Gagasan 42 kampung yang dibina di atas kaki bajang dan laluan pejalan kaki dari kayu diduduki lebih kurang 30,000 orang penduduk dan merupakan kampung air terbesar di dalam dunia. Ia juga digelar "Venice Timur". Kampung air sebenarnya terdiri daripada perkampungan kecil yang dihubungkan oleh lebih dari 29,140 meter jambatan kaki, dan merangkumi 4,200 binaan termasuk rumah kediaman, masjid, restoran, kedai, sekolah dan sebuah hospital. Laluan pejalan kaki yang panjang tuntas 36 kilometer menghubungkan bangunan-bangunan kampung ini. Pengangkutan utama di kampung ini ialah sampan yang kebiasaannya dilengkapi dengan enjin bot; teksi air persendirian, ataupun swasta, yang kebanyakannya menyerupai bot laju panjang, menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang pantas. Dari jauh, kampung ini kelihatan seakan-akan kampung setinggan tetapi sebenarnya penduduk kampung ini menikmati kemudahan moden seperti bekalan elektrik, penyaman udara, televisyen satelit, Internet, dan sistem saliran. Beberapa orang kampung juga membela ayam dan bercucuk tanam dalam pasu. Rumah-rumah kediaman daerah ini mempunyai ciri seni bina unik — bahagian dalam rumah-rumah kayu penuh hiasan yang rapi.

Kampung Ayer telah diduduki selama 1,300 tahun. Antonio Pigafetta menggelarnya "Venice Timur" apabila armada Ferdinand Magellan singgah di kawasan itu pada tahun 1521. Dari segi budaya Brunei, daerah ini merupakan daerah yang penting yang mengekalkan asal-usul petempatan tebing sungai penduduknya. Mengikut Profesor Abdul Aziz daripada Universiti Brunei Darussalam, Kampong Ayer merupakan petempatan air yang paling luas dan termasyhur di Asia Tenggara. "Dari segi sejarah, ia merupakan jati diri negara Brunei dan juga sebuah pusat perdagangan terpenting di Borneo.

So.. Cukuplah seharian berjalan di Brunei. Berikut adalah bajet perbelanjaan sis untuk Tiket, Penginapan dan Pengangkutan di Brunei. Cuma kena bawa extra juga untuk kecemasan, kalau setakat beli makanan dan souvenirs tu cukup jugalah dalam BND100.

Tiket:
Tiket Kota Kinabalu ke Labuan: RM23.60
Tiket Labuan ke Brunei: RM35.00
Tiket Brunei ke Labuan: RM45.46 (BND15.00)
Tiket Labuan Ke Kota Kinabalu: RM23.50
Jumlah: RM127.56

Penginapan:
Labuan: SkyGlobal Hotel : RM73.04 (Searching by Agoda)
Brunei: Traders Inn Hotel: RM128.43  (Searching by Agoda)
Jumlah: RM201.47


Pengangkutan di Brunei (Dart Car):
Serasa Ferry Terminal ke Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex (Center City) : BND20.70 (RM62.74)

Muzium Regalia ke Istana Nurul Iman Brunei: BND:5.00 (RM15.15)
Istana Nurul Iman Brunei Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah: BND5.00 (RM15.15)
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah ke Pasar Malam Gadong: BND4.30 (RM13.03)
Pasar Malam Gadong ke Traders Inn Hotel: BND5.00 (RM15.15)
Traders Inn Hotel ke Serasa Ferry Terminal: BDN20.70 (RM62.74)
Jumlah: RM121.22

Jumlah: RM512.94
Duit Poket: RM309.91
Jumlah Keseluruhan: RM822.85

Jumlah ini tertakluk dengan tukaran mata wang semasa yer, masa sis pergi ni BND1 bersamaan dengan RM3.10, so korang kena pandai main dengan pertukaran mata wang juga, then cari tempat money changer yang boleh anda beli dengan harga yang murah. Sis balik ke Labuan by Ferry seawal 8.30am sebab sis nak naik ferry balik ke KK pada jam 1.00pm, beberapa jam yang ada sis shopping kat Labuan pula hehe. 

Ok semua habis cerita tentang cuti-cuti Brunei Bajet dari sis. Untuk info lanjut ke mana lagi sis akan pergi lepas ni korang jangan lupa follow FB page sis DN Adnin official ok.

No comments: