Showing posts with label Info Solat. Show all posts
Showing posts with label Info Solat. Show all posts

Journal 2015 - # 897

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Tarawih: Kualiti atau Kuantiti??


Assalamualaikum! Hi uols! Hari ni dah 4 Ramadhan, alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi Allah swt dan diberi kesempatan berada di bulan yang penuh baraqah ni. Hari ni aku nak bercerita atau berkongsi tentang solat sunat Tarawih. Solat sunat Tarawih adalah solat sunat yang sangat-sangat dituntut oleh Allah swt. Namun sedarkah kita ada sesetengah masjid atau surau terlalu cepat dalam mengerjakan solat sunat Tarawih. Mengapa begitu? 

Sehari dua aku ni aku mengikuti jemaah di taman perumahan aku ni.. masyallah entah apa yang dikejarnya terlalu cepat seolah senafas sahaja setiap bacaan, malahan kita sendiri tidak dapat menghayati setiap apa yang dibaca, yang menyedihkan hanya surah-surah ayat lazim berulang kali. Kan Tarawih itu solat yang berehat-rehat ertinya, mengapa kelam kabut.

Tahukah kita bahawa Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda; “Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

Soalan: Oleh itu, hahkah orang yang solat tarawih sangat cepat? Kerana mengejar target rakaat yang dikehendaki?

Pertama, kami mengingatkan bahwa islam lebih mengutamakan kualiti ibadah dari pada kuantiti ibadah. Sederhana namun bagus, lebih berharga dari pada banyak namun tanpa nilai. Allah berfirman,
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. (QS. Al-Kahfi: 7)
Di ayat lain, Allah juga berfirman,
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. (QS. Al-Mulk: 2).
Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan,
ليختبركم { أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا } ولم يقل: أكثر عملا بل { أَحْسَنُ عَمَلا } ولا يكون العمل حسنا حتى يكون خالصا لله عز وجل، على شريعة رسول الله صلى الله عليه وسلم. فمتى فقد العمل واحدا من هذين الشرطين بطل وحبط
Allah menguji kalian siapa diantara kalian yang paling baik amalnya. Allah tidak berfirman, 'siapa yang paling banyak amalnya' namun yang Allah firmankan, 'Siapa yang paling bagus amalnya.' Dan amal belum disebut bagus, hingga dikerjakan dengan ikhlas karena Allah dan sesuai petunjuk syariat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika tidak ada salah satu dari dua syarat ini, maka amal itu statusnya batal dan hilang. (Tafsir Ibnu Katsir, 4/308).
Oleh kerana itu, para ulama sahabat, lebih menyukai bersikap sederhana ketika beramal. Daripada berlebihan, namun tidak sesuai sunnah. Kerana mereka memahami, Kualiti amalan lebih diutamakan daripada kuantitinya.

Sahabat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu mengatakan,
الاقْتِصَادُ فِي السُّنَّةِ خَيْرٌ مِنَ الاجْتِهَادِ فِي بِدْعَةٍ
“Sederhana dalam mengikuti Sunnah itu jauh lebih baik daripada berlebih-lebihan dalam mengerjakan amalan-amalan baru yang tidak pernah dicontohkan Nabi.” (as-Sunah karya al-Maruzi, no. 75).
Orang yang mengerjakan tarawih dengan cepat, sementara mereka tidak boleh tomaqninah, tidak
akan khusyuk, tidak akan menikmati ibadahnya, tidak akan menghayati apa yang dibaca imam, merasa sangat tertekan ketika solat dan sebagainya. Semua ini petunjuk bahwa solatnya sangat tidak berkualiti. Jika alasannya hanya untuk mengejar target puluhan rakaat, bererti dia mengorbankan kualiti, demi mewujudkan kuantiti. Anda boleh perhatikan, apa yang boleh diharapkan dari model solat seperti itu?

Kedua, lebih dari masalah di atas, orang yang mengerjakan solat, namun dia tidak tomaqninah, solatnya batal dan tidak dinilai.

Tomaqninah dalam setiap gerakan rukun solat merupakan bahagian penting dalam solat yang wajib dilakukan. Jika tidak tomaqninah  maka solatnya tidak sah. Dalil yang menunjukkan wajibnya tomaqninah,
  1. Hadis Musi’ fi Shalatih (orang yang solatnya salah). Diceritakan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa suatu ketika ada seseorang yang masuk masjid kemudian solat dua rakaat. Seusai solat, orang ini menghampiri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang saat itu berada di masjid. Ternyata Nabi menyuruh orang ini untuk mengulangi solatnya. Setelah diulangi, orang ini balik lagi, dan disuruh mengulangi solatnya lagi. Ini berlangsung sampai 3 kali. kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepadanya cara solat yang benar. Ternyata masalah utama yang menyebabkan solatnya dinilai batal adalah perbuatannya tidak tomaqninah. Dia bergerak rukuk dan sujud terlalu cepat. (HR. Bukhari 757, Muslim 397, dan yang lainnya)
  2. Hadis dari Hudzifah radhiyallahu ‘anhu bahwa beliau pernah melihat ada orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud ketika solat, dan terlalu cepat. Setelah selesai, ditegur oleh Hudzaifah, “Sudah berapa lama anda solat semacam ini?” Orang ini menjawab: “40 tahun.” Hudzaifah mengatakan: “Engkau tidak dihitung solat selama 40 tahun.” (kerana solatnya batal). Lanjut Hudzaifah,
وَلَوْ مِتَّ وَأَنْتَ تُصَلِّي هَذِهِ الصَّلَاةَ لَمِتَّ عَلَى غَيْرِ فِطْرَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Jika kamu mati dan model shalatmu masih seperti ini, maka engkau mati bukan di atas fitrah (ajaran) Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”  (HR. Ahmad 23258, Bukhari 791, An-Nasai 1312, dan yang lainnya).
Memahami hal ini, kelam kabut ketika tarawih, sampai tidak tomaqninah ketika mengerjakan rukun, seperti terlalu cepat ketika rukuk, i’tidal, sujud, atau duduk diantara dua sujud, akan menyebabkan solatnya batal. Sia-sia target banyak, namun ternyata dinilai tidak sah secara syariat. Sederhana, namun akan menikmati, menghayati, dan lebih sempurna, lebih baik dari pada banyak, namun tidak berkualiti.

Oleh itu, janganlah mengejar kuaniti tapi carilah kualiti, bagaimana kita hendak menghayati tarawih itu kalau asyik terkejar-kejar dalam menunaikan solat sunat tarawih itu sendiri.

Journal 2015 - # 887

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kenali 30 Ciri-Ciri Orang Munafik Menurut Al-Quran!

Assalamualaikum! Hi uols! Sedikit panduan dan pengajar buat diri kita agar kita terhindar daripada sifat ini. Cepat-cepatlah kita bertaubat minta diampunkan dosa-dosa kita.

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK MENURUT AL-QURAN

  1. DUSTA: Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."
  2. KHIANAT: Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.
  3. FUJUR DALAM PERTIKAIAN: Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau batas."
  4. INGKAR JANJI: Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar tidak menunaikannya, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)
  5. MALAS BERIBADAH: Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas." (An-Nisa': 142) . Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid atau surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam sholat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.
  6. RIYA: Di hadapan manusia dia sholat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.
  7. SEDIKIT BERZIKIR: Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan sholat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142).
  8. MEMPERCEPAT SOLAT: Mereka (orang-orang munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya. Hadith Nabi SAW: "Itulah solat orang munafik, ... lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"
  9. MENCELA ORANG-ORANG YANG TAAT & SOLEH: Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya memperbincangkan sepak terjang orang-orang soleh dan orang-orang yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang-orang yang Taat kepada Allah SWT
  10. MENGEJEK-EJAK AL-QURAN, AS-SUNNAH, & RASULULLAH SAW: Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal-hal yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, jatuh Kafir. Firman Allah SWT: "Katakanlah, Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman." (At-Taubah: 65-66)
  11. BERSUMPAH PALSU: Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai." (Al-Munafiqun: 2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku."
  12. ENGGAN BERINFAK: Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.
  13. TIDAK MENGHIRAUKAN NASIB SENASIB SESAMA KAUM MUSLIMIN: Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.
  14. SUKA MENYEBARKAN KHABAR DUSTA: Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majelis-majelis pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.
  15. MENGINGKARI TAKDIR: Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Takdir.
  16. MENCACI MAKI KEHORMATAN ORANG-ORANG SOLEH: Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan. Firman Allah SWT: "Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan." (Al-Ahzab: 19)
  17. SERING MENINGGALKAN SOLAT BERJEMAAH: Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.
  18. MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI DENGAN DALIH MENGADAKAN PERBAIKAN: Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar." (Al-Baqarah: 11-12).
  19. TIDAK SESUAI ANTARA ZAHIR DENGAN BATIN: Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya ia main-main.
  20. TAKUT TERHADAP KEJADIAN APA SAJA: Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.
  21. BERUZUR DENGAN DALIH DUSTA: Firman Allah SWT: "Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49)
  22. MENYURUH KEMUNGKARAN & MENCEGAH KEMAKRUFAN: Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkotik.
  23. BAKHIL: Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.
  24. LUPA KEPADA ALLAH SWT: Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) Allah SWT, kecuali sebagai tipuan semata-mata.
  25. MENDUSTAKAN JANJI ALLAH SWT & RASUL-NYA: Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12).
  26. LEBIH MEMPERHATIKAN ZAHIR, MENGABAIKAN BATIN: Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir. Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain sebaginya.
  27. SOMBONG DALAM BERBICARA: Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak omomg dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan bodoh.
  28. TIDAK MEMAHAMI AD DIN: Di antara "keistimewaan" orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana memandu kenderaan dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.
  29. BERSEMBUNYI DARIPADA MANUSIA & MENENTANG ALLAH DENGAN PERBUATAN DOSA: Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat. Firman Allah SWT: "Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda'i." (An-Nisa': 108)
  30. SENANG MELIHAT ORANG LAIN SUSAH, SUSAH BILA MELIHAT ORANG LAIN SENANG: Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu

Journal 2014 - # 848

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Berapa Jam Kita Bersolat Seumur Hidup Kita?

Assalamualaikum! Hi uols! Satu peringatan yang saya rasa perlu kita hayati. Kiraan di buat secara ganeral dan mungkin ada kesalahan dalam kiraan. Namun, mari kita ambil ia sebagai peringatan untuk kita lebih berusaha dalam beribadat di samping mengejar kehidupan di dunia yang hanya sementara. :)
1 Hari= 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya manusia meninggal -+65 tahun.

Baligh: Bermulanya diperhitungkan amal seseorang samada baik atau buruknya selama hidup di dunia
Laki-laki Baligh : -+ 15 tahun
Wanita Baligh : -+ 12 tahun
Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah Swt, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia; 65 – 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam
Gambaran Kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama.
Waktu kita tidur -+8 jam/hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan ‘ditidurkan’ untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah Swt.
Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting dan banyak lagi.
Waktu rehat -+4 jam;

Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan.
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah?
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”
Kita tidak menafikan, memang benar. Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya semata-mata lilLah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…(Tidak Semua)

Kita juga tidak menafikan, memang benar. Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Bila Nak Beribadah???
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Karena kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurg. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..??? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita. itu pun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering menggores perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.

Logiknya:
Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat.
"Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat”..
"Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat”..

Journal 2014 - # 847

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Berapa Ramai Lelaki yang Boleh Jadi Imam?

Assalamualaikum! Hi uols! Nak tanyalah agak-agak 'Berapa Ramai Lelaki yang Boleh Jadi Imam dalam Solat???' Hmm.. mesti ramai kata 'aku boleh jadi imamlah', 'tak pe ada imam yang di lantik'. Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita… kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.  Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apalah salahnya lelaki juga disuruh belajar.

Journal 2014 - # 846

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Akibat Meninggalkan Solat

Assalamualaikum! Hi uols! Di riwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

 
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
  • Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
  • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
  • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Journal 2014 - # 845

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Di Manakah Solat Kita?

Assalamualaikum! Hi uols! Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.


Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.

Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Sumber: myibrah.com

Journal 2014 - # 844

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum! Hi uols! Tahukah kita bahawa bila umat islam itu mati perkara pertama yang akan ditanya adalah solat! 
Dosa Meninggalkan Solat Fardhu:
  1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
  2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1000 orang umat islam.
  3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
  4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
  5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
 6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu:
  1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
  2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
  3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
  4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
  5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
  6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut:
  1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
  2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
  3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
 3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur:
  1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
  2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
  3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
  1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
  2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
  3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.
Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Journal 2014 - # 843

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Nabi Sedih Umat Cuai Solat

Assalamualaikum! Hi uols! Artikel kali ni aku ambil dari sumber Ustaz Sharhan Shafie yang melalui blog beliau iaitu myibrah.com, berkaitan dengan solat yang sering kali umat islam terlupa.

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.

Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.

Cuai kerana urusan dunia
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman.”(An-Nisa : 103)
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh menyesali umatku.”

Rasulullah menangis
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?” tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”

“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”

“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”

“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).

Abu Darda’ berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.

Perintah ahli keluarga bersolat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).

Journal 2014 - # 809

Salam perpaduan salam perjuangan!

Renungan Selepas Subuh...

Assalamualaikum! Hi uols! Imam Ghazali di dalam kitab Bimbingan Mukminin mengingatkan:

Setiap pagi setelah solat subuh, hendaklah kita mengosongkan hati dari segala perkara, dan mengenang nasib dengan berrkata kepada diri sendiri; 'Aku tidak mempunai sesuatu yang berharga pun untuk diriku selain usiaku. Setiap kali aku rasakan usiaku lanjut, setiap kali itulah kurasa modalku berkurangan. Semakin hari semakin kecewalah aku berniaga atau mencari keuntungan.

'Hariini adalah suatu hari yang baru, yang telah ditakdirkan oleh Allah bagiku untuk hidup lagi, dipanjangkan umurku dan dibenarkan aku untuk mengecapi nikmat-Nya. Andainya Allah mentakdirkan aku mati, nescaya aku akan memohon untuk kembali lagi ke dunia walaupun untuk sehari sahaja, supaya aku dapat membuat amalan-amalan yang salih.

'Wahai jiwa! Anggaplah dirimu telah mati, lalu Allah telah mengembalikan engkau untuk hidup lagi hari ini. Oleh itu awaslah wahai jiwa! Dan sekali lagi awas! Jangan sampai engkau sia-siakan hari ini, kerana setiap nafas daripada nafas-nafasmu itu adalah mutiara yang tidak boleh dinilai.

Janganlah engkau bermalas-malas dan cenderung melakukan sesuatu yang tidak berguna, atau berehat-rehat sahaja, Sehingga engkau terluput dari tingkatan-tingkatan yang dijanjikan kepada orang-orang yang berpangkat 'illiyin (tingkatan tertinggi yang diredhai Allah s.w.t) seperti yang dicapai oleh orang lain, sedangkan engkau tidak dapat apa-apa. Rasa kecewa dan kesal tentu tidak akan berpisah darimu, miskinpun engkau berjaya dimasukkan ke dalam syurga. Namun rasa pedih disebabkan kerugian dan penyesalan itu tetap tidak akan tertanggung lagi.'

Journal 2014 - # 808

Salam perpaduan salam perjuangan!

Pakaian Hairan, Pakaian Solat

Assalamualaikum! Hi uols! BAGAIMANA menentukan pakaian harian anda boleh dibawa solat? Ianya amat mudah.
Pertama: Pastikan tudung anda menutupi kepala dari ubun-ubun rambut sehingga dagu.
Tudung juga agak besar supaya tidak terselak ketika sujud ataupun ditiup angin.

Kedua: Lengan baju anda hendaklah menutup tangan dengan baik. Had tangan yang dikira bukan aurat hanyalah daripada pergelangan tangan. Jika lengan  baju anda telah berbutang di pergelangan tangan, ianya sudah mencukupi asalkan semasa solat lengan baju anda tidak bergerak-gerak sehingga mendedahkan sebahagian lengan. Jika lengan baju anda tidak berbutang dan mudah terselak bolehlah memakai sarung lengan (hand socks) kerana ia juga dikira menutup aurat.

Ketiga: Pastikan kaki anda tertutup dan terlindung. Cara yang paling mudah ialah memakai stoking. 
Sekarang anda sudah dikira menutup auratdan boleh melaksanakan solat dengan pakaian anda. Tidak perlu lagi membawa telekung ke mana-mana anda pergi. Anda boleh solat di mana sahaja dengan pakaian harian anda. Pilihlah fesyen pakaian yang hendak dipakai, cuma pastikan bahawa ianya menutup aurat dan boleh dibawa untuk bersolat.

Anda tidak perlu lagi risau dengan telekung yang busuk dan hapak di masjid dan surau. Malah anda tidak perlu membawa beg yang mengisi telekung. Ianya lebih ringkas dan menjimatkan masa dan yang lebih penting pahalanya bertambah kerana anda dapat solat di awal waktu dah berpeluang untuk solat berjemaah.

Insya Allah, jika fesyen pakaian seharian yang dipilih selaras dengan syariat, menutup aurat dan mesra solat, Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati hidup anda seluruhnya.

Journal 2014 - # 798

Salam perpaduan salam perjuangan!

Misteri Warna & Kehidupan

Assalamualaikum! Hi uols! Apakah definasi warna? Apakah terdapat perbezaan definasi antara warna-warna? Mengapa warna ini diciptakan oleh Allah s.w.t? Apakag pentingnya warna dalam kehidupan kita, dan banyak lagi persoalan yang dapat ditimbulkan mengenai warna.
Warna sebenarnya mempunyai peraan yang tersendiri di dalam kehidupan. Warna juga dapat dikaitkan dengan undang-undang atau peraturan. Sebagai contoh warna pada lampu trafik mempunyai makna peraturannya yang tersendiri. Melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. Begitu juga arna dalam ruang-ruang pengiklanan, yang mempunyai makna tersendiri. Sebagai contoh warna merah dalam konteks pengiklanan dikaitkan dengan perasaan lapar. Jadi, kita boleh lihat ada restoran makanan segera menggunakan warna merah sebagai warna untuk tertentu dijadikan simbol-simbol keberanian, kegagahan, keharmonian dan banyak lagi.

Warna juga dapat dikatakan sebagai petunjuk bagi kita. Kita boleh lihat pada sesetengah buah-buahan, yang apabila ianya sudah masak, akan menunjukkan warna yang tertentu. Jadi, dari perubahan warna tersebut kita mengetahui bahawa buah-buahan tersebut telah boleh dimakan atau masak. Begitu juga dengan logam dan galian yang terdapat di dunia ini, dibezakan dengan pelbagai warna. Seperti warna batu berlian, lopaz, zamrud, delima, jed dan banyak lagi. Perubahan-perubahan warna pada logam, batu dan galian tersebut dapat dikaitkan pula dengan mutu dan keunggulannya.

Dalam tradisi masyarakat kita, warna juga mempunyai pengaruh yang tertentu. Kita selalu dengar mengenai hidangan pulut kuning. Mengapa tidak pulut biru, merah atau mungkin hijau? Apa istimewanya pulut kuning itu, dan siapakah yang menentukan syarat pulut tersebut mesti berwarna kuning?

Begitu jugalah dengan amalan masyarakat kita. Sebagai contoh apabila kita sakit bengkak benguk atau bengkak dengong (panggilan di sesetengah tempat), langkah pertama selalunya kita akan mengambil nila untuk diwarnakan di sekitar leher, dan kebiasaannya sakit benguk tersebut akan hilang, tetapi tidak dengan warna lain. Mengapa? Mengapa mesti dengan warna biru, dan tidak warna lain? Begitu juga dengan rawatan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin, kebiasaannya dilumurkan kunyit pada perut. Yang diperlukan bukanlah kunyit tersebut tetapi warna kuning itu. Mengapa?

Jika kita tinjau dari perspektif Islam. Apakah warna-warna yang disebut di dalam al-Quran? Warna-warna yang disebut dalam al-Quran ialah warna merah (al-Ahmar), kuning (al-Asfar), putih (al-Abyad), hitam (al-Aswad) dan hijau (al-Akhdar). Apakah keistimewaan warna-warna ini sehingga disebut di dalam al-Quran?

Warna dan alam
Seperkara lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai informasi yang saya terbaca di
internet. Menurut sesetangah pandangan, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid. Dalam fisiologi tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuhh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri dengan cara berkomunikasi. Mereka berpandangan saat azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu rukuk dan sujud.

Pada waktu zohor pula warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sistem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga dikaitkan dengan keceriaan seseorang. Jadi dipercayai bahawa, bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat zohor berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam sistem penghadaman serta berkurang keceriaannya.

Pada waktu asar pula, warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostat, uretus, ovari, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di dalam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.

Pada waktu maghrib pula, warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada benarnya, kerana saat maghrib tiba, spektrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga. Mereka yang sendang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama, atau hampir sama, dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.

Pada waktu isyak pula, alam berubahmenjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu isyak akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapa, Kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang  Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dn kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar pineal (otak kecil), kelenjar pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam.

Bagaimanapun, kajian-kajian mengenai warna ini patut dilakukan secara lebih ilmiah supaya kita dapat manfaatkan setiap kejadian alam, atau apa yang Allah ciptakan untuk hamba-hamba-Nya.

Journal 2014 - # 797

Salam perpaduan salam perjuangan!

Rahmat Keampunan Untuk Bersolat Jemaah

Assalamualaikum! Hi uols! Daripada Abu Hurairah r.a 'Nabi s.a.w bersabda, "Pahala solat berjemaah bagi seorang adalah lebih daripada solat bersendirian, sama ada di tempat kerja, di pasar atau di rumah, digandakan sebanyak dua puluh lima darjat.

"Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersolat, maka setiap langkahnya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid.

"Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap sepert orang yang bersolat selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuknya selagi dia berada di tempat solat dengan doa: "Ya Allah, ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu,."

Journal 2014 - # 796

Salam perpaduan salam perjuangan!

Allah Maha Dekat

Assalamualaikum! Hi uols! Andainya hati ingin bertaubat, yakinlah Allah Maha Dekat. Andainya nafsu mendorong maksiat, ingatlah Allah Maha Melihat. Andainya doa dan permintaan dipanjat, ketahuilah Allah Maha Memperkenan setiap  hajat. Sebagai seorang Muslim, kita wajib meyakini bahawa Allah s.w.t sentiasa dekat dan bersama orang-orang yang beriman kepada-Nya. Al-Quran menjelaskan bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan bersabar.

Menurut Imam al-Khazin, dekatnya Allah s.w.t bermaksud pengetahuan dan pemliharaan-Nya meliputi setiap hamba-Nya pada setiap masa. Ini menunjukkan betapa mudahnya bagi Allah s.w.t untuk memperkenankan setiap doa dan permintaan hamba-hamba-Nya. Oleh itu, taatilah Allah s.w.t, laksanakanlah segala perintah-Nya, kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Melihat setiap amal perbuatan hamba-hamba-Nya.

Berdoalah kerana Allah Maha Dekat
Diriwayatkan daripada Imam al-Tabari bahawa pernah suatu ketka dahulu, para sahabat Rasulullah
s.a.w bertanya kepada Baginda: Di manakah Tuhan kami? Lalu Allah s.w.t menurunkan sepotong ayat yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, maka (beritahu kepada mereka): 'Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku'." (Surah al-Baqarah: 186)

Menurut Imam al-Qurtubi di dalam kitab tafsirnya berjudul al-Jami' Li Ahkam al-Quran, apabila seseorang bertanya tentang Allah, maka katakanlah: "Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat. Justeru, Allah s.w.t akan memberikan pahala kepada sesiapa sahaja yang melakukan ketaatan. Allah s.w.t juga akan mengabulkan setiap doa dan hajat yang dipanjatkan. Oleh itu perbanyakkanlah doa kerana sesungguhnya setiap doa yang didengari oleh Allah s.w.t akan diperkenan oleh-Nya.

Berdoalah kerana Allah Maha Mendengar
Dalam sebuah perjalanan ke Khaibar, para sahabat r.a meninggikan suara ketia menuruni lembah dan mendaki bukit dengan bertakbir dan bertahlil. Melihatperbuat mereka Rasulullah s.a.w mendekati mereka dan bersabda: "Wahai manusia! kasihanilah diri kamu. Sesungguhnya kamu bukanlah berdoa kepada yang pekak dan jauh, namun sebenarnya  kamu menyeru kepada Tahun yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat dan Allah s.w.t sentiasa bersama-sama dengan kamu." (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari).

Menurut Imam al-Khazin, hadis ini menunjukkan agar kita merendahkan suara ketika berdoa kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar dan Maha Dekat. Para ulama turut menjelaskan bahawa meninggikan suara hanyalah ketika berbicara dan jarak yang jauh sedangkan apabila seseorang sedang berdoa kepada Allah s.w.t, sebenarnya Allah s.w.t sangat hampir dengannya. Justeru, para ulama menganjurkan agar doa yang dipanjatkan haruslah menggunakan nada yang rendah agar timbul rasa khusyuk dan keinsafan. Mudah-mudahan dikabulkan setiap hajat dan permintaan.

Berdoalah pada bila-bila masa
Menurut Imam al-Tabari, ketika turunnya firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.' (Surah Ghafir: 60), Orang-orang pun berkata: '(Alangkah baiknya) Andainya kita mengetahui bilakah waktu mustajab untuk berdoa.' Lalu Allah s.w.t menurunkan firman-Nya yang bermaksud: 'Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku'." (Surah al-Baqarah: 186)

Penurunan ayat ini merupakan suatu galakan agar setiap umat Islam sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t tanpa mengira tempat dan masa. Sesungguhnya Allah sentiasa dekat kepada hamba-hamba-Nya dan akan memperkenankan setiap doa yang dipanjatkan kepada-Nya pada bila-bila masa sahaja. Oleh itum berdoalah kepada Allah ketika bersendirian atau bersama keluarga, berdoalah kepada Allah ketika berada dalam ruah atau kereta, berdoalah kepada Allah ketika belajar atau bekerja, berdoalah kepada Allah ketika berada dalam ruah atau kereta, berdoalah kepada Allah ketika sedang senang atau derita. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Kenalilah (ingatlah) Allah ketika dirimu senang, nescaya Allah akan mengenalimu ketika dirimu susah. (Hadis Riwayat al-Tabarani)

Teruskan berdoa andai doa belum diterima
Andainya doa yang dipanjatkan belum lagi diterima, maka janganlah sekali-kali berputus asa, kerana sesungguhnya pasti ada hikmah di sebaliknya, hanya kita sahaja yang barangkali tidak mengetahuinya. Yakinlah bahawa Allah s.w.t pasti mendengarnya.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Tiadalah seorang Muslim yang berdoa kepada Allah, sedangkan dirinya tidak melakukan dosa dan memutuskan silaturahim, melainkan Allah s.w.t akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada:
  • Allah segerakan permintaannya di dunia; atau
  • Melewatkannya (dengan balasan baik) di akhirat; atau
  • Memeliharanya daripada kejahatan.
Lalu seseorang telah berkata: 'Kalaulah demikian, kami akan perbanyakkan (berdoa)' Baginda s.a.w menjawab: 'Allah lebih banyak (pemberiannya)'." (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

Dalam menjelaskan ayat di atas, Imam al-Suddi pernah berkata: "Setiap hamba yang berdoa kepada Allah s.w.t  pasti akan diperkanankannya. Sekiranya perkara yang diminta merupakan rezekinya di dunia, maka Allah akan berikannya (di dunia). Sekiranya di akhirat, maka Allah akan tangguhnkannya sehingga hari Kiamat serta memelihara hamba tersebut daripada perkara-perkara yang tidak disukai."

8 Penghalang Doa
Bagi memastikan doa yang dipanjatkan dikabulkan oleh Allah s.w.t, sewajarnya kita mengetahui dan mengelakkan diri daripada lapan perkara yang boleh menyekat dan menghalang doa daripada dimakbulkan. Lapan perkara yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:
  • Hati yang lalai ketika berdoa.
  • Tidak yakin doa akan dimakbulkan.
  • Memutuskan silaturahim.
  • Melakukan dosa dan maksiat.
  • Putus harapan terhadap Allah.
  • Memperoleh sumber pencarian yang haram.
  • Tidak memulakan doa dengan pujian kepada Allah dan Selawat.
  • Tergesa-gesa mengharapkan doa dimakbulkan sehingga berputus asa.
6 Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Menerusi ayat yang disebutkan, ramai ulama memetik hadis-hadis Rasulullah s.a.w sebagai panduan untuk menentukan waktu mustajab berdoa. Antara waktu-waktu mustajab yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:
  • Sepertiga malam terakhir.
  • Antara azan dan iqamah.
  • Ketika sedang sujud di dalam solat.
  • Selepas menunaikan solat fardu.
  • Ketika sedang berpuasa.
  • Pada malam lailatulqadar dan hari Arafah. 
 
Sesungguhnya, setiap kali kita menadahkan tangan dan berdoa kepada Allah, ini membuktikan bahawa kita sebenarnya yakin dengan kewujudan-Nya, kita yakin dengan kewujudan-Nya, kita yakin Allah mendengarnya, kita yakin Allah akan memakbulkannya. Kerana kita yakin bahawa Allah tidak jauh daripada kita, bahkan Allah sentiasa dekat dengan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama perbanyakkan marilah kita sama-sama perbanyakkan doa dan beramal salih. Carilah masa-masa yang mustajab untuk berdoa dan elakkanlah daripada amalan-amalan yang boleh menyekat doa Allah s.w.t. Mudah-mudahan Allah s.w.t menambahkan lagi keimanan segala urusan kita di dunia dan di akhirat juga.

Journal 2014 - # 787

Salam perpaduan salam perjuangan!

Tiada Solat Yang Tidak Berguna

Assalamualaikum! Hi uols! Saya mendengar sebuah hadis lebih kurang maksudnya: "Sesiapa yang
solatnya tidak menegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar, maka ia tidak menambah melainkan semakin jauh daripada Allah."

Namun saya perhatikan ramai orang mengerakan solat tetapi masih menipu dan menganiyai orang lain. Bolehkah kita katakan kepada mereka: "Janganlah kamu solat. Selama ini pun solat kamu itu tidak berguna!"?

Jawapan:
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ankabut ayat 45, yang bermaksud: "...dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.."

Maknanya, jika solat itu ditunaikan secara sempurna rukun, syarat dan khusyuknya, maka ia menguatkan iman keada Allah s.w.t., diri menjadi takut melakukan maksiat kepada-Nya, dan akhlaknya menjadi baik.

Namun jika sebaliknya, maka ia tidak memberi manfaat keada orang yang mengerjakannya. Tidak kepada akidah dan akhlaknya.

Setinggi mana kualiti solatnya, maka sebesar itulah pahala dan kesan solat yang diperolehnya. Hal ini disebut dalam hadis Abu Daud, al-Nasa'i dan Ibn Hibban bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik seseorang itu selesai mengerjakan solat, tidak dicatatkan baginya melainkan 1/10 daripada solatnya, 1/9, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau 1/2."

Justeru kita hendaklah berusaha menunaikan solat dengan semua rukun serta syarat yang sempurna dan yang paling pentingnya ialah ikhlas dan khusyuk.

Status Hadis
Hadis yang dinyatakan dalam soalan itu ialah hadis mawquf (kata-kata yang diucapkan oleh sahabat) kepada Ibn Mas'ud. Ia bukan hadis daripada Nabi s.a.w. sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya.
Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Tabarani dan Ibn Mardawaih dengan isnad (rantaian perawi) yang tidak kuat sepertimana yang disebut dalam takhrij al-iIraqi yang mentakhrij hadis-hadis yang ada dalam kitab Ihya' Ulum al-Din.

Maksud Sebenar Hadis
Hadis mawquf tersebut bukannya bermaksud kita tidak perlu lagi mendirikan solat jika solat dilakukan tidak boleh membaiki akhlak kita. Ia juga bukan bermaksud solat itu tidak sah. Kita juga tidak boleh menetapkan bahawa Allah s.w.t. tidak menerima solat itu. Soal penerimaan amalan itu diserahkan kepada Allah s.w.t. semata-mata.

Tanggungjawab kita ialah terus menunaikan solat sambil berusaha dan bermujahadah menyempurnakan solat sepanjang masa. Mana tahu Allah akan buka hati disebabkan usaha tanpa jemu itu. Tetap berhubung dengan Allah walau sekecil mana pun caranya, lebih baik daripada terputus terus daripada-Nya.
Syeikh 'Atiyyah Saqr (1914-2006)

Journal 2014 - # 751

Salam perpaduan salam perjuangan!

Perkongsian Khutbah Jumaat Hari ini: 
“IBU DI HATI, SYURGA MENANTI”

(9 MEI 2014 / 9 REJAB 1435H)




Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan  orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “IBU DI HATI, SYURGA MENANTI”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Ibu bapa merupakan insan yang paling mulia dan berjasa dalam kehidupan seorang anak. Belaiannya memenuhi setiap ruang nadi kehidupan sehingga memancarkan kedamaian dari celah-celah hati dan wajahnya. Ketulusan hati dan ketinggian budinya menghiasi persada nurani membekalkan harapan dalam menghadapi cabaran masa depan. Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa keagungan ajaran Islam mewariskan segala aspek kehidupan termasuk hubungan antara anak dengan ibu bapa. Jika anak mengabaikan tanggungjawab tersebut maka musnahlah sendi agamanya dan hancurlah nilai kehidupannya. Kederhakaan anak akan mewariskan penderitaan berpanjangan dan menguburkan keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Percayalah, hanya anak yang soleh sahaja yang akan menikmati makna hakiki dari kehidupannya. Justeru, Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak. Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 23-24:

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya malah tiada seekor nyamuk dan lalat dibiarkan hinggap di tubuh badan kita. Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulut dan tidak dapat melelapkan mata kerana teringatkan anak-anaknya dan ada ketikanya air mata syahdu mengalir di pipinya kerana mengenang dan merindui akan kehadiran anak-anak di depan matanya. Justeru mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian agar bertanyakan diri sendiri sejak bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?.Ambillah kesempatan yang ada ini untuk berbakti dan menabur jasa terhadap mereka sepanjang hidup kita.

Di alam remaja dan dewasa pula, kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Ketika kita berhadapan dengan masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih mesra dan suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita dalam keadaan sakit, kita lebih suka ibu yang merawat dan menjagai kita. Kalau hendak makan, kita lebih suka masakan ibu, bahkan lebih daripada itu, minta ibu yang suapkan makanan ke mulut kita. Begitu juga ketika kita hendak memasuki gerbang perkahwinan, kita masih mengharapkan bantuan ibu bahkan hal-hal yang remeh seperti untuk memilih pakaian harian pun kadang kala bertanyakan ibu sama ada sesuai atau pun tidak. Begitulah betapa manja dan mesra anak terhadap ibunya. Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Allah SWT berfirman dalam surah Luqman ayat 14:  
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang perlu direnung setiap anak, apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya. Sebuah Hadith Rasulullah SAW menceritakan tentang siapa yang layak bagi seseorang untuk berbuat kebaikan:
Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya berbakti dan berbuat baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda: Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama menginsafi dan muhasabah diri tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa yang dibekalkan oleh Allah dengan sifat kasih dan sayang, renungkanlah di sebalik kisah-kisah menyayat hati dan tragedi-tragedi yang berlaku dengan penemuan-penemuan bayi malang yang mati dan dibuang dalam takungan najis, dalam sungai, tempat pembuangan sampah, dalam semak dan ada yang menjadi makanan kepada anjing-anjing liar di sana sini. Bahkan bayi yang tidak berdosa ada yang dilemparkan dari tingkat atas bangunan. Bagi yang mengutamakan kehidupan sosial dan mementingkan ekonomi pula sanggup memperdagangkan wanita dan menjual bayi di pasaran gelap. Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 31:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar”.

Fenomena negatif anak-anak terhadap kedua orang tuanya pula, ada yang sanggup membuang dan meninggalkan ibu bapa yang sudah uzur di rumah-rumah kebajikan, di perhentian teksi, bas dan di hospital kerana tidak sanggup untuk menjaga dan merawat ibu bapa yang sedang sakit. Anak-anak derhaka juga sanggup memberi alasan kononnya mereka ini sibuk tiada masa untuk menjaganya atau jika mereka bersama akan menyusahkan kehidupan. Lebih menyedihkan terdapat ibu bapa yang telah ditempatkan di rumah kebajikan ini merayu kepada anak-anak supaya mengambil mereka kembali untuk tinggal bersama tetapi tidak diendahkan. Selain itu terdapat juga anak-anak lebih memuliakan dan menghormati kawan-kawan dan sahabat handai berbanding dengan layanan kepada ibu bapa mereka.

Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar. Walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul bapa mereka dengan sebab teguran bapa angkara perbuatan maksiat anak perempuan di hadapan matanya, bahkan di zaman ini ada yang berlagak sebagai tuan atau memperhambakan kedua ibu bapa mereka dan seterusnya menyaman ibu bapa atas sebab-sebab harta, perwalian dan sebagainya.

Subhanallah! Wahai anak-anak..perbuatan kamu ini menggambarkan semakin ramai anak-anak mengabaikan tanggungjawab dan tidak memberi penghormatan yang sewajarnya terhadap ibu bapa mereka. Situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa kejatuhan nilai murni di kalangan generasi muda semakin meruncing dan membimbangkan. Cuba kita bayangkan ibu bapa kita yang telah kedut kulit ditelan usia dan lesu kerana keletihan atau terketar-ketar kerana ditimpa penyakit diletakkan di tempat yang tidak sesuai bagi mereka. Bagaimana perasaan anda?.Sebagai seorang anak atau sebagai ibu dan bapa? kerana sepatutnya mereka ketika usia sebegini dijaga, dibelai dengan penuh kasih sayang daripada seorang anak. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak, mereka juga mengharapkan di penghujung hidup ini akan meninggalkan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.(Riwayat Muslim)

Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Perlu diinsafi, bahawa syurga bagi seorang anak di bawah tapak kaki ibu. Justeru, ketidakredhaan ibu bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan kederhakaan terhadap Allah SWT, sepertimana kisah ‘Alqamah di zaman Rasulullah SAW. ‘Alqamah telah ditimpa sakit yang amat teruk dan dia didapati gagal mengucap kalimah syahadah ketika hampir saat kematiannya walaupun sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah mengajar dan memperdengarkan kalimah syahadah itu berkali-kali sehinggakan Rasulullah terpaksa memanggil ibu ‘Alqamah untuk bertanyakan apa hal sebenarnya yang telah berlaku.

Ibu ‘Alqamah telah menerangkan kepada Rasulullah SAW bahwa kemarahan bersarang di hatinya kerana anaknya itu lebih mengutamakan isteri daripada ibunya sendiri. Renungkanlah sidang jamaah sekalian, walaupun ‘Alqamah adalah seorang ‘Abid yang jauh dari perbuatan maksiat dan perbuatan sumbang, yang sangat taat dan kuat ibadatnya kepada Allah SWT, rajin bersolat, berpuasa dan bersedekah tetapi disebabkan sedikit kemarahan daripada ibunya, Allah SWT telah menghalang lidahnya untuk mengucapkan kalimah syahadah. Justeru, Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak dan tanggungjawab sebagai anak terhadap kedua ibu bapa, menderhaka atau membiarkan mereka yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan. Rasulullah SAW bersabda: 


Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. ” (Riwayat an-nasai)
Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita membudayakan amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa, menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu sepanjang hayat kita. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu. Mimbar mengingatkan bahawa tabiat semulajadi manusia adalah untuk menyayangi zuriat mereka. Tiada ibu bapa yang mudah luntur kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Bahkan mereka akan berkorban apa saja yang termampu demi anak-anak. Sebagai anak, jangan kita lupa akan kasih sayang dan pengorbanan mereka. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi mereka sebelum mereka atau kamu didatangi ajal. Kewajipan anak-anak telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya surah al Isra’ ayat 24:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”