Showing posts with label Info Sabah. Show all posts
Showing posts with label Info Sabah. Show all posts

Supermoon 2016

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum uols! Lama benar untuk aku menulis blog yg semakin usang kewujudannya! Malam ni 14.11.2016 sebelum hujan turun aku sempat merakamkan beberapa gambar daripada kamera usang aku NIKON D3200 bulan penuh atau lebih dikenali sebagai #Supermoon. Gambar ni aku ambil sekitar 7.20PM hingga 7.45PM, lepas tu awan mula tebal dan hujan pun turun hihi.. (^_^)

Silalah santap picture ku yg x seberapa ni..






Journal 2015 - # 905

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

ONEXOX Sponser Utama 7K Sutera Harbour Sunset Charity Run 2015


Assalamualaikum! Hi uols! Hari ni telah berlangsung satu sidang media 7K Sutera Harbour Sunset Charity Run yang di adakan di Dewan Teater Sutera Harbour Marina Club. Untuk Makluman Semua Penganjuran program ini adalah mengutip dana untuk membantu Olimpik Istimewa Sabah dan Sabah Thalassaemia. Larian amal ini bakal berlangsung pada 29 Ogos 2015 akan datang so ada masa lagi kalau uols nak join larian amal ni. Kalau ada yang berminat untuk menyertai larian amal ni uols boleh menghubungi pihak pengurusan Sutera Harbour untuk maklumat lanjut okey!

So nak bagitahu uols.. Team #ONEXOX negeri Sabah telah menjadi penaja utama kepada larian amal ini okey!! Bukan calang-calang nak seponser satu program yang gah dan besar ni ada berani.. Kepada Team ONEXOX Sabah Tahniah dan Syabas kerana memulakan langkah yang baik untuk warga ONEXOX Sabah, u guys AWESOME!!




Jom tengok apa yang berlaku sepanjang sidang media berlangsung ini. Sempat lagi LC Journal dan kekawan ONEXOX ber'selfie sebelum sidang media berlangsung.

Team ONEXOX
ONEXOX TEAM

LC dan Team ONEXOX

Journal 2015 - # 898

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Berbuka puasa di Zara's Boutique Hotel


Assalamualaikum! Hi uols! Hmm.. hari ni dah masuk 6 Ramadhan kita berpuasa alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berada di bulan yang penuh baraqah ni. Semalam aku memenuhi undangan majlis berbuka puasa di Zara's Boutique Hotel. Kalau sebelum ini aku pernah cerita pasal Zara's Boutique Hotel berkenaan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka yang melancong ke Sabah bolehlah berkunjung ke Zara's Boutique Hotel untuk menginap.

Alhamdulillah semalam rezeki aku dan emak aku bersama Zara's Boutique Hotel, Sesungguhnya dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, dari Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, beliau bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang puasa itu sedikit pun.” (HR. Tirmidzi. Ia berkata: “Hadits ini hasan shahih.”)
Penjelasan:
Seseorang yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang sedang puasa, akan mendapat pahala sebanyak pahala puasa orang yang diberinya berbuka, sedangkan pahala orang yang puasa itu tidak berkurang sedikit pun. Apabila orang yang diberi makanan berbuka melakukan perbuatan yang dapat mengurangi pahala puasanya, pengurangan pahala puasa tersebut tidaklah mengurangi pahala yang diterima oleh orang yang memberinya berbuka.

Ada orang beranggapan bahwa kalau seseorang mahu menerima makanan berbuka dari orang lain, pahalanya akan berpindah pada orang yang memberinya makanan. Anggapan seperti ini tidaklah benar. Bahkan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam menegaskan bahwa pahala orang yang puasa tetap dan orang yang memberi makan orang yang berbuka diberi pahala oleh Allah sebanyak pahala yang diberikan kepada orang yang puasa.

Hadits ini mendorong orang-orang yang berkelebihan agar memberikan sedekah kepada saudara-saudaranya yang berkekurangan untuk memperoleh makanan berbuka. Hal ini dimaksudkan agar mereka, terutama orang-orang yang tidak dapat puasa karena halangan-halangan yang sah menurut agama, mempuanyai semangat bersedekah. Oleh karena itu, agar memperoleh pahala pada bulan Ramadhan, hendaklah kita membantu saudara-saudara kita yang puasa dengan memberikan makanan untuk berbuka.

Dari Kiri: Madam Eliza, LC & Patricia
Moga-moga murah rezeki kakitangan Zara's Boutique Hotel kerana sudi memberi makanan untuk kami berbuka puasa, amin. Untuk makluman semua, chef di Zara's Boutique Hotel merupaka orang tempatan dan orang Islam jadi tak perlu risau atau kuatir tentang makanan yang disediakan oleh team banquet dan tambahan lagi restoran Zara's Boutique Hotel memang mempunyai certificate halal daripada pihak JAKIM, so jangan risau atau was-was okey!


Well.. Semalam adalah peluang keemasan untuk bertemu secara bersemuka dan dapatlah berbual-bual dengan Madam Eliza Goh pemilik Zara's Boutique Hotel walaupun seketika, Woww!! Selama ni hanya berurusan dengan bahagian sales sahaja iaitu Puan Dyana dan Puan Patricia, tapi kali ni dapat juga bertemu dengan Madam Eliza Goh pemilik Zara's Boutique Hotel. Beliau cukup mesra dan ramah sama seperti kakitangan Zara's Boutique Hotel yang lain.

Untuk pengetahuan semua, Zara's Boutique Hotel ni boleh dikatakan 100% kakitangannya ialah wanita, kecuali team banquet mereka. So uols kalau rasa nak book bilik penginapan, nak buat event atau nak buat family day di Zara's Boutique Hotel, uols bolehlah menghubungi bahagian sales Zara's Boutique Hotel ditalian 088-488976/088-487386. Atau uols boleh melayari laman web http://www.zarasboutiquehotel.com/ ataupun pertanyaan melalui facebook Zara' Boutique Hotel pun boleh atau kalau rasa nak e-mel pun boleh marketing_zbh@rocketmail.com.

Journal 2015 - # 895

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

TERKINI! Gegaran demi Gegaran: Kinabalu terus bergegar lagi



Assalamualaikum! Hi uols! Seawal 2.29 pagi pada 13 Jun 2015, aku sekeluarga dikejutkan dengan gegaran yang berskala richter 5.0 kalau mengikut Apps LastQuake (CSEM EMSC). Setakat ni tak ada ler berita yang tidak menyenangkan lagi tapi tak tahulah sekitar Ranau dan Kundasang sebab pusat gegaran bermula di sana.

Ramai rakan-rakan facebook update akan gegaran yang dialami pagi tadi termasuklah aku sendiri. Rata-rata seluruh Sabah mengalami gegaran tersebut. Masyallah besar sungguh ujian yang Allah berikan dalam 2 minggu ini. 





Sejak 5 Jun 2015 beberapa siri gegaran telah tercatat sebenarnya, iaitu:- 
  • 5 Jun 2015, 7.15AM: 6.0 Magnitude
  • 5 Jun 2015, 9.12PM:  4.4 Magnitude
  • 5 Jun 2015, 11.13PM: 4.7 Magnitude
  • 6 Jun 2015, 1.45PM: 4.5 Magnitude dan,
  • 13 Jun 2015, 2.29AM: 5.0 Magnitude

Apa pun sama-sama kita berdoa agar bumi Sabah sentiasa selamat dan di lindungi oleh Allah swt. Oh ya jangan lupa amalkan doa ni jika kita merasai gegaran mahupun apa sahaja malapetaka, moga-moga selamat semuanya.
#PrayForSabah
#SabahEarthQuake

Journal 2015 - # 894

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Terkini (13 Jun 2015): Sabah Bergegar Lagi


Assalamualaikum! Hi uols! Sabah dikejutkan sekali lagi dengan gegaran gempah bumi. Kali ni 5.0 Magnitude pada jam 2.29 pagi 69KM E Kota Kinabalu dan 24KM N Ranau, hampir sama dengan gegaran yang pertama sebelum ini. Gegaran kali ini hampir sama kekuatannya dengan gegaran yang pertama iaitu 6.0 magnitude. Ramai teman-teman facebook terkejut dan mengemaskini status masing-masing akan kesan gegaran tersebut. Awal pagi esok baru dapat melihat akan kerosakan yang di alami.

Apa pun jangan berhenti berdoa dan berhati-hati semua. Ya Allah lindungi bumi Sabah daripada bala bencana ini Ya Allah.

#PrayForSabah
#SabahEarthQuake

Journal 2015 - # 892

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kinabalu Antara Lagenda atau Mitos


Assalamualaikum! Hi uols! Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oseania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oseania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung. 

Pada 5 Jun 2015 Negeri Sabah seawal 7.15 pagi kita dikejutkan dengan bencana alam iaitu Gempa Bumi 6.0 Magnitude (Richter Scale) yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau sehingga menyebabkan beberapa kerosakan dan juga mengakibatkan kehilangan nyawa. Salam takziah kepada keluarga yang terlibat dalam musibah ini.

Ada yang menyatakan bahawa gempa bumi terjadi akibat mitos lagenda yang menyatakan semangat gunung atau penjaga gunung marah kononnya 6 pelancong asing berbogel di gunung kinabalu telah marah disebabkan aksi kurang sopan tersebut. Namun dari segi faktor geografi adalah disebabkan fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Gempa bumi berlaku setiap hari dibumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.
 
Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.

Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumimenanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.


Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Lagenda & Mitos

Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak
perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Di atas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semula jadi, kaum Kadazandusun mempercayai di sinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda, di sini juga tempat segelintir mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap di sana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Journal 2015 - # 890

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Breaking New (Sabah Earthquake): Bumi Sabah Bergegar Pagi Jumaat (5 Jun 2015)

Assalamualaikum! Hi uols! Salam jumaat semua.. Setiap apa yang berlaku adalah amaran daripada Allah swt sebagai peringatan kepada hamba-Nya. Pagi ini jam 7.15 pagi bumi Sabah dikejutkan dengan gegaran sekuat 6.0 Magnitude (Richter Scale) yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280


Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.

 
Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

Berikut antara gambar yang dikongsikan dalam media sosial:




Berikut video yang sempat dirakam oleh salah seorang pekerja yang bekerja di Kinabalu Park.
 

Journal 2015 - # 889

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Female Parking Lot

Assalamualaikum! Hi uols! Mungkin agak janggal bila kita melihat lot parking kereta di mana-mana mall akan ditandakan atau di warnakan berwarna pink!? Tambahan lagi bila ada sign board Female Parking Only! Hmm.. mai cik nak habaq kat hangpa nah... Mungkin ia masih baru lagi di negeri Sabah atau di Malaysia ni tapi sebenarnya ia adalah perkara lama yang telah dilakukan oleh negara-negara maju khususnya China.

Tapi masih ada lagi yang tak faham konsep yang cuba di amalkan di negara kita terutama sekali di 1 Borneo Hypermarket yang baru mengamalkan konsep Female Parking Only! Hmm.. Sebenarnya Maksud parking ini adalah dikhaskan oleh kaum wanita sahaja bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah di kawasan lot parking kereta. so orang lelaki faham-faham ler jangan gatal masuk parking wanita!! Tapi ada juga yang menyalah gunakankawasan parking ni iaitu pemandunya perempuan tetapi penumpangnya ada lelaki tak bolehlah cik kak kenalah bertimbang rasa kepada orang pemandu wanita yang betul-betul berseorangan atau dalam kereta tu kumpulan wanita sahaja, ADA FAHAM!!!
Di Malaysia konsep Female Parking Only ini bermula dari e Curve Mutiara Damansara, namun perlaksanaan untuk penyesuaian mengambil masa mendidik pengunjung yang berkunjung, pihak pegawal keselamatan pula sentiasa memantau kawasan ini bagi mengelakkan parking lot tersebut tidak disalah guna oleh pengunjung.
Bagaimana pula di 1 Borneo Hypermarket?? Kadang-kadang ada juga yang mengambil kesempatan menggunakan parking lot tersebut atau mereka ni buta warna or tidak mengerti membaca atau papan arahan tidak jelas?? Sebenarnya semua pihak memainkan peranan bukan satu pihak sahaja pengunjung pun perlulah faham patuhi arahan jangan salahkan orang kalau tayar kereta anda di claimping.



Journal 2015 - # 888

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

SABAH: Organiser Double Standard!?

Assalamualaikum! Hi uols! Pernah tak korang dengar 'Organiser Double Standard'?? Dengar-dengar citer Awang Selamat kata Event Organiser KDCA tahun ni Double Standard!?? Betul Ker?? OMG!!! Why the because!? Arrr.. ni aku nak cerita pada korang adalah seorang member yang cerita pada aku katanya sesetengah Organiser di Sabah ni (bukan semua okey!) katanya Double Standard!! Lebih kurang macam ni ler perumpamaannya kalau retis (artis) daripada semenanjung dilayan lebih mengalahkan raja dan permaisuri lagi tapi kalau retis local ala kadar jer layanannya huhu.. Katanya lagi kalau boleh retis semenanjung tu dilayan bagaikan raja duduk di meja makannya dihidang bagai, tapi retis local makan ditapau saja.. ibarat macam tu ler nak bandingkan citer. Memang PANAS!!
Bila request untuk buat show bila di minta down payment advance ada saja alasan kata nak
dahulukan dahulu retis daripada semenanjung! Huhu.. kesian dengar citer member ni, panas pun ada.. terbaru ni baru saja berlaku member dah buat show 2 kali tetiba organiser bagi tahu sponsor tarik diri!? Bermakna payment dikurangkanlah ataupun burn begitu saja.. Kira retis kita menyanyi free jer ler iyer. Kesian dengar cerita member tu, macamana nak maju industri seni di Sabah ni kalau orang kita ni Double Standard pada artis-artis local. Orang luar disanjung bagai nak rak, artis Sabah pun ada hak mereka memperjuangkan seni budaya kita juga. Patutnya utamakanlah local artis bukan artis luar.. Artis luar dapat liputan meluas, iya ler nak tarik pengunjunglah katakan, kalau nak buat shoot pun ala kadar jer untuk retis local huhu.

Persoalan kenapa perlu ada Double Standard!? Artis local pun manusia biasa juga mereka pun ada periuk nasik nak kena jaga. Bukan RM yang mereka inginkan semata-mata tapi hargai pengorbanan masa mereka, hasil seni mereka bukan layan mereka low class!! Yang Peliknya bila artis local letak harga yang difikirkan lojik dan tak ler sehingga 10K katanya mahal, cuba request retis semenanjung minta 20k pun sanggup bayar doe!! Huhu memang nampakkan!! So pada Organiser di Sabah ni, khususnya yang tengah anjurkan event tu.. harap korang pikirlah bagaimana rasanya bekerja tanpa gaji iyer, begitulah rasanya pada mereka yang terkena. Ingat bila kita tipu orang tak mustahil dibalas juga kelak sedemikian rupa. Lepas ni artis Sabah boleh ler buat agreement before show minta advance payment untuk mereka sebab dah selalu sangat terkena, jadi kalau nak saman pun boleh dah hehe.. Harap kepada pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan dan membela nasib mereka ini.

Journal 2015 - # 886

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Hospital Queen Elizabeth II: Parking oh Parking Sesak dan Merbahaya

Assalamualaikum! Hi uols! Baru-baru ni aku bertandang ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) Kota Kinabalu kebetulan ada urusan yang tak seberapa nak rasmi. Well aku paling tak suka nak datang ke kawasan Hospital Kerajaan ni, salah satu masalah ialah parking! Entah bila nak sudah masalah yang timbul tak kiralah ada parking bertingkat, berbayar atau apa sekali pun ruang yang tersedia. 

Pada aku service kenalah tip top, bayar sikit tak apa janji keselamatan terjamin pada harta benda pengunjung. Sebenarnya aku tak tahulah sama ada korang sedar atau tak, korang perasan atau, keadaan parking di sekitar HQE II memang sesak dan terlalu padat yang teramat sangat terutama sekali waktu kemuncak. 

Biarpun parking bertingkat disediakan namun double park, parking di corner, parking pada ring jalan ke parking mengundang kepada kemungkinan kemalangan. Patutnya pihak berwajib patut memikirkan masalah yang dihadapi oleh pengunjung yang memerlukan parking. 

Tak tahulah pihak keselamatan hospital ada membuat rondaan atau tak di parking bertingkat ni. Berikut keadaan parking sekitar parking bertingkat di HQE II:

Parking di corner
Double parking
Lalu utama keluar dan masuk parking dari aras baru menuju ke aras 1, kiri kanan kenderaan parking
Double Parking

Parking diantara ring naik ke aras atas.