Hi uols!! Salam keamanan, mungkin minggu ini miggu aku bercerita pasal GST.. Bkn apa kita harus faham apa itu GST sebenarnya, bkn setakat dgr drpd ckp2 org namun pengetahuan drpd membaca dapat membantu kita memahami apa itu GST, kenapa GST d laksanakan dan GST sebenarnya utk apa? Jom baca..
GST Rahmat Tersembunyi Buat Rakyat
Pengurangan subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam
pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar. Untuk masa akan
datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap
program subsidi ini. Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita
mungkin akan menghadapi beberapa masalah:
- Hutang kerajaan akan meningkat - hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak 1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.
- Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju pada 2020.
- Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing - syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Malaysia.
Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan
transformasi secara keseluruhan, tidak melakukan rasionalisasi subsidi
bukanlah satu pilihan. Subsidi terhadap barangan pengguna perlu seperti pendidikan dan
kesihatan akan kekal - subsidi diperkenal bagi membolehkan barangan
keperluan utama dan perkhidmatan boleh didapati pada harga yang
berpatutan, selain perkhidmatan kesihatan dan masa depan rakyat
Malaysia. Untuk itu, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi untuk
barangan pengguna yang penting, termasuk pendidikan dan kesihatan.
Kerajaan hanya melakukan rasionalisasi - dengan pengurangan ini pun,
kerajaan tetap membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion pada 2010 terhadap
subsidi. Ini adalah langkah pertama terhadap pelaksanaan berkala terhadap usaha
rasionalisasi lebih besar - untuk masa hadapan, tambahan, berkala dan
perubahan sepatutnya akan dilakukan terhadap rejim subsidi kerajaan bagi
memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran pembangunannya dan masih
menyediakan keperluan rakyat Malaysia.
Program subsidi pada masa ini menjadi tidak lagi efektif dalam membantu
mereka yang benar-benar memerlukannya - program subsidi kerajaan menjadi
tidak berkesan dalam membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib
baik, dengan terlalu banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya,
warga asing dan perniagaan besar. Ini adalah perkara berkaitan ekonomi
fiskal - pengurangan membolehkan Malaysia mengurangkan defisit dan
mencapai sasaran pembangunan - Malaysia perlu menguruskan dan
mengurangkan defisit.
Di waktu kita mempunyai polisi yang tepat untuk memandu kepada kemajuan,
polisi yang membantu kita mencapai pertumbuhan 10.1 peratus pada suku
pertama 2010, kita juga perlu mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan
kita mempunyai sumber mencukupi untuk melabur pada masa hadapan.
Mengurangkan perbelanjaan membolehkan pelaburan terhadap masa hadapan
Malaysia - perbelanjaan subsidi kita menjadi penghalang bagi mencapai
sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan ini membolehkan Malaysia melabur
untuk masa hadapannya - bagi pendidikan, kesihatan, infrastruktur,
pembangunan masyarakat, latihan dan mewujudkan pekerjaan - pelaburan
yang menyediakan kemudahan berterusan untuk generasi kini dan masa
depan.
Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan
Malaysia Ke-10 - rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa
langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana
Menteri akan "memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan
akan memastikan penggunaan sumber yang optimum," Malaysia sudah
mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan
ini.
Subsidi bagi gula dan bahan api dikurangkan kerana dengan mengurangkan
subsidi bahan api dijangka memberi impak besar kepada perbelanjaan
negara, manakala subsidi gula pula membolehkan kita mempromosi gaya
hidup sihat. Pengurangan subsidi bahan api (petrol, diesel dan LPG) mempunyai kesan
kecil kepada rakyat tetapi memberi impak besar kepada kerajaan
bersandarkan penggunaan perkapita negara yang bernilai tinggi seperti
petrol yang dianggarkan bernilai 13.4 billion liter pada 2010.
Dengan pengurangan subsidi sebanyak satu sen bagi setiap harga jualan
petrol, membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM134
juta. Faedah subsidi bahan api tidak lagi masuk dalam poket golongan yang
tidak memerlukan seperti warga asing yang memiliki kenderaan dengan enjn
berkapasiti besar. Kos gula yang rendah di Malaysia menyebabkan
terlebih penggunaan yang menyumbang kepada peningkatan 105 peratus (dari
1996 ke 2006) rakyat Malaysia yang berat badan berlebihan dan obesiti -
jumlah ini merangkumi 40 peratus daripada populasi penduduk. Setiap tahun kita berdepan lima peratus peningkatan kes diabetes dan
hampir 1.4 juta penduduk Malaysia sekarang menghidap penyakit itu.
Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Royal Malaysian Customs Department (RMCD) untuk mendapatkan segala maklumat tentang GST.
Sumber: Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment