Nastia - Hanyut

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Hampir setahun aku tidak mengunjungi blog semenjak sibuk dengan media sosial yang lain dan terlalu banyak pengalaman pahit dalam hidup aku yang aku harus tempuhi berseorangan tanpa siapa yang tahu. Baru semalam aku teringat itu pun dah 2 pagi, aku bangkit untuk menjenguk dan meningatkan semula login id aku. Jenuh nak ingat id dan password, nasib baik aku masih menyimpan cebisan nota di meja kerjaku yang kian menimbun dengan segala macam khazana.

Ujian demi ujian yang aku lalui, bermula ogos 2016 mak masuk hospital kerana hypothermia dan berkali-kali di masukkan ke hospital dengan symptoms yang sama. Dengan keadaan aku yang tidak stabil kesihatan aku pun mula terganggu backache kesan lama akibat jatuh, Allahu Akhbar!! Memang tidak dinafikan hampir saja aku mengambil keputusan bodoh untuk melepaskan segalanya lari jauh daripada segala masalah ni.


Tahun ni pertengahan Ramadan emak masuk hospital lagi, jatuh! Patah Tulang! Ntah apa nak jadi dengan keluarga aku! Satu persatu rahsia mula terbongkar kekuatan aku semakin menipis! Tiada tulang belakang untuk menyokong! Kawan-kawan, keluarga sebelah bapa aku segan untuk memberitahu masalah aku. Terlalu berat apatah lagi aku melepaskan kerjaya aku buat masa ini, bayangkan keadaan itu memaksa aku untuk menanggung beban.

Namun aku bangkit dari semua itu, kawan-kawan rapat dan keluarga bapa memainkan peranan penting dalam percaturan hidup aku! Selagi aku hidup selagi itu aku harus berjuang, biarpun aku tewas ada kalanya tapi aku harus bangkit segera, dan blog ini akan jadi peneman aku semula. - LC



Terdetik hati ini,
Mencari bayangmu
Sejenak ku terfikir
Ku Pergi menjauh dari pelukkanmu
Katakan padaku
Luahkan padaku
Duakan rasa hati,
Leburkan dinding sepi,
Jelaskan maksud hati

Yang tinggal hanya bulan,
Namun tak secerah cahya sinaranmu,
Ibu….
Yang tinggal hanya aku, Berlari semula,
hakikatnya aku…
Aku perlukanmu..
Ibu..Aku cintakanmu
Ibu…Ibu…
Aku rindukanmu

No comments: