Showing posts with label Info Business. Show all posts
Showing posts with label Info Business. Show all posts

DATA WAR ONEXOX!!

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Berita baik kepada pengguna ONEXOX Yang ditunggu bakal tiba. Onexox dengan bangganya bakal melancarkan ONEXOX SEASON PASS. Khas buat semua warga Onexox yang disanjungi, nikmatilah lebih penjimatan dan kehebatan data berkelajuan tinggi Onexox apabila anda melanggan pakej-pakej ONEXOX SEASON PASS.


FAQ (Season Pass untuk ONEXOX)
  1. 1.       Siapakah yang boleh melanggan Season Pass?
Semua pelanggan XOX Mobile ((#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan, and ONEXOX plan*) boleh menikmati keistimewaan Season Pass.
  1. 2.       Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Season Pass?
Terdapat empat (4) cara untuk melanggan Season Pass:
-           Anda boleh membeli langganan melalui SMS dan akan dicaj menggunakan kredit masa berbual semasa. (Pelanggan XOX Prepaid: hantar ke 23388; pelanggan ONEXOX: hantar ke 22111 / 23388)
-          Dengan melayari http://onlinestore.xox.com.my/ dan boleh membuat pemelian melalui kad kredit atau perbankan internet.
-          Anda boleh melanggan melalui Menu USSD (*139*4#) dimana anda akan dicaj melalui kredit masa panggilan semasa. (Belum disediakan untuk pelanggan ONEXOX)
-          Anda juga boleh melanggan melalui aplikasi MyXOX.
 NOTA: 
Untuk pelanggan ONEXOX, pembelian pakej Season Pass akan ditolak menggunakan kredit masa berbual di akaun MA terdahulu dan diikuti akaun DA.
  1. 3.       Apakah pelan Season Pass yang ditawarkan?
Terdapat 3 kategori pakej Season Pass:
Pakej Season Pass
Data (GB)
Masa Berbual (minit)
SMS
Pakej Masa Berbual



SP V1

350
50
SP V2

700
100
SP V3

1,400
150




Pakej Data



SP D1
8
50

SP D2
13
100

SP D3
18
150





Pakej Kombo



SP C1
5
350
50
SP C2
10
700
100
SP C3
15
1,400
150

  1. 1.       Berapa ramaikah rakan dan keluarga yang boleh berkongsi kredit masa berbual, data dan SMS dengan saya?
Tiada had.  Dengan syarat rakan dan keluarga anda adalah pelanggan XOX Prepaid, anda boleh berkongsi tanpa sebarang had atau halangan. RM 0.50 akan dikenakan pada PENGHANTARuntuk setiap perkongsian yang berjaya.
Penghantaran berganda DIBENARKAN dengan satu SMS dan hanya dicaj RM 0.50 untuk setiap perkongsian yang berjaya. Sebagai contoh: Share 0103333010 D1 V50 S100 1234 (untuk berkongsi 1GB / 50 Minit / 100 SMS)\

NOTA:
Untuk pelanggan ONEXOX, setiap perkongsian Season Pass akan dicaj RM 0.50 dan akan ditolak dari kredit masa berbual akaun MA dan diikuti akaun DA.
  1. 2.       Apakah had maksimum perkongsian?
               Masa berbual
-          Tanpa Had
               SMS
-          Tanpa Had
               Data
-          10GB
  1. 3.        Berapa lamakah tempoh sah?
Tempoh sah adalah tertakluk kepada langganan pra bayar semasa.
  1. 4.        Setelah saya membeli minit masa berbual dan SMS, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan bermula serta merta selepas panggilan atau selepas menghantar SMS (TEMPATAN SAHAJA).
 NOTA:
  1. Untuk panggilan telefon ke semua rangkaian bebas tol Malaysia (1300 atau 1800) kredit masa berbual akan ditolak, bukan minit Season Pass.
  2. Panggilan IDD jugak akan ditolak seperti penggunaan normal.
  3. Untuk penghantaran SMS ke rangkaian SMS kod pendek (sebagai contoh, 66300) normal caj akan dikenakan.
  1. 5.       Apakah caj blok bagi minit masa berbual bagi Season Pass?
Caj blok bagi Season Pass adalah 60 saat.
  1. 6.       Setelah saya melanggan data, bilakah tempoh penggunaan bermula?
Tempoh penggunaan akan bermula selepas penggunaan data seterusnya. Sebagai contoh, apabila anda melanggan Pakej Data SP D1 (5GB) ia akan disimpan di dalam akaun XOX anda dan hanya akan ditolak sekiranya anda mula mengaktifkan data baru (mengikut langganan harian, mingguan atau bulanan).
 *Pelanggan XOX Prepaid (#prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun plan) harus mengikut arahan langganan data semasa sebagai contoh, DATA M500MB. Pelanggan ONEXOX harus mengikut arahan langganan yang ditetapkan sebagai contoh 1XD500.
NOTA:  Promosi pakej data semasa tidak dibenarkan menggunakan Season Pass.  Selepas anda mengaktifkan Data Promo, kredit masa berbual anda akan ditolak seperti biasa.
  1. 7.       Bolehkah saya terus menggunakan Season Pass sekiranya akaun pra bayar saya telah disekat?
  2. Anda tidak boleh meggunakan Season Pass sekiranya akaun anda disekat (sama ada minit masa berbual, SMS mahupun data).
NOTA:  Sekiranya pelan data anda berterusan, anda masih lagi boleh menggunakan kuota data berkenaan walaupun akaun pra bayar anda telah disekat.
  1. 8.       Bagaimanakah cara untuk menyemak baki Season Pass?
    1. Melalui Menu USSD
-          Pelanggan XOX Prepaid : Menu USSD (*132#  atau *139*1#)
-          Pelanggan ONEXOX : Menu USSD (*150*4#)

  1. Melalui SMS
-          Pelanggan XOX Prepaid : Hantar BAL / SP BAL ke 23388
-          Pelanggan ONEXOX : Hantar SP BAL ke 22111 / 23388

  1. Melalui MyXOX app
-          Log masuk / Daftar masuk > My Account > Account / Profile

  1. 9.        Bagaimana cara untuk mendapatkan kod PIN saya sekiranya saya terlupa?
-          Pelanggan XOX Prepaid : Hantar PIN ke 23388
-          Pelanggan ONEXOX : Hantar PIN ke 22111 / 23388
  1. Bagaimana cara untuk saya dapatkan panduan pengguna sekiranya saya perlukan bantuan mengenai Season Pass?
Sila hantar HELP ke 22111 / 23388 (Boleh digunakan oleh pelanggan XOX Prepaid & ONEXOX)

  1. Apakah Season Pass ‘Happy Hour’?
Season Pass ‘Happy Hour’ adalah promosi yang ditawarkan pada setiap hari Khamis 12pm – 4pm, walaubagaimanpun pakej mungkin berbeza mengikut promosi yang ditawarkan.

Teruja tak uols!! So apa tunggu lagi mehh langgan.. pada yang belum bertukar ke ONEXOX inilah masanya call jer number ni saya ni ->> 0108388497

Antara perkara yang perlu anda kena tahu dalam Bisnes

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tidak update weblog ni setelah sekian lama dengan aktiviti yang cukup padat seharian yang dilalui. Sedar tak sedar kita berada dipenghujung tahun dah, oh ya hampir terlupa Salam Maulidur Rasul dan selamat menyambut hari natal buat rakan-rakan yang beragama kristian.

Dalam dunia bisnes ini tak kira bisnes apa yang kita lakukan atau jalankan, apatah lagi bisnes online. Anda kena pastikan yang anda mampu menguruskannya dengan baik.


Antara perkara yang perlu anda kena tahu dan penting adalah dalam bisnes tak kiralah online atau bisnes offline adalah:
  1. Rekod keluar masuk urus niaga (Buku Kira-Kira/Akaun)
  2. Cash atau tunai yang Cukup.
  3. Internet Banking (tak kira akaun simpanan atau semasa)
Rekod Keluar Masuk Urus Niaga:
Segala urus niaga atau transaksi sama ada aliran keluar masuk kewangan, stok atau pembelian perlulah direkodkan apatah lagi segala resit pembelian perlulah disimpan sebagai rekod.

Cash atau Tunai yang Cukup:
Sedia maklum dalam menjalankan apa-apa jenis bisnes Cash atau Tunai perlulah mencukupi bagi transaksi yang memerlukan tunai.

Internet Banking:
Dalam zaman kini kita sebagai peniaga harus memiliki Internet Banking tak kiralah akaun simpanan atau akaun semasa kerana ini penting bagi mereka yang menjalankan bisnes 2 dalam 1 bagi memudahkan transaksi lebih mudah dan cepat kepada pelanggan kita. Perlu diingatkan anda kena pastikan transaksi online banking yang dilakukan oleh pelanggan anda adalah tepat dan anda tidaklah tertipu.

Sebagai peniaga online juga, anda haruslah meletakkan atau mempamirkan harga, jangan asyik letak PM, INBOX, SMS or WhatApps, kerana anda membazir masa untuk semua itu. Ceritalah serba sedikit tentang produk atau service anda dengan jujur, gunalah testimonial yang betui, adalah lebih baik jika testimonial itu dilakukan pada diri anda sendiri.

9 Tips untuk bisnes online:


Okeylah next entri akan aku share lagi info berguna bagi kita nak memulakan bisnes secara online. Jangan lupa like pages aku http://www.facebokk.com/LCLegasi untuk info lanjut tentang #onexox.

Inspirasi Daripada Mereka Yang Istimewa

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Baru ada kesempatan untuk update weblog, sekian lama menyepi dari dunia blogger. Kekangan masa antara kerjaya dan bisnes baru di ceburi ada masanya membuat kita terlupa sesuatu yang perlu di update dalam tugasan harian.

Well semalam aku baru mendapatkan seorang new sub-dealer merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) ketagori pekak dan bisu. Walaupun pada asalnya kami mempunyai masalah komunikasi tapi itu bukan halangan untuk kami membuka peluang dan ruang untuk beliau. Alhamdulillah berkat kesabaran dan bantuan kawan-kawan dalam team sintiki akhirnya new sub-dealer istimewa buat kami dalam #Onexox membuka ruang dan sumber kepada rakan-rakan lain sebagai pembakar semangat dan motivasi kepada kami semua.

Mhanif memberi penjelasan kepada  bakal SD Onexox
Semalam kami memberi penjelasan sebaik mungkin berbekalkan buku dan pen menjadi komunikasi kepada kami. Terima kasih kepada sahabat onexox kak Azeenah kerana memperkenalkan new SD oku kepada saya, terima kasih kepada Mhanif kerana membantu untuk menjelaskan kepada mereka juga, terima kasih kepada boss Tar kerana meluangkan masa kepada kami. 
Finally!! ^_^
Kalau mereka boleh mengapa kita tidak! Semangat beliau buat sumber inspirasi dan kekuatan untuk terus berjuang dalam dunia onexox. Insya Allah team kami akan bimbing dan bantu mereka yang ingin merebut peluang! Tahniah SD Hajmain kerana hari pertama beraksi anda mampu buktikan anda juga mampu melakukan sama seperti kami yang normal ini.

Aksi pertama daripada New SD
Hasil pertama user OKU yang SD Hajmain dapat hari ini Tahniah
Apa yang boleh aku katakan Out There We Are One!!



Journal 2015 - # 909

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Ada Apa Dengan Lara Cleopatra Legasi!?


Assalamualaikum! Hi uols! Selamat Hari Raya Aidilfitri uols! Masih lagi mood raya walaupun dipenghujung Syawal kehangatan Syawal tu masih membara walaupun masih merindui Ramadan yang telah tinggalkan kita..

Oleh kerana kesibukan dengan kehidupan bekerja, kini aku nak hebohkan satu dunia impian mempunyai brand tersendiri kini telah tercapai. Lara Cleopatra Legasi syarikat sendiri yang aku tubuhkan untuk urusan bisnes yang aku jalankan sekarang ni. Well tak mau sembang banyak kepada uols.. Sudi-sudikanlah buat hashtag #LaraCleopatraLegasi yer.. dan tolong-tolonglah like pages Facebook bisnes aku Lara Cleopatra Legasi, nak tahu bisnes apa aku buat, dan segala info bisnes aku ada dalam page fb tu.. check it out!!!

Journal 2015 - # 877

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

MULAKAN PENJIMATAN! LANGGANLAH ONEXOX SEKARANG!

Assalamualaikum! Hi uols! Dengan keadaan ekonomi pada masa ini cabaran demi cabaran kita hadapi, apatah lagi dengan pelbagai caj tambahan terutama sekali caj telco yang ada masa kini. 

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda. Pengguna ONEXOX juga mendapat lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan.

Antara kelebihan ONEXOX ni adalah:
 

Haaa... mai nak habaq kat uols semua.. Sekarang ni aku tengah nak promosikan satu sistem telco yang cukup berbaloi dan jimat. Pada korang yang ada anak-anak tu bolehlah beri sistem telco ini pada mereka kerana jimat sejimat yang berbaloi-baloi.

Kenapa aku kata ONEXOX ni jimat?? Sebab jawapannya ialah SIAPA TAK NAK LANJUTAN TEMPOH SAH SELAMA 28 BULAN!? Pasti semua nak kan, so kenapa mesti menafikannya lagi. Selain jimat dari segi penggunaan panggilan telefon serendah 5sen dan penghantaran SMS 2sen,  begitu juga dengan kelajuan data internet yang disediakan laju tanpa menunggu terlalu lama iaitu buffering yang lama. 

Kalau dulu kalau aku berada diluar kawasan yang mempunyai masalah talian telefon, aku sukar untuk dapatkan line yang baik terpaksa mencari tempat yang mempunyai line yg penuh. Tapi dengan telco ONEXOX ni, Alhamdulillah aku rasa berbaloi untuk menggunakannya sebab di mana-mana saja aku boleh menghubungi sesiapa tambahan pula penjimatan panggilan serendah 5sen begitu.
Kenapa aku kata jimat sebab ia bermanfaat kepada semua panggilan ONEXOX ke mana-mana telco lain.

Orang yang macam aku ni memang suka dengan internet.. Fuhh!! berbaloi kalau guna internet ni sebab laju tanpa halangan. Sebab apa kalau telco lain sebelum ni klau aku beli bila habis kouta aku terpaksa topup atau dia akan makan kredit. Tapi dengan ONEXOX ni semua masalah aku hadapi itu selesai. Video di bawa ni adalah testimonial aku sendiri sebab aku memang suka tengok muzik video kat YouTube. Ini kerana kawasan rumah aku ni telco lain agak lambat untuk loading so aku pun cubalah ONEXOX, hasilnya macam dalam video ni..


Ini adalah salah satu contoh, penggunaan ONEXOX yang mana pengguna ini hanya menggunakan simkad ini untuk panggilan telefon sahaja.


Penerangan penggunaan minit
Nak topup tak susah sebenarnya kat mana-mana pun uols boleh dapatkan topup OneXOX seperti di bawa ini:

So pada uols! Apa tunggu lagi jom langgan telco ONEXOX ni.. tak perlu ragu atau bimbang kerana inilah langkah penjimatan yang terbaik untuk kita semua. Haaa... orang-orang Sabah khusus di Pantai Barat Sabah apa tunggu lagi jom tukar kepada ONEXOX ni. Nak dapatkan maklumat lanjut call 010-8388497 (Lara Cleopatra) untuk membeli atau menukar talian daripada telco lain ke ONEXOX, Aku datang kepada korang!! So jangan tunggu lama okey.. see yaa!! 

Journal 2014 - # 869

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Bisnes dah Halal Tapi Sumbernya Bagaimana?

Assalamualaikum! Hi uols! Kali ni aku ingin menyetuh topik yang kita sendiri suka apabila menyebut tentang Bisnes. Tanpa kita sedari zaman kini banyak yang mencari peluang dalam bisnes tak kiralah bisnes apa sekali pun yang pasti ia adalah tidak menyalahi undang-undang dan halal.
Tapi bagaimana kita nak pastikan semua itu. Mencari halal dan toyibah itu adalah yang dituntut dalam Islam. Marilah kita mendengar dan memahami serta beramal dengan petunjuk Allah SWT di dalam al-Quran berkaitan rezeki yang dikurniakan kepada kita di dunia ini berdasarkan Firman Allah: 
"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah: 172)
Yang dimaksudkan dengan memakan rezeki yang halal ialah mengambil manfaat daripada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, bukan sahaja dalam soal makan, minum, pakaian, tempat tinggal termasuk juga kenderaan yang digunakan.Semua perkara yang digunakan itu mestilah diambil daripada rezeki halal dan diizinkan oleh Allah SWT. Dengan lain pengertian, bukan sahaja rezeki itu daripada bahan-bahan halal tetapi perlu memastikan daripada sumber-sumber halal dan dimanfaatkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah SWT.

Perkara ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w.: Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Allah memerintah orang-orang yang beriman sahaja dengan apa yang diperintahkan kepada rasul-Nya.

Firman Allah SWT: 
"Wahai rasul-rasul, makanlah kamu daripada yang baik lagi halal dan beramallah kamu dengan amal yang soleh, sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Mukminun: 51).
Dan firman Allah SWT: 
"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu yang halal yang Aku rezekikan kepada kamu." (Al-Baqarah: 172).
Kemudian Rasulullah s.a.w menceritakan seorang lelaki yang terlalu banyak musafirnya sehingga kusut masai rambutnya, berdebu pakaiannya. Lelaki itu berdoa kepada Allah: 
"Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan sejak kecil lagi dia diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimana Allah akan memperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim)
Ini menunjukkan perkara yang halal sangat mempengaruhi kehidupan di dunia ini dan hubungan dengan Allah SWT dari kehidupan dunia sampai akhirat.

Bukan sahaja dimasukkan ke dalam syurga bagi mereka yang mengambil dan menggunakan yang halal dan dimasukkan ke dalam neraka bagi mereka yang menggunakan yang haram, bahkan mereka akan menjalani kehidupan dunia dalam keadaan yang tidak berkat serta mendapat kutukan Allah.

Yang dimaksudkan mengambil yang haram itu ialah mengambil harta dengan cara yang tidak diizin oleh Allah sama ada mencuri, merompak, menyamun, menipu, rasuah dan lain-lain lagi, termasuk mengambil harta sesama manusia dengan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.

Itulah perkara-perkara yang haram yang dinyatakan oleh Allah SWT, bukan sahaja mengambil makanan dengan cara mencuri adalah haram di sisi Allah sepertimana meminum arak.

Maka begitu juga mengambil barang milik orang lain dengan cara yang tidak betul, termasuk juga menggunakan kenderaan dan rumah dengam sumber yang haram, termasuk juga tanah-tanah yang diambil, duit yang diambil dengan cara yang tidak halal, membahagi harta pusaka dengan cara yang tidak betul, semua yang diambil adalah haram di sisi Allah dan diberi amaran keras oleh Rasulullah s.a.w.

Amaran oleh Allah SWT kepada mereka yang memakan makanan yang haram, makanan yang diambil dengan harta yang haram, minuman yang haram atau minuman yang dibeli dengan harta yang haram, semuanya itu akan menjadi umpan api neraka dalam perut mereka.

Termasuklah mereka yang memakai pakaian dengan cara dan gaya yang haram juga akan menjadi umpan api neraka kepadanya pada hari kiamat.

Begitu juga kepada mereka yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang haram. Ini bukannya satu perkara yang boleh dipermain-mainkan, termasuklah mereka yang cerdik pandai dan bijak, mencari rezeki secara rasuah.

Sabda Rasulullah s.a.w. 
"Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya."
Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w : 
"Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah semuanya di dalam neraka."
Begitulah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w. Rasuah bukan sahaja untuk mendapat sesuatu tetapi termasuklah untuk mendapat pengaruh seperti melantik pemimpin-pemimpin melalui rasuah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Bani Izrail yang memilih pemimpin-pemimpin yang memberi rasuah kepada mereka. Maka pemimpin itu akan bersama dengan para pengikutnya di dalam neraka pada hari kiamat.

Mereka mengambil apa sahaja dengan tidak mengikut petunjuk daripada Allah SWT tetapi mengikut selera hawa nafsunya. Marilah kita menyelamatkan diri kita dengan agama.

Firman Allah swt.:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188).
Marilah kita berpegang dengan petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah serta petunjuk yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. terutamanya pada zaman manusia yang mabuk dengan keduniaan, kemewahan Allah swt. telah berfirman:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menjalankan urusan-urusan masing-masing dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak dalam segala keadaan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." Surah Al Jumu'ah Ayat 10.
Seberapa banyak pun rezeki yang kita cari dan perolehi di dunia ini tidaklah menjadi larangan di dalam Islam asalkan jangan sampai mencuaikan perintah Allah swt. dan melanggar larangan-larangan Allah swt. Rezeki kita itu sebenarnya adalah hak Allah swt. dan Allah Taala Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sahajalah yang mengurniakan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya mengikut aturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, seseorang yang mencari rezeki itu hendaklah berniat untuk memelihara agamanya untuk mencukupi dirinya supaya tidak meminta-minta kepada orang lain dan untuk mendapatkan rezeki ahli rumah tangganya kemudian jika ada lebih disedekahkan pula kepada orang-orang yang berhajat.

Semua bidang pekerjaan yang kita ceburi di dunia ini sama ada kita berkhidmat dengan kerajaan mahupun swasta atau sebagai peniaga, petani, nelayan, buruh dan sebagainya hendaknya memastikan bahawa rezeki yang kita dapatkan itu betul-betul halal dan tidak menyimpang dari landasan hukum Islam yang sebenarnya, seperti tidak ada penipuan, penindasan, rampasan, khianat, riba, rasuah dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud: 
"Dari Abi Hurairah ra telah berkata ia: Nabi saw bersabda Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram."
Setiap rezeki yang kita perolehi dari jalan yang salah ataupun bercampur antara yang halal dengan yang haram akan memberi kesan yang tidak baik, baik pada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat mahupun kita dengan Allah SWT.

Ini jelas digambarkan dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: 
"Dari Ibnu Umar ra katanya: Barang siapa yang membeli pakaian dengan harga sepuluh dirham, satu dirham di antaranya wang yang haram, maka Allah Taala tidak akan menerima salatnya selama pakaian itu masih dipakainya. Kemudian Ibnu Umar memasukkan kedua jarinya ke dalam dua telinganya, lalu berkata: Biarkanlah telinga ini tuli kalau tidak mahu mendengarkan kata-kata dari Nabi saw ini." (Hadis riwayat dari Imam Al-Bukhari).
Kita wajiblah berhati-hati dalam mencari dan mendapatkan rezeki, apalah gunanya kita mempunyai kekayaan di dunia ini tetapi segala ibadat dan amal bakti kita kepada Allah SWT tidak diredai-Nya, disebabkan kita terlalu rakus di dalam mencari harta hingga mencampur-adukkan antara yang hak dan yang batil. Nauzubillah Minzalik.

Semasa Sayidina Abu Bakar ra menjadi khalifah pernah terjadi suatu peristiwa terhadap dirinya yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada kita selaku hamba Allah yang sangat daif ini, iaitu ketika Sayidina Abu Bakar ra makan suatu makanan, lalu hambanya memberitahu bahawa makanan yang dimakannya itu adalah hasil yang diterimanya daripada pekerjaannya sebagai tukang tilik, sebelum dia masuk Islam. Lantas Sayidina Abu Bakar ra mengeluarkan makanan tersebut seberapa yang boleh hinggakan memuntahkan semua makanan yang ada di dalam perutnya, lalu ditegur, mengapa Sayidina Abu Bakar ra sanggup berusaha mengeluarkan makanan tersebut, Sayidina Abu Bakar berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Badan yang tumbuh subur dengan makanan yang haram pasti akan merasai api Neraka. Oleh kerana itu aku memaksa makanan itu keluar, takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."
Begitulah kisahnya tentang Sayidina Abu Bakar yang sangat teliti tentang halal haramnya rezeki yang dimakannya.

Oleh yang demikian wahai kaum Muslimin sekalian selaku pengguna dan juga peniaga dan sebagainya, kita hendaklah berhati-hati dalam mencari rezeki ini, jangan sampai kita tercebur kepada perkara yang haram seperti memakan makanan yang haram ataupun menjual barang-barang yang haram dan diragukan kehalalannya.

Hindarkanlah diri kita dari memakan makanan yang haram itu kerana orang yang memakan makanan yang haram itu api Neraka lebih utama baginya sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Tidak akan memasuki Syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api Neraka lebih utama baginya." (Riwayat Al-Imam Ahmad).
Firman Allah swt.: 
"Oleh itu, makanlah wahai orang-orang yang beriman dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata." Surah An-Nahl Ayat 114

Journal 2014 - # 761

Salam perpaduan salam perjuangan!

5 Unsur yang Menyebabkan Satu-satu Bisnes Menjadi Haram

Assalamualaikum! Hi uols! Jom baca informasi muamalat untuk menambah pengetahuan kita. Ketahuilah bahawa 5 unsur yang boleh menyebabkan sesuatu bisnes itu menjadi haram.

  1. Riba
  2. "Satu dirham hasil riba yang dimakan oleh sesorang dalam keadaan mengetahui bahawa itu ialah riba, dosanya lebih besar daripada berzina sebanyak 36 kali." (Riyawat Ahmad)

  3. Zalim
  4. Sekalipun satu-satu bisnes itu cukup syarat dari segi hukum, ia tetap haram sekiranya jelas ada kesan menganiaya orang lain.

  5. Judi
  6. "Wahai orang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, sembelihan untuk berhala, mengundi nasib dengan panah ialah perbuatan keji, termasuk amalan syaitan. Maka, jauhilah. Agar kamu mencapai kejayaan" (Surah al-maidah 5: 90),

  7. Gharar
  8. Gharar bermaksud samar-samar atau tidak jelas. Unsur ini akan wujud dalam bisnes yang berorentasikan penipuan. "Sesiapa yang memperdaya kami, dia bukanlah daripada kalangan kami (orang beriman)!" (Riyawat Muslim)

  9. Haram
  10. Syariat telah mengharamkan beberapa barangan daripada jual beli seperti arak, bangkai dan sebagainya. Islam juga telah mengharamkan beberapa cara jual beli dalam satu, jual beli daripada orang yang tidak waras dan sebagainya.

Journal 2014 - # 521

Hi uols!! Salam perpaduan dan salam perjuangan!! Hari ni kita shut down jap pasal isu-isu yang berkaitan dengan penghinaan terhadap 2 buah negeri borneo. Atas permintaan seorang teman aku meminta aku membantu beliau untuk membuat promosi sebuah event yang bakal diadakan tak lama lagi. Event ini terbuka kepada semua penduduk di Sabah yang berminat terutama sekali mereka-mereka yang memang ingin menambah income. Berikut adalah maklumat event tersebut:

BAZAAR MUSIC FEST



1.Apa itu BAZAAR MUSIC FEST?
BAZZAR adalah satu program terbaru yang dikendalikan oleh onlinefm yang mana tujuan penganjurannya adalh utk memberi peluang kepada peniaga yang baru nak berjinak jinak dalam dunia perniagaan.kalau sebelum ini, mereka hanya berniaga secara online, kini mereka boleh mencuba nasib bertemu dan beramah mesra dengan pengunjung serta bakal pelanggan mereka.

Peniaga di dalam BAZZAR ini kebanyakkannya terdiri dari kalangan BELIA/BELIAWANIS yang ingin mencuba peluang di bidang perniagaan kecil kecilan.kalau sebelum ini, mereka berniaga di internet, kini mereka boleh merasakan berurus niaga secara bersua muka dengan pembeli.

Persembahan LIVE BAND akan menghangatkan lagi BAZZAR STAGE yang mana 15-20 buah kumpulan muzik sekitar Sabah akan dipiih untuk membuat persembahan.

2.Apa yang boleh di jual/pamer di BAZZAR?
pelbagai barangan serta perkhidmatan yang anda boleh jual atau pamerkan didalam program ini.Antaranya

*Koleksi pakaian/barangan peribadi yang sudah tidak dipakai lagi.
*Makanan yang dibuat sendiri (home made) yang HALAL
*Kraftangan hasil buatan sendiri (unik dan kreatif)
*Bakat bermain muzik
*dan macam macam lagi

40 LOT (ruang niaga) telah disediakan untuk disewa yang berukuran 8ft x 8ft.Kadar sewanya adalah RM300 untuk 2 hari.bermula dari jam 9am - 9pm.

Tarikh : 1 March 2014 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah.

"DARIPADA SIMPAN, BAGUS JUAL"

Kepada siapa-siapa yang berminat bolehlah berhubung terus dengan En. MieZam melalu akaun facebook beliau. Penaja amat dialu-alukan. Rebut peluang ini menjana pendapatan anda!!

Journal 2012 ~ #350

Hi uols!! Makin byk benda terluang utk aku update weblog aku ni, sambil2 update sambil promosi jg kedai online aku tu {^_^}. Kali ni aku nk sembang pasal side income, skg ni ramai yg buat side income x kira tua muda yg bkerja atau suri rumah. Bagus tu menjana ekonomi keluarga, sbb zaman skg ni sume benda perlukan duit, bak kata perpatah nk masuk public toilet pon kena byr 20sen hihi (^_*)
Berbalik pada citer td, side income apa sebenarnya side income? n mcmna nk buat side income? sume tu mng mjadi persoalan, mcm aku mula2 dulu. Okey uols mcm ni citer dia berdasarkan pengalaman aku sndiri, dulu ms mula2 nk buat side income aku join MLM berniaga produk makanan kesihatan, alhamdulillah rezeki melimpah ruah, ramai org yg beli n order x kira siang atau malam, semenanjung atau sabah/sarawak ada jer yg hendakan produk MLM yg aku jual tu smpi la skg x kira siapa pon costumer aku janji rezeki Allah beri aku manfaatkan. Mula2 mng la masyuk org kata tp lama2 tu mng agak goyah jg org kata. Tp aku percaya rezeki yg d beri janji kena rajin.

Sejak dua menjak ni aku masih lg dgn MLM tu cuma proses aku kali ni beralih arah ke arah 'Business Online' well dgn kepakaran n ilmu yg aku ada aku wujudkn Kedai Online yg aku miliki skg ni, malah rezeki kembali dtg kpd aku yg penting sentiasa ada saja yg membeli barang yg aku jual. 
Fenomena 'Business Blogger' ni menjadi trand ms kini, mna x nya menurut kajian kt M'sia ni, kuasa pembeli masa kini lebih byk menggunakan online berbanding cara lama. Sumenya kuasa dihujung jari, lagi satu business online ni boleh d laku kn d mana2 sj janji ada laptop atau tablet sume nyer bleh jalan hihi.
 

Business Online ni x kira apa jenis produk pon kita bleh jual janji yg halal n x salah d sisi undang2. Mungkin jika uols ada kemahiran menjahit, membuat kek atau apa skali pon kemahiran x salah mencuba utk menjana ekonomi keluarga, janji ada minat n keinginan utk mencuba. Modal yg d perlukan mungkin sedikit atau pon x de modal langsung janji uols pandai utk mencari peluang. Lagipun cara promosi zaman skg lebih la mudah sbb laman media sosial da byk spt FB, twitter dll lg. so apa tunggu lg kn..
So uols, apa tunggu lagi jika ada ms atau peluang jgn tunggu lama2 sbb ini masanya utk kita menambah pendapatan keluarga. Janji uols pandai bg kn masa. Harap2 uols bleh la berjinak2 dgn dunia business online yer, selamat mencuba.. adiosazz!!

Journal 2012 ~ #345

Hi uols, makin hari makin lincah plak jari jemari aku ni menaip byk pulak rezeki Allah memberi aku idea utk terus berkarya dlm dunia blogger aku. Kali ni aku nk share pd korg pasal dunia business, well dulu aku bkn la sorg yg suka sbt pasal business yg aku tahu word 'mind your business' hihi {^_^} 

Business oh business!! ada apa sebenarnya dgn business ni? Rasullulah SAW sendiri pun pernah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi). So apa tunggu lg ini peluang yang kita ada mengapa pinggirkannya lg.
 
Bukan mudah untuk menubuhkan sesuatu business apatah lagi nk mula kn business kena ada ilmu barulah kita rs yakin dgn apa yg kita nk buat n berniaga. Oh ya! sebut pasal business ni uols jgn lupa layari 'DN Shop Online' okey sbb ada produk terbaru drpd HR Marketing.
Sebut pasal business ni, skg ni mcm2 business d jln kn ada yg kecil ada yg besar, ada yg perlu modal yg byk ada yg guna modal idea n mulut jer pon boleh jd business, well zaman skg ni da maju, dunia teknologi d hujung jari jer. Rahsia kejayaan adalah usaha yg x pernah henti sebenarnya.

Well, aku bknnya pandai sgt nk berkata2 dlm soal business ni, cuma skg ni aku mungkin boleh kongsi idea utk korg mengorak langkah utk ke arah penambahbaikan ekonomi semasa kita ni, klau harap makan gaji jer mng x cukup tp klau uols ada kemahiran ada kepakaran y not uols promot produk uols tu utk d jd kn income.

Sbenarnya aku mula berjinak2 dgn dunia business ni bermula dgn MLM, mng ssh nk buat tp hanya ambik yg positif n yg mudah buat aku, skg ni teknologi makin canggih kepakaran yg aku pandai ialah menulis blog that y DN Shop Online wujud atas usaha yg ada pd aku. Kadang kala keuntung x menentu tp klau kita pandai kita rajin inshaa allah pasti akan berjaya jg walaupun sikit tp rezeki halal, Kena jaga juga batas2 adap dlm berniagaan jgn ambil lebih sikit2 udah la lgpn rezeki Allah bagi itu mungkin ada nikmatnya di sana.
Bermula dgn business dunia blogger akhirnya aku akur, cara ini paling mudah sbb kita hnya perlu mengupdate setiap produk yg kita miliki n promot ke serata email, FB n twitter serta blogger yg lain, mudah kn caranya mungkin lmbt tp cara ini berkesan, inshaa allah x smpi seminggu atau lebih ckit pasti tepon korg x berhenti drpd sms or call utk order barangan.

Yang pasti apa pun jenis business uols lakukn, janji menatuhi syarat n x melanggar etika perniagaan n yg penting skali jgn menipu dlm business, skali tertipu slamanya org x nk beli barang pd uols. Konsep tawar menawar rs nya uols boleh runding tp pd aku harga yg uols da buat tu pastikan berpatutan dgn service termasuklah perkhidmatan penghantaran jd x de la rs rugi yer.. 

Okey ler uols, rs nyer cukup dulu jari jemari ni menari-nari utk menaip setiap bait ayat dlm weblog ni, next entry kita jumpa lg adiossazz!!

Journal 2012 ~ #315

Hi uols tetiba arini terasa nk update weblog sbb ada kelapangan utk memikirkan apa utk di kongsi dlm weblog kali ni. Okey!! kehidupan ketika ini agak kelam kabut, sejak dua menjak ni sibuk memanjang terasa nk ambik PA pon ada utk bantu dlm tugasan harian (mcm artis la plak hihi) (^_^) Anywhere skg ni aku sibuk dgn kerja kt opis terutama skali pasal keja aku sehingga aku kekeringan idea utk mencari idea baru masyallah smpi gitu skali, yg pasti time nk tdo pon bleh pikir pasal keja lg smpi termimpi-mimpi (isk!! x taw la klau taun dpn x dpt prestasi cemerlang). Fuhh!! Besar pengorbanan aku pd company tmpt aku keja slama 7 tahun ni, terpaksa berjauhan drpd family, yg sedihs nyer smpi x kawin2 lg n berjauhan dr 'si dia' sib baik la dia sanggup tunggu n sudi bercinta dlm jarak jauh (mcm org da kawin plak terpaksa PJJ) tp nk buat mcmna kn ujian..
Selain sibuk dgn hal ehwal keja, aku jg bz dgn bisnes online aku ni (MLM online) alhamdulillah berkat kesabaran, doa n usaha tu buat aku lebih gigih dlm hal ini, walau byk saingan tp itu sume x mematahkan semangat yg pasti pelanggan tetap ada walaupun utk kecil. Skg ni aku terus dgn jenama HR Marketing sbb sambutan boleh tahan terutama skali kopi HR SpyRU, Alhamdulillah. 
Skg ni Saingan terbaru adalah produk tiruan fuh!! ni yg buat aku risau ramai plak yg sms, email n call nk tnya pasal perkara ini so now i was post this isu ok uols just logon DN Shoponline pnya weblog utk mendpt maklumat lanjut ok. Well time itu masa (^_^) have to go rite now... adiosazz!!

Journal 2012 ~ #268

Hi uols!! lama x update weblog ni, almaklumlah bz dgn urusan harian n bisnes online aku skg ni. Byk benda nk kena pk utk yg lebih kreatif. Actully byk benda aku nk shared pd uols tp ms agak terhad krn nk siapkn assignment plak, anywhere uols jom layari kedai online aku ni, lepas ni uols bleh la beli barangan drpd kedai online aku yerk, adiossazz!! uols (^_^)

Journal 2012 ~ #267

Hi uols, lama x update weblog ni mcm2 citer aku nk share dgn korg sume. Beberapa hari ni aku sibuk dgn plan pemasaran yg ada ketika ini, mcm2 benda dlm kepala otak aku nk terjemahkn dlm bisnes online aku ni. Malam td tetiba idea aku bercambah2 nk buat multitasking bisnes. Now DN Shop Online punya pelbagai produk drpd pakaian, beg hingga la produk kesihatan n produk kecantikan. Now uols bleh la jelajah kt Shop Online aku nnti. Anywhere. Skg ni aku tgh kumpul material yg lain plak utk d jual dlm shop online aku. Lain2 projek maybe aku nk jual bundle plak terutama skali tudung2 bawal yg aku miliki, insya allah. Oklah uols memandangkn rezeki Allah beri melimpah ruah aku harap the next picture will be success. oklah adiosazz!!

Journal 2011 ~ #258

Hello everybody yg sudi mbaca catatan journal ni lg, tq sbb masih setia n sudi baca weblog ni walaupun penuh dgn coretan yg kekadang aku perlu lontarkn. Ok la ari ni aku nk share beberapa perkara yg aku rasa perlu nk share tk korg sume.

1st, pasal acer iconia tab yg da kira masuk 2 minggu aku dpt, dgn ada benda ni hidup aku lebih mudah dan senang nk buat keje.. penjimatan kertas pon byk jg. Mana2 jer aku nk pegi make sure benda ni mesti ada sbb senang nk update status kt fb n twitter hehehe.

2nd thing, aku nk share pasal pembukaan kedai online aku yg terbaru yg bakal menguasai 2 lg blog produk kesihatan dan kecantikan milik aku yg bakal d naungi d bawa satu nama DN Shop Online buat masa ni aku bru upload utk baju sj utk kawan2 yg mungkin tercari2 size bju yg bersesuaian. Oleh kerana aku org yg berbadan besar so aku nk share baju2 yg size besar dlm erti kata yg lain XXL size insya allah harga pasti berbaloi. Selain itu jg kedai online ni aku menjual aksesori spt handbeg dan barang2 2nd hand.

3th thing aku nk share pd korg jg ialah pasal produk terbaru drpd HR Marketing iaitu HiGoat Koko yg mengandungi DNA sesuai utk anak2 yg masih menyusu. Bkn setakat tu jer org dewasa jg bleh minum sama sbb rsnya yg baik dan masih mengekalkan ciri2 yg sama spt HiGoat sedia ada so utk info lebih lanjut jgn lupa layari DN Shop Online

Ok la tiba ms nyer aku nk melabuhkan tirai catatan journal ni pd ari ni, ada ms aku akan update dr semasa ke semasa, Adiosazzz!

Journal 2011 ~ #195

AirAsia Bhd yang melaporkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 111 peratus bagi tahun 2010, membayangkan ia mungkin mengenakan surcaj bahan api jika harga minyak terus tinggi.


Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandes berkata, kemungkinan itu perlu dilihat berdasarkan peningkatan ketara harga minyak dan bahan api pesawat, susulan krisis yang berlaku di Timur Tengah.

Harga minyak mentah mencecah US$100 setong berikutan ketegangan politik di Libya, negara anggota OPEC, yang dibimbangi menular ke negara pengeluar minyak yang lain di rantau itu.

"AirAsia akan terus memantau pergerakan harga minyak, dan pelaksanaan surcaj bahan api tidak boleh diketepikan jika harga semasa kekal atau terus meningkat,” katanya pada panggilan persidangan bersama penganalisis hari ini. - Bernama

Journal 2011 ~ #182

Hari ni aku nk berciter pasal produk HR Marketing.. sejak aku jadi member pada produk HR Marketing alhamdulillah kesihatan aku bertambah baik terutamanya lelah aku ni, klau dulu pantang kena sejuk pasti lelah.. Fuhh!! sengsara kehidupan ketika itu, tp sejak amalkan Susu Kambing HiGoat ni alhamdulillah lelah aku bertambah baik n skg ni bila check kt klinik doktor kata lelah da x de tu yg paling aku suka sbenarnya hihi alhamdulillah.. sehingga kini aku amalkan minum Susu Kambing HiGoat ni. Sambil2 tu aku teruskan juga amalkan Kopi SpyHRu, sbenarnya kopi ni elok utk org2 yg menghidap kencing manis, darah tinggi n kolestrol tinggi. So memandangkan family aku ni ada penyakit kencing manis n darah tinggi jadi aku amalkn la kopi SpyHRu. Sejak dari itu aku berkongsi maklumat dgn kekawan tentang produk ini demi kesihatan yg terjamin. So korg yg berminat bleh la layari weblog aku kt http://product-hi-goat2u.blogspot.com kt sana mcm2 maklumat korg bleh dpt n tanya.. wokey adiosazz!!