Ketahui Kod Etika Kewartawanan

Seharusnya dalam arus kemodenan ketika ini cabaran menyampaikan maklumat atau berita amatlah mencabar, apa lagi kerjaya anda sebagai seorang wartawan. Jika anda adalah seorang yang berpendidikan di bidang media massa, tentu akan mempelajari kod etika kewartawanan.


Apa itu kod etika kewartawanan?

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007) , wartawan ialah orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Manakala kewartawanan ialah yang berkaitan dengan bidang tugas atau kegiatan wartawan, segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Secara umumnya wartawan didefinisikan sebagai pemberita samada mereka bertugas di media cetak ataupun media elektronik. Wartawan terbahagi kepada tiga golongan iaitu (H.M.Tuah Iskandar, 1990)

KEWARTAWANAN tidak wujud dalam kekosongan sosial. Selain terikat dengan hukum-hukum negara, para karyawan bidang itu, baik yang bergelar pengarang, pemberita, penyunting, jurugambar, wartawan dan sebagainya juga dipandu oleh etika yang pematuhannya adalah secara sukarela. Jika difahami dengan betul, kehadiran kod etika ini bukan untuk menyekat kebebasan, tetapi sebaliknya untuk menegakkan kebebasan itu sendiri.

Di negara ini, satu kod etika untuk wartawan telah disepakati pada 1989. Dikenali dengan nama Kod Etika Kewartawanan Malaysia (EKM), ia telah didokong sewaktu penggubalannya bukan sahaja oleh para pengamal media tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan berkaitan media. Ia telah diisytiharkan kepada umum oleh Tokoh Wartawan Negara yang pertama, Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail pada 20 Mei 1989.

Tetapi entah di mana silapnya, kewujudan etika itu tidak begitu diketahui ramai. Tentulah sayang sekali EKM yang sudah berusia lebih 20 tahun itu seolah-olah tidak lagi dipedulikan.

Menyedari hakikat tersebut, Malaysian Press Institute (MPI) telah membuat keputusan untuk
mengumpul, mencetak dan mengedarkan semula Kod Etika Kewartawanan Malaysia kepada dunia media. Edisi dwi bahasa kod itu - bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kini beredar di pasaran.

Pergolakan politik semasa di Malaysia memerlukan para wartawan untuk mengetahui dan memahami bahawa jika tanpa perwatakan yang beretika, para wartawan itu sendiri boleh memporak-perandakan keamanan dan kestabilan negara ini.

Wartawan yang berjaya adalah mereka yang telah meloloskan diri daripada bentuk pemikiran yang demikian supaya penilaian dan pelaporan mereka adalah tanpa prejudis dan lebih objektif. Konsep pekerjaan yang 'mentah' ini telah sedikit-banyak menimbulkan kerumitan pada dunia kewartawanan.

Perjuangan wartawan adalah untuk menyampaikan kebenaran tanpa halangan, namun mereka dibatasi oleh penetapan undang-undang sesebuah kerajaan. Oleh itu bukanlah benda baru jika undang-undang berkenaan dan hak asasi bersuara adalah di antara perdebatan utama dimana-mana negara demokratik zaman sekarang.

Tetapi para wartawan tidak harus salah faham. Terdapat perbezaan di antara undang-undang dan kod etika. Undang-undang itu adalah peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah negara demi keadilan, keselamatan atau kestabilan rakyatnya. Kod etika pula adalah berbentuk dalaman dan individu.

Amalan kod etika adalah penekanan kepada moral seseorang. Terdapat banyak contoh dimana perbuatan itu walaupun tidak dihukum oleh undang-undang, tetapi ia tetap dianggap sebagai kelakuan yang tidak beradab. Jika kod etika diambil sebagai asas atau prinsip pekerjaan maka telah ada peningkatan kepada perwatakan individu tersebut.

No comments: