Journal 2015 - # 889

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Female Parking Lot

Assalamualaikum! Hi uols! Mungkin agak janggal bila kita melihat lot parking kereta di mana-mana mall akan ditandakan atau di warnakan berwarna pink!? Tambahan lagi bila ada sign board Female Parking Only! Hmm.. mai cik nak habaq kat hangpa nah... Mungkin ia masih baru lagi di negeri Sabah atau di Malaysia ni tapi sebenarnya ia adalah perkara lama yang telah dilakukan oleh negara-negara maju khususnya China.

Tapi masih ada lagi yang tak faham konsep yang cuba di amalkan di negara kita terutama sekali di 1 Borneo Hypermarket yang baru mengamalkan konsep Female Parking Only! Hmm.. Sebenarnya Maksud parking ini adalah dikhaskan oleh kaum wanita sahaja bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah di kawasan lot parking kereta. so orang lelaki faham-faham ler jangan gatal masuk parking wanita!! Tapi ada juga yang menyalah gunakankawasan parking ni iaitu pemandunya perempuan tetapi penumpangnya ada lelaki tak bolehlah cik kak kenalah bertimbang rasa kepada orang pemandu wanita yang betul-betul berseorangan atau dalam kereta tu kumpulan wanita sahaja, ADA FAHAM!!!
Di Malaysia konsep Female Parking Only ini bermula dari e Curve Mutiara Damansara, namun perlaksanaan untuk penyesuaian mengambil masa mendidik pengunjung yang berkunjung, pihak pegawal keselamatan pula sentiasa memantau kawasan ini bagi mengelakkan parking lot tersebut tidak disalah guna oleh pengunjung.
Bagaimana pula di 1 Borneo Hypermarket?? Kadang-kadang ada juga yang mengambil kesempatan menggunakan parking lot tersebut atau mereka ni buta warna or tidak mengerti membaca atau papan arahan tidak jelas?? Sebenarnya semua pihak memainkan peranan bukan satu pihak sahaja pengunjung pun perlulah faham patuhi arahan jangan salahkan orang kalau tayar kereta anda di claimping.



No comments: