Showing posts with label Info Wanita. Show all posts
Showing posts with label Info Wanita. Show all posts

Journal 2014 - # 859

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kesunyian Itu Tarbiyah Buat Diri

Assalamualaikum! Hi uols! Adakalanya sunyi itu sepi dan adakalanya sunyi itu indah, apa yang aku rasakan ada kebaikan mengapa kita perlu lalui kesunyian itu tanpa mentarbiyahkan diri kita, Apa kata kita baca artikel di bawa ini sebagai tauladan dan renungan diri kita, adakah kita ini seperti itu ada sebaliknya.

Langkah kaki ini makin lama makin laju di hadapan. Terkadang membuatkan aku menjadi alpa. Alpa dengan amanah dunia ini sehinggakan amanah akhiratku tergadai sedikit demi sedikit. Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah... Itu silap aku.

Kehidupan sebagai pelajar. Punya jadualnya. Ditambah dengan gerak kerja persatuan. Makin mengisi kekosongan pada jadual itu. Namun, aku masih tewas dengan waktu ! Ruang bicaraku dengan al-Khaliq, Sang Pencipta semakin berkurang. Satu demi satu ku tinggalkan. Jika dulu, dhuhanya terjaga. Kini dhuhanya tergadai. Jika dulu, solatnya disaluti alunan zikir. Kini solatnya suram. Jika dulu solat sunat itu peneman setia. Kini solat sunat itu kejap ada kejap tiada. Astaghfirullah...

Tanpa disedari, sifat & perilaku diriku juga berubah sedikit demi sedikit. Aku masih dengan kesibukan itu. Sibuk memenuhi kehendak dunia, hingga kehendak Dia aku tinggalkan. Hubungan dengan sahabat sahabiah di sekeliling juga jadi dingin. Aku sedar. Cuma keegoan itu mengaburiku. Aku biarkan rasa rindu pada dakapan ukhuwwah. Pagi-pagi aku keluar ke kelas. Kemudian kerja berpersatuan diteruskan. Kadang-kadang tengah malam baru aku kembali ke sakan. Sahabat-sahabat semuanya dah tidur. Hari minggu juga aku hilang dari pandangan mata sahabat sahabiah. Jujur aku katakan. Aku rindu pada gelak ketawa mereka. Aku rindu saat berborak dengan mereka. Namun, aku katakan pada diri..." Takpe, dyeorang faham kau sibuk. Habis kerja nanti boraklah..."

Ego ! Aku biarkan sahabat sahabiah yang memahami diriku. Sedangkan aku sendiri lupa buat memahami diri mereka. Mereka juga insan yang punya hati dan perasaan sepertiku. Sudah tentu mereka rasakan apa yang aku rasakan. Sampaikan satu ketika, aku ditinggalkan di sakan seorang diri pada hari minggu. Sahabat-sahabat yang lain kembali ke rumah masing-masing. Lalu aku bersuara, "tinggal alang (gelaran bagiku) sorang2? huhu... sampai hati." Sahabat menjawab, "ala... kalau kami ada pun, alang takde dengan kami." Astaghfirullah... benar katanya ! Aku terdiam. Malu dengan diri sendiri. Kadang-kadang ada yang bertanya, "ha...baru balik. gi mana tadi?" Sambil tersenyum aku menjawab, "baru jumpa jalan balik...huhu." Cuba berseloroh, tapi hakikatnya aku malu...

Makin lama kesunyian makin dirasa. Saat aku jauh dari Tuhanku, saat itu juga sahabat-sahabat disekelilingku menjauhiku. Itu balasan buat diri yang alpa. Bila mana hati tidak tenang, gerak kerja berpersatuan juga terganggu. Amanah itu turut tidak terjaga. Tidak bisa dilaksanakan sebaiknya. Sehinggakan aku tidak membantu sahabat-sahabiah dari jurusan yang sama denganku dalam melaksanakan program yang dirancang. Aku lari dari melaksanakan tugasan yang diberi. Saat itu fikiranku bercelaru. Aku tahu aku bersalah. Tapi dalam masa yang sama aku biarkan egoku yang tinggi menguasai diri. Ah.. bukan salah aku seorang. Mereka pun salah, tak cuba faham aku. Bila berjumpa dengan sahabat sahabiah, aku cuba mengelak. Bila bertemu, aku menjadi sebak. Tak tertahan air mata. Di hadapan mereka aku menangis. Tapi ungkapan maaf dariku masih belum diucapkan pada mereka. Kerasnya duhai hati ! Astaghfirullah...

Aku tewas dalam menjaga hubunganku dengan Allah. Dan aku tewas dalam menjaga hubunganku dengan sahabat sahabiah disekelilingku.  Benarlah... Jika kamu menjaga hubunganmu dengan Allah s.w.t., maka Dia akan menjaga hubunganmu dengan manusia yang laennya. Jika tidak, maka sebaliknya juga yang berlaku. Pengajaran buat diri.

Leburkan ego itu !!! Bila mana hatimu tidak diisi dengan cinta pada Sang Rabbi, maka cinta pada manusia juga berkurang. Hati bisa jadi keras dek kerana tiada curahan keimanan padanya. Solat itu penghubung keimanan. Maka laksanakanlah ia. Pesan ummi, "didik diri kamu. pujuk hati. memang kalau diikutkan kerja-kerja itu takkan pernah habis. tapi, solat itu bukannya lama. sekejap sahaja. kalau kamu boleh habiskan masa berjam2 dengan kerja-kerja kamu, takkan 5 minit untuk solat, berjumpa dengan Allah kamu tidak boleh?" Allahurabbi...

Sesibuk mana pun kamu dengan amanah dunia, amanah akhirat mesti dilaksanakan bersama. Amanah itu bakal dipersoalkan.  Kedua-duanya sekali. Jika bukan di dunia, di akhirat kelak pasti dipersoalkan oleh Dia.

Allah s.w.t benar-benar sayang pada hamba-Nya. Saat aku alpa, dia hadirkan rasa sunyi dalam hatiku. Mula-mula aku tidak memahami maksud kesunyian itu ! Namun, bila mana Dia hadirkan insan-insan istimewa buat menasihatiku, aku tersedar. Kesunyian itu tarbiyah buat diri sebenarnya. Dia sedang menegurku. Dia sedang mendidikku. Jadi, semuanya terpulang pada diriku sekarang. Memperbaiki kesilapanku atau sebaliknya...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Segala Puji Bagi Allah...
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayan

Ya Allah, Engkau Tuhanku
 Tiada Tuhan selain Engkau
Engkau ciptakan aku
Dan aku hamba-Mu
Dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku
Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang ku lakukan
Aku sedari nikmat-Mu kepadaku 
Dan ku sedari akan dosa-dosaku
Ampuni aku...
Ampuni aku...
Ampuni Aku...
kerna sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa
kecuali Engkau...

Sumber: http://blogkeindahantarbiyah.blogspot.com/

Journal 2014 - # 858

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Cantik Yang Halal


Assalamualaikum! Hi uols! Tak kira lelaki atau perempuan kita harus mengetahui Halal dan Haram dalam mencari kecantikan pada tubuh badan kita sendiri asal jangan memudaratkan. Tubuh badan yang kita ada ketika ini adalah pinjaman daripada Pencipta kita iaitu Allah swt. Tubuh badan kita ini lama nak digunakan agar bila kita kembali kepada Pencipta asal kita jasad kita sihat dan sempurna dengan izin Allah swt. Sebenarnya aku dah lama nak share pasal satu clip video rancangan Tanyalah Ustazah TV9 topik Cantik Yang halal, tapi tak ada kesempatan. Dalam entri aku kali ni aku share clip video ni untuk menambah ilmu dan panduan kehidupan kita sebagai manusia.


Journal 2014 - # 857

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

15 Dosa di Kepala Wanita

Assalamualaikum! Hi uols! Ketahui oleh wanita 15 dosa di kepala wanita yang tanpa sedar kita telah lakukan.

1. Tidak bertudung (menutup aurat).
Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .
2. Menyambung rambut / memakai sanggul.
Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).
3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.
Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).
4. Mencabut uban.
Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).
5. Memakai bulu mata palsu.
Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh.

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)
6. Bersolek/berhias.
Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].
7. Merenggangkan / mengikir gigi.
Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah. (HR. Bukhari 4886).
8. Membuat tatu.
Lihat kenyataan ke-7.
9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).
10. Memakai rambut palsu.
Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).
Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.
11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.
Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)  
Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)
12. Mencukur / mencabut bulu kening.
Lihat kenyataan ke-7.
13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.
Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]
14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.
Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari). (Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.
15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.
Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik itu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).
Diterjemahkan dari sumber Abu Fahd Negara Tauhid

Journal 2014 - # 856

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Wanita Islam Ketahui Hukum Memakai Bulu Mata Palsu!

Assalamualaikum! Hi uols! Kalau dulu aku memang jahil dan suka pada hiasan yang cantik pada tubuh badan aku terutama sekali pada mata iaitu bulu mata palsu. Menyedari suatu perkara yang amat dilarang dalam islam itu membuat aku insaf dan bertaubat atas perbuatan aku sebelum ini. Puncanya bila aku menonton sebuah rancangan di TV9 'Tanyalah Ustazah'. Dalam ceramah tersebut beliau menyentuh penggunaan bulu mata palsu bila mana, mak andam ingin memakaikan bulu mata palsu kepada pengantin perempuan si pengantin perempuan tidak mahu, kemudian mak andam kata "Nampak cantik kalau kamu pakai bulu mata palsu ni nanti" jawab si pengantin perempuan "Saya takut dilaknati oleh Allah swt." Masyallah! Nauzubilaminzalik! Mengucap panjang aku dibuatnya. Oleh itu aku terus berhenti untuk memakai bulu mata palsu kerana takut akan laknat oleh Allah swt. Ketahuilah olehmu wahai wanita cantiknya wanita itu bukan pada sebarang tambahan aksesori atau alis pada keningnya tapi kerana menjaga peribadi dan auratnya.
Pemakaian bulu mata palsu adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakain rambut palsu:
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Fatwa:"... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh.

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.

Sebagai peringatan Panel menasihatkan gunakanlah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakai perhiasan yang berlebihan itu adalah amalan zaman jahiliyyah.
Wallahua’lam

Journal 2014 - # 855

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kerana Menutup Auratlah Yang Membezakan Kita Dengan Mereka

Assalamualaikum! Hi uols! Bersyukur aku kepada Ilahi kerana masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas, meni’mati segala kurniaanNya yang tidak mampu untuk aku beli. Dari kita celik mata
hinggalah kita menutup mata, terlalu banyak ni’mat kurniaan Dia kepada kita kan? Selepas bangun dari subuh, aku tidak terus tidur. Sudah menjadi kebiasaan aku tidak akan tidur selepas subuh melainkan mata dan badan ini terlalu letih kerana berjaga untuk membuat tugasan dan assignment di malam hari, barulah aku akan tidur sebentar. Rutin harianku sekiranya tidak kuliah, aku akan mula mengakses internet untuk membaca artikel-artikel yang boleh memberi manfaat. Ketika aku melayari sebuah blog, aku terbaca sebuah entry mengenai penghijarahan seorang wanita yang dari tidak menutup aurat dengan sempurna kepada bertudung labuh. Terkesima aku membacanya. Alhamdulillah.. Hidayah Allah itu datang kepada siapa yang cuba untuk mencarinya. Lalu aku juga teringin untuk berkongsi kisahku kepada kalian.

Sejak aku dibangku sekolah, aku sudah mengetahui tentang aurat wanita itu, bahkan apabila sedang belajar di kelas Pendidikan Islam sekiranya ditanya tentang aurat wanita aku adalah orang yang seringkali memberi jawapan. Tetapi tetap aku tidak menutup aurat dengan sempurna. Aneh sungguh! Aku masih lagi mengenakan pakaian yang tidak mengikut kehendakNya, masih lagi tidak berstokin dan sebagainya. Pernah juga terdetik di hati ini untuk berubah pada ketika itu apabila melihat kawan yang tertutup rapi menjaga auratnya. Tetapi setiap kali aku cuba berubah, pasti pelbagai persoalan aku fikirkan. Nanti orang kata aku hipokrit lah, nanti kalau bertudung labuh tapi perangai tetap sama macam mana, nanti kalau bertudung labuh dah tak boleh nak “gila-gila” macam dulu, terlalu banyak yang aku fikir. Maka, akhirnya aku tetap begitu.

Kehidupanku diteruskan lagi apabila aku berjaya menempatkan diri di sebuah IPTS di negara ini. Di sinilah kisah penghijrahanku bermula. Seperti pelajar-pelajar wanita yang lain, apabila ke kuliah aku akan mengenakan pakaian yang “biasa” aku pakai. Jeans, blouse dan tudung. Suatu hari ketika menunggu bas, mataku teralih untuk melihat dua orang mahasiswa di hadapanku. Seorangnya bukan islam dan seorangnya Islam. Lalu, aku mula memerhati. Aku terus menunduk dan melihat apa yang aku pakai dan aku terus mengalihkan pandangan kepada wanita Islam itu. Bertudung labuh, berbaju longgar dan juga labuh, seluarnya juga begitu dan berstokin. Maka timbul satu soalan dalam fikiranku. Sekiranya aku berpakaian seperti mereka yang bukan Islam itu, apakah beza antara aku dengan mereka? Di sepanjang perjalanan, aku hanya diam. Tidak kecoh seperti biasa. Aku mula berfikir. Tiba-tiba teringat kata-kata pensyarahku tempoh hari. Aku berjumpa dengannya untuk bertanya soalan, tapi dia pula yang menanyaku kembali. Sejurus aku memasuki biliknya, soalan pertama dia kepadaku, “You tahu tak kenapa baju yang you pakai ni tak boleh buat solat?”. Aku menjawab dengan nada yang endah tak endah. “Sebab ketat kot”. Betul, jawapan tu katanya. Tapi jawapan yang lebih tepat “sebab pakaian you tu tak boleh buat solat”, katanya lagi.

Aku mula teringat kembali kata-kata ayahku suatu ketika dahulu. “Anak babah cantik tau kalau pakai jubah, pakai longgar-longgar, taknak try ke?” “Kakak tak kesian ke kat babah kalau babah masuk neraka? Kakak pakai macam ni?” Aku mula tersentak! Jiwaku seperti disentap –sentap. Kepalaku masih ligat lagi memikirkan tentang hal ini. Aku seperti orang yang sedang tidur lalu dibangunkan dari lena yang panjang! Aku tidak terus makan pada hari itu, aku terus pulang ke bilik. Aku mula termangu, termenung memikirkan apa yang telah aku lakukan, apa yang telah aku kenakan di sepanjang hidup aku hingga saat ini. Bukan aku tidak tahu tentang aurat wanita itu, tetapi mengapa aku tidak mahu memahaminya? Bukan ayah tidak pernah menasihati aku, tetapi mengapa aku tetap berdegil? Bukan ayah tidak mendidik, mengapa aku tidak menerima untuk dididik? Bukan tiada sahabat yang menegur, mengapa aku tidak mengambil teguran mereka? Aku bukan tiada ilmu tentang ini, tetapi mengapa aku tidak pernah ambil tahu. Aku solat, tapi mengapa aku tidak mengikut pakaian yang disyariatNya? Islam kah aku sekiranya pakaian yang aku kenakan menerupai mereka yang bukan Islam? Air mataku mula mengalir tanpa sedar, memikirkan apa yang aku lakukan disepanjang aku hidup. Apa yang aku kenakan sebelum ini ketika aku melangkah keluar.

Hari demi hari, aku mula untuk memahami dengan lebih mendalam apakah itu aurat wanita dan cuba mempraktikkan. Perlahan-lahan aku mengenakan baju yang longgar dan labuh, bertudung menutupi dada, dan berstokin. Pencarian itu aku teruskan lagi. Aku memerhati mereka yang menjaga auratnya, aku mula membaca artikel-artikel tentang aurat wanita. Al-Quran yang jarang dibuka, aku mula buka. Jika sebelum ini aku membaca tanpa memahami maksud, aku mula mencari terjemahan quran itu. Sehingga lah aku menemukan ayat ini.
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (AURATNYA), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA..” – (Surah An Nur, 24: 31)

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN JILBABNYA KE SELURUH TUBUH MEREKA”. Yang demikian itu agar mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”. – (Surah Al Ahzab, 33: 59)
Nah! Peringatan Allah tentang kewajiban menutup dan memelihara aurat ini telah terwujud sebelum kita dilahirkan lagi. Aku mula memahami betapa berharganya diri kita ini wahai wanita. Aku dapat merasakan sesuatu yang sangat berbeza apabila aku berpakaian begini. Sekiranya sebelum ini aku sering diganggu oleh lelaki, selepas aku berpakaian begini, aku tidak kerap diganggu terutamanya apabila berjalan seorang diri. Aku sudah merasakan selamat apabila berpakaian begini. Alhamdulillah, inilah ni’mat yang paling berharga dalam hidup selain ni’mat Islam dan Iman iaitu ni’mat hidayah. Hidayah takkan datang tanpa kita cari, Allah juga akan memberi hidayah kepada orang yang mencarinya. Bukankah Allah telah berkata Dia akan membantu kita sekiranya kita ingin mencari ilmuNya? Mana mungkin Dia memungkiri janji! Aku mula sedar, kehidupan dunia ini hanya satu persinggahan, hanya sementara. Jangan tertipu dengan fashion akhir zaman. Diri kita ini sangat berharga, lebih berharga dari segala-galanya. Apakah kita suka maruah kita dipermainkan, dipertontonkan pada yang tidak sepatutnya? Setiap yang BERHARGA di muka bumi ini selalu sulit untuk didapatkan, tidak ditemukan berselerakan. Cuba kita perhati, emas dan perak ditemukan di dalam perut bumi, dilindungi berlapis-lapiss dalam tanah. Berlian ditemukan terlindung dan tertutup oleh batuan yang keras. Mutiara ditemukan di dasar laut terlindung oleh cengkerang yang keras. Muslimah, kita ini lebih berharga dari emas, perak, berlian dan mutiara. Kita seharusnya TERLINDUNG. Pakailah jilbab/kerudung/hijab dengan BENAR, bukan untuk membungkus rapat tubuh melainkan untuk menutupi keindahannya hanya untuk yang pantas melihat kita. Akhir kata dari saya, jangan sesekali malu untuk berubah ke arah kebaikan. Pedulikan saja kata-kata sinis orang. Nanti di akhirat sana, kita yang akan menjawab di depan Tuhan bukan? Ayuh bersama menutup aurat dengan sempurna. Kita mampu mengubahnya!

Journal 2014 - # 853

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Jangan Kata Hipokrit Kepada Mereka Yang Belum Bertudung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2325irHVuMRhuGJlB_OcNG-sKO2QFmbghP0MUnrcG8sM_G3DlbB8sXhtrsYwVIgxdD5YRXpLFe0gSbCkCJITUzkIZ86yJZu2SnzUEX6RvRyikT0lJsFKPy761ULL0u20-cXsazKb_lP4/s1600/hijab-poster-60-big.jpgAssalamualaikum! Hi uols! Adakalanya kita memandang sini kepada rakan-rakan kita yg belum menutup aurat atau memakai tudung. Ketahuilah bukan mereka tidak mahu bertudung tetapi adakah kita disekeliling mereka itu pernah mengajak atau mendoakan mereka untuk bertudung?? Jom kita baca artikel ini yang ditulis oleh Siti Hannah Jikri sebagai renungan kita bersama.

Aku membetulkan rambutku yang ditiup angin. Cuaca panas begini pasti merosakkan rambutku! Aku melangkah masuk ke surau kolej.

Sekelip mata, aku terasa diperhati. Janggal? Aku sudah biasa. Aku meletakkan beg galasku di sudut. Malang untukku, telekungku terdampar di birai katilku di bilik. Aku terlupa membawanya.

Seusai mengambil wuduk, aku mencari jika ada telekung yang tidak digunakan. Dan malang sekali lagi, tiada telekung untukku.

Seorang wanita yang sibuk membetulkan tudung bawalnya memandang sinis kepadaku. Aku melemparkan senyuman tawar untuknya.

“Kenapa tak solat je dengan rambut terdedah? kalau kat depan manusia tak malu buka aurat, takkan nak jadi hipokrit depan Allah? Sedarlah diri tu sikit” senyumanku di balas dengan kata-katanya yang sinis.

Aku hanya mendiamkan diri. Kesabaranku sedikit tercalar.

“Kenapa diam? Terkena batang hidung sendiri ke? Perempuan hipokrit macam kamu ni lah yang suka palitkan dosa kamu tu, kat kami yang bertudung ni” suaranya sedikit tinggi mencabarku.

“Hello miss?? Saya tak kacau hidup awak pun! Jangan menghukum sebelum menilai!” hatiku mula berang.

“Dari luar pun dah dapat nilai. Dah diluar pun tak terjaga, apalagi hati yang kat dalam. Luaran menunjukkan dalaman. Perempuan yang bertudung sudah tentu lebih baik daripada yang tak reti-reti pakai tudung. Betul tak?” dia menjelingku sambil tersenyum dengan rakannya disebelah.

Aku mengengam jemariku menahan amarah dihati. Aku tahu kerana tidak bertudung aku sering diasingkan oleh teman sekolej. Namun, layakkah mereka menghinaku dikhalayak ramai?

“Assalamualaikum saudari berdua” seorang wanita bertudung litup dan labuh menhampiri kami dengan senyum dihias dibibirnya.

“Maaf jika saya mencelah, namun saya rasa kurang enak jika bertengkar di rumah Allah ni. Rumah Allah ni kan tempat yang mulia dan tempat mencari ketenangan” dia memandang kami berdua dengan kemesraan.

“Tempat ni memang mulia, tapi orang tu yang kotorkan kemuliaan surau ni dengan rambut mengurai dia tu. Dah nak mati baru nak bertudung kot” wanita itu meneruskan sindiran terhadapku.

“Maafkan saya saudari. Saya kurang setuju tindakan saudari memperkecilkan wanita yang tidak bertudung. Kita perlu ingat, menutup aurat tidak cukup jika akhlak yang baik tidak menjadi pelengkap ”

“Jadi awak maksudkan tak bertudung tak salah kalau akhlak baik? Diorang ni hipokrit dengan Pencipta kita”

” Tapi kenapa perlu menghukum? Kenapa perlu meminggir daripada menghampiri? Sepatutnya, kita tidak perlu bangga dengan tudung yang menutup, kerana jika kita mampu bertudung hari ini mungkin besok juga kita boleh tidak bertudung. Hiaskan yang bertutup dengan kerendahan hati dan akhlak yang baik. Jika kita memulaukan mereka yang tidak bertudung, siapa yang akan bantu mereka?”

Aku hanya mendiamkan diri disisinya. Mulutku terkunci, hatiku seperti diketuk dengan suatu perasaan yang aneh. Tidak pernah seorang wanita seagamaku memihak kepadaku dalam keadaanku yang dhaif ini.

Wanita yang tadi deras menyindirku kini hilang kata.

“Mendoakan lebih baik daripada menghina. Doa seorang saudara muslim yang mendoakan saudaranya tanpa diketahui kan mustajab? Lebih baik kita sama-sama mendoakan dia daripada bertikam lidah yang mungkin saja akan buat mereka lebih jauh. Mungkin saja suatu hari nanti dia lebih mulia daripada kita. Sama-sama kita muhasabah diri kita, saya dan saudari masing-masing tahu kelemahan dan aib diri sendiri. Walaupun bertudung, kita kadang-kadang tetap tersalah langkah. Jadi layakkah kita katakan yang bertutup itu lebih mulia daripada yang belum terbuka hati untuk menutup?” Sungguh kata-katanya buat airmataku jatuh.

Wanita bertudung bawal kelabu itu menarik tangan rakannya lantas berlalu pergi. Aku mengesat air mata yang berderai dipipi.

“Saudari nak pinjam telekung saya? Saudari pakailah, kita boleh solat berjemaah bersama” wanita itu tidak lekang dengan senyuman.

Kami solat berjemaah bersama. Seusai solat, kami titipkan doa bersama. Hatiku tersentuh mendengar sepotong doa yang beliau bacakan;

” Ya Allah Pemilik hati kami, berilah kami hidayah-Mu dan tetapkanlah hidayah itu dihati kami. Terangi hati kami sepertimana Engkau terangi bumi ini dengan cahaya matahari-Mu, jangan Ya Allah Engkau gelapkan hati kami seperti gelapnya dimalam hari. Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah kami Engkau beri petunjuk kami, berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi. ”

Airmataku tanpa disedari bertitikkan di pipiku. Dadaku seakan-akan menahan sebak. Inginku menangis sepuasnya disitu. Apakah perasaan ini?

“Saudari tak apa-apa? Eh maafkan saya, saya lupa perkenalkan diri. Saya Humairah” dia menghulurkan tangannya lalu memberi dakapan kepadaku.

“Saya Liana. Terima kasih sebab sudi tolong saya tadi. Saya ingat orang macam awak, tak nak bergaul dengan saya” Aku perlahan-lahan mengemaskan sejadah dihadapanku, airmataku segeraku lapkan.

“Tiada yang membezakan kita selagi kita dalam agama yang satu, Tuhan yang Satu. Saya harap awak tak ambil hati dengan kata-kata saudari tadi” dia memandangku dengan penuh kemesraan.

“Saya dah maafkan dia dan doakan dia. Saya tahu saya tidak layak berdendam, siapalah saya ini Humairah” aku menundukkan pandangan. Bermula dengan kata-kata Humairah tadi, “doa yang tidak diketahui oleh saudara sendiri adalah makbul” aku terapkan dihati kerana mendalamnya kata-katanya itu dihatiku.

“Alhamdulillah Liana. Subhanallah, indahnya akhlakmu”

“Tapi..saya tak bertudung, layakkah akhlak saya dikatakan cantik?”

“Akhlak tu akan lebih cantik jika kamu berusaha untuk menutup aurat. Saya tahu perubahan itu memerlukan masa tapi kita perlu ingat ,masa tidak menunggu kita” Humairah mengengam tanganku dengan lembut.

“Sebenarnya dalam hati ini membuak-buak ingin bertudung sebab saya malu kat Allah. Cuma, keadaan sekeliling kadang-kadang buat saya tawar hati. Lihat saja orang yang bertudung seringkali menunjukkan gambaran islam yang salah. Bertudung tapi masih buat benda Allah larang. Saya tidak mahu orang lihat diri saya baik hanya sebab saya bertudung.” aku meluahkan isi hati yang terpendam selama ini.

“Bertudung atau yang lebih tepat sekali menutup aurat adalah perintah Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sebenarnya jika kita niatkan menutup aurat kerana “sebab-sebab yang lain” mungkin akhlak kita tidak setanding dengan cara pemakaian kita. Namun jika niat kita menutup aurat benar-benar untuk Allah dan hanya untuk-Dia. Insyallah, pemakaian kita yang menutup aurat setanding dengan akhlak kita di depan Allah dan manusia”

Aku tersentap dengan kata-katanya. Jawapan yang selama ini aku tercari-cari.

“Tapi macamana jika saya bertudung tapi masih ada yang mengeji dan memandang negatif?” aku utarakan kerisauan yang sering menyebabkan penanguhan aku untuk bertudung.

“Lagu di radio kita boleh off, tapi mulut orang takkan pernah kita dapat off. Selagi apa kita niatkan selaras dengan kemahuan-Nya tiada apa yang jadi penghalang kita. Saya sendiri pada awal dahulu sering dipersoalkan mengapa memakai tudung yang labuh sedangkan ibubapa saya bukannya ustaz dan ustazah. Tapi hanya satu pengangan saya, bertudung bukan “sebab-sebab yang lain” tapi hanya untuk Pemilik Cinta, iaitu Allah”

“Saya mahu jadi seperti kamu” kataku secara jujurnya.

“Tak perlu menjadi saya tapi jadilah seperti yang Allah mahu. Sebab mungkin saja saya berubah ke arah sebaliknya” Wajahnya membuat hatiku tenang.

Terasa sesuatu kekuatan tertiup didalam diri. Ya, aku perlu berubah, dan mesti berubah. Aku nekad!

“Maafkan saya, saya perlu pergi dahulu. Kejap lagi saya ada kuliah kat fakulti. Semoga dapat bertemu lagi. Assalamualaikum Liana” kami bertukar salam. Aku hanya memerhatikannya sehingga dia hilang dari pandangan.

“Ya Allah..terima kasih kerana dengan izin-Mu, dia dapat mengetuk hati ini. Hati ini benar-benar terasa ‘dibangunkan untuk berubah’
. Aku mahu berubah ke arah wanita yang sempurna menutup aurat. Kini baru aku percaya, akhlak yang baik bukan saja boleh merubahkan diri sendiri menjadi baik bahkan dapat menarik orang yang jahil seperti aku menjadi baik. Terima kasih Ya Allah….”
Sumber: http://sakurahana12.blogspot.com/

Journal 2014 - # 851

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Jawapan Kepada Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

Assalamualaikum! Hi uols! Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
 http://myibrah.com/wp-content/uploads/2012/01/auratwanita-300x300.jpg
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda:
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)
Sumber: http://akuislam.com/

Journal 2014 - # 850

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Aurat Wanita: Cantik Atau Jelik?

By: Shuhadah Khalil
http://kasihkejannah.blogspot.com/

Assalamualaikum! Hi uols! Masih saya ingat saat saya mula mengenakan tudung di kepala bagi menjaga aurat dan batasan pemakaian saya dihadapan bukan muhrim. Bukan tudung sahaja yang menjadi permulaannya. Tetapi saya mula mengenakan pakaian berlengan panjang, longgar dan tidak jarang.
Itu semua bagi menjaga peribadi sebagai muslimah sejati. Tergeraknya hati saya untuk menutup sempurna aurat saya sedari kecil berdasarkan di dalam hadis yang ada menyebut:
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” – Riwayat Abu Dawud.
Saat zaman yang semakin mendekati akhirat ini, ramai kaum hawa yang masih mendendangkan lagu seronok menunjukkan aurat di hadapan bukan muhrim. Apatah lagi dengan pakaian yang menggoda dan menarik pandangan mata kaum lelaki.

Pada lelaki, bukan pakaian yang dilihat. Tapi apa yang didedahkan oleh seorang wanita itulah yang menyeronokkan mereka. Mana tidaknya, jika pakaian terbelah sini, terbelah sana, lalu apa yang tinggal untuk menutupi aurat? Makanya yang tidak ditutup itulah yang ditatap lelaki.
Semakin menjadi perhatian, semakin seronok mendedahkan aurat. Inilah yang boleh dikategorikan sebagai aurat jelik seorang wanita. Jelik kerana menampakkan apa yang tidak seharusnya dilihatkan. Jelik kerana ia menjadi satu kebanggaan dalam diri saat aurat menjadi tatapan ramai mata yang memandang.

Jelik kerana aurat yang sepatutnya disimpan buat tatapan suami, telah ditunjukkan kepada lelaki yang belum tentu menjadi suami. Bukan seorang, tetapi ribuan lelaki yang telah melihat aurat yang didedahkan.

Aurat jelik ini dikategorikan dalam keadaan di mana seorang perempuan berpakaian ketat, nipis dan jarang sehingga menampakkan anggota badannya. Malah, yang tidak menutup kepala juga dikatakan jelik.

Bertambah jelik apabila yang tidak bertutup inilah yang mengundang kemaksiatan semakin menghampiri. Berdasarkan sebuah hadis,
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Yang tertutup, Itu Lebih Cantik
Jauh berbeza dengan mereka yang menutupi auratnya. Bayangkan sahaja apa yang dimiliki oleh seorang wanita itu dijaga rapi. Dipelihara sempurna dari pandangan mata-mata lelaki yang bukan muhrim mereka. Cantik luaran, cantik peribadi. Bukan sahaja cantik kerana menjaga auratnya, tetapi menjadi cantik kerana memelihara diri dari berlakunya fitnah duniawi.

Bertudung dan berpakaian seperti yang dituntut dalam Islam mencerminkan peribadi sebagai muslimah sejati. Ini tidak membuatkan mereka bersenang-lenang menjual diri dengan menayangkan aurat tanpa had.

Peribadi seorang wanita muslimah akan sentiasa ada rasa malu dan segan apabila berhadapan dengan bukan muhrimnya. Itulah yang dikatakan cantik. Cantik kerana malu dan tahu nilai dirinya sebagai seorang wanita.

Bahkan, mereka sering saja mengingatkan diri sendiri dengan segala azab yang sudah siap sedia menunggu andai kata melanggar suruhan Allah yang satu ini. Ada hadis yang menyebutkan tentang azab memperlihatkan rambut pada lelaki bukan muhrimnya,
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Lantas, atas alasan apakah untuk seorang wanita itu tidak menutup auratnya? Namun jika satu alasan diberi, makanya azab seksaan sedia menanti.

Bukan Mudah, Tapi Tidak Mustahil
Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk berubah. Segala apa yang memerlukan bentuk perubahan akan mengambil tempoh masa yang lama. Namun, lakukanlah perlahan-lahan. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Diberikan peluang bernafas dan hidup bernyawa adalah ruang untuk perbaiki diri.

Menjadi cantik dihadapan Allah bukan dihadapan manusia, merupakan kunci perubahan yang bakal kita lakukan. Tidak mustahil jika kita lakukan perubahan demi mendapat kasih sayang Allah. Bukankah itu yang kita mahu dalam hidup? Dikasihi Allah sehingga bertemunya saat hari perhitungan tiba.

Kita boleh memulakan langkah mendekati Allah dengan:
  1. Buangkan sikap bangga diri dan mahu menunjuk-nunjuk aurat pada bukan muhrim.
  2. Tanamkan rasa kasihan pada bakal suami yang mengambil kita sebagai isteri kelak.
  3. Mahalkan nilai diri, jaga maruah peribadi.
  4. Sentiasa ingat Allah yang Maha Melihat.
  5. Berlengan panjang dan bertudung sebagai permulaan.
Sekecil-kecil usaha kita untuk Allah, sudah dicatat oleh malaikat yang setia kepada Penciptanya. Apatah lagi usaha kita ini seiring dengan tindakan yang istiqamah. Apa pun bentuk usaha, mulakan dengan memohon pengampunan dari Allah.

Sertakan dengan doa yang berterusan, kerana Allah jua yang memegang hati-hati kita. Mohon agar kita diberi petunjuk jalan-jalan yang lurus dan benar. Semoga Allah memberi ruang untuk kita mendapat tempat disisiNya sehingga akhirat.

Mulakan dengan kalimah alhamdulillah, aku berubah demiMu Ya Allah.
Tepuk dada, tanya jiwa. Tegur hati, tanya iman. Mahukah dipanggil sebagai wanita jelik atau wanita cantik?

Journal 2014 - # 849

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Aurat Antara Wanita Islam Dengan Wanita Bukan Islam

Assalamualaikum! Hi uols! Sering kali kita tak pernah ambil tahu hal ini, baru kita kita tahu dan sedar akan hal remeh ini. Baru lepas baca dlm myibrah.com di mana aurat wanita islam pada wanita bukan islam itu harus dititik berat! Bukan sesuka hati jer yer.. jom baca perkongsian ini sebagai panduan ilmu dan pengetahuan kita, agar kita tidaklah jahil tentang halal haram dalam aurat kaum wanita..
Soalan
Saya pelajar sebuah IPT yang menetap di asrama yang bercampur dengan wanita bukan Islam. Menjadi satu bebanan bagi saya dan kawan2 saya untuk memelihara aurat dalam keadaan orang kafir tinggal sebilik dangan kami.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari ustazah tentang hokumnya jika kami mendedahkan aurat zahir kami kerana keadaan terpaksa.

Jawapan
Saya sering ditanyakan masalah ini,terutamanya melibatkan mahasiswa dan pelajar yang tinggal sebilik dengan wanita bukan Islam. Kerana ini sedikit sebanyak akan mendatangkan kesukaran pergerakan seharian mereka.

Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau …………” .hingga akhir ayat.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat khilaf para ulama dalam hal ini. Allah tidak menyebut lafaz “an-nisaa” bermaksud wanita-wanita. Tetapi Ia menyebut “nisaaihinna” bermaksud wanita-wanita mereka. Lafaz “nisaaihinna” bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam ruang lingkup tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah terdapat perselisihan pendapat di antara para ulama’.

Ada yang mengatakan bahawa boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat hanya kepada wanita Muslimah sahaja. Pendapat ini menurut mazhab Syafie yang menyatakan auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram. Begitu juga keterangan yang dilihat seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim katanya :
“Firman Allah SWT ‘nisaa`ihinna’, maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah yang lain. Namun ia tidak dibenarkan kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah). Ini bertujuan agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari pada semua wanita, akan tetapi ianya lebih ditekankan lagi kepada wanita ahlu zimmah. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Imam Ibn Kathir menganggap wanita bukan muslim ahlu zimmah tidak memahami larangan Rasulullah SAW berkenaan menceritakan aurat wanita lain kepada suami mereka. Ini kerana wanita bukan Islam tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

Disebabkan alasan tersebut, beliau mendatangkan pendapat yang melarang secara terus dari menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam.

Begitu juga pandangan Syeikh ‘Atiyyah Saqqar yang menguatkan dalil dengan kata-kata Ibn Abbas yg mengharamkan aurat perempuan Islam dilihat oleh perempuan Yahudi atau Kristian kerana takut perempuan kafir akan menceritakan atau mendedahkan kepada lelaki lain atau suami mereka tentang apa yang mereka lihat. Pendapat ini juga dipegang oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsir beliau dengan berdalilkan al-Athar (kata-kata sahabat) daripada Umar RA yang bermaksud:

Dan Umar RA menulis kepada gabenornya Abi Ubaidah bin al-Jarrah: “Bahawa telah sampai berita kepadaku perempuan ahli zimmah memasuki tempat mandian wanita islam. Maka tegahlah daripada demikian itu dan halalkan selain mereka (perempuan ahli zimmah).” Dan pendapat ini merupakan pendapat Jumhur Ulama.

Jika dilihat kepada alasan beberapa pandangan Ulama ini, mereka mendatangkan hukum ini adalah berdasarkan adanya alasan tertentu. ‘Illah (alasan) tersebut ialah ‘agar aurat wanita muslimah tidak diceritakan kepada suami mereka’. Menurut kaedah fiqh, Ianya dikategorikan sebagai ‘illah ba’ithah. Iaitu hukum tersebut dibina berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan illah. Apabila illah/alasan tersebut hilang maka gugurlah hukum asal tersebut. Namun apabila illah/alasan itu kembali, maka hukum asal digunapakai semula.

Di dalam isu ini, sekiranya wanita bukan Islam diyakini tidak akan menceritakan aurat wanita Muslimah kepada lelaki lain, maka harus bagi wanita Muslimah menampakkan aurat kepada mereka.
Ini bersesuaian dengan pandangan sebahagian ulama. Mereka tidak memandang bahawa menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam akan membuatkan wanita bukan Islam tersebut secara pasti akan menceritakannya kepada suami mereka. Lalu mereka mengharuskan wanita Muslimah membuka aurat dihadapan wanita bukan Islam diatas keperluan dan syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syaratnya ialah dipastikan wanita bukan Islam (khusus kepada ahlu zimmah) tersebut dapat dipercayai ia tidak menceritakan perihal aurat wanita muslimah kepada lelaki lain. Lalu mereka membahagikan wanita bukan Islam itu samada ianya boleh dipercayai, ataupun tidak boleh dipercayai.

Ini seperti mana yang dinyatakan oleh pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur seperti Ibn al-Arabi al-Maliki didalam kitab beliau Ahkamul Qur’an, Jld 3, hal. 326, yang mengatakan boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat kepada semua wanita yang baik akhlaknya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Fakhrurrazzi dan mufassir kontemporari dari Saudi iaitu Syeikh Ali Al-Shabuni.

Apa yang ingin dijelaskan oleh mereka disini adalah, aurat atau tidak bukanlah dinilai pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya walaupun bukan Islam. Dan pandangan ini dipersetujui oleh Fatwa Negeri Kedah dengan merujuk kepada kitab Hasyiyah Qalyubi juz. 3, hal. 211 mendatangkan alasan berbezanya keadaan zaman kini jika dilihat pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain.

Jika perihal menceritakan aurat terbatas hanya kepada agama, bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral seperti golongan lesbian? Maka sudah semestinya wajib menutup aurat di hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.

Disebabkan itulah Islam melarang seseorang wanita muslimah itu menceritakan kepada rakan-rakan yang bukan mahramnya perihal aurat mereka. Seperti menceritakan rupa bentuk tubuh badannya, kedudukan rambut, mahupun warna kulit anggota-anggota tertentu yang terselindung disebalik batasan-batasan aurat yang digariskan oleh Islam.

Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak. Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki lain. Namun harus diingat bahawa anggota zahir sahaja yg boleh dibuka spt lengan,kaki, rambut,leher dsb. Tetapi tidak boleh membuka yang sulit-sulit kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita muslimah.

Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan dan memelihara maruah wanita.
WALLAHU ‘A’LAM
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad.

Journal 2013 - # 477

Hi uols!! Salam kedamaian utk uols sume!! sedikit ketinggalan utk update weblog ni sbb terlalu sibuk dgn training bowling utk kejohanan bowling #ADFIM well arini aku nk update ckit pasal hal wanita yg bergelar isteri (walaupun aku x kawin lg tp hal ini harus aku ketahui) semoga kita dpt ilmu, memperbaiki apa yg kurang n apa yg telah kita lakukan kesilapan. Ramai hari ini wanita bekerjaya adakalanya terlupa hal remeh temeh, ala bkn setakat org yg bekerjaya jer suri rumah pun kekadang ada yg terlepas pandang kata emak aku ler!! hihi.. kata mak nk jd isteri soleha, jgn sesekali biarkan perut c suami kosong atau berlapar, berdosa jika kita abaikan perkara ini, x mustahil klau c suami cr org lain jgn menyesal kelak jika perkara ini berlaku... So tetiba aku blog walking kt satu blog ni iaitu milik sorg hamba Allah ni (Aisyah Humaira) utk d kongsi bersama.. Kredit thanks pada pemilik blog ni kerana atas perkongsian ilmu yg harus kita ketahui oleh kaum wanita, so apa kata kita baca entri kali ini..

Menjadi Isteri Solehan
Isteri solehah impian setiap lelaki. Kita sebagai wanita juga, turut mengimpikan gelaran isteri solehah bukan? mudah-mudahan ianya menjadi panduan dan sama-sama kita berdoa semoga kitalah isteri solehah. InsyaAllah.
Tips Menjadi Isteri Solehah
  • Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan. 
  • Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
  • Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
  • Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
  • Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantis.
  • Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
  • Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
  • Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
  • Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
  • Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
  • Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
  • Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
  • Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
  • Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas. 
  • Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
  • Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
  • Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
  • Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun !
  • Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
  • Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.
InsyaALLAH, ini sebahagian tips yang boleh kita cuba dan kongsikan. Selamat Pengantin Baru buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan semoga kalian semua sentiasa bahagia dan didalam lambayung kasihNYA. Ameen.

Journal 2013 - # 468

Hi uols! Salam ilmu salam info. Pembunuh No. 1 wanita adalah Kanser Payudara, dari mana punca penyakit ini muncul?? Mungkin ini adalah salah satu punca kanser ini berlaku. Akibat tidak mencuci bra baru yang di beli mungkin salah satu punca kepada kanser payudara. 

Jadikan kebiasaan mulai sekarang untuk mencuci pakaian baru anda sebelum memakainya. Ini sangat penting agar salah satu bahagian terpenting anda tetap dilindungi dan jagalah kebersihan bra.
Setelah Susan McKinley (antroplogis) pulang ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyedari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Tidak ada yang tahu itu apa. Ia duga ruam itu akan hilang seiring waktu.
Setelah kembali, ia menemui doktor kerana sudah ada rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang dideritanya. Doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Selepas masa berselang, rasa sakitnya tidak hilang. Payudaranya makin panas dan mula berdarah.
Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, tapi rasa sakitnya bertambah. Ia pun mula mencari doktor yang terbaik. Salah satunya ialah Dr Lynch. Tapi, sang doktor juga tidak boleh mendiagnosis jangkitan apa yang terjadi dan meminta Susan mencari temannya yang ahli dalam bidang dermatologi malangnya sang doktor sedang bercuti. Susan menunggu selama dua minggu dan akhirnya bertemu dermatologis itu . Perubahan akan terkuak dalam pertemuan ini.
Susan terkejut. Setelah ia membuka perbannya, mereka mendapati larva bertumbuh dan bersarang dalam liang dan dalam luka payudaranya. Sesekali mahluk jahat ini masuk dalam liang dan muncul di lubang sebelahnya.
Yang ia tidak tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit, dan saluran susu payudaranya.
Berdasarkan maklumat itu, disarankan kepada para wanira agar mencuci bra yang baru dibeli sebelum digunakan. Bra yang sudah digunakan juga harus dicuci dan dijaga kebersihannya .
Jangan biarkan diri anda jadi sarang penyakit tanpa anda sedari. Jangan terlalu yakin terhadap tampak luar yang kelihatan bersih tanpa anda tahu betul bahawa ia benar- benar steril.
berikut adalah cara aman dalam mencuci bra :Mungkin anda berfikir remeh tentang bra, yang walaupun ada luka sobek atau warnanya pudar maka tak akan ada orang yang melihat. Isk!! jangan salah! Bra adalah sebuah item penting, terutama anda yang sudah berkahwin. Bayangkan saja saat tengah beraksi seksi di depan dia , tiba -tiba ia melihat bra anda yang kumal dan usang. Boleh jadi malah ghairah dia terhadap anda jadi hilang deh. Ya kan?
Jika anda tak mau hal ini terjadi pada anda, maka ikuti langkah berikut ini.
  1. Sangat disyorkan mencuci bra dengan tangan dan bukan mesin. Kelebihannya, saat mencuci bra dengan tangan maka kotoran di setiap sudut akan lebih dijangkau, bra juga tak cepat rosak. Namun jika memang terpaksa harus menggunakan mesin basuh, anda harus memastikan bra tersebut boleh dicuci dengan mesin.
  2. Kaitkan bra dengan betul saat akan mencuci. Sehingga pada saat dicuci, kaitan tak akan nyangkut ke bahagian bra lain.
  3. Jangan rendam terlalu lama, cukup 10 minit saja dengan air sejuk. Mencuci bra dengan air panas akan membuat bra kehilangan keanjalan dan akhirnya malah molor tidak karuan.
  4. Bilas bra beberapa kali sampai tak ada sabun yang melekat dan jemur di tempat yang rindang . Hindarkan dari sinar matahari langsung agar warna tak cepat pudar.
  5. Jika anda harus mencucinya bersama bra dan underwear lain dengan mesin basuh, maka gunakan dobi bags agar bra tak mudah rosak.
 

Journal 2013 - # 467

Hi uols! Salam ilmu.. mungkin adakalanya kita terlupa akan hal ini terutama skali kaum hawa..berapa org yg tidur dgn memakai pakaian dalam a.k.a bra dan juga seluar dalam?? Erk!! jgn salah sangka kita kena tahu n ambik tahu info sihat ini utk kebaikan bersama.Jgn x tahu iyer masih ada lagi yg x tahu hal ini.. jom kita baca abis entri ini.

Bahaya Pakaian Dalam Ketika Tidur??
Ketika tidur, tubuh mengalami pembaikan & detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan & pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat.



Bra/Coli
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,” kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. “Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara.”

Adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih
lancar & tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Seluar Dalam
Dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar. Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya supaya tiada tekanan pada alat kelamin & darah dapat mengalir lancar. Ia juga untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya & menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur. Elakkan juga daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh. Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.