Showing posts with label #InfoHiburan #InfoArtis. Show all posts
Showing posts with label #InfoHiburan #InfoArtis. Show all posts

Tahniah Adflin Shauki

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Hi uols! Beberapa hari ni hangat cerita pasal isu gelaran 'Datuk' beli yang di buat lawak oleh pelawak Zizan Razak! Banyak artis-artis di Malaysia ni tersinggung dengan lawak Zizan pada malam FFM29. Pada aku nak berlawak kenalah berpadah-padah. Kepada Zizan sila buat research terlebih dahulu. Nak dapat gelaran 'Datuk', 'Dato', 'Datuk Sri', 'Datuk Sri Panglima', whatever apa sekali gelaran memang sekurang-kurangnya ada wang cagaran selain daripada jasa mereka terhadap sesuatu bidang. Dulu aku pun terfikir macam tu kena beli tapi bila pengalaman ex-boss dapat gelaran 'Datuk' daripada Agung iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim baru aku tahu proses sebenar. Sama juga dekat negeri Sabah ni nak dapat gelaran 'Datuk Sri Panglima' pun prosedur tetap sama. Cukup sampai itu cerita gelaran ni, yang lain korang boleh research sendiri okies.

Back to story, Tahniah buat brother Adflin Shauki yang mendapat gelaran Datuk Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ,darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Selasa baru ni, beliau ditemani oleh ibu beliau semasa majlis pengurniaan tersebut. Alhamdulillah. Kelihatan Datuk Aliff Syukri juga turut menerima anugerah pada masa tersebut.


Kalau sesiapa mengikuti perkembangan Adflin Shauki, beliau bukan sahaja bergiat dalam seni tapi Adflin banyak melakukan aktiviti-aktiviti amal termasuklah misi bantuan Palestine, iran dan mungkin banyak lagi yang kita tak nampak, iya lah kan tak kan semua benda kebaikan tu nak kena bagitahu semua orang. So Afdlin Shauki memang layak untuk menerima anugerah tersebut, jangan pertikaikan apa sangatlah sumbangan beliau tu, itu usaha beliau dan beliau layak untuk itu.

Kenali Afdlin Shauki:
Afdlin Shauki bin Aksan (lahir 19 Mei 1971) lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki (atau Chief Kodok dan juga Sedey Malaskepada peminatnya) ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1997, 1999-2003, 2005-2010. Selain itu, beliau juga menjadi pengacara dan penulis bagi rancangan Golden Dreams (1999) dan Golden Dreams Extreme (2000). Beliau mula mendapat tempat dalam bidang hiburan tanah air ekoran kejayaan beberapa filemnya seperti Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006) dan Sumolah(2007).

Seorang penyanyi, pemuzik dan penghibur secara langsung — Afdlin, bersama-sama dengan kumpulannya Acidiz, mengetengahkan R&B, jazz asid dan funk. Album sulungnya FUUYO! telah dikeluarkan pada akhir tahun 2003. Pada tahun 1992, Afdlin mengadakan persembahan untuk penonton sebanyak 50,000 di 'Konsert Ikhlas' bersama Zainal Abidin dan Sheila Majid antara lain. Beliau telah mempersembahkan salah satu daripada kelab-kelab jazz yang paling dihormati di Eropah seperti Ronnie Scott, sebagai persembahan pembukaan untuk Sheila Majid untuk jelajah 1996 UK. Beliau juga membuat penampilan tetamu dengan anak didik David FosterJordan Hill bagi jelajah Malaysia 1997 nyanyiannya "Till The End Of Time".

Beliau memenangi kategori lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-19 pada tahun 2005 untuk lagu yang ditulisnya untuk Dayang Nurfaizah bertajuk "Erti Hidup".

Sekali lagi LC Journal mengucapkan sekalung tahniah buat Afdlin Shauki atas pengurniaan darjah kebesaran tersebut, moga jadi pemangkin kepada kerjaya Afdlin Shauki dan keluarga. Pada korang yang masih belum follow Afdlin Shauki di instagram atau facebook boleh follow yer..

Review AsBow Daling Daling

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

Hi uols! Hari ni kita review lagu AsBow Daling Daling.. Opps! Siapa AsBow Daling Daling tu?? Nak tahu boleh check FB As Bow Daling Daling atau anda boleh baca entri sebelum ini.

Nanti kita cover cerita terbaharu daripada As Bow Daling Daling k!






Check it out:


AsBow - Hip Hop Daling Daling

As Bow feat. KJ Mentor - Bila Lagi

Aaron Tam ft AsBow - Banduan Cinta

Nadia ft AsBow - Dua Insan

Siapa dia Hairul Anuar Harun??

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Pernah tak dengar lagu-lagu irama Malaysia seperti Awallah Dondang, Dikir Puteri, Dondang Dendang, Cindai, Sesuci Lebaran dan banyak lagi lagu-lagu irama Malaysia yang ditulis atau dikaryakan oleh Hairul Anuar Harun. Bait-bait lirik yang disampaikan dan diluahkan punya maksud tersendiri dan tersirat seribu makna serta puitis lenggok bahasa yang digunakan.

Berasal dari Batu Kurau, Taiping, yang berbakat besar di bidang penulisan novel dan lirik. Novel pertamanya yang berjudul Afdal terbitan Makruf Publisher (1997). Bidang penulisan lirik banyak mengangkat nama Hairul ke persada seni tanahair. Antara lirik-lirik yang ditulisnya - Awallah Dondang, Semalu Rimba dan Embun Setitik untuk album Ala Dondang, lirik Dikir Puteri, Dondang Dendang, Zapin Pusaka, Kisah Satu Malam dan Gurindam untuk album Masyhur nyanyian Noraniza Idris, lirik Cindai untuk album Cindai dan Sesuci Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza, lirik Hati Kama, Ya Allah Ya Saidi, Merak di Sangkar, Pasir Salak, Lenggang Lenggok dan Dondang Dendang untuk album Sen Balas nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris, lirik Yayadan nyanyian Sharifah Aini dan lirik Samrah Mentari, Kandil Kemilau nyanyian Jamal Abdillah. Sering bergandingan dengan pengubah lagu-lagu Irama Malaysia iaitu Suhaimi Mohd Zain atau lebih kenali Pak Ngah.

Beliau banyak terlibat di dalam produksi teater kanak-kanak seperti Taman Baginda, Muzika Lagenda P. Ramlee, Bawang Putih Bawang Merah, dan sebagainya. Sewaktu menuntut di ASK, Hairul turut terlibat di dalam beberapa pementasan teater tradisional dan moden antaranya Bangsawan Raja Laksamana Bentan (1996), Mak Yong Anak Raja Gondang 2 (1988), Randai Si Karang Manih (1999) dan terbaru adalah teater Lela Manja.

Kata beliau, ramai yang kurang menyedari peri pentingnya kekuatan sesebuah lirik dalam memberi manfaat buat para pendengar. Justeru, tidak hairanlah penulis lirik yang biasanya berada di belakang tabir memainkan peranan utama dalam menyuntik sesuatu mesej yang berguna di sebalik sesebuah lagu. Penulis lirik terkenal tanah air, beliau menganggap menulis lirik bukan setakat melengkapkan irama sesebuah lagu tetapi ia juga menjadi medan untuk berdakwah kepadanya sejak menceburi bidang penulisan.
Dia yang menjadikan bidang penulisan skrip sebagai kerjaya turut berazam untuk menambahkan lagi koleksi lirik ilhamnya yang mempunyai nilai pemikiran yang tinggi terutamanya yang berunsurkan dakwah sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Dengan koleksi lebih 200 lirik yang telah dihasilkannya setakat ini, Hairul Anuar berharap lebih ramai penulis lirik yang tampil menghasilkan karya yang boleh meluaskan lagi minda dan pengajaran buat para peminat muzik tempatan. Lagu bukan setakat untuk dinikmati tetapi ia juga boleh dijadikan jambatan bagi mendekatkan diri si pendengarnya dengan Tuhan.