Journal 2014 - # 510

Hi uols!! Salam Keamanan salam kedamaian, hari ni kira double entri utk weblog aku kali ni x sabar nk share apa yg aku rasa patut d buat. Memandangkan isu ini aku pandang serius dan tiada kesudahan tindakan undang-undang diambil maka dengan ini saya mengambil keputusan berani walaupunn secara individual d sini tp harus aku akui isu ini adalah isu yg cukup menyinggung sume pihak!

8 tahun aku merantau d bumi semenanjung Malaysia ni utk mencari rezeki secara aman tanpa ada sebarang tomahan dan provokasi, walaupun isu ini ada setengah pihak pandang enteng tp smpi bila bumi borneo di hina di caci sewenang-wenangnya. Persoalan aku apakah bumi borneo ni bkn sebahagian drpd Malaysia yg mereka-mereka yg x beretika ini sanggup menghina dgn rasa bangga.

Bukan menunjuk 'SIAPA HERO SIAPA ZERO' tp kebenaran, keadilan perlu di tegakkan oleh pemimpin yg sewajarnya. Mungkin undang-undang cyber sedia ada tidak mencukup kuat faktanya atau undang-undang Fitnah & Hasutan perlu di perhalusi lagi sehingga dikaitkan dengan akta jenayah cyber!
Balai Polis Bandar Sri Damansara
Jika pagi td aku telah mengambil langkah utk membuat aduan SKMM secara online tengahari tadi aku bergegas ke Balai Polis Bandar Sri Damansara utk meneruskan niat ini. Aku x nk org kata cakap byk.. propa lebih serupa tin kosong, so inisiatif ini aku ambil sbg hak aku bersuara dan tanggungjawab aku sbg anak pribumi Sabah walaupun aku berketurunan Brunei tp hakikatnya aku tahu apa yg aku perlu lakukan.

Salinan aduan SKMM
Salinan laporan Polis
Oleh itu, jgn perlekehkan setiap aduan atau apa saja laporan yang diterima perlu di siasat sama ada bendar atau pun palsu utk kepentingan keamanan negara sendiri. Aku perlu sokongan drpd kawan2 khususnya dr Negeri Bawa Bayu n Negeri jiran iaitu Sarawak Bumi Kenyalang utk terus bersuara. Mungkin kekuatan aku lebih kpd dunia blogger ini so bermula episode ini aku akan terus menerus menulis isu Penghinaan yg melampau.

AMARAN KERAS!! utk mereka2 yg bermulut longkang sila hentikan sentiment ini, jgn sesakli melempar sebarang kata-kata kesat dan nista korg pd bumi borneo ini, Kita sume d bawah rumpun Malaysia kita bangsa Malaysia kenapa harus mencaci menghina negeri org sesuka hati!! 

Setelah lebih 50 Tahun merdeka masih lagi ka ada perasaan perkauman antara bumi semenanjung dgn bangsa borneo?? Jangan jadi kolot serupa buta sejarah Malaysia...

1 comment:

Lonly said...

Assalam, btul tu, sama juga saya, walaupun bukan 100% sabah, tapi negeri kita ni sepatutnya tidak di pijak macam tu skali.. knapa? hina sgt ka sabah ni dgn loghat originalnya? apa yg truk sgt pasal sabah? padahal sabah salah satu punca hasil kekayaan Malaysia. belum lagi lau di bangkitkan pasal keistimewaan rakyat sabah yg d persetujui pada berapa puluh tahun yg dahulu.. kalau sabah ni xbersama Malaysia xkemana jua tu semenanjung.. mungkin kalau xbersama Malaysia pun, dgn Brunei Darussalam negara terdekat mesti dah ambil Sabah masuk sekutunya.. apa pun Proud to be Sabahan mix Bruneian...