Showing posts with label Info Politik. Show all posts
Showing posts with label Info Politik. Show all posts

Journal 2012 ~ #356

Hi uols!! Arini tetiba jer aku terpikir nk tulis pasal isu politik yg melanda Malaysia ketika ini. Walaupun aku bkn datang drpd latarbelakang politik tp setakat menjadi pemerhati bebas n pendapat peribadi yg cuba aku sampaikan bleh ler org kata. Senario politik d Malaysia ni semakin ari semakin fanatik aku tgk da x macam dulu da asyik2 tunding jari sana sini, cari salah org sana sini. Perjuangan parti masing2 pun da berbeza x mcm dulu2 x kira la parti kerajaan atau pembangkang sume nye aku tgk da x mcm dulu. Klau dulu setiap parti x kira pembangkang atau kerajaan memperjuangkan visi yg hampir sama iatu memertabatkan nama Malaysia n mempertahankan daulatan kemerdekaan Negara. Cewahh!! Patriotik la plak aku kali ni. Mayb isu ini agak berat n sensetif tp hakikatnya sbg warga Malaysia n rakyat peribumi Sabah aku harus menyatakan kekecewaan n apa yg berlaku d negeri aku sendiri. Hakikatnya Sabah kini lebih byk dimonopoli org luar dr segi pemerintahan n pentadbiran negeri, seolah2 teda ruang utk anak bangsa Sabah utk berkhidmat d negeri sendiri, well isu ni da pernah aku post dlm entri yg lepas cuma kali ni aku nk citer pasal senario politik d Sabah jer.
Kemasukan UMNO & DAP ke Sabah adalah satu kesilapan besar!! Kenapa aku nyatakan mcm tu, setahu aku n melalui pembacaan aku UMNO means United Malays National Organisation maksudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur. Namun apa yg aku tgk perjuangan DAP x ubah seperti komunis jauh tersasar drpd matlamat asal mereka. Kita boleh lihat tindakan mereka terutama skali pemimpin mereka dan rakyat Pulau Pinang!! (nampak sgt lebih kpd perkauman x sesuai utk d amalkan d Sabah)
Persoalannya skg d Sabah adakah masyarakat berketurunan Melayu? Sedangkan kita d Sabah mempunyai pelbagai bangsa n etnik yg tidak kurang daripada tiga puluh (30) etnik suku kaum yg sangat berbeza dari segi pengamalannya, tutur bahasa n budayanya. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum, dan etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dll. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Walaupun kita dianggap 1Malaysia tp x semestinya rakyat Sabah adalah Bangsa Melayu!? Apakah pemahaman kamu menganggap dusun itu Melayu? Bajau itu Melayu? Murut itu Melayu? dll suku kaum d Sabah itu Melayu!? d sebabkan kita boleh berbahasa Melayu!! Tidak sebenarnya!! bangsa n keturunan tidak boleh ditukar ganti sedangkan kita hanya bangsa peribumi Sabah yg cukup unik n berbeza.

Kenapa mesti parti luar perlu masuk ke Sabah sedangkan kita di Sabah punya parti tersendiri. Masih ingatkah kita lg pada parti2 spt UNKO, USNO, SDP, Pasok Momogun, NBDP, UP, BUNAP, SANAP, USAP dll lg parti politik yg wujud, kemudian wujud pula parti2 seperti PBS, BERSEKUTU, BERJAYA, PDS, BERSEPADU, ? Kenapa mesti parti luar perlu masuk ke Sabah. Cukup la parti2 sedia ada ni wujud d Sabah n masuk perikatan sama ada perikatan kerajaan atau pembangkang!! (Rujukan Senarai Parti)
Sebenarnya, identiti kita sbg peribumi n anak jati sabah itu yg perlu di pertahankan bukan org luar yg memerintah kita, walaupun kita punya hak dalam parliman spt yg termaktub dlm sejarah tuntutan 20 Sabah suatu ketika dahulu. Tapi x bermakna org luar membawa parti masuk ke sabah!! Itu yg aku kata satu kesilapan besar kita membenarkan perkara ini berlaku, sedangkan kita sendiri boleh mentadbir negeri kita dgn org2 kita sndiri, ini tidak d sekolah2 ramai guru2 drpd semenanjung, d pejabat2 kerajaan org2 atasan kebanyakan org2 drpd semanjung jg, bila masa bangsa pribumi mo dpt tmpt klau dpt pun boleh d kira jumlahnya, yg jd kuli bangsa peribumi sendiri, klau ada pun anak peribumi Sabah berkhidmat dlm jabatan kerajaan pasti kena hantar ke semenanjung dgn elaun yg d beri ntah setimpal atau x!! Sedangkan kos sara hidup d semenanjung lebih mahal berbanding d sabah, then bila org2 mereka dtg ke Sabah elaun melimpah ruah org kata!!

Jika perkara ini berterusan, jgn hairan jika anak bangsa kita teda tempat d negeri sndiri, jd la mcm aku ni terdampar d bumi semenanjung nun jauh drpd family sendiri. Tepuk dada tanya minda, adakah kita still d jajah lg sebenarnya spt yg berlaku pd zaman sebelum merdeka!! Aku bukan menentang Kerajaan ataupun menyokong Pembangkang, namun hak parti2 yg sedia ada d Sabah ke mana hilangnya!? Desis ati kecil aku ni, amat rugi bagi bangsa peribumi aku sndiri x menyokong atau mempertahankan parti2 sedia ada demi kebajikan rakyat Sabah itu sendiri!!. Jangan Biarkan kita d jajah sekali lagi utk selamananya!!

Journal 2012 ~ #297

Hi uols, x habis lagi citer rasuah aku nk shared pada uols agar uols dpt shared dgn kekawan yg lain k. Kali ni sumber aku ambik daripada inijalanku harap dpt ilmu n penjelasan lebih ok.

Allah melaknat jual beli undi Pilihanraya

“Allah melaknat Ar-Rasyi (perasuah) dan Al-Murtasyi (penerima rasuah)” (Hadis Nabi saw). Hakikatnya, membeli undi adalah merasuah pengundi.
Mengundi dalam pilihanraya adalah suatu proses penting dalam perjalanan negara dan perlaksanaan Syarak itu sendiri. Ia adalah salah satu penentu dalam membina sesebuah negara dan umat. Oleh itu wajib kita meletakkan kedudukan Pilihanraya itu dikedudukannya yang sahih, mengatasi segala bentuk tawar menawar atau jual beli yang salah. Membuat pemilihan dalam sesuatu pilihanraya adalah satu bentuk persaksian. Oleh itu tidak boleh seseorang muslim itu mengambil upah dalam mengemukakan persaksiannya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan tegakkanlah persaksian itu kerana Allah” (surah At-Talaq:2).

Membayar atau membeli undi juga adalah satu bentuk rasuah, sedang rasuah adalah pendapatan yang kotor (As-Suht) dan diharam oleh Islam sehingga Hari Kiamat. Jual beli undi dalam pilihanraya merosakkan akhlak, memusnahkan pandangan pengundi dan mempermainkan manusia. Apabila Rasulullah saw mengutuskan Abdullah bin Rawahah ra kepada satu kaum Yahudi untuk menailai kadar Kharaj (cukai) yang wajib mereka keluarkan kepada negara, mereka cuba mengemukakan ganjaran kepadanya lalu Abdullah bin Rawahah ra berkata, “Adapun apa yang kamu hendak kemukakan dari bentuk rasuah ini, sesungguhnya ia adalah pendapatan yang kotor dan kami tidak memakannya (kotoran seperti itu)” (hadis riwayat At-Tarmizi). Allah swt berfirman bermaksud, “Dan janganlah kamu memakan harta benda kamu  sesama kamu dengan cara yang batil, yang kamu kemukakannya kepada pemerintah agar sebahagian orang memakan dari harta manusia dengan cara dosa sedang kamu mengetahui” (Al-Baqarah:188).
 
Ulamak telah ijmak (sepakat) mengharamkan perbuatan-perbuatan seperti itu dan melaknat siapa yang melakukannya. Islam juga mengharamkan orang-orang Islam lelaki dan perempuan dari mengikut jalan seperti itu seperti menerima rasuah berkenaan jika ditawarkan kepadanya. Rasulullah saw bersabda, “Laknat Allah ke atas Rasyi (pemberi rasuah) dan Murtasyi (orang yang menerima rasuah)” (hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi). Dalam satu hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim dari Thauban bermaksud, “ Rasulullah melaknat Rasyi (pemberi rasuah), Murtasyi (penerima rasuah) dan Ra’isy (broker/orang tengah urusan rasuah)”.

Hendaklah kita faham bahawa tersebarnya penyakit ini didalam masyarakat-masyarakat di dunia adalah sebenarnya merosakkan masyarakat tersebut bahkan boleh memusnahkannya. Ini adalah kerana rasuah boleh mengkedepankan sesuati yang sepatutnya dikemudiankan dan mengkemudiankan sesuatu yang sepatutnya dikedepankan, lalu berubahlah masyarakat tersebut menjadi masyarakat yang naf’iyyah (opportunistic), masyarakat yang hidup atas kepentingan diri tanpa prinsip, tanpa memiliki akhlak, hati budi, tidak menunaikan kewajipan yang sepatutnya, bahkan hidup memakan harta benda haram dan pendapatan yang kotor dan memakan harta orang secara batil. Semua yang demikian adalah haram.
Generasi dan para pengundi Malaysia masadepan. Usaha merasuah dan membeli undi mereka mungkin akan sampai kepada mereka. Dari 2 golongan, manakah yang akan lebih mampu menolak tawaran membeli undi mereka, adakah golongan yang dibesarkan atas asas dan suasana hiburan Barat atau golongan golongan yang dibesarkan atas asas agama. (Atas : Foto hiasan).

Apabila kejadian rasuah yang diharamkan Allah swt hingga ke Hari Kiamat seperti ini semakin menjadi-jadi, khususnya ketika musim-musim Pilihanraya, jadilah operasi membeli undi sebagai perkara utama dan menjadi perkiraan, menggantikan prinsip yang sepatutnya diamalkan iaitu memberi khidmat kepada rakyat dan tanahair, berusaha untuk memberikan kehidupan sejahtera kepada mereka, menyediakan peluang pekerjaan yang mulia untuk mereka dan sebagainya. Oleh itu rasuah boleh meminggirkan orang yang mempunyai kebolehan, lebih mahir dan bermenfaat untuk masyarakatnya dan orang yang boleh mempertahankan hak-hak umat. Ini adalah kerana undi pengundi telah dimiliki oleh calon-calon yang memiliki wang ringgit semata-mata dan tiada lagi pertimbangan dan perkiraan yang lain.

Sesetengah tokoh parti politik memfatwakan “Jika orang beri duit, kita ambil. Jika orang beri kain pelikat, kita ambil. Tapi kita tetap tidak akan undi mereka”. Melihat kepada kemenangan jangka pendik, mungkin fatwa ini nampak kebenarannya. Juga apabila dikuatkan dengan alasan wang tersebut adalah wang rakyat, diberikan kepada rakyat juga dan atas alasan-alasan yang lain. Saya berpandangan yang berbeza. Menabur wang untuk membeli undi adalah rasuah. Allah swt melaknat pemberi dan penerima rasuah. Rasuah merosakkan jiwa umat dan boleh membunuh umat itu sendiri. Apabila Dakwah Islam itu adalah Dakwah Tarbiyah, iaitu mendidik umat dan merubah jiwa mereka, kita tidak boleh bersetuju dengan apa sahaja bentuk yang boleh merosakkan jiwa umat. Pertarungan sebenar kita adalah pertarungan merubah jiwa umat. “Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesebuah umat sehingg amereka merubah apa didalam jiwa mereka” (Al-Quran). Menang pilihanraya tetapi rosak jiwa adalah satu kekalahan, apatah lagi jika kalah dalam kedua-dua pilihanraya dan akhlak. Sebaliknya jiwa sesebuah umat itu menang jiwa, sudah pasti mereka akan menang bukan sahaja dalam pilihanraya tetapi juga mereka akan menang mendokong dan mempertahankan keputusan pilihanraya tersebut, seperti yang berlaku di Gaza, Palestin. Di sana, mereka bukan sekadar pengundi, tetapi mereka semua adalah pejuang, pembangun tamaddun baru, tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa maupun kanak-kanak. Adakah cita-cita kita mahu supaya umat Malaysia menjadi pemimpin dan pembimbing umat-umat di dunia, atau sekadar cukup mereka menjadi pengundi parti kita ?

Undi seseorang pengundi adalah amanah, persaksian dan tazkiah (recommendation). Kesemua itu disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang beriman jangan kamu mengkhianati Allah, Rasul dan amanah-amanah yang diberi kepada kamu sedang kamu mengetahui …” (surah Al-Anfaal). “Dan jangan kamu menyembunyikan persaksian. Siapa yang menyembunyikannya sungguh berdosa hatinya” (Al-Quran). “Wahai ayahku (Nabi Syu’ib) ambillah dia bekerja. Sungguh pekerja yang terbaik ialah yang kuat (tekun dan cekap) dan amanah” (Al-Quran).
Perlembagaan Mesir disegi ruh dan objektif umumnya – (i) Syura, (ii) Hak umat memilih pimpinan, dan (iii) Kebebasan – adalah tidak bertentangan dengan kaedah dan ajaran Al-Quran Al-Karim, khususnya telah dinaskan bahawa agama resmi negara adalah Islam. Jika pun Perlembagaan itu perlu dipinda, maka ia sendiri telah menyebut bahawa pindaan dan usaha mematangkannya menjadi hak wakil rakyat, melalui cara yang berlandaskan undang-undang, maka perwakilan rakyat di Parlimen ketika itu adalah cara yang ideal kearah mencapai slogan Ikhwan Muslimin” [Imam Hasan Al-Banna]
Terlibat dalam pilihanraya pula adalah wajib disegi Syarak dan disegi kenegaraan. Tujuan mengundi ialah untuk memilih yang terbaik yang akan bekerja untuk kebaikan dan kebahgiaan umat, menyatukan dan membangunkan mereka di kedua-dua aspek moral dan material, menyelesaikan permasalahan dan menjauhkan umat dari kepincangan dan bahaya. Adalah wajib memberi undi kita kepada mereka yang mengajak kearah mengembalikan keagungan dan kepimpinan umat ini, mengembalikan struktur dan kedudukan umat Islam di tengah-tengah umat di dunia. Jika tidak ada calon seperti itu, maka dipilih calon yang terbaik yang ada, yang mahu menyebarkan kebaikan, membenteras mudharat dan kerosakan masyarakat, menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab. Adapun memberi undi di atas asas kabilah dan asabiah calon tanpa mengenali hal keadaannya, maka ini adalah amalan yang tidak sihat. Seorang Muslim adalah orang yang memiliki kesedaran yang sihat, memahami agamanya, tidak taasub melainkan untuk Kebenaran, tidak berdiri melainkan bersama-sama dalam barisan orang-orang yang menggunakan akal yang terbimbing (Al-Uqamak Ar-Rasyidin). Jauhilah orang yang merosakkan umatnya dan memusnahkan kepentingan tanahair. Dengan ini, seorang muslim itu diberi ganjaran kerana akhlaknya yang mulia. Firman Allah swt bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah. Bercakaplah dengan perkataan yang benar. (Nanti) Allah akan membaiki amalan-amalan kamu, mengampunkan dosa-dosakamu. Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar” (Al-Ahzab:71).

Sumber:
Ustaz Halim   www.inijalanku.wordpress.com
 
Rujukan : Tulisan Ustaz Abdullah Al-Khatib dari kalangan ulamak Ikhwan Muslimin

Journal 2012 ~ #285

jgn baca jer renungkan bersama
Hi uols!! Pagi ni aku buka FB lebih awal dr biasa. Well saya mo tgk2 perkembangan semasa, tetiba aku terlihat satu post ni dr rakan FB, mcm2 komen n isu yg d bangkitkan. Tak kurang hebatnya pd mereka2 yg anti kerajaan x habis nk tunding jari pada kerajaan. 

Pesanan pd mereka2 sume entri kali ni bkn nk memihak pd mana2 pihak x kira kerajaan atau pembangkang sbb aku bkn pandai nk berpolitik atau menggunakan ayat politik!! Just nk shared idea, pendapat aku sendiri dlm isu sebegini. Kerana aku anak JATI pribumi Sabah walaupun hampir 7 tahun d rantauan.

Ok Isu Pendatang Asing d negeri bawa bayu ni da lama n da basi buat aku, sbb kebanjiran warga asing ni da lama wujud dari zaman 90an lagi. Antara faktor geografi kedudukan negeri sabah dgn negara jiran membuatkan mereka masuk sesuka hati tanpa memikirkan polisi dan undang2 negera ini.

Pada aku isu ini agak usang dan lapuk d telan dik zaman, Pada pemikiran aku dan pemerhatian fakta serta buah mulut org2 kampung n juga org2 lama perkara ini tidak akan wujud jika kita warga pribumi sabah menyekat akan kehadiran mereka yg masuk ke sabah sebagai rumah kedua mereka. So skg  ni kita perlu menangani masalah n isu sebegini bukan menunding jari berkenaan isu ini.

Masa kini penyakit da menular so kita kena cari vaksin utk menubatinya. Jika diperhatikan dan melalui pengalaman bkn salah mana2 pihak pun tetapi warga sabah sendiri yg melakukan kesilapan ini. Ini berdasarkan pengalaman dan peristiwa yang berlaku disekeliling aku sendiri. Masih ingat lagi zaman kanak-kanak bila ada operasi drpd pihak berwajib ada warga tempatan sanggup mengaku anak kpd warga asing ini dan tak kurang hebat sanggup jamin warga asing ni jika ditangkap. Sikap sebegini perlu di kikis oleh masyarakat kita daripada terjebak perkara sebegini.

Bila operasi warga tempatan terutama skali org kampung kita juga la dulu yang menyorokkan warga asing ni daripada di cekup oleh pihak2 yg menjalankan tugas. Mungkin warga tempatan juga perlu di ambil tindakan bagi membuat pengajaran kpd mereka2 yg sanggup membantu warga asing.

Tak kurang hebatnya org kita sendiri yg sanggup menyeludup pekerja2 asyik utk bekerja di ladang atau d permis dengan menjamin mereka dgn bayaran yg tinggi bagi memastikan warga asing ni dpt d bw masuk ke negeri sabah.

Memikirkan dan memerhatikan situasi sebegini, warga asing yang duduk lebih lama d sabah kini ada yg mendapat ic/pr di negeri sabah. Kenapa ini berlaku? persoalan ini kerana mereka telah meracuni warga tempatan bagi mendapatkan segala kemudahan itu yang sememangnya hak mutlak warga sabah peribumi asli d negeri sabah itu sendiri. Atas kebodohan sendiri akhirnya rugi pd diri sendiri bila pendatang asing ni naik tocang!!

Kini pendatang asing d sabah makin naik tocang n besar kepala, klau dulu pekerjaan mereka hanya bercucuk tanam dgn menyewa tanah warga tempatan kini, Mereka da berani membeli tanah n org tempatan plak dgn mudah menjual tanah milik mereka kpd pendatang asing. Ini berlaku d sekitar kawasan penempatan tempat tinggal aku. Org tempatan makin miskin dan pendatang asing makin kaya!! Jangan kata mereka menindas kita tp kita yg menindas diri kita semula kerana tidak pernah memikirkan kesan di belakang hari.

Klau melihat di shopping mall atau d mana2 saja kedai makan atau pasar mejoriti warga asing yang berniaga ke mana perginya peribumi sabah? Peluang pekerjaan kini dimonopoli oleh warga asing seolah2 sabah kini menjadi tmpt warga asing mengaut kekayaan. Anak jati sabah sendiri d pinggirkan, bila bertanya pd mereka kenapa memilih warga asing mereka menjawab warga asing buat kerja baik n bagus. Mereka x tahu ker warga tempatan jg tahu buat kerja malah lebih bagus drpd warga asing. Adakalanya jika warga tempatan d beri ruang kerja isu gaji juga d bangkitkan adakalanya gaji warga asing lebih tinggi dr warga tempatan dimana hak warga tempatan bila hal sebegini berlaku kenapa tidak di beri peluang pada anak2 muda peribumi sabah.

Bukan masalah kebajiran sahaja yg berlaku malahan menambahkan gejala sosial yg melampau di negeri sabah sendiri. Malahan pecah rumah, bunuh, rompak dsb nya yg melibatkan pendatang asing membuat kita terasa tidak selamat berada d bumi sendiri. Paling menyakitkan mata ada pendatang asing ni membawa wabak n membuat kotor d negeri kita sendiri.

Penyelesaian perlu dicari..
Mungkin negeri sabah perlu membuat dasar tertutup seperti negeri jiran sabah iaitu sarawak. Ini satu2 cara utk membantu warga sabah itu membangunkan negeri dan d terajui oleh org tempatan sendiri bkn org luar atau kebanjiran warga asing yg mengugat keamanan negeri sabah. Untuk menjana ekonomi lebih baik warga asing tidak membenarkan sama sekali berniaga d negeri sabah dan syarat diketatkan jika bukan warga malaysia n bkn peribumi asal sabah. Memberi peluang n ruang kpd anak2 muda peribumi sabah dlm semua sektor pekerjaan x kira perladangan dan pembinaan dgn gaji n elaun saya berpatutan mengikut kadar keperluan semasa. 

Sektor pengangkutan awam mengutamakan masyarakat sabah itu sendiri di mana warga tempatan iaitu peribumi sabah sahaja yg boleh menjalankan perniagaan sedemikian dan tidak mengupah mana2 pihak yg bukan warga tempatan atau pemastautin sabah. Ketegasan ini perlu ada bagi menarik kembali hal hak peribumi sabah, jika ingkar undang2 lebih berat bakal menanti kerana peluang ini utk rakyat peribumi bukan utk pendatang asing.

Pendidikan di sekolah walaupun anak warga asing dilahirkan di negeri sabah n mendapat dokumen kelahiran sah di sabah tidak boleh mendapat keistimewaan persekolahan seperti anak2 jati sabah ini kerana hak itu hanya bagi peribumi sabah.

Mewujudkan satu akta atau undang2 baru utk tanah dinegeri sabah. Bagi org tempatan atau org kampung tidak boleh menjual tanah kepada warga asing sewenang2nya bagi mengelakkan monopoli warga asing di bumi sabah sendiri.

Kesimpulannya..
Kesal dgn sume ini berlaku, adakalanya warga tempatan tidak pernah memikirkan kesan jangka panjang n kpd anak cucu mereka. Kesian pada generasi akan dtg terpaksa bersaing utk mendapat tempat di tanah air sendiri. Kalau ada cara kasar mahu saja dihalau mereka ni keluar dr negeri sabah. Biar bersih seperti Sarawak yg tidak membenarkan mana2 pihak luar utk berpijak lebih lama d bumi kenyalang itu. Sesungguhnya dasar tertutup negeri sarawak memberi ruang kpd peribumi sarawak untuk menikmati kehidupan dan kekayaan negeri mereka sendiri bukan warga asing.

So pada uols pikir2kn la demi masa depan anak bangsa kita kemudian hari, jgn biarkan mereka merempat di tanah sendiri oleh masalah pendatang asing ini. Sabah HAK kita bukan HAK Luar!!

Journal 2012 ~ #265

Media sosial menjadi pilihan utk wacana ilmu n politik ketika ini
 Hello uols, ari ni mungkin aku nk bercerita pasal politik? nmpk mcm berat n serius, so now we can't start to chat about that! baru2 ni aku mengikuti salah seorg pejuang politik parti pembangkang dr negeri kelahiran aku sndiri. Salah satu sbb aku mengikut perkembangan beliau dlm FB sbb aku ingin tau apa sbenarnya fahaman politik in that case aku sbenarnya bukan meminati mna2 fahaman politik sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang sbb bg aku itu bkn sesuatu yg mudah utk mengikuti mna2 fahaman, tambahan nya lagi aku cukup bosan dgn keadaan politik negara ini walaupun aku tahu keadaan politik nmpk baik ketika ini. Lagi satu aku cukup benci bila ada sesetengah parti bila bersidang suka menunding jari sana sini. Aku memang bosan dgn semua ini tp kenyataannya memang mcm tu pon!!

Berbalik pd cerita td aku mengikuti beliau sbb aku tgk cr perjuangan yg cuba di juangkan oleh beliau, skali skala ada kebenaran tp sometime its was make me can't believe that everything will come true like a dream. So apa skali pn fahaman politik sesorg itu tidak menjadi mslh, tp apa yg mnjd mslh sbenarnya ialah para pengikut fanatik n penyokong yg overacting pd aku yg mbuat perjuangan sesorg tu jd terbantut n jd kotor. Kesian pd mereka2 yg cuba memperjuangkn fahaman parti politik mereka. Cukup terkilan bila ada pengikut hanya memikirkan soal apa yg pemimpin mereka nyatakan tetapi menafsir sebaliknya, sesungguhnya pd pandangan sesorg itu mungkin ia mahu kita berfikir yg baik n yg buruk, mungkin beliau ingin kn pandangan yg bernas bknnya kritikan yg sama skali x bleh pakai langsung like rubbish!!.

What i can't say, political always like that, org mcm aku ni terutama golongan mudah hanya memerhati dr jauh n pemikiran mereka menilai yg mna yg baik n yg mna buruk, so ms PRU nnti baru tahu apa yg golongan muda ni mahukn. Isu ketika ini terlalu byk student IPTA yg terlibat dgn perhimpunan haram yg cuba menyampaikan suara mereka namun ada x mereka fikirkan masalah keselamatan mereka kelak? masa depan mereka? n keluarga mereka akhirnya? sometime aku memikirkan adakah mereka ini melakukan sedemikian atas sbb terpaksa ataupun suka2?

Pada aku student punya hak n cara utk bersuara tp bukan melalui perhimpunan haram! Bila d kasari oleh pihak  berkuasa mulalah kata pihak berkuasa tu balaci pd parti memerintah, pak turut parti itu ini, tp sbenarnya siapa yg memulaknnya? tepuk dada tnya minda, Jika benar uols student terpelajar n berpendidikan kenapa bertindak sedemikian (ISU pelajar UPSI d belasah Polis).

Ketika Pemimpin tersebut melalui FB beliau berkata pd aku dgn mention nama aku ketika itu menyatakan kpd aku "Kejatuhan taraf pendidikan Negara diantara lain disebabkan oleh cara berfikir yang terlalu terkongkong. Pendidikan bukan hanya tertumpu kepada apa yang guru atau pensyarah beri pada kita..." Aku kurang setuju dgn kenyataan tersebut. Pelajar @ Student bkn seperti apa yg mereka nyatakan, bkn aku x pernah jd student pemikiran aku x pernah d kongkong malahan pemikiran pelajar slalu d dorong dgn pertanyaan, pemerhatian n penelitian politik semasa. Bkn semua student yg slalu jd tunggul itu hanya menurut kata tetapi student tunggul itu slalunya akan berfikiran lebih waras dr melakukan perkara2 yg menyusahkan diri mereka. Lihat pd mereka2 yg hanya tau bercakap tanpa memikirkan soal remeh temeh adakah mereka itu berjaya dlm hidup? Mungkin ada tp x semua?

"Memerhati saja tanpa tindakan tak cukup bila melibatkan hak anda.persoalannya patutka keganasan dilakukan.pemikian diterjemahkan dengan perbuatan." ini adalah salah satu post dlm FB dr pengomentar beliau.  So perlukah melakukan sedemikian sedangkan Malaysia telah mengecapi kedamaian melalui penyatuan perkauman anatara satu sama lain lebih 50 tahun lalu? Sometime org2 sedemikian tidak pernah mahu memikirkan visi, misi n wawasan lebih mendalam. Klau pemimpin boleh memikirkan kebajikan masyarakat kenapa kita sbg rakyat tidak memikirkan hal ini. Ya Allah apa sudah jd sebenarnya?

Sbb itu aku lebih suka memikirkan kemajuan diri n pengorbanan aku pd negara utk memajukn ekonomi n kejayaan negara. Org2 yg hanya overacting pd pemimpin spt Pemimpin yg aku ikuti perkembangan beliau itu yg sebenarnya merosakkn demokarasi yg tersedia terhampar d hadapan kita ketika ini. Jika mereka ini yg memutar belitkan fakta n rencana mereka2 ini sbenarnya gunting dalam lipatan. Bkn salah pemimpin tetapi org2 yg overacting ini yg sebenarnya patut memikirkan kedudukan mereka. Pemimpin hanya mengeluarkan idea n membantu utk membangunkan rakyat, bangsa n agamanya bkn melalui pemikiran org2 seperti aku ni yg hanya tahu bercakap atau mengkritik berlebih2an.

kesejahteraan rakyat adalah tanggungjawab seorang pemimpin, dari Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (buchary, muslim)

Bkn senang utk menjadi pemimpin oleh itu kita sbg org yg menyokong pemimpin patut tahu apa yg kita inginkan drpd pemimpin seharusnya mengingati n sentiasa membantu mereka melancarkan kerja mereka bkn mengusutkn apa yg telah terkusut. Maka itu, pemimpin jg seharusnya lebih adil dan dilarang bersikap birokasi. ‘Aisyah r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda di rumahku ini : ya allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (hr. Muslim)



So pada uols sume, tepuk dada tnya minda, cuba fikir n renungkn adakah tindakan kita itu betul atau tidak? Jangan hanya tahu bercakap tp sebenarnya lebih alpa dgn sume yg ada. Jika benar ingin memperjuangkan sesuatu ideologi plz make sure guna saluran yg betul bkn cara yg salah yg lebih byk mengundang masalah. Adiossazz!!

Journal 2011 ~ #254

Baru saja lepas tgk bulitin utama TV3, tgk perbahasan perhimpunan umno?! Fuh!! Dasyat betul x kurang hebatnya dgn mulut2 longkang bila bercakap. Melihat politik Malaysia pd ms kini aku smakin muak n boring utk mengikuti perkembangan semasa sikap para wakil atau pemimpin ketika ini suka tunding jari, maki hamun dan juga sindir menyindir. Bagi aku sume itu bukan cara yg positif dan bukan yg terbaik bg org cerdik pandai. Kerana mereka seharusnya lebih peka dan tahu fakta n point of value utk menambat hati rakyat. Lebih dasyat lg bila salah seorg pembahasa mengatakan bahawa PAS bkn Parti Islam tetapi Parti Ajaran Sesat!! Masyallah!! smpi begitu skali kenyataan dikeluarkan. Helloo u adalah pemimpin mewakili rakyat once u keluarkan kenyataan sedemikian bkn sume rakyat akan menilai pati dlm ucapan yg u smpi kn tp org akan pertikaikan kata2 u pd org lain.
Pd aku n pandangan aku berpolitik biarlah bersih, bila cara penyampaian dan pembawaan yg baik pasti akan org senangi n org akan pilih. So pd mereka2 yg berkenaan tlg pikirkn matlamat parti bkn tunding jari pd parti politik lawan, krn kita tidak taw bila kita berada di bawah n bkn slalu kita selesa d atas!!

Journal 2011 ~ #215

Buka jer TV citer politik, berita pun sama.. adoii pening kepala aku da bosan aku tgk.. naik muak aku dengar telinga aku ni klau boleh bercakap naik benana da weii.. x de citer lain ke nak sembang org tu kata org ni, org ni kutuk org tu.. menang jd pemerinta mcm2 korg nk ckp boleh la tp rakyat?? slalu jer tertipu. Pernah ker korg pikir tanya n selami ati rakyat. Skg korg pikir ker soal menangi masalah pengangguran, masalah kenaikan harga minyak, gula dan sbg nyer. Pernah ke org tnya kualiti pembelajaran di sekolah2 n IPT dan IPTS tu memenuhi keperluan pasaran?? sebenarnya itu yg penting bukan tunding jari sana sini. Aku sbg rakyat kekadang da naik bosan dgn cerita politik. 

Yang terpelajar tapi kelakuan moralnya plak kurang, masih lagi nk menegakkan keadilan diri kekadang aku tgk perjuangan parti tu jd parti perjuangan peribadi. Hmm.. ntah la x tau siapa yg betul siapa yg salah. Aku sbg rakyat jadi bosan dengan sume ni. byk omongan kosong yg terlaksana dan di laksanakan tu alhamdulillah terima kasih, tp klau x laksana pancing undi plak x dpt tu yg masa kempen sume all out. 

sekadar suka-suka saja

Journal 2011 ~ #212

Hari ni Jumaat, Pengulu segala hari.. cepat betul masa berlalu hari ni da 1 April 2011 tp bukan APRIL FOOL tau.. hari ni aku nk sembang beberapa perkara yang pertama ni aku nk citer pasal solat jumaat. Hari ni aku cuti sbb esok nk exam.. so ms yg ada ni aku ambik kesempatan.. kiranya aku selesaikan perkara yg patut. Entah knapa aku rs terhingin nk pegi Tesco Selayang hari ni da la tu time tghari plak.. mungkin x de org kut sbb aku berpendapat mesti ramai yg g solat jumaat. Nyata tekaan aku meleset, org tetap ada tp yg memalukan dan menjelek kn mata aku ni kaum adam yg sepatut nye ada kt Masjid dgr kutbah jumaat sedang asyik menemani sang isteri SHOPPING!!. Weiii.. cik kak x kn x tau ari ni ari jumaat kak oii.. Tak kan x bleh pegi shopping barang dapur sndiri atau tunggu lepas Solat Jumaat kak oiii.. kan solat Jumaat tu adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar. Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia". Melalui hadis ini jelaslah kepada kita tentang betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosa jika meninggalkannya dengan sengaja.

