Siapa dia Hairul Anuar Harun??

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Pernah tak dengar lagu-lagu irama Malaysia seperti Awallah Dondang, Dikir Puteri, Dondang Dendang, Cindai, Sesuci Lebaran dan banyak lagi lagu-lagu irama Malaysia yang ditulis atau dikaryakan oleh Hairul Anuar Harun. Bait-bait lirik yang disampaikan dan diluahkan punya maksud tersendiri dan tersirat seribu makna serta puitis lenggok bahasa yang digunakan.

Berasal dari Batu Kurau, Taiping, yang berbakat besar di bidang penulisan novel dan lirik. Novel pertamanya yang berjudul Afdal terbitan Makruf Publisher (1997). Bidang penulisan lirik banyak mengangkat nama Hairul ke persada seni tanahair. Antara lirik-lirik yang ditulisnya - Awallah Dondang, Semalu Rimba dan Embun Setitik untuk album Ala Dondang, lirik Dikir Puteri, Dondang Dendang, Zapin Pusaka, Kisah Satu Malam dan Gurindam untuk album Masyhur nyanyian Noraniza Idris, lirik Cindai untuk album Cindai dan Sesuci Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza, lirik Hati Kama, Ya Allah Ya Saidi, Merak di Sangkar, Pasir Salak, Lenggang Lenggok dan Dondang Dendang untuk album Sen Balas nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris, lirik Yayadan nyanyian Sharifah Aini dan lirik Samrah Mentari, Kandil Kemilau nyanyian Jamal Abdillah. Sering bergandingan dengan pengubah lagu-lagu Irama Malaysia iaitu Suhaimi Mohd Zain atau lebih kenali Pak Ngah.

Beliau banyak terlibat di dalam produksi teater kanak-kanak seperti Taman Baginda, Muzika Lagenda P. Ramlee, Bawang Putih Bawang Merah, dan sebagainya. Sewaktu menuntut di ASK, Hairul turut terlibat di dalam beberapa pementasan teater tradisional dan moden antaranya Bangsawan Raja Laksamana Bentan (1996), Mak Yong Anak Raja Gondang 2 (1988), Randai Si Karang Manih (1999) dan terbaru adalah teater Lela Manja.

Kata beliau, ramai yang kurang menyedari peri pentingnya kekuatan sesebuah lirik dalam memberi manfaat buat para pendengar. Justeru, tidak hairanlah penulis lirik yang biasanya berada di belakang tabir memainkan peranan utama dalam menyuntik sesuatu mesej yang berguna di sebalik sesebuah lagu. Penulis lirik terkenal tanah air, beliau menganggap menulis lirik bukan setakat melengkapkan irama sesebuah lagu tetapi ia juga menjadi medan untuk berdakwah kepadanya sejak menceburi bidang penulisan.
Dia yang menjadikan bidang penulisan skrip sebagai kerjaya turut berazam untuk menambahkan lagi koleksi lirik ilhamnya yang mempunyai nilai pemikiran yang tinggi terutamanya yang berunsurkan dakwah sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Dengan koleksi lebih 200 lirik yang telah dihasilkannya setakat ini, Hairul Anuar berharap lebih ramai penulis lirik yang tampil menghasilkan karya yang boleh meluaskan lagi minda dan pengajaran buat para peminat muzik tempatan. Lagu bukan setakat untuk dinikmati tetapi ia juga boleh dijadikan jambatan bagi mendekatkan diri si pendengarnya dengan Tuhan.

No comments: