Showing posts with label Info Bulan-Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Info Bulan-Bulan Islam. Show all posts

Journal 2015 - # 893

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Checklist Persediaan Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum! Hi uols! Insya Allah Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, jika diberi peluang dan
kesempatan minggu depan dah nak masuk Ramadhan yang sentiasa kita rindui dan nantikan sepanjang zaman.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
 
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.

Allahumma Ballighna Ramadhan – merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka).

Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

So.. Janganlah sia-siakan peluang kali ini, mungkin inilah Ramadhan terakhir buat kita. 

Mari kita rebut peluang ini!

  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan
    amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya.

Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
 
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?

Journal 2014 - # 792

Salam perpaduan salam perjuangan!

Ramadan Yang Dirindu dan Dinanti 

Assalamualaikum! Hi uols! Alhamdulillah.. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,
”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”
Ertinya, Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Segala kepujian tertinggi diutus buat pemilik bagi segala pemilik, yang mencipta dan menjadikan segala sesuatu..yang berada di langit mahupun di bumi, Hanya Dialah Allah Rabbul Jalil Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Indah.


Ramadan kian hampir dengan kita.Hari dihitung dan terus dihitung. Tanggal  29 Jun 2014 Insya Allah umat Islam akan melaksanakan ibadah yang amat dicintai oleh para Nabi dan para solafussoleh terdahulu. Solat sunnat Terawih akan dimulai pada 29 Jun 2014 dan disusuli berpuasa pada siang ke esokan harinya. 
Sayhru Ramadan adalah bulan bagi pencinta ibadah, pecinta ganjaran dengan dibukakan segala pintu kebaikan lalu ditutup segala pintu kejahatan. Ruang serta peluang bagi para hambanya mengejar segala kemanisan didalam ibadah.

Kehadiran dan kedatangan Ramadan ini dapat membuatkan kita berfikir sejauh mana tahap dan kesediaan kita di dalam menyambut bulan yang penuh mulia ini, adakah seperti bulan-bulan Ramadan yang lepas?? mudah-mudahan kali ini membuahkan sedikit kenikmatan serta penghayatan didalam beribadah.

Mudah-mudahan Ramadan kali ini mampu mengubah akhlak dan mengembalikan iman yang semakin pudar dan samar. Ya Allah bantulah kami di dalam mencari cinta dan redhaMu, amin.