Showing posts with label #DNAdninofficial #DNJurnal. Show all posts
Showing posts with label #DNAdninofficial #DNJurnal. Show all posts

Erti Ramadan Kali ini (Ramadan yang dirindui)

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Hi uols! Ramadan telah berlalu meninggalkan kita, kini Syawal menjelma masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat umat islam. Ramadan yang dirindui itu yang cuba untuk aku luahkan dan sampaikan ketika ini. 


Entah bagaimana untuk memulakan cerita, banyak yang aku pelajari pada ramadan kali ini. Banyak benda yang aku lepaskan dengan rela hati dan melepaskan apa yang adakalanya ada teman bersependapatan kenapa mesti lakukan sedemikian sedangkan ada hak yang harus dituntut.

Sampai bila untuk menuntut?? Sedangkan usia kita semakin hari semakin dimamah usia. Ramadan kali ini buat seluruh jiwaku biarlah aku bersihkan rasa hati dan pedih serta sakit yang ku tanggung ini dilepaskan begitu saja. Mengikhlaskan apa yang diberi walaupun adakalanya terpaksa tapi aku harus redha atas apa yang telah berlaku.

Ramadan kali ini mengajar aku erti emosional yang harus aku kawal dan jaga, aku tahu bukan mudah untuk mengawal emosi dalam keadaan yang tidak stabil dan apatah lagi diuji dalam bulan ramadan ini. Allahu akhbar! Apa yang mampu aku katakan, bila melepaskan sesuatu perkara berat terasa ringan dibahu selama ini dipikul hanya itu yang mampu aku lafazkan.

Merelakan hati dan let it go everything make me feel comfortable, walaupun aku tahu sedikit sebanyak merugikan diri aku sendiri, but sampai bila pentingkan dirikan. Rasa rugi dan hina jika aku lebih mementingkan diri sendiri. Apapun ramadan kali ini membawa seribu erti dalam kehidupan aku kali ini.

Ku lunturkan sedikit ego, ku tundukkan nafsu demi kebaikan diri sendiri. Ku pujuk hati dan jiwaku agar lebih ikhlas dan lebih banyak memberi dalam kehidupan ini dan peringatan buat diri jangan berharap kepada balasan daripada sesiapa. Ingat janji Allah swt rebut peluang di tanah akhirat kelak.




Ketahui Kod Etika Kewartawanan

Seharusnya dalam arus kemodenan ketika ini cabaran menyampaikan maklumat atau berita amatlah mencabar, apa lagi kerjaya anda sebagai seorang wartawan. Jika anda adalah seorang yang berpendidikan di bidang media massa, tentu akan mempelajari kod etika kewartawanan.


Apa itu kod etika kewartawanan?

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) , wartawan ialah orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Manakala kewartawanan ialah yang berkaitan dengan bidang tugas atau kegiatan wartawan, segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Secara umumnya wartawan didefinisikan sebagai pemberita samada mereka bertugas di media cetak ataupun media elektronik. Wartawan terbahagi kepada tiga golongan iaitu (H.M.Tuah Iskandar, 1990)

KEWARTAWANAN tidak wujud dalam kekosongan sosial. Selain terikat dengan hukum-hukum negara, para karyawan bidang itu, baik yang bergelar pengarang, pemberita, penyunting, jurugambar, wartawan dan sebagainya juga dipandu oleh etika yang pematuhannya adalah secara sukarela. Jika difahami dengan betul, kehadiran kod etika ini bukan untuk menyekat kebebasan, tetapi sebaliknya untuk menegakkan kebebasan itu sendiri.

Di negara ini, satu kod etika untuk wartawan telah disepakati pada 1989. Dikenali dengan nama Kod Etika Kewartawanan Malaysia (EKM), ia telah didokong sewaktu penggubalannya bukan sahaja oleh para pengamal media tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan berkaitan media. Ia telah diisytiharkan kepada umum oleh Tokoh Wartawan Negara yang pertama, Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail pada 20 Mei 1989.

Tetapi entah di mana silapnya, kewujudan etika itu tidak begitu diketahui ramai. Tentulah sayang sekali EKM yang sudah berusia lebih 20 tahun itu seolah-olah tidak lagi dipedulikan.

Menyedari hakikat tersebut, Malaysian Press Institute (MPI) telah membuat keputusan untuk
mengumpul, mencetak dan mengedarkan semula Kod Etika Kewartawanan Malaysia kepada dunia media. Edisi dwi bahasa kod itu - bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kini beredar di pasaran.

Pergolakan politik semasa di Malaysia memerlukan para wartawan untuk mengetahui dan memahami bahawa jika tanpa perwatakan yang beretika, para wartawan itu sendiri boleh memporak-perandakan keamanan dan kestabilan negara ini.

Wartawan yang berjaya adalah mereka yang telah meloloskan diri daripada bentuk pemikiran yang demikian supaya penilaian dan pelaporan mereka adalah tanpa prejudis dan lebih objektif. Konsep pekerjaan yang 'mentah' ini telah sedikit-banyak menimbulkan kerumitan pada dunia kewartawanan.

Perjuangan wartawan adalah untuk menyampaikan kebenaran tanpa halangan, namun mereka dibatasi oleh penetapan undang-undang sesebuah kerajaan. Oleh itu bukanlah benda baru jika undang-undang berkenaan dan hak asasi bersuara adalah di antara perdebatan utama dimana-mana negara demokratik zaman sekarang.

Tetapi para wartawan tidak harus salah faham. Terdapat perbezaan di antara undang-undang dan kod etika. Undang-undang itu adalah peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah negara demi keadilan, keselamatan atau kestabilan rakyatnya. Kod etika pula adalah berbentuk dalaman dan individu.

Amalan kod etika adalah penekanan kepada moral seseorang. Terdapat banyak contoh dimana perbuatan itu walaupun tidak dihukum oleh undang-undang, tetapi ia tetap dianggap sebagai kelakuan yang tidak beradab. Jika kod etika diambil sebagai asas atau prinsip pekerjaan maka telah ada peningkatan kepada perwatakan individu tersebut.

Buatmu sang Politik

Politik

Betapa kita boleh terpisah?
Langkit kelam dengan sejarah hitam
Dunia kita saling berlawanan.

Di antara kita ada sang pengkhianat
Siapa yang mengukur hakikat
Sedang manusia lemah kesempurnaan kudrat

Persaudaraan telah lama musnah! Jahanam!
Bukan sekdar omong 'carik-carik bulu ayam'
Kerna kesucian tujuan
Ditangan manusia terhumban

Hitung sejenak Adam telah meninggalkan Syurga
Zaman telah di mamah usia dunia
Kita semakin jauh hanyut dalam arus sengketa

Manusia seperti kelkatu bertebaran di angkasa
Dunia umpama bulan bulat sekadar satu cuma
Mengapa kita hilang arah, punca daya bancuan warna
Seperti bintang memancarkan cahaya ke bulan purnama

Berlagulah serunai hanya senafas hirup
Nyanyian persaudaraan dalam batin yang harus hidup
Meskipun antara kau dan aku berlainan fahaman dan pautan.

Tahniah Datuk Sri Mohd Shafie Apdal


Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal malam ini mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini.


Ini sekali gus menggantikan kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) pimpinan Tan Sri Musa Aman dalam tempoh 48 jam selepas hilang majoriti mudah.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas parti pimpinannya bersama PKR dan DAP memperoleh majoriti mudah iaitu 35 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila enam Anggota DUN dari BN iaitu empat dari UMNO dan dua dari UPKO berpaling tadah kepada parti Warisan.

Mohd Shafie, 61, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada pukul 9.11 malam dan menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Pada malam 10 Mei lepas, Musa, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Pengerusi BN Negeri, telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri bersama Presiden Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai timbalan ketua menteri, selain dua lagi timbalan ketua menteri dan tujuh menteri penuh. -Bernama

Berdasarkan peruntukkan undang-undang State Constitution of Sabah, TYT mempunyai kuasa
mutlak untuk membuat keputusan terhadap dua perkara sahaja iaitu; pembubaran DUN, dan perlantikkan CM.

TYT hanya perlu berpuas hati berdasarkan pembuktian yang dipersembahkan terhadap beliau bahawa CM (yang dilantik) telah kehilangan keupayaan "to command the majority confidence of the members" di dalam DUN, TYT boleh melantik orang lain yang telah berjaya memiliki "command of majority confidence in the DUN" sebagai CM yang baharu.

CM yang dilantik tetapi telah kehilangan command majority confidence tidak perlu meletak jawatan, sebab perlantikkan CM baru yang memiliki command of majority confidence akan secara automatic menyebabkan CM yang sebelum ini terlucut jawatannya.

Perkara ini sudah dijelaskan dan diputuskan di dalam kes Nizar vs. Zamry ketika krisis perlembagaan Perak pada PRU13. -BHarian

Berikut Biodata DSSA:
Nama: Datuk Mohd. Shafie Apdal
Tarikh lahir: 20 Oktober 1957
Tempat lahir: Semporna, Sabah
Jawatan: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Mohd. Shafie yang memiliki ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Staffordshire, England pernah menjadi ahli ekonomi di Kementerian Kewangan Sabah pada tahun 1982.

Berdasarkan kepada kebolehan dan kewibawaannya, Mohd. Shafie telah diberi kepercayaan bertanding di kawasan Parlimen Semporna pada tahun 1999. Beliau seterusnya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan pada Mac lalu. Kerjayanya sebagai menteri bermula pada 15 Mei 1995 apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan. Pada tahun 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kemudiannya dipindahkan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. Pada 27 Mac lalu beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pembabitan beliau dalam politik bermula dalam USNO pada tahun 1990.
Bagaimanapun apabila UMNO bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd. Shafie dipilih buat pertama kali sebagai ahli MT pada tahun 1996 dan mengekalkan jawatan itu pada pemilihan tahun 2000 Terpilih dengan mendapat 1,338 undi untuk tempat ketujuh. Pada tahun 2001 beliau menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan turut mengekalkannya pada pemilihan baru-baru ini. 
Dalam pilihan raya, pada tahun 1995 (Parlimen/Semporna) Menang dengan majoriti 12,218undi menewaskan Sabarudin Ombrah (PBS). Pada pilihan raya umum 1999 beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar iaitu 13,325 undi menewaskan Abdul Rahim @ Abdurahin (Bebas). 
Dalam pilihanraya lalu beliau berjaya dengan majoriti 12,266 undi menang ke atas empat calon lain.

Mohd. Shafie berkongsi hidup dengan Datin Shuryani Shuib dan mempunyai lima anak iaitu Mohd. Shazni, Sabrina, Shazwir, Mohd. Shashan dan Mohd. Shahmi.

Shafie berkongsi hidup dengan Datin Shuryani Shuib dan mempunyai lima anak iaitu Mohd. Shazni, Sabrina, Shazwir, Mohd. Shashan dan Mohd. Shahmi.
Kepada DSSA tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Kawad Maut: Perjalanan ngeri bunuh tawanan (SIRI 2)

MEMBONGKAR Sejarah Perang Duna II Tentera Jepun1942 - 1945


HARI-HARI terakhir tawanan di kem perang sebelum tentera Jepun menurunkan bendera putih mereka, tiada sudah tawanan perang yang menghuni Kem Tawanan Perang (POW) yang hanya terletak 12 kilometer dari pusat bandar Sandakan.

POW Sandakan telah musnah dibakar oleh tentera Jepun bagi menyembunyikan kekejaman yang mereka lakukan dalam tempoh empat tahun menduduki Sandakan.

Apabila tentera Jepun hampir dikalahkan, kebanyakan tawanan yang masih tinggal di kem itu telah diperintahkan melakukan tiga kali perjalanan maut memaksa tawanan melakukan kawad apabila Jepun mengetahui mereka hampir kalah dalam perang.

Image result for tawanan memulakan kawad mautTiga pasukan tawanan bergerak secara berkumpulan menggunakan pintu gerbang POW dalam tempoh enam bulan untuk sampai ke Ranau.

Kisah tragis ‘Death March’ yang melibatkan sejumlah 1,066 tawanan itu hanya enam orang tentera Australia berjaya melarikan diri daripada kawad berkenaan, yang akhirnya dapat kembali pulang ke tanah air. Dalam kisah tragis ini diceritakan tiada seorang pun tentera British yang terselamat.

Menyelongkar kisah tragis ini, penulis turut mendapatkan fakta dan bukti di sebalik cerita sejarah ini dari Leftenan Leslie Bunn Glover serta melawat sendiri Taman Peringatan Sandakan yang merupakan tapak POW.

Pada Perang Dunia Kedua, para tawanan Australia dan British ditawan oleh tentera Jepun antara tahun 1942 dan 1943 di mana lebih kurang 2,700 tentera bersekutu melalui pintu gerbang POW Sandakan.

Namun, sejumlah tentera dipindahkan pada tahun 1943 dan 1944, dan terdapat 1,793 warga Australia dan 641 British yang tinggal di POW Sandakan pada masa itu.

KEMBALI KE SANDAKAN SETELAH 63 TAHUN

“Tanggal 15 Ogos adalah tarikh yang sentiasa diingati oleh pejuang Perang Dunia Kedua (War II), Leftenan Leslie Bunn Glover.

Leslie yang terselamat dari kekejaman yang di- lakukan oleh tentera Jepun di Sandakan kembali setelah 63 tahun perang tamat.
Image result for tawanan memulakan kawad maut
“Saya tetap mengingati tragedi itu dan setiap tanggal 15 Ogos saya akan datang ke Sabah untuk tujuan sematamata ingin melihat semula tapak POW yang kini telah dijadikan sebagai Taman Peringatan Sandakan,” katanya.

Menceritakan kisah sedih itu, Lislie mengakui bukan mudah untuk melupakan segala apa yang berlaku di Sandakan semasa penjajahan tentera Jepun.

“Semasa penjajahan Jepun, saya telah dijadikan tawanan pada usia 20 tahun. Amat tersiksa dan bagai tiada penghujungnya pada masa itu,” katanya.

Beliau dihukum sebagai buruh paksa oleh tentera Jepun di POW Sandakan bagi membina landasan kapal terbang sebelum dihantar ke POW di Kuching sehingga tamat perang.

Selama tempoh hampir empat tahun menjadi tawanan tentera Jepun, Leslie memberitahu dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan untuk kembali ke negeri Sabah bagi melihat semula tapak kem bersejarah di Sandakan.

“Saya menjejak kaki buat pertama kali ke Sandakan bagi menghadiri sambutan Hari Peringatan Sandakan. Kepulangan pertama saya ke POW Sandakan begitu banyak kenangan sedih, pengalaman yang menyakitkan kerana saya kehilangan terlalu ramai kawan-kawan pada masa itu,” jelasnya.

Leslie begitu berasa teruja dengan keindahan yang menakjubkan apabila melihat pembangunan Sandakan berbanding dengan tahun dia dibawa ke POW San- dakan oleh tentera Je- pun.

“Apabila saya datang ke sini sebagai tawanan, Sandakan hanya sebuah kampung, sudah tentu terdapat bangunan dibina semasa era British tetapi secara amnya, kebanyakan tempat dikelilingi oleh hutan di sekitar sini dan sekarang Sandakan mendadak dibangunkan.

“Saya berasa bangga kerana dapat kembali ke Sandakan sebagai salah satu tawanan yang terselamat dan apa yang saya lakukan seperti melakukannya untuk memperingati rakanrakan saya yang meninggal dunia di sini,” katanya.

Leslie yang setiap tahun hadir pada sambutan Hari Peringatan Sandakan telah mendedahkan diarinya bahawa dia telah menulis sebuah buku yang menceritakan keperitan, kesengsaraan dan kematian semasa menjadi tawanan di POW Sandakan.

Dalam buku itu juga, Leslie menceritakan pengalaman peribadi beliau yang pertama di dua kem tawanan itu serta menceritakan apa yang dilaluinya dalam menempuh kehidupan sebelum dan selepas perang.

Leslie juga menulis dalam bukunya itu tentang beberapa rakan seperjuangannya yang gugur sebagai tawanan yang disifatkannya mereka adalah wira perang.

TAMAN PERINGATAN SANDAKAN TINGGALAN SEJARAH BERHARGA

Kesan tinggalan bangunan dan peralatan yang digunakan semasa penjajahan tentera Jepun masih lagi boleh dijumpai di kawasan ini.

Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta rakan-rakan orang-orang tawanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingati tawanan yang terkorban semasa penjajahan Jepun.

Penulis turut telah berpeluang melawat ke taman itu yang menyimpan sejarah perang yang amat berharga bagi tatapan generasi akan datang dalam menghargai keamanan.

Apabila memulakan langkah untuk masuk melalui pintu utama taman berkenaan, penulis dapat melihat di bahagian kanan pintu masuk itu terdapat papan tanda yang tertulis kisah kesengsaraan tawanan tentera Australia, British dan orang tempatan yang terpaksa melalui kekejaman tentera Jepun bermula tahun 1942.

Image result for tawanan memulakan kawad maut
Taman yang dihiasi dengan pelbagai tanaman bunga-bungaan dan sebuah tasik yang membentangi perjalanan pelawat tidak memberi sebarang gambar pada mata kasar penulis tentang penderitaan yang tertulis selepas khayal seketika dengan keindahan yang ada dalam taman berkenaan.

Apabila memulakan perjalanan itu, penulis telah singgah sebentar ke bangunan menjual cenderahati.

Ketika meneruskan perjalanan telah menemui kesan bersejarah yang telah ditanda nombor satu destinasi para pelawat melihat sebuah mesin pengorek parit. Mesin ini telah disita oleh pihak tentera Jepun untuk digunakan semasa membina lapangan terbang tentera Jepun pada masa itu.

