Journal 2012 ~ #359

Hi uols, agak kelewatan utk update weblog ni, sedikit kesibukan melanda diriku ketika ini, sibuk dgn hal keja n anak2 kucing yg perlu di uruskan. Well entri arini bkn nk citer pasal anak2 kucing tp nk share maklumat yg aku baca melalui blogger org lain, tp amat berguna utk kita sbg tauladan. artikel ini aku ambik drpd IlmuCYBER.com yg berkongsi topik 'Majikan Yang Disukai dan Dibenci' aku rs patut d kongsi agar jd panduan pd kita sbg pekerja atau majikan agar boleh check diri kita terletak di mana? Jom baca!!



Majikan Yang Disukai dan Dibenci!!

Pengertian Majikan. Majikan kebiasaanya ditakrifkan sebagai organisasi atau orang yang mempunyai syarikat sendiri yang menyediakan pekerjaan samada Enterprise, Sendirian Berhad, Berhad atau Holding, ataupun pihak atasan yang mempunyai kuasa memerintah pekerja bawahan. Apabila adanya majikan pastilah adanya pekerja. Di dalam blog ini saya ingin menghuraikan majikan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kerana majikan syarikat IKS adalah yang menguasai syarikat itu sepenuhnya dan mereka lebih hampir dengan pekerja mereka berbanding syarikat besar yang ditakbirkan oleh ramai pengarah dan pengurus yang makan gaji.

Majikan IKS juga berperanan seperti “big boss” malah mempunyai kuasa yang lebih besar lagi kerana perniagaan tersebut adalah hak milik mereka berbanding “big boss” yang cuma makan gaji. Samada majikan IKS yang mempunyai perniagaan yang kecil ataupun yang besar, merekalah yang menentukan penetapan gaji, kenaikan gaji, pemberian bonus dan segala macam pemberian yang boleh diberikan yang mana semuanya terpulang kepada mereka berdasarkan untung rugi syarikat. Seperti pemberian elaun rumah, elaun kereta, elaun makan, pengangkutan, kediaman, medical, pakaian saragam, kasut kerja dan bermacam lagi keperluan atau yang patut bagi pekerja. Sesetengah syarikat IKS kebiasaannya tidak mempunyai kesatuan pekerja maka majikan perlulah perihatin terhadap nasib dan keperluan pekerja mereka.
Majikan sememangnya sedar bahawa syarikat mereka perlu diuruskan kerana produk atau servis perlu dihasilkan bagi menjana kemasukan wang untuk syarikat berdiri teguh dan mampu berjalan lancar. Oleh itu syarikat mereka memerlukan pekerja bagi sama-sama mentadbir syarikat kerana mereka tidak berdaya untuk melakukannya sendiri. Setiap majikan sentiasa mengimpikan dan mengharapkan keuntungan yang lumayan bagi memperkukuh dan memperluaskan empayar mereka. Tetapi majikan seharusnya sedar bahawa setiap pekerja juga mempunyai impian mereka agar majikan tidak melupakan mereka dengan memberi upah mengikut tahap nilai keupayaan mereka samada pengalaman mahupun kelulusan. Majikan yang perihatin pasti akan membayar mengikut kadar semasa ataupun lebih lagi dan tidak di bawah paras nilai sebenar.

Di sini dicoretkan beberapa perkara perihal majikan yang  dikasihi ataupun dibenci oleh pekerja. Bagi mereka yang bergelar majikan ataupun yang akan menjadi majikan, sila jadikan panduan ini sebagai inspirasi bagi memperbaiki kelemahan diri.
Majikan Yang Dikasihi.
  1. Majikan yang disayangi dan disenangi oleh pekerja mereka adalah mereka yang sentiasa memahami ataupun yang perihatin terhadap pekerja mereka. Seandainya majikan itu dapat sama-sama menyelesaikan masalah pekerja tersebut maka tinggilah nilai kasihnya kepada majikan tersebut.
  2. Majikan yang sentiasa menunjukkan muka manis ketika datang kerja dan sering menyapa pekerjanya.
  3. Majikan yang tidak menaruh prasangka buruk terhadap pekerjanya.
  4. Majikan yang sentiasa mempercayai pekerjanya.
  5. Majikan yang penyayang.
  6. Majikan yang tidak membanding-bandingkan pekerjanya dan tidak berat sebelah.
  7. Majikan yang dapat menghadiri majlis yang dijemput oleh pekerjanya seperti majlis perkahwinan pekerjanya atau anak pekerjanya. Pekerja merasa terharu akan kehadiran majikannya yang sama-sama meraikan majlis mereka.
  8. Majikan yang percaya bahawa pekerja adalah aset yang paling penting kerana tanpa pekerja siapalah mereka.
  9. Majikan yang percaya hasil kekayaan mereka adalah atas titik peluh dan usaha bersama iaitu majikan dan pekerja mereka.
  10. Majikan yang percaya yang mereka tidak dapat melakukan pelbagai kerja tanpa agihan kerja dengan pekerja mereka dari sekecil-kecil tugas sehinggalah kepada tugas yang besar.
  11. Majikan yang menegur pekerjanya yang melakukan kesalahan dengan cara yang berhemah.
  12. Majikan yang tidak kedekut untuk berkongsi kekayaan mereka dengan pekerja mereka.
  13. Majikan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH dan percaya bahawa rezeki adalah dari ALLAH.
Majikan Yang Dibenci
  1. Majikan yang suka meninggikan suara ketika berurusan dengan pekerja mereka.
  2. Majikan yang sombong dan bermuka masam ketika hadir ke tempat kerja.
  3. Majikan yang suka bermuka-muka ataupun hipokrit, di depan cakap baik tetapi mengutuk di belakang.
  4. Majikan yang sering mencari kesalahan pekerja mereka dan suka memperkecilkan pekerja mereka.
  5. Majikan yang sentiasa berperasangka negatif dan curiga terhadap pekerja mereka.
  6. Majikan yang miang yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas pekeja wanita mereka.
  7. Majikan yang sukar memberi cuti kepada pekerja mereka. Majikan seharusnya sedar bahawa pekerja juga memerlukan rehat bagi melepaskan rasa penat dan ‘stress’ akibat kerja.
  8. Majikan yang suka berbelanja mewah tetapi kedekut pula terhadap pekerja mereka.
  9. Majikan yang membayar gaji tidak sepadan dengan kelulusan dan pengalaman pekerjanya.
  10. Majikan yang tidak mengagihkan kuasa kepada pengurus dan penyelia mereka. Kuasa hanya hak mereka sahaja.
  11. Majikan yang suka mengertak akan memecat mereka yang melawan cakap mereka.
  12. Majikan yang tidak suka pekerjanya mengeluarkan pendapat atau mencadangkan sesuatu usul.
  13. Majikan yang sering menyuruh pekerjanya melakukan kerja lebih masa tanpa menghiraukan kepenatan kerja seharian pekerja mereka
  14. Majikan yang suka menipu dan sentiasa menyuruh pekerja mereka juga melakukan penipuan.
  15. Majikan yang suka mengambil kesempatan terhadap pekerjanya dengan melakukan pelbagai kerja yang tidak masuk oleh akal.
  16. Majikan suami isteri yang bekerja sekali tetapi suami kerap terpaksa akur kepada kehendak isteri.
  17. Majikan terdiri dari anak beranak atau adik beradik dan masing-masing ingin menunjukkan kuasa.
  18. Majikan yang suka membeli banyak kereta mewah hanya kerana untuk bermegah walaupun kewangan syarikat sebenarnya bermasaalah. Yang pasti pembaziran yang besar telah berlaku.
  19. Majikan yang suka berperasangka buruk terhadap mana-mana pekerja mereka yang ingin berhenti kerja.
  20. Majikan yang sentiasa berkata merekalah yang memberi pekerja mereka makan bukan sebaliknya.
  21. Majikan yang percaya merekalah yang memberi rezeki kepada pekerja.
  22. Majikan yang tidak mahu mengubah cara pengurusan mereka kerana tidak rasa yang mereka bersalah.
  23. Kesimpulannya, mereka yang suka cara ISA (Ikut Suka Aku) adalah majikan yang dibenci oleh pekerja mereka.
Sekiranya anda sebagai majikan, anda sepatutnya mengetahui bahawa setiap pekerja adalah sebagai satu papan iklan percuma yang bergerak bagi syarikat anda. Pekerja-pekerja ini akan menceritakan kisah mereka yang bekerja di syarikat anda dan cara pentadbiran anda kepada keluarga mereka, adik beradik mereka, sanak saudara mereka atau kaum kerabat mereka. Malah berkemungkinan cerita-cerita ini akan tersebar dari mulut ke mulut sehinggakan keseluruh pelusuk kampung atau daerah tentang sikap baik dan buruk seandainya bekerja di syarikat anda.
Kita boleh tahu seandainya sesuatu barang itu promosinya berkesan dan disukai oleh ramai orang maka larislah barang tersebut. Sekiranya promosinya tidak baik maka tidak berapa larislah barang tersebut. Bagaimana pula sekiranya promosi yang memburuk-burukan barang tersebut, pasti barang tersebut tidak laku. Begitu jugalah syarikat anda, sekiranya iklan percuma yang diwar-warkan oleh pekerja anda atau pekerja yang telah berhenti dari syarikat anda itu, iklan yang baik, pasti ramai yang berpusu-pusu untuk bekerja di syarikat anda, tetapi sekiranya disebaliknya maka anda menghadapi masalah mencari tenaga kerja. Jawatan yang kosong akan sentiasa kosong, kalau dipenuhi pun mungkin sebentar cuma.

Janganlah syarikat anda menjadi seperti kapal TITANIC yang tengelam kerana ketakburan mereka yang percaya bahawa kapal TITATIC tidak akan tenggelam kerana bautannya yang canggih tetapi dengan kuasa ALLAH tiada siapa yang dapat mengatasinya. Renung-renungkanlah.

No comments: