Tiada lagi Fixed Deposit BN
Setelah sekian lama BN memerintah dinegeri Sabah kini berakhir sudah legasi BN di bumi bawa bayu ini. Kemasukan UMNO ke sabah pada awal tahun 90-an menjadi pencetus senario politik di Sabah ketika itu, sehinggalah beberapa parti tempatan di Sabah memasuki perikatan yang di namakan Barisan Nasional (BN). Umumnya rakyat tempatan inginkan sesuatu pembaharuan kepada negeri sabah itu sendiri. Sejak pemerintahan BN di Sabah pelbagai desas desus isu dibangkitkan terutama sekali berkenaan dengan isu pembangunan ekonomi dan perbezaan ketara antara bumi semenanjung dengan Sabah.
Sejarah Pemerintahan BN-UMNO di Sabah
Sejak merdeka, Sabah diperintah oleh Sabah base party, sehinggalah tahun 1994. Berasaskan kepada pemerintahan itu, rakyat Sabah mampu menilai pencapaian pemerintahan Sabah Base Party berbanding dengan kemasukkan Umno dan mula memerintah pada tahun 1994, selepas Parti PBS tumbang, kerana kehilangan majoriti di DUN Sabah.
Jika dilihat dari bermulanya Parti USNO di bawah pimpinan Tun Datu Mustapha, terdapat ‘Pengislaman Paksa’ yang yang telah menjejaskan kedudukan parti itu sendiri. Rakyat yang diislamkan ini diberikan sedikit wang, sejadah, al-quran lalu mengucaplah kalimah syahadah beramai-ramai. Hal ini menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat ‘non-muslim’ lalu membawa kepada kekalahan teruk USNO pada 1976.
Kekalahan ini adalah hasil pembaharuan dalam kempen pilihanraya BERJAYA yang dipimpin oleh Datuk Harris Salleh yang telah menjawat Ketua Menteri Sabah pada 1976 sehingga 1985. Parti BERJAYA juga hasil perjuangan permata kita yang telah terkorban pada peristiwa ‘DOUBLE 6’ iaitu Tun Fuad Stephens, Datuk G.S Sundang dan Datuk Peter Mojuntin. Mereka mati untuk mempertahankan maruah bangsa dari dicemari anasir luar yang kotor dan berniat untuk mengambil kesempatan ke atas kekayaan bumi Sabah.
Parti BERJAYA juga tidak bertapak lama di Sabah setelah Datuk Joseph Pairin Kitingan telah memimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan jayanya. PBS keluar dari belenggu BERJAYA dan membentuk kerajaan campuran yang begitu mantap dan telah menerajui negeri di bawah bayu dari 1985 sehingga 1994.
Perjuangan PBS pada masa itu merupakan sejarah yang paling manis bagi rakyat tempatan kerana atas dasarnya yang tidak mengetepikan mana-mana bangsa mahupun agama. Perjuangan pada masa itu adalah berbekalkan semangat. Keinginan rakyat untuk berubah adalah faktor penting yang telah menyingkirkan BERJAYA. 20 Perkara itu adalah manifesto penting kepada perjuangan PBS kerana perkara ini melibatkan kepentingan rakyat Sabah sebagai penduduk asal. Ia dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat – Sabah, British, Malaya, Sarawak dan Singapura sebagai syarat-syarat bagi Sabah untuk menjadi sebahagian dari Malaysia.
Walau bagaimanapun, PBS tidak dapat bertahan lama setelah UMNO merampas kuasa pada 1994. Perkatan ‘melompat parti’ telah membawa kepada kejatuhan politik di negeri ini. Pengorbanan masyarakat telah dikhianati setelah beberapa calon PBS telah melompat ke parti Malaya yang dipanggil Barisan Nasional. Terdapat banyak kesulitan dan juga ketidak adilan yang telah berlaku pada pilihanraya 1994 ini. Namun, masa makin melangkah jauh dan kini kita telah sampai ke tahun 2007 yang sudah mula panas akan bahang pilihanraya.
Sehingga tahun 1994, jarang sekali kita melihat bumiputera yang tidak mempunyai kaitan dengan orang-orang politik menjadi kaya. Pada masa itu, hanya orang-orang yang mempunyai kaitan dengan politik yang merasakan kekayaan, kerana habuan kawasan kayu balak, dan projek-projek nego yang diberikan atas hubungan politik.
Syed Kechik kaya kerana hubungannya dengan Tun Mustapha, Dr Jeffery kaya raya kerana hubungannya dengan kerajaan PBS, sehingga tahun 1990, orang-orang politik pun tidak mengalami lonjakan kekayaan, malah ada yang menjadi ADUN atau MP berpenggal-penggal namun kekayaan mereka, tidaklah seberapa. Namun, selepas UMNO memerintah, ramai bumiputera termasuk para ADUN menjadi kayaraya.
Kemelut Politik di Sabah.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan UMNO serta sanggup kehilangan gaji.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.
"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan UMNO Barisan Nasional.
"Kerana saya lihat dalam UMNO sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soal kroni serta melibatkan kewangan,"
Bbeliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.
Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari UMNO kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.
"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.
"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung,"
Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama UMNO apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin UMNO-BN terus membolot kekayaan.
"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.
"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan,"
Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh UMNO-BN yang lebih mementingkan kroni.
"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.
"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan,"
Lajim mengatakan ada satu janji UMNO-BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.
Warisan Pikat Hati Rakyat
Mesej Sabah Ubah benar-benar memikat hati rakyat Sabah yang inginkan perubahan dan keseimbangan pembangunan dan juga sosio-ekonomi rakyat Sabah.
Berdasarkan 13 teras utama manifesto yang dibentangkan kepada rakyat jelas menunjukkan parti Warisan membawa mesej jelas suara rakyat Sabah.
13 TERAS UTAMA MANIFESTO PARTI WARISAN SABAH
PRU14 pada 9 Mei 2018 jelas membuktikan hampir keseluruhan negeri Sabah kemenangan DUN dan Parlimen di menangi oleh Warisan.
DUN | ||
---|---|---|
BN | 29 | (60) |
Pas | 0 | (18) |
PKR | 2 | (8) |
DAP | 6 | (7) |
Warisan | 21 | (45) |
Solidariti | 2 | (20) |
PHR | 0 | (26) |
PKS | 0 | (16) |
PCS | 0 | (18) |
PPRS | 0 | (9) |
Anak Negeri | 0 | (9) |
SAPP | 0 | (5) |
USNO | 0 | (2) |
PAN | 0 | (1) |
Bebas | 0 | (8) |
Parlimen | ||
---|---|---|
BN | 10 | (24) |
Pas | 0 | (8) |
PKR | 3 | (6) |
DAP | 3 | (3) |
Warisan | 3 | (3) |
Solidariti | 1 | (5) |
PHR | 0 | (14) |
PKS | 0 | (0) |
PCS | 0 | (8) |
PPRS | 0 | (3) |
Anak Negeri | 0 | (2) |
SAPP | 0 | (2) |
USNO | 0 | (2) |
PAN | 0 | (1) |
No comments:
Post a Comment