Journal 2014 - # 504

Hi uols!! Salam kedamaian salam keamanan sentiasa.. agak sepi pula weblog ni x d update utk beberapa hari lalu.. sedikit busy dgn tugasan harian sehingga lupa akan weblog ni.. bkn itu saja skg ni tgh sibuk nk produce cerpen 'Aku, Kau & Dia' kat weblog Karya Lara Cleopatra. so uols klau ada masa tu singgah2 la yer utk baca cerpen aku tu..

Okeylah memandangkan hari ni ari cuti bagi negeri2 yg terlibat dgn cuti Thaipusam adalah masa aku nk update cerita-cerita terbaru sbg hits issue.. Sebelum ini pernah x uols dgr pasal Anti Pemerdagangan Orang?? Confirm uols tahukan isu ni hari2 masuk iklan dlm TV kt Malaysia ni. Sebelum itu aku nk ucapkan tahniah kpd  Kelab Komuniti sayang sabah dan Majlis Belia Sabah kerana menyokong dan mengaktifkan kampen tersebut. Credit juga utk DJ Othoe dan teman2 beliau kerana menjadi tongkak utama dalam kampen ini.. semoga usaha murni mereka ini kita sokong bersama okey!!
Credit to Dj Selipar Jepun

Berikut adalah artikel yang di petik melalui sabahdaily.com berkenaan dengan Anti Pemerdagangan Orang

PEMERDAGANGAN ORANG KAUT USD 44.3 BILLION?
ORGANISASI Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 billion setahun selepas jenayah senjata api dan dadah. Pemerdagangan Orang merupakan satu perbuatan yang dikeji di mana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan.

Berikut ucapan Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah Sempena Persidangan Media Untuk Memperkenalkan Projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Malaysia Indonesia 2010-2011 Fasa Kedua pada jam 11 pagi, 24 Jun 2010 di Function Room 6, Level 3, Pacific Sutera, Kota Kinabalu.

Terima kasih Pengerusi majlis. Selamat pagi saya ucapkan kepada;
Yang Dihormati Encik Fatimana Agustinanto, Pengurus Program Nasional, ICMC Indonesia,
Yang Dihormati Encik Dominic Lim, Penyelaras Program, AHDC,
Yang Berusaha Encik Othoe, DJ Suria FM,

Para wartawan media massa serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Tujuan Persidangan Media ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Malaysia Indonesia 2010-2011 fasa kedua dan seterusnya memperkenalkan Othoe sebagai ‘Juara Sabah’ menentang Pemerdagangan Orang.

Sidang Media yang dihormati,
Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dikuatkuasa di negara kita pada 28 Februari 2008. Setelah itu, Majlis Anti Pemerdagangan Orang telah ditubuhkan bagi memantau pembentukan polisi dan keberkesanan program dalam membendung jenayah ini.

Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 billion setahun selepas jenayah senjata api dan dadah. Pemerdagangan Orang merupakan satu perbuatan yang dikeji dimana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan dan jika kita tidak mengambil langkah untuk membanteras jenayah ini, negara kita akan menjadi lemah.

Anasir-anasir negatif lain juga akan menular di negara kita kerana Pemerdagangan Manusia saling berkaitan dengan jenayah lain seperti dadah kerana terdapat bukti bahawa sindiket menggunakan dadah bagi mengelakkan mangsa daripada melarikan diri.

Salam Media yang dihormati,
Pada Jun tahun lalu, negara kita telah diturunkan kepada Teir 3 oleh Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat. Kerajaan kita telah mengambil langkah yang drastik bagi memperbaiki imej negara dan seterusnya mengekang masalah ini daripada menular di kalangan masyarakat tempatan.

Pada 31 Mac lepas, Pelan tindakan Nasional Menentang Pemerdagangan Orang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri. Antara objektif pelan Tindakan Nasional tersebut adalah untuk memperkukuhkan undang-undang dan latihan serta memperketatkan sempadan Negara bagi menyekat masalah ini.

Selain itu, pelbagai usaha bagi mencapai golongan masyarakat yang berisiko tinggi telah juga dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan NGO. Agensi-agensi Penguatkuasa seperti Polis, Imigresen, Kastam dan Jabatan Maritim juga meningkatkan usaha mereka dalam menangani isu ini. Kerjasama dari semua pihak ini telah menghasilkan beberapa tangkapan dibawah Akta APO.

Sidang Media yang dihormati,
Saya ingin memetik dari ucapan Ambassador Luis CdeBaca dari Pejabat Memantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat semasa membentangkan Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang ke 10 pada 14 Jun 2010, bertempat di Washington D.C:

“Sepanjang tahun lalu, kerajaan Malaysia telah mengakui dan mula serius menangani masalah pemerdagangan manusia, termasuk penglibatan intensif dengan Kerajaan Asing. Untuk pertama kalinya, Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan. Hasil usaha mereka dalam program Anti Pemerdagangan Manusia United Nation di luar Bangkok, mereka telah mengenalpasti dan membantu mangsa buruh paksa di perahu nelayan di pantau Sarawak. Kes-kes terdahulu buruh paksa, serta apa yang mereka lakukan pada perdagangan seks, telah menyentuh hati selain komitmen yang mula dilakukan oleh Kerajaan Malaysia.”

Pada minggu lalu, Negara kita telah dinaikkan ke Tier 2 (dalam pemerhatian) oleh Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat. Ini adalah satu pengiktirafan yang boleh dibanggakan.

Salam media yang dihormati,
Statistik dari Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) telah menunjukkan bahawa 149 kes eksploitasi seks telah dilaporkan di negara kita dari 28 Februari 2008 sehingga 18 April 2010. Ini diikuti dengan perhambaan paksa, 42 kes; penyeludupan manusia, 11 kes; penjualan bayi, 5 kes dan eksploitasi kanak-kanak untuk visa, 1 kes. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pemerdagangan manusia di Negara kita sebanyak 208 kes.

Statistik dari Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) ini juga menunjukkan bahawa Warganegara Indonesia mencatatkan jumlah mangsa yang mendapat Perintah Perlindungan (PO) tertinggi iaitu sebanyak 105 mangsa.

Ini diikuti warganegara Filipina, 60 mangsa; warganegara Thailand, 36 mangsa; warganegara China, 29 mangsa; warganegara Myanmar, 23 mangsa; warganegara Vietnam, 20 mangsa; warganegara Malaysia, 12 mangsa; warganegara India, 6 mangsa; warganegara Cambodia, 2 mangsa dan warganegara Sri Lanka, 2 mangsa. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan mangsa yang mendapat Perintah Perlindungan di negara kita sebanyak 295 mangsa.

Sidang media yang dihormati,
Media Massa memainkan peranan yang penting bagi menjangkau setiap golongan masyarakat tentang bahaya Pemerdagangan Orang. Ini adalah kerana media massa merupakan medium perhubungan yang berkesan bagi meningkatkan tahap kesedaran golongan masyarakat.

Media massa juga merupakan mata, telinga dan mulut pihak masyarakat. Persidangan masyarakat hari ini sangat relevan dengan matlamat kita untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi membendung jenayah Pemerdagangan Orang.

Salam media yang dihormati,
Saya ingin memetik dari ucapan YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein semasa pelancaran Pelan Tindakan Nasional Menentang Pemerdagangan Orang pada 31 Mac lepas :

“Adalah tanggungjawap Kerajaan Negeri untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya dan untuk melindungi kawasan sempadan negeri daripada sebarang kemungkinan bahaya.”

Dalam isu ini, negeri Sabah juga tidak terkecuali. Pepatah melayu ada mengatakan, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’ Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang.

Di sini saya ingin memperkenalkan DJ Othoe sebagai “Juara Sabah Menentang Pemerdagangan Orang” atau dalam Inggeris “Sabah Champion Against Human Trafficking”. Beliau telah dilantik AHDC dan ICMC Indonesia dalam peranan ini sepanjang Projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Malaysia Indonesia 2010-2011.

Saya berharap dengan adanya kerjasama dari pihak media massa, mesej yang akan disampaikan oleh Juara kita dapat disiarkan secara luas.

Dengan itu, saya sudahi ucapan saya dengan “1Malaysia Komitmen Bersama untuk Membendung Pemerdagangan Orang.”

Sekian dan Terima Kasih.
Sumber: Sabahkini 

Apa pun usaha mereka, kita sebagai manusia punya akal patut menjayakan usaha ini so now  'Say No 2 Human Trafficking'

No comments: