Showing posts with label Info Cantik. Show all posts
Showing posts with label Info Cantik. Show all posts

Journal 2014 - # 858

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Cantik Yang Halal


Assalamualaikum! Hi uols! Tak kira lelaki atau perempuan kita harus mengetahui Halal dan Haram dalam mencari kecantikan pada tubuh badan kita sendiri asal jangan memudaratkan. Tubuh badan yang kita ada ketika ini adalah pinjaman daripada Pencipta kita iaitu Allah swt. Tubuh badan kita ini lama nak digunakan agar bila kita kembali kepada Pencipta asal kita jasad kita sihat dan sempurna dengan izin Allah swt. Sebenarnya aku dah lama nak share pasal satu clip video rancangan Tanyalah Ustazah TV9 topik Cantik Yang halal, tapi tak ada kesempatan. Dalam entri aku kali ni aku share clip video ni untuk menambah ilmu dan panduan kehidupan kita sebagai manusia.


Journal 2014 - # 857

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

15 Dosa di Kepala Wanita

Assalamualaikum! Hi uols! Ketahui oleh wanita 15 dosa di kepala wanita yang tanpa sedar kita telah lakukan.

1. Tidak bertudung (menutup aurat).
Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .
2. Menyambung rambut / memakai sanggul.
Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).
3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.
Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).
4. Mencabut uban.
Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).
5. Memakai bulu mata palsu.
Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh.

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)
6. Bersolek/berhias.
Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].
7. Merenggangkan / mengikir gigi.
Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Bukhari 4886).
8. Membuat tatu.
Lihat kenyataan ke-7.
9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).
10. Memakai rambut palsu.
Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).
Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.
11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.
Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)  
Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)
12. Mencukur / mencabut bulu kening.
Lihat kenyataan ke-7.
13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.
Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]
14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari). (Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.
15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.
Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik itu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).
Diterjemahkan dari sumber Abu Fahd Negara Tauhid

Journal 2014 - # 856

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Wanita Islam Ketahui Hukum Memakai Bulu Mata Palsu!

Assalamualaikum! Hi uols! Kalau dulu aku memang jahil dan suka pada hiasan yang cantik pada tubuh badan aku terutama sekali pada mata iaitu bulu mata palsu. Menyedari suatu perkara yang amat dilarang dalam islam itu membuat aku insaf dan bertaubat atas perbuatan aku sebelum ini. Puncanya bila aku menonton sebuah rancangan di TV9 'Tanyalah Ustazah'. Dalam ceramah tersebut beliau menyentuh penggunaan bulu mata palsu bila mana, mak andam ingin memakaikan bulu mata palsu kepada pengantin perempuan si pengantin perempuan tidak mahu, kemudian mak andam kata "Nampak cantik kalau kamu pakai bulu mata palsu ni nanti" jawab si pengantin perempuan "Saya takut dilaknati oleh Allah swt." Masyallah! Nauzubilaminzalik! Mengucap panjang aku dibuatnya. Oleh itu aku terus berhenti untuk memakai bulu mata palsu kerana takut akan laknat oleh Allah swt. Ketahuilah olehmu wahai wanita cantiknya wanita itu bukan pada sebarang tambahan aksesori atau alis pada keningnya tapi kerana menjaga peribadi dan auratnya.
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Fatwa:"... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh.

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam

Journal 2014 - # 851

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Jawapan Kepada Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

Assalamualaikum! Hi uols! Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
 http://myibrah.com/wp-content/uploads/2012/01/auratwanita-300x300.jpg
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda:
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)
Sumber: http://akuislam.com/

Journal 2014 - # 850

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Aurat Wanita: Cantik Atau Jelik?

By: Shuhadah Khalil
http://kasihkejannah.blogspot.com/

Assalamualaikum! Hi uols! Masih saya ingat saat saya mula mengenakan tudung di kepala bagi menjaga aurat dan batasan pemakaian saya dihadapan bukan muhrim. Bukan tudung sahaja yang menjadi permulaannya. Tetapi saya mula mengenakan pakaian berlengan panjang, longgar dan tidak jarang.
Itu semua bagi menjaga peribadi sebagai muslimah sejati. Tergeraknya hati saya untuk menutup sempurna aurat saya sedari kecil berdasarkan di dalam hadis yang ada menyebut:
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” – Riwayat Abu Dawud.
Saat zaman yang semakin mendekati akhirat ini, ramai kaum hawa yang masih mendendangkan lagu seronok menunjukkan aurat di hadapan bukan muhrim. Apatah lagi dengan pakaian yang menggoda dan menarik pandangan mata kaum lelaki.

Pada lelaki, bukan pakaian yang dilihat. Tapi apa yang didedahkan oleh seorang wanita itulah yang menyeronokkan mereka. Mana tidaknya, jika pakaian terbelah sini, terbelah sana, lalu apa yang tinggal untuk menutupi aurat? Makanya yang tidak ditutup itulah yang ditatap lelaki.
Semakin menjadi perhatian, semakin seronok mendedahkan aurat. Inilah yang boleh dikategorikan sebagai aurat jelik seorang wanita. Jelik kerana menampakkan apa yang tidak seharusnya dilihatkan. Jelik kerana ia menjadi satu kebanggaan dalam diri saat aurat menjadi tatapan ramai mata yang memandang.

Jelik kerana aurat yang sepatutnya disimpan buat tatapan suami, telah ditunjukkan kepada lelaki yang belum tentu menjadi suami. Bukan seorang, tetapi ribuan lelaki yang telah melihat aurat yang didedahkan.

Aurat jelik ini dikategorikan dalam keadaan di mana seorang perempuan berpakaian ketat, nipis dan jarang sehingga menampakkan anggota badannya. Malah, yang tidak menutup kepala juga dikatakan jelik.

Bertambah jelik apabila yang tidak bertutup inilah yang mengundang kemaksiatan semakin menghampiri. Berdasarkan sebuah hadis,
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Yang tertutup, Itu Lebih Cantik
Jauh berbeza dengan mereka yang menutupi auratnya. Bayangkan sahaja apa yang dimiliki oleh seorang wanita itu dijaga rapi. Dipelihara sempurna dari pandangan mata-mata lelaki yang bukan muhrim mereka. Cantik luaran, cantik peribadi. Bukan sahaja cantik kerana menjaga auratnya, tetapi menjadi cantik kerana memelihara diri dari berlakunya fitnah duniawi.

Bertudung dan berpakaian seperti yang dituntut dalam Islam mencerminkan peribadi sebagai muslimah sejati. Ini tidak membuatkan mereka bersenang-lenang menjual diri dengan menayangkan aurat tanpa had.

Peribadi seorang wanita muslimah akan sentiasa ada rasa malu dan segan apabila berhadapan dengan bukan muhrimnya. Itulah yang dikatakan cantik. Cantik kerana malu dan tahu nilai dirinya sebagai seorang wanita.

Bahkan, mereka sering saja mengingatkan diri sendiri dengan segala azab yang sudah siap sedia menunggu andai kata melanggar suruhan Allah yang satu ini. Ada hadis yang menyebutkan tentang azab memperlihatkan rambut pada lelaki bukan muhrimnya,
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Lantas, atas alasan apakah untuk seorang wanita itu tidak menutup auratnya? Namun jika satu alasan diberi, makanya azab seksaan sedia menanti.

Bukan Mudah, Tapi Tidak Mustahil
Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk berubah. Segala apa yang memerlukan bentuk perubahan akan mengambil tempoh masa yang lama. Namun, lakukanlah perlahan-lahan. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Diberikan peluang bernafas dan hidup bernyawa adalah ruang untuk perbaiki diri.

Menjadi cantik dihadapan Allah bukan dihadapan manusia, merupakan kunci perubahan yang bakal kita lakukan. Tidak mustahil jika kita lakukan perubahan demi mendapat kasih sayang Allah. Bukankah itu yang kita mahu dalam hidup? Dikasihi Allah sehingga bertemunya saat hari perhitungan tiba.

Kita boleh memulakan langkah mendekati Allah dengan:
  1. Buangkan sikap bangga diri dan mahu menunjuk-nunjuk aurat pada bukan muhrim.
  2. Tanamkan rasa kasihan pada bakal suami yang mengambil kita sebagai isteri kelak.
  3. Mahalkan nilai diri, jaga maruah peribadi.
  4. Sentiasa ingat Allah yang Maha Melihat.
  5. Berlengan panjang dan bertudung sebagai permulaan.
Sekecil-kecil usaha kita untuk Allah, sudah dicatat oleh malaikat yang setia kepada Penciptanya. Apatah lagi usaha kita ini seiring dengan tindakan yang istiqamah. Apa pun bentuk usaha, mulakan dengan memohon pengampunan dari Allah.

Sertakan dengan doa yang berterusan, kerana Allah jua yang memegang hati-hati kita. Mohon agar kita diberi petunjuk jalan-jalan yang lurus dan benar. Semoga Allah memberi ruang untuk kita mendapat tempat disisiNya sehingga akhirat.

Mulakan dengan kalimah alhamdulillah, aku berubah demiMu Ya Allah.
Tepuk dada, tanya jiwa. Tegur hati, tanya iman. Mahukah dipanggil sebagai wanita jelik atau wanita cantik?

Journal 2014 - # 808

Salam perpaduan salam perjuangan!

Pakaian Hairan, Pakaian Solat

Assalamualaikum! Hi uols! BAGAIMANA menentukan pakaian harian anda boleh dibawa solat? Ianya amat mudah.
Pertama: Pastikan tudung anda menutupi kepala dari ubun-ubun rambut sehingga dagu.
Tudung juga agak besar supaya tidak terselak ketika sujud ataupun ditiup angin.

Kedua: Lengan baju anda hendaklah menutup tangan dengan baik. Had tangan yang dikira bukan aurat hanyalah daripada pergelangan tangan. Jika lengan  baju anda telah berbutang di pergelangan tangan, ianya sudah mencukupi asalkan semasa solat lengan baju anda tidak bergerak-gerak sehingga mendedahkan sebahagian lengan. Jika lengan baju anda tidak berbutang dan mudah terselak bolehlah memakai sarung lengan (hand socks) kerana ia juga dikira menutup aurat.

Ketiga: Pastikan kaki anda tertutup dan terlindung. Cara yang paling mudah ialah memakai stoking. 
Sekarang anda sudah dikira menutup auratdan boleh melaksanakan solat dengan pakaian anda. Tidak perlu lagi membawa telekung ke mana-mana anda pergi. Anda boleh solat di mana sahaja dengan pakaian harian anda. Pilihlah fesyen pakaian yang hendak dipakai, cuma pastikan bahawa ianya menutup aurat dan boleh dibawa untuk bersolat.

Anda tidak perlu lagi risau dengan telekung yang busuk dan hapak di masjid dan surau. Malah anda tidak perlu membawa beg yang mengisi telekung. Ianya lebih ringkas dan menjimatkan masa dan yang lebih penting pahalanya bertambah kerana anda dapat solat di awal waktu dah berpeluang untuk solat berjemaah.

Insya Allah, jika fesyen pakaian seharian yang dipilih selaras dengan syariat, menutup aurat dan mesra solat, Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup anda seluruhnya.

Journal 2014 - # 802

Salam perpaduan salam perjuangan!

Di Sebalik Musibah Terselindung Hikmah

Assalamualaikum! Hi uols! Akhir-akhir ini dunia sering dikejutkan dengan pelbagai musibah atau bala bencana. Bencana alam yang sering melanda seperti banjir besar, tanah runtuh, gempa bumi, jerebuh dan tsunami adalah antara kejadian fenomena alam yang amat digeruni kerana boleh megakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang besar.

Kita perlu sentiasa beringat bahawa ini adalah hamba Allah s.w.t dan wujud di dunia ini kerana diciptakan oleh-Nya, dan dibekalkan dengan pelbagai anugerah, kemudahan dan nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Sebagai makhluk yang dibekalkan dengan akal yang boleh berfikir, maka kita dilantik sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dan akan dipertanggungjawabkan di atas apa jua perbuatan it di muka bumi.

Jika kita bijak mengurus dan menggunakan segala sumber yang ada di muka bumi ini, pasti kehidupan akan jadi aman dan sejahtera. Jika sebaliknya, kita akan ditimpa kesusahan dan kemusnahan akibat daripada perbuatan kita sendiri yang silap mengurus dan mentadbir kehidupan di dunia ini mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Ini jelas dinyatakan oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya dalam surah an-Nisaa': 79 yang bermaksud: "Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu, maka ia adalah daripada (kesalahan) dirimu sendiri. Dan kami mengutuskan engkau (wahai Muhamad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."

Bebas dari bencana
Untuk membebaskan kehidupan manusia daripada pelbagai bencana dan kesulitan, tidak cukup
dengan sekadr memerah tenaga, menggunakan seluruh kemahiran dan kepakaran ilmu, tetapi setiap individu masyarakat seharusnya sentiasa menghormati syariat Allah s.w.t tidak melakukan kemungkaran dan kemusnahan di atas muka bumi dan perlu banyak bertaubat dan kembali kepada-Nya.

Jagalah hubungan kita dengan Allah s.w.t Ibnu Abbas r.a., ketika mengulas tentang isu bencana ini menyatakan: "Bahawa sesungguhnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh seseorang manusia, tidak kira sama ada ia manusia biasa atau seorang pemimpin yang berkuasa, yang cerdik pandai mahupun seorang ulama yang berwibawa, jika terus menerus dalam dosa kemungkaran, akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana itu tidak akan hilang jika orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat."

Hakikatnya, segala fenomena bencana alam yang menimpa manusia secara tersiratnya mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Ia memberi pengajaran untuk melatih manusi supaya bersabar di atas setiap musibah yang menimpa agar akan lahir keinsafan serta kesedaran. Penderitaan manusia juga mengingatkan mereka tentang kesilapan yang dilakukan dan sebagai kafarah (penebus dosa) di atas kesalahan yang dilakukan; dengan harapan apabila ita kembali menghadap Allah s.w.t kelak, dia kembali dengan jiwa yang bersih yang dinamakan jiwa mutmainnah.

Bala bencana dan malapetaka telah berlaku ke atas manusia sejak dahulu lagi, cuma bezanya, umat-umat terdahulu, apabila ditimpa bala, hanya akan menimpa mereka yang kufur ingkar, dan menolak ajaran yang dibawa oleh para rasul. Ini berlaku kepada umat Nabi Nuh a.s, mereka yang kufur ingkar ditenggelamkan oleh banjir besar yang tinggi menggunung. Umat Nabi Musa a.s yang telah diturunkan bala dalam bentuk ribut taufan, begitu juga yang terjadi kepada kaum 'Aad dan Tsamud yang kufur ingkar, mereka dilenyapkan dari muka bumi ini.

Bencana akhir zaman
Tetapi bala atau bencana yang menimpa umat akhir zaman ini tidak hanya ditimpakan kepada orang-orang yang kufur dan ingkar sahaja. Sebaliknya bala dan bencana yang berlaku turut juga menimpa orang-orang yang beriman dan bertakwa. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan bertaubat kepada Allah s.w.t agar tidak mengikuti jejak langkah kaum-kaum yang ingkar dan kufur kepada Allah s.w.t.

Bagaimanakah pula bala atau musibah yang menimpa seseorang mukmin dapat menghapuskan dosa dan dapat pula menambahkan pahala jika ia menerimanya dengan penuh redha dan sabar? Persoalan ini  telah pun dijawab oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah: 156 & 157 yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk dan hidayah-Nya.

Nabi s.a.w. juga memberikan panduan kepada kita apa yang harus diucapkan ketika ditimpa musibah sama ada besar atau kecil dengan mengucapkan kalimat istirja' - innalillahi wainaa ilaihi raji'un.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah salah seorang di antara kamu mengucapkan istirja' dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tali seliparnya (putus talinya), kerana perkara sedemikian adalah dikira sebagai musibah."

Bencana dan dosa
Kalaulah setiap kali kesalahan dilakukan oleh seseorang manusia pasti Allah s.w.t balas dengan serta merta, sudah tentu setiap waktu dan saat akan berlaku bencana di muka bumi ini berpunca daripada kesalahan manusia. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walaupun banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Allah tidak sesekali menzalimi hamba-Nya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka.

Sehinggalah sesetengah ulama mengatakan, sekiranya sesebuah negeri yang sedang mengalami kemarau berpanjangan, secara tiba-tiba ditimpa hujan lebat, sepatutnya penduduk di negeri itu bersyukur kepada Allah s.w.t, dan berterima kasih kepada makhluk haiwan, kerana merekalah, turunya rahmat Allah, iaitu hujan.

Berpandulah kepada pendapat para ulama, Allah s.w.t menimpakan sesuatu bencana besar untuk membersihkan tempat tersebut daripada dosa akibat perlakuan maksiat. Allah telah menetapkan undang-undang dan peraturan yang mesti diikuti. Jika undang-undang dan peraturan buatan manusia kita langgar, ada akibatnya, apatah lagi melanggar undang-undang dan peraturan Allah s.w.t, sudah tentulah ada akibat dan balasannya yang lebih buruk sama ada di dunia atau di akhirat.

Apabila ditimpa bala dan musibah janganlah begitu cepat kita melenting, marah dan hilang pertimbangan, sebaliknya bersikaplah dengan redha dan menghadapi segala musibah dengan sabar, istiqamah dan mengharapkan pahala serta keampunan daripada Allah s.w.t.

Hanya kepada Allah s.w.t tempat kita merayu keampunan, dan merintih dosa. Kesalahan yang pernah kita lakukan. Allah s.w.t tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Jangan ada perasaan buruk sangka terhadap Allah s.w.t apabila musibah atau bencana menimpa diri, sebaliknya kita perlu renungi hikmah di sebalik musibah yang melanda mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur.

Menurut teori sains geologi, terdapat tiga faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena bencana alam ini:
Pertama: Kejadian bencana ini berlaku akibat faktor-faktor semula jadi seperti banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh, hempa bumi, tsunami dan sebagainya.
Kedua: Faktor biologi turut menyebabkan bencana ini berlaku seperti kejadian wabak penyakit yang menular dan menjangkiti haiwan serta manusia.
Ketiga: Musibah ini berlaku akibat daripada kecuaian dan kesilapan manusia sendiri, akibat tidak terancang. Contohnya pembangunan dilakukan di kawasan-kawasan berisiko, penjagaan alam sekitar yang tidak mampan, kurang penyelenggaraan infrastruktur dan sebagainya.

Namun jika ditinjau dari sudut Islam, fenomena dan setiap bencana alam yang berlaku sebenarnya ada hikmah di sebaliknya dan memberi pengajaran kepada manusia sejagat.

Journal 2014 - # 791

Salam perpaduan salam perjuangan!

Saya sudah Anda Pula Bagaimana??


Assalamualaikum! Hi uols! Sebut saja jom derma darah mesti ada yang kata, eh! tak apalah darah saya tak cukup, saya takut jarum, takut itu takut ini.. Well terpulanglah tapi kalau rasa nak berbakti atau nak membantu biarlah ikhlaskan.. Oklah jom kita dapatkan maklumat dan info tentang Derma Darah.

Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya : 

Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  •   Sel darah merah
  •   Sel darah putih
  •   Platelet                                                                 
  •   Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Keistimewaan Penderma Darah

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital
Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
      KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Kriteria Penderma Darah

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
* Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
* Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  •  Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Nasihat Kepada Penderma Darah

Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  • Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  • Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  • Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
  • Dalam masa 24 jam selepas menderma :
- Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat
- Elakkan minuman keras.
-  Lebihkan meminum air
- Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan
  kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
- Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai
  Perubatan Pusat Darah Negara di nombor 03-2693 3888 / 03-2695 5564.
Dermaan anda merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar anda jadikan pendermaan anda ini suatu amalan yang berterusan di dalam hidup anda.



Journal 2013 - # 367

Hi uols!! Assalamualaikum sume!! da 3 ari kita berada d dalam 2013 kn.. terasa begitu cepat sgt masa berlalu.. Ok la arini aku nk kongsi satu info berkaitan dgn Aura Reiki. Sebelum ni aku pernah mengikut asas aura reiki masa kt Sabah dalam tahun lepas, masa utk aku bawa downline aku utk ketahui cara bagaimana nk kembangkan bisnes Hi-Goat keluaran HR Marketing ni, Well yg turun masa tu ialah Master Mohd Khalid Sabran, Beliau ni mng org yg cukup dikenali dalam kalangan HR Marketing.

Mesti korg tertanya-tanya kn apa itu Aura Reiki kn.Menurut sumber n pembacaan serta research aku buat aura merupakan medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk mengelilingi objek yang memiliki getaran gelombang tenaga didalamnya.Bagi menusia, getaran gelombang tenaga ini berkait rapat dengan tahap tenaga pada seseorang itu seperti; Minda, Emosi, Fizikal
Aura juga bertindak sebagai perisai diri dari getaran negatif disekelilingnya seperti sinar UV yang berlebihan atau kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia. Malah Aura juga melindungi diri dari kesan tindakbalas kimia buatan manusia seperti; Ketuhar, Televisyen, Radio, Telefon bimbit, Dan lain-lain perkakas elektrik dan elektronik.

Aura tidak terhasil dengan sendirinya tetapi merupakan biasan tahap tenaga dari sumber tubuh objek fizik yang mengalirkan tenaga itu.Justeru itu Aura ini bukan sahaja terdapat tubuh fizik manusia tetapi ia juga wujud pada hampir semua objek yang mengalirkan tenaga seperti;
  • Tumbuh-tumbuhan
  • Haiwan
  • Air
  • Batu-batu kristal
Aura bukanlah sesuatu yang perkara yang mistik atau pelik.Jika kita masih berasa mistik atau pelik, ini bermakna kita perlu memperluaskan lagi ilmu ini.Ia sememangnya wujud dan dengan kecanggihan ilmu sains teknologi, kita kini berupaya memahami dengan lebih jelas berkenaan dengan ilmu Aura ini.Kini, ilmu aura tidak lagi diletakkan status dongeng, karut atau mistik.

Tentu kita pernah dengar atau pernah mengamalkan mandi bunga bagi menaikkan seri seluruh badan, terutamanya pada pasangan pengantin yang ingin berkahwin.Amalan ini biasanya di amalkan oleh masyarakat melayu  pada zaman dulu. Mereka ketika itu mengamalkan tanpa perlu banyak alasan logik dan saintifik. Namun amalan ini sudah pun diterima pakai dan menjadi sebahagian adat resam sesetengah masyarakat.

Namun adat ini pernah menjadi isu disebabkan kepercayaan yang tidak berteraskan ilmiah.Generasi baru sering mempersoalkan rasional upacara ini.Apakah fakta yang dapat membongkarkan khasiat yang terselindung disebaliknya?
Namun Alhamdulillah, segala persoalan mengenainya mula terjawab apabila fakta mengenai Aura secara ilmiah ditemui dan mula mendapat perhatian.Ia juga telah berjaya membongkar dan menjawab persoalan yang menjadi rahsia ketika dahulu. Segalanya kini lebih releven untuk diterima apabila kita mula tahu dan belajar mengenai sistem Bio-energi manusia yang semangnya tercipta pada setiap pada kita.

Journal 2012 ~ #283

New thing
Hi uols.. ari ni baru ada ms nk update weblog aku ni, well x de apa yg aku nk shared sgt sbb klau shared byk2 pn nnti ada plak yg x puas ati kt aku, al-maklum la weblog aku ni kn suka menyindir n memaki org jer keje nya. Ok la ari ni aku ke The Body Shop again hihi al-maklum la The Body Shop tgh Sales skg ni.. just beli 5 barang jer aku habis RM182.60 hihi kira berbaloi jg sbb terubat nk beli forfume yg aku idam kn slama ni.

Koleksi The Body Shop Forfume
Boleh dikatakan da byk forfume The Body Shop aku da beli cos wangiannya tu buat aku rasa selesa n x de la rasa bau hihi. Ok la uols next time aku roger2 lg pd uols lg yerk adiosazz!!

Journal 2012 ~ #273

Hi uols, hari ni aku nk shared dgn korg pasal jumaat lepas waktu lunch hour (^_^). Mcm besa aku mng x bleh ddk diam aje kt opis so aku kuar dgn opis meet aku kita org pergi The Curve Mutiara Damansara tujuannya aku pegi ke The Body Shop lagi :P smpi kawan aku kata aku ni mng hantu 'Body Shop' siap kata org tgh bulan da kering duit tp aku still ada duit bleh beli barang mcm tu huhu, ala besa la simpan duit ckit2 jgn boros lgpn aku barang aku nk beli tu kena simpan duit dulu baru bleh beli betul tak ? ok la ada citer aku share lg kt korg yer.. Adiosazz!!
Ni la yg aku beli jumaat lepas hihi

Journal 2012 ~ #269

Hi uols, ari ni nk shared satu benda yg aku pk kekadang lawak jg, sejak 2 menjak ni ramai plak bertanya pasal kecantikan kulit aku ni yg sentiasa nmpk lembut n bersih, siap tnya "apa rahsianyer?" (^_^) weiiii mng x de rahsia besar, bkn pakai susuk apa pn hihi. 

Wokey la korg, sblom ni aku pernah shared dgn korg dlm weblog ni jg, but x tau la korg ingat ataupn x lg, anywhere rahsia sejati aku adalah produk yg x de la mahal smpi beribu2 n slalu g SPA hihi. Tapi skg ni g SPA pn aku kurang sbb aku amalkan SPA sndiri jer skg ni, btw rahsia teman sejati aku skg ni adalah 'The Body Shop" tu la rahsianya. dari mandian smpi la ke alat makeup n losyen badan n tangan. 

My The Body Shop Collection
So uols klau rasa2 nk cuba apa salahnya. lgpn produk The Body Shop ni 100% vegeterian. Oklah uols i need to, bubye!! adiossazz!!

Journal 2011 ~ #260

Hey everybody!! B4 forget marry xmas and happy new year to all my christian fren hopely uols happy alway. Esok 25hb Disember 2011 genaplah 25 tahun arwah bapaku pergi, semoga Allah merahmati arwah dan menempatkan arwah di tempat org2 yg soleh. Al-fatihah.

Oklah kita smbg balik citer kita sblm ni, pasal cantik! Wow mcm x percaya aku bleh citer pasal cantik kali ini gara2 ada somebody tegur aku n tanya petua aku mjaga kulit muka. Wokey ari ni nk share dgn korg sume agar perkara ni dpt d manfaat bersama ok.
Perkara asas yg mesti ada
So dlm gmbr kt atas adalah perkara asas sblm anda ber'makeup ok, uols kena ada :
  1. Moisturiser with vitamin
  2. Face Powder
  3. Mascara
  4. Lipstick with moiturisezer
  5. Lip gloss 
  6. Baked blusher
  7. Eye liner
Ok sume perkara kat atas tu mesti ada dan pastikan kena bawa sentiasa bagi mereka2 yg mungkin memerlukannya selepas solat (bagi yg mulim). Then bila nk buang make up kt muka tu make sure uols gunakan tisu basah or make up remover ok n basuh la muka. Ok kesemua produk yg aku guna kt atas tu sume bersumberkan tumbuh2an n yg pasti nature, sbb muka aku ni sensetif dgn produk yg mengandungi usur2 kimia yg berlebihan so lebih selamat pilihlah yg nature biar mahal tp selamat n cantik.

Selain itu, rajin2 la gunakan scrub sama ada yg sedia ada d pasaran atau klau rajin blande ler lobak, tomato or timun sbg crub muka. Ok ini lg satu rahsia yg memang aku amalkan dari dulu n kini iaitu minum jus buah2an n selain tu aku juga amalkan makanan vegeterian n organik, selama 2 tahun ni aku x makan ayam, daging or ikan yg pasti makanan berdarah kecuali sotong utk dptkn proten dlm badan. Selain tu aku jg amalkan minum air mineral yg secukupnya x kira kt mna pn berada yg pasti air mineral. Make sure bkn air dr jenis drinking water or drinking water osmosis.

Senang dah sbb da ada Spritzer’s Mini Dispenser kt rmh
So uols harap apa yg aku shared ni uols dpt jd panduan n sblm nk lakukan sesuatu pasti yakin dan tawakal pasti akan berhasil. Adiossazz!!