Apabila mesin itu diletakkan berhampiran sebuah loji tenaga untuk diperbaiki, mesin berkenaan telah disabotaj oleh salah seorang tahanan tentera Australia. Sehingga hari ini, mesin berkenaan masih lagi terletak berhampiran dengan tapak loji tenaga itu.

Berjalan untuk ke destinasi kedua, penulis dapat melihat bahagian mesin wap (dandang) dan sebuah alternator yang masih tinggal di tapak loji tenaga berkenaan.

Loji tenaga yang dibina oleh pihak British ini sebelum penjajahan Jepun digunakan untuk lampu perimeter kem dan lampu dalam bangunan-bangunan kem. Loji yang menghasilkan 110 volt ini dijadikan yang terpenting kepada tawanan perang sebagai rangkaian rahsia bagi mengadakan siaran radio rahsia pada tahun 1942 hingga 1943.

Mengikut catatan sejarah, para tawanan Australia telah dikenali sebagai Chan Ping atau lebih mesra dengan panggilan Ah Ping, supaya menambah bekalan berkenaan pada waktu petang bagi mencapai voltan yang mencukupi untuk mengadakan siaran radio rahsia.

Melihat kepada ketigatiga besi buruk itu, penulis menyifatkan ia merupakan peninggalan sejarah yang amat berharga kepada generasi masa akan datang untuk mengetahui sejarah Sandakan yang pernah dijadikan sebagai kem tawanan tentera semasa zaman penjajahan Jepun.

Penjagaan yang rapi perlu dibuat oleh pihak kerajaan terhadap tiga benda berkenaan walaupun hanya dilihat sebagai besi buruk.

Mesin pengorek, dandang dan alternator itu telah menceritakan sejarah POW yang telah memberi kesan pahit kepada tiga buah negara iaitu Malaysia, Australia dan British.

Penulis kemudiannya meneruskan langkah dengan menaiki tangga yang dikelilingi pokok-pokok besar sebelum sampai ke mini muzium taman itu.

Ketika melangkah masuk muzium taman itu banyak mempamerkan gambar serta cerita dan replika POW Sandakan yang menggambarkan kesedihan tawanan pada masa itu.

Terletak sebelah kiri mini muzium itu terdapat dua buah bekas tangki air konkrit yang merupakan bekalan air yang dibina oleh pentadbiran British sebelum perang dunia kedua.

Semasa penjajahan Jepun, tangki air konkrit ini telah dijadikan sebagai sumber air yang penting dalam kem tahanan ini. Tangki-tangki air itu telah diberi bumbung oleh pihak Jepun bagi memastikan bekalan air disitu sentiasa bersih.

Pihak Jepun juga menggunakan sumber air sungai dan paya yang terletak di pintu masuk taman ini sebagai sumber air yang dipamkan ke kem berkenaan.

Melihat kepada tangki air konkrit itu, penulis membayangkan dan dapat merasai keperitan yang ditanggung oleh para tawanan pada masa itu.

Meneruskan penjelajahan di taman itu, penulis telah sampai ke destinasi keempat yang meletakkan sebuah Tugu Peringatan Granit. Tugu ini mempunyai ukiran reka bentuk bunga yang melambangkan penduduk dari tiga negara yang menderita di Sandakan semasa Perang Dunia Kedua.

Tapak Tugu Peringatan Granit ini merupakan bekas tapak pokok besar yang pernah dijadikan tempat berbual-bual para tawanan yang sakit di hospital. Para tawanan sakit ini yang tidak dapat melelapkan mata akan duduk di celah-celah akar banir pokok berkenaan sebelum berborak panjang.

Pokok besar yang musnah setelah perang tercetus itu juga pernah dijadikan sebagai tempat menyembunyikan barangbarang berharga para tawanan perang berkenaan.

Tugu Peringatan ini akan dikelilingi kalungan bunga pada sambutan Hari Peringatan Sandakan setiap 15 Ogos yang akan dihadiri oleh keluarga tawanan dan wakil kerajaan dari tiga negara yang terlibat.

Setelah puas mengelilingi Tugu Peringatan itu, penulis kemudiannya beredar ke destinasi kelima taman berkenaan yang menempatkan stor dan dapur kuartermaster Jepun.

Hanya kelihatan bekas sebuah tangki air dan bidur konkrit yang masih ada di situ. Tangki air dan bidur konkrit berkenaan terletak bersebelahan dengan kuartermaster Jepun pada masa itu. Bekalan makanan akan disimpan di situ kecuali bekalan beras yang akan disimpan di bawah rumah komandan Kapten Hoshijima. Bekalan beras ini tidak pernah sampai kepada para tawanan.

Tidak jauh dari situ, destinasi keenam atau yang terakhir menceritakan kem Sandakan ini ialah pintu gerbang utama dan jalan keluar pada tahun 1943 hingga 1945.

Penulis kemudiannya beredar dari Taman Peringatan Sandakan untuk melihat satu lagi tugu yang juga penting mengisahkan lokasi perjalanan kawad maut yang membabitkan 1,066 orang tawanan.

Dalam 4 kilometer dari Taman Peringatan Sandakan, tugu berkenaan terletak dalam kawasan Lapangan Terbang Sandakan di mana penulis dapat melihat tulisan pada tugu ini yang menceritakan keperitan dan kesengsaraan para tawanan terlibat dalam pembinaan landasan kapal terbang.

Hari ini, mayat tawanan perang yang ditemui di Sandakan, Ranau dan sepanjang jalan kawad maut telah disemadikan di perkuburan perang Suruhanjaya Kubur Perang Komanwel di Labuan selepas dipindahkan dari perkuburan Sandakan. -Sumber Utusan Borneo

Kawad Maut: Sandakan dan Ranau POW Champ 1942 1945 (SIRI 1)

Menyingkap kembali sejarah lama kita sedia maklum Sabah kaya dengan kisah sejarah yang mungkin telah dilupakan atau ada yang tidak pernah kisah tentang sejarah ini. Ikuti cerita sejarah yang kian dilupakan.

The Sandakan and Ranau POW Camps and The Death Marches 1942 - 1945 - SIRI 1


“Empat tahun cukup lama dan satu catatan sejarah hitam buat kami rakyat yang ditindas ketika penjajahan tentera Jepun di Sandakan.

“Bagai tiada waktu siang,” begitulah kisah yang mampu digambarkan ketika waktu penjajahan tentera Jepun di Sandakan semasa Perang Dunia Kedua bermula pada 19 Januari 1942 hingga 19 Oktober 1945.

Keperitaan yang dialami ketika itu berubah sebaik saja kemunculan Briged Divisyen Ke-9 tentera Australia berjaya menawan semula bandar ini dari tentera Jepun.

Kisah penderitaan rakyat dari kezaliman terhadap tawanan yang dilakukan oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua (War II) itu terus menjadi lipatan sejarah yang tidak ingin diulangi bagi keluarga mangsa tawanan perang dan penduduk di bandar Sandakan.

Kesan paling kejam yang masih diingati sehingga hari ini ialah ‘Kawad Maut’ yang dikenali dengan kisah pilu menyayat hati ‘Death March’ dimana tentera Jepun telah memaksa sejumlah 1,066 orang tawanan perang bergerak secara berkumpulan dari Kem Tawanan Perang (POW) Sandakan ke Pekan Ranau yang meragut nyawa lebih 1,000 orang sejauh 260 kilometer.

Lipatan sejarah pahit itu pada 1945 hingga hari ini, telah mengungkap lembaran cerita 71 tahun.

Kesan penjajahan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua (World War II), sehingga hari ini masih boleh dilihat dan kisahnya menyimpan seribu sejarah hitam dalam ingatan keluarga tawanan yang meninggal dunia, begitu juga tawanan yang terselamat dari kalangan penduduk tempatan di Sandakan.

Sandakan merupakan sebuah bandar yang telah dijadikan oleh tentera Jepun sebagai POW utama di rantau Asia.

Sehubungan dari kesan itu, tapak POW bagi tawanan Australia dan British, juga menyimpan kisahnya apabila lokasi gelap itu dijadikan landasan lapangan terbang untuk kemudahan tentera Jepun dari tahun 1941-1945.

Image result for sandakan pada era 70-an
Pembinaan landasan lapangan terbang Sandakan oleh tentera Jepun juga turut memaksa tawanan perang di POW yang terletak di Batu 7 itu menjadi buruh paksa bagi menyiapkan dua buah landasan lapangan terbang berkenaan.

Dari tahanan itu, 2,000 orang adalah tahanan Australia dan 750 orang British. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1944, pada bulan September jumlah tahanan itu berkurangan ke 1,800 orang Australia dan 600 orang British di pusat tahanan berkenaan.

Semua tawanan perang telah diarahkan membina lapangan terbang dengan menggunakan peralatan tangan di kawasan yang berpaya. Lapangan terbang ini dibina adalah amat penting bagi tentera Jepun untuk tempat mengisi minyak angkatan udara mereka sebagai satu langkah memperkuatkan pertahanannya di kawasan Timur.

Kira-kira 4,000 orang buruh bangsa Jawa juga turut bekerja membina lapangan terbang berkenaan. Akhirnya dua buah landasan lapangan udara itu siap dan digunakan oleh tentera Jepun.

POW ini juga mempunyai sejarah paling hitam dimana peristiwa kawat maut Sandakan di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini merupakan peristiwa yang sentiasa diingati oleh keluarga tawanan perang dan penduduk di bandar ini kerana telah mengorbankan ramai tawanan yang terdiri dari tentera Australia dan British.

Kesan peperangan dunia kedua ini masih dapat dilihat di sini yang kini lokasi berkenaan ada dijadikan sebagai kunjungan pelancong.

Tetapi ramai orang tidak mengetahui di Sandakan terdapat beberapa lokasi kesan sejarah perang dunia kedua yang masih dapat dilihat sehingga hari ini.

Dalam mengingati kisah tragis tawanan dan kini ia menyimpan kesan sejarah perang, Taman Peringatan Sandakan yang merupakan tapak POW Batu 7, ini telah dibangunkan dari tahun 1986.
Pelbagai versi cerita perang (WAR II), diolah untuk tatapan umum, bagaimanapun versi cerita oleh penulis ketika ini masih lagi menjadi tatapan umum apabila kisah tragis berusia 71 tahun kini menjadi artifak perang.

Setiap 15 Ogos, Sambutan Hari Peringatan Sandakan diadakan bertujuan memperingati para tawanan Australia dan British yang terkorban ketika menjadi tawanan tentera Jepun semasa perang dunia kedua di Sandakan.
Penulis juga telah menjejaki beberapa lokasi lain yang mempunyai nilai sejarah perang serta menyimpan peninggalan sejarah perang dunia kedua di Sandakan.

Ini termasuklah tapak landasan kapal terbang yang kini dijadikan Lapangan Terbang Sandakan dan cerita keperitan bekas tawanan juga turut ditulis oleh penulis dalam siri 2 dan siri 3.

Manakala penulis juga membongkar cerita kesan-kesan perang dunia kedua yang terdapat di Pulau Berhala, Pulau Langkayan, Masjid Jamek Al-Sheikh Hasbullah Al-Tohiri dan Sungai Muanad yang masih ramai tidak mengetahui terdapat kesan sejarah perang yang berlaku di kawasan itu dalam siri 4, 5 dan 6.

SEJARAH SANDAKAN

Penulis telah menemui Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsan Haji Awang Supain bagi mengetahui sejarah bandar Sandakan. Beliau berkata semasa pentadbiran tentera Jepun, nama Elopura digunakan semula untuk bandar ini sehingga tamat peperangan dua kedua.

Dari sudut sejarah, bandar Sandakan pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British.

Mohd Hamsan berkata Sandakan merupakan sebuah daerah yang terkenal sebagai pintu masuk pelancongan di negeri Sabah kerana memiliki destinasi-destinasi eko-pelancongan yang terbanyak di negeri Sabah seperti Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Taman Peringatan Sandakan, Taman Pulau Penyu, Rumah Agnes Kieth, Masjid Jamek Al-Sheikh Hasbullah Al-Tohiri, Gereja St. Micheal dan lain-lain lagi.

Pada awal tahun 1870-an, pantai timur Sabah pada masa itu dikatakan berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu.

Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan Sandakan ditubuhkan oleh William Clarke Cowie, seorang penyeludup senjatapi berbangsa Scotland dari Glasgow telah menamakan penempatannya sebagai ‘Sandakan’, iaitu istilah bahasa Sulu bagi ‘tanah yang digadai’, namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai ‘Kampung German’ kerana kehadiran sebilangan besar orang Jerman yang di situ.

Mohd Hamsan memberitahu Kampung German terletak di Pulau Shanghai telah musnah terbakar pada 15 Jun 1879 yang telah memaksa Residen British yang baharu pada masa itu, William B. Pryer memutuskan untuk tidak membina semula kampung berkenaan sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879.

“Apabila berpindah ke Buli Sim-Sim, William telah menamakan penempatan baharu itu sebagai ‘Elopura’, yang bermaksud bandar yang indah. Beberapa tahun kemudian, nama Elopura ditukar semula kepada ‘Sandakan’ sehingga hari ini,” katanya.

SANDAKAN MUSNAH DI BOM

Penjajahan tentera Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia Kedua bermula pada 19 Januari 1942 dan hanya bertahan sehingga pada 19 Oktober 1945 selepas sebuah Briged Divisyen Ke-9 tentera Australia berjaya menawan semula bandar ini dari tentera Jepun.

Beliau berkata semasa pentadbiran tentera Jepun, nama Elopura digunakan semula untuk bandar ini sehingga tamat peperangan dua kedua.

“Antara kezaliman yang dilakukan oleh tentera Jepun pada ketika Perang Dunia Kedua yang menjadi sejarah hitam terhadap keluarga tawanan dan penduduk di bandar ini ialah Kawat Maut yang mana tentera Jepun memaksa sekitar 1,066 orang tawanan perang berpindah ke Pekan Ranau dengan berjalan kaki sejauh 260 kilometer dari Pusat Tawanan Perang Batu 7 ke Ranau,” katanya.


Mohd Hamsan berkata tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor dan kebanyakan mereka ini mati sama ada akibat penyakit disenteri atau dibunuh oleh pengawal penjara tentera Jepun.

“Semsa Perang Dunia Kedua, para tawanan Australia dan British ditawan oleh Tentera Jepun antara tahun 1942 dan 1943 dimana lebih kurang 6,000 orang tentera sekutu melalui pintu gerbang Kem Tawanan Sandakan,” katanya.

Namun, katanya sejumlah tentera dipindahkan ke Ranau pada tahun 1943 dan 1944, seramai 1,793 orang Australia dan 641 orang British yang tinggal.

“Daripada semua kem di mana pihak Jepun menawan tawanan perang, Sandakan yang paling mengerikan. Sebabnya - pada hari-hari terakhir perang, semasa pihak Jepun mula memikirkan kekalahan mereka yang akan berlaku, dan kerana takut ditakluki, mereka memutuskan untuk memindahkan para tawanan ke Jesselton (nama lama Kota Kinabalu),” jelasnya.

Mohd Hamsan memberitahu terdapat tiga pasukan tawanan secara berasingan berangkat selama tempoh enam bulan untuk berkawat ke Ranau yang mana kesemua mereka berangkat dari pintu gerbang kem tawanan ini.

“Antara 1,066 tawanan yang berangkat, hanya enam yang pulang ke Australia dengan selamat. Tiada seorang pun tentera British yang terselamat,” katanya.

Beliau berkata dua orang berjaya melarikan diri pada bulan Julai 1945 semasa kawat kali kedua. Mereka ialah Askar Meriam Owen Campbell dari Rejimen Lapangan Australia ke 2/10 dan Kopral Meriem Richard Dick Braithwaite dari Rejimen Lapangan Australia ke 2/15.

”Manakala empat orang lagi berjaya melarikan diri pada bulan Julai semasa di Ranau ialah Prebet Nelson Short (Batalion ke 2/18), Pegawai Waran Wil- liam Hector Bill Sticpewich (Kor Angkatan Tentera Darat Australia), Prebet Keith Botterill (Batalion ke 2/19) dan Lans Koperal Meriam William Bill Moxham (Rejimen Lapangan Australia ke 2/15),” katanya.

Setelah tamatnya perang, Mohd Hamsan berkata Bandar Sandakan ranap keseluruhannya akibat pengeboman tentera sekutu dan sebahagiannya lagi oleh tentera Jepun.

Oleh itu, katanya Sandakan yang sebelum itu menjadi ibu negeri Sabah dan merupakan pusat perdagangan Tanah Jajahan British pada tahun 1946. Pentadbiran Borneo Utara telah menukar ibu negeri Sabah untuk dipindahkan ke Jesselton dimana kini dikenali sebagai Kota Kinabalu.

“Walaupun menjadi bandar kedua terpenting selepas peperangan dunia kedua, Bandar Sandakan kemudiannya kembali membangun dan menjadi pelabuhan kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata pelabuhan ini penting untuk eksport kayu balak, koko, kopi, gentian manila, sarang burung dan sagu.

“Sandakan juga adalah antara bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur. Pada Januari 2003, Sandakan Harbour Square, sebuah projek pembaharuan bandar, dilancarkan untuk cuba menghidupkan kembali pusat bandar sebagai pusat komersil utama di Sandakan,” katanya. Mohd Hamsan menambah projek ini akan menampilkan sebuah pasar besar dan pasar ikan yang baharu dan telah siap pada tahun 2006.

“Sebuah pusat membelibelah yang dikenali sebagai Sandakan Harbour Mall dengan memiliki hotel taraf lima bintang serta lot-lot kedai 3 dan 4 tingkat serta panggung wayang terdapat di bandar baharu ini,” katanya. -Sumber Utusan Borneo