Entahlah aku tgk kaum lelaki bangsa lain kurang ler plak kt situ yg ada pon pekeje Tesco n pengunjung yang membeli bela. Ya Allah Engkau berikan petunjuk kpd mereka yg alpa akan kewajiban mereka itu.

Ok habis citer pasal Solat Jumaat, kali ni nk citer pasal isu Bung Mokhtar kata 'PEMANDU WANITA MERBAHAYA?' Hey!! it's not the deal k.. lepas tu Sharizat plak minta pd pihak bertanggungjawab utk keluarkan stastik Kemalangan yang berlaku dan ternyata pemandu lelaki lebih banyak berbanding wanita., aleh2 kata kenyataanya itu di salah tafsir. Ok aku nk ulas aku nk bg pendapat aku sndiri nk buka mata pd seorg MENTERI yg tahu bercakap sebelum berfikir. Pada aku kedua2 nye sama aje.. masing2 ada ego masing2 nak tunjuk hero, tunjuk pandai tp sebenarnya mempunyai kelemahan tersendiri. Klau masa nak ambik lesen dulu kenapa ikut peraturan, bg signal tgk cermin sisi baru memotong.. ikut peraturan had laju dan mcm2 lg.. tp bila da LULUS lepas tu da dpt lesan. Massallah.. Sume tu hilang.. pantang d cabar tekan minyak smpi 180 huh!! bahaya2.. ni bukan nk kata pd jantina lain tp kedua2 jantina klau terasa pedas tu.. mungkin diri kita. So pada Bung Mokhtar sebelum mengeluarkan kenyataan, perkataan tolong teliti, buktikan asas jgn tunding jari pd satu jantina sahaja. Kadang2 kita x sedar kita pon ada melakukan kesalahan yg kita x nmpk tp pd mata org sape tahu.. Ingat bila berkata sedemikian sure kaum hawa ni akan terasa ati.. pikir sama jg ler pd anak2 awak tu isteri2 awak tu bkn perempuan ke? so the end of my story.. kata org tua2 cakap siang pandang2 cakap malam dengar2.. tepuk dada tnya minda.. adiosazz!!

Journal 2011 ~ #188

Tepuk dada tanya minda.. kenapa nak politikan soal keselamatan pelajar kita di Mesir.. tolak tepi sume unsur politik pentingkan keselamatan pelajar kita rakyat Malaysia. Ikuti cerita seterusnya

PAS sabotaj ! Hasut pelajar di Mesir jangan naik pesawat kerajaan BN

Selepas kerajaan BN menghantar misi bantuan ke Mesir bagi menyelamatkan ribuan pelajar rakyat Malaysia di sana , talibarut2 PAS di Cairo tidak duduk senang sekali begitu juga pemimpin2 mereka di sini.

Ini blog Krisis Mesir Nasib Rakyat Kita yang bersumberkam PMRAM yang kononnya memberikan maklumat terus kepada rakyat Malaysia mengenai situasi di Mesir . Blog ini cakap perjalanan Jeddah ke KL ditanggung sendiri, betul ka?

Terbaru berita dari Cairo yang dimaklumkan oleh blog Medan Info Kita.,tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Kalau rakan blogger yang berada di sana sendiri melaporkan kerja khawarij PAS.. memang sah la parti ini dengki dan mahu sabotaj usaha murni kerajaan dengan menghasut pelajar2 Malaysia agar jangan naik kapal terbang kerajaan BN ini. Sebab kita boleh lihat sendiri sumber dari blog di atas ini lebih kurang sama saja dengan sms palsu ini.

Tetapi hakikat sebenarnya di sana tidak seperti apa yang disebarkan sms palsu ini . Pihak delegasi seperti Dato Seri Jamil Khir, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa berusaha pulak yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax.

Kerajaan nak pi selamatkan mereka tetapi tak sangka pulak tambah kerja untuk memujuk mereka pulak untuk naik kapal terbang. Ini semua kerja puak-puak kopiah putih cap bulan la yang hasut budak2 totok PAS di sana agar jangan terima bantuan kerajaan BN.

Kalau depa ini semua tak mahu naik kapal terbang cap BN .. tak pa la .. lantak pi la kerana depa, mungkin budak2 ini nak belajar sangat kat rakyat Mesir bagaimana nak jatuhkan kerajaan melalui demontrasi. Dasar tak kenang budi!