Journal 2012 ~ #356

Hi uols!! Arini tetiba jer aku terpikir nk tulis pasal isu politik yg melanda Malaysia ketika ini. Walaupun aku bkn datang drpd latarbelakang politik tp setakat menjadi pemerhati bebas n pendapat peribadi yg cuba aku sampaikan bleh ler org kata. Senario politik d Malaysia ni semakin ari semakin fanatik aku tgk da x macam dulu da asyik2 tunding jari sana sini, cari salah org sana sini. Perjuangan parti masing2 pun da berbeza x mcm dulu2 x kira la parti kerajaan atau pembangkang sume nye aku tgk da x mcm dulu. Klau dulu setiap parti x kira pembangkang atau kerajaan memperjuangkan visi yg hampir sama iatu memertabatkan nama Malaysia n mempertahankan daulatan kemerdekaan Negara. Cewahh!! Patriotik la plak aku kali ni. Mayb isu ini agak berat n sensetif tp hakikatnya sbg warga Malaysia n rakyat peribumi Sabah aku harus menyatakan kekecewaan n apa yg berlaku d negeri aku sendiri. Hakikatnya Sabah kini lebih byk dimonopoli org luar dr segi pemerintahan n pentadbiran negeri, seolah2 teda ruang utk anak bangsa Sabah utk berkhidmat d negeri sendiri, well isu ni da pernah aku post dlm entri yg lepas cuma kali ni aku nk citer pasal senario politik d Sabah jer.
Kemasukan UMNO & DAP ke Sabah adalah satu kesilapan besar!! Kenapa aku nyatakan mcm tu, setahu aku n melalui pembacaan aku UMNO means United Malays National Organisation maksudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum, sekular dan sosialisme demokratik. Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia). Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur. Namun apa yg aku tgk perjuangan DAP x ubah seperti komunis jauh tersasar drpd matlamat asal mereka. Kita boleh lihat tindakan mereka terutama skali pemimpin mereka dan rakyat Pulau Pinang!! (nampak sgt lebih kpd perkauman x sesuai utk d amalkan d Sabah)
Persoalannya skg d Sabah adakah masyarakat berketurunan Melayu? Sedangkan kita d Sabah mempunyai pelbagai bangsa n etnik yg tidak kurang daripada tiga puluh (30) etnik suku kaum yg sangat berbeza dari segi pengamalannya, tutur bahasa n budayanya. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum, dan etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dll. Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Walaupun kita dianggap 1Malaysia tp x semestinya rakyat Sabah adalah Bangsa Melayu!? Apakah pemahaman kamu menganggap dusun itu Melayu? Bajau itu Melayu? Murut itu Melayu? dll suku kaum d Sabah itu Melayu!? d sebabkan kita boleh berbahasa Melayu!! Tidak sebenarnya!! bangsa n keturunan tidak boleh ditukar ganti sedangkan kita hanya bangsa peribumi Sabah yg cukup unik n berbeza.

Kenapa mesti parti luar perlu masuk ke Sabah sedangkan kita di Sabah punya parti tersendiri. Masih ingatkah kita lg pada parti2 spt UNKO, USNO, SDP, Pasok Momogun, NBDP, UP, BUNAP, SANAP, USAP dll lg parti politik yg wujud, kemudian wujud pula parti2 seperti PBS, BERSEKUTU, BERJAYA, PDS, BERSEPADU, ? Kenapa mesti parti luar perlu masuk ke Sabah. Cukup la parti2 sedia ada ni wujud d Sabah n masuk perikatan sama ada perikatan kerajaan atau pembangkang!! (Rujukan Senarai Parti)
Sebenarnya, identiti kita sbg peribumi n anak jati sabah itu yg perlu di pertahankan bukan org luar yg memerintah kita, walaupun kita punya hak dalam parliman spt yg termaktub dlm sejarah tuntutan 20 Sabah suatu ketika dahulu. Tapi x bermakna org luar membawa parti masuk ke sabah!! Itu yg aku kata satu kesilapan besar kita membenarkan perkara ini berlaku, sedangkan kita sendiri boleh mentadbir negeri kita dgn org2 kita sndiri, ini tidak d sekolah2 ramai guru2 drpd semenanjung, d pejabat2 kerajaan org2 atasan kebanyakan org2 drpd semanjung jg, bila masa bangsa pribumi mo dpt tmpt klau dpt pun boleh d kira jumlahnya, yg jd kuli bangsa peribumi sendiri, klau ada pun anak peribumi Sabah berkhidmat dlm jabatan kerajaan pasti kena hantar ke semenanjung dgn elaun yg d beri ntah setimpal atau x!! Sedangkan kos sara hidup d semenanjung lebih mahal berbanding d sabah, then bila org2 mereka dtg ke Sabah elaun melimpah ruah org kata!!

Jika perkara ini berterusan, jgn hairan jika anak bangsa kita teda tempat d negeri sndiri, jd la mcm aku ni terdampar d bumi semenanjung nun jauh drpd family sendiri. Tepuk dada tanya minda, adakah kita still d jajah lg sebenarnya spt yg berlaku pd zaman sebelum merdeka!! Aku bukan menentang Kerajaan ataupun menyokong Pembangkang, namun hak parti2 yg sedia ada d Sabah ke mana hilangnya!? Desis ati kecil aku ni, amat rugi bagi bangsa peribumi aku sndiri x menyokong atau mempertahankan parti2 sedia ada demi kebajikan rakyat Sabah itu sendiri!!. Jangan Biarkan kita d jajah sekali lagi utk selamananya!!

No comments: