Teater Lela Manja Sentuhan Terbaik dan Punya Aura Tersendiri

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!


Assalamualaikum! Hi uols!! Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menyaksikan Teater Lela Manja dibawa arahan Ramli Lani dan adaptasi skrip oleh Hairul Anuar Harun. Keterujaan tidak dapat disorokkan lagi, bukan sebab artis yang memegang watak yang dimainkan tetapi sebuah karya yang lama kini diberi sentuhan dan nafas baru. Bila artis da bagus dan ada nama naskah karya pun kenalah yang terbaikkan. Pementasan teater Lela Manja ni pada 22, 23, 24, 29, 30 dan 31 Julai 2016 baru-baru ni. Siapa tak pergi menang melepas, memang best. Nak tengok dalam movie tak sama tengok live hehe.. terasa macam kita berada dalam teater tu sekali.


Ada member kata kerja gila engkau nak ke Kuala Lumpur semata-mata kerana Teater Lela Manja!!
cakap-cakap kosong pada aku bagaikan langau itu aku ketepikan, tiada istilah kerja gila dalam hidup aku, dan yang pasti kerja gila itu adalah satu kepuasan dan memori yang terindah dalam hidup aku. 

Aura Teater Lela Manja memang kuat dan punya aura tersendiri, alhamdulillah dikesempatan itu aku ditemukan dengan penulis skripnya, yang memang aku kagumi dan meminati beliau sejak dahulu lagi iaitu abang Hairul Anuar Harun. Sempat juga abang Hairul membawa ke belakang pentas, wahh!! Banyak prop yang digunakan menurut abang Hairul prop dibuat sebelum bulan Ramadan lagi. Terbaiklah krew produksi yang menjayakan teater Lela Manja ni. Dengar cerita kos dia pun boleh tahan hihi.. Apapun terima kasih sebab bawa saya ke belakang pentas, atas pentas sambil-sambil jamu mata tengok prop yang digunakan dalam teater ni.

Okeylah Teater Lela Manja ni sebenarnya adalah cerita sebuah cerita lama dan merupakan sebuah filem Melayu hitam putih, yang dihasilkan tahun 1960. Ia diarah oleh pengarah Jamil Sulong. Ia adalah filem terbitan Malay Film Productions Ltd. Disebabkan cerita ni cerita lama aku memang peminat filem-filem lama yang punya unsur nilai dan moral serta tauladan pada masyarakat. So tidak hairan la bila aku kata nak tengok teater Lela Manja bukan halangan untuk aku pergi dan sampai ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Lela Manja yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang berbakat besar di Malaysia iaitu Nabila Huda, Aeril Zafrel, Sari Yanti, Hafidz Roshdi, Jay Iswazir, Syazwan Zulkifly, Shahronizam Noor, Rashdan Baba, Nurul Ellyna, Wafiy, Izzya Reen dan ramai lagi artis istana budaya. 

Sedikit sinopsis cerita Filem Lela Manja ni: 

Cerita Lela Manja ini mengisahkan Lela dan Manja merupakan dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan mengarahkan mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa sebarang makan. Pada ketika bapa mereka merantau kerana arahan dari kerajaan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri, melakukan hubungan sulit dengan Tok Megat. Perkara ini diketahui oleh kedua beradik tersebut ketika ibu tiri mereka bermandi-manda dengan Tok Megat.
Dang Suri mengugut mereka supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Tok Megat terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Bapa Lela dan Manja. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Tok Megat telah membunuh bapa Lela dan Manja apabila dia cuba mendapatkan penjelasan dari mereka.
Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri dari rumah itu. Mereka lari ke sebatang sungai dan cuba melarikan diri dengan perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.

Sinopsis Teater Lela Manja:
LELA MANJA mengisahkan Lela dan Manja, dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan memaksa mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa diberi makan secukupnya. Pada ketika bapa mereka, Sang Naka belayar ke Pasai kerana perintah Sultan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri, melakukan hubungan sulit dengan Megat Sura. Perkara ini diketahui oleh Lela dan Manja.


Dang Suri mengugut Lela dan Manja supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Megat Sura terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Sang Naka. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Megat Sura telah membunuh bapa Sang Naka.



Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri ke sebatang sungai dan cuba menaiki perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.


Nabila Huda
Sultan memerintahkan Megat Sura dan Dang Suri dibunuh. Megat Komeng, anak kepada Megat Sura berdendam dengan Sultan walaupun bersahabat baik dengan Raja Muda (Tengku Dewa). Megat Komeng dan rakannya Panglima Harimau Berantai, berpakat penghulu-penghulu luak yang menyokong mereka untuk menyerang Istana.

Manja yang telah dewasa, mula terpengaruh dan menyangka Megat Komeng adalah di pihak yang benar. Manja bersama kekasihnya, Mawar, menyertai angkatan orang kampung untuk menakluki Istana setelah kemangkatan Sultan. Namun, Raja Muda yang sayangkan rakyatnya, telah melarikan diri ke hutan. 

Manja dan Mawar masuk ke hutan, mencari dan memujuk Raja Muda untuk kembali ke istana demi menyelamatkan nyawa rakyat yang dikorbankan oleh Megat Komeng selagi dia tidak berjumpa dengan Raja Muda. Manja bertemu kembali dengan kakaknya Lela yang telah dipelihara oleh Sultan selama ini. Akhirnya Raja Muda bersetuju untuk kembali ke istana dan berlaku pertempuran. Megat Komeng terkorban. Lela dan Manja kembali hidup bersama dan negeri Gangga Negara kembali aman. 



Teater Lela Manja ni tidaklah terlalu modern masih mengekalkan ciri-ciri asal cerita asal namun di adaptasikan ke penyampaian lebih mudah difahami dan olah lebih cantik. Dalam teater Lela Manja ni ada unsur kejutan juga dimana watak Sang Suri dihidupkan sehingga akhir. 
Wahh!! Sepanjang pementasan teater yang ditayangkan ni memang seronok sangat. Selain dari watak dan jalan cerita 3 lagu dalam teater ni juga cukup-cukup menyentuh kalbu dan indah terutama sekali lagu pembukaan yang merupakan OST teater Lela Manja Kiasan Rindu. Boleh dikatakan menitis jugalah air mata melihat teater ni. Malam aku tengok teater Lela Manja ni banyak pelakon ganti tapi walaupun pelakon setiap watak dalam Lela Manja tetap mempunyai aura tersendiri.
Masih berbisa pelakon lama Shahronizam Noor dan Rashdan Baba
Aeril Zafrel
Watak yang dipegang oleh Nabila Huda sebagai Ibu tiri memang hidup dan cukup dramatik. Watak Aeril Zafrel sebagai Manja juga boleh dikatakan cukup memukau. Pelakon lama seperti Shahronizam Noor dan Rashdan Baba juga masih berbisa dan punya taring tersendiri. Watak Panglima Harimau Berantai yang dibawa oleh Syazwan Zulkifly juga tidak kurang hebatnya bergandingan dengan Jay Iswazir yang memegang watak Megat Komeng.
Jay Iswazir
Oh ya hampir terlupa pula dengan watak Lela dalam cerita ni dipegang oleh Sari Yanti, nampak sedikit watak yang dimainkan tetapi cukup membantu ketika Manja bertemu dengan kakaknya iaitu Lela. Sari Yanti memberi sentuh cukup lembut dan memukau mata yang memandang sama seperti yang digambarkan dalam film Lela Manja sebelum ini. Kesudahan teater ini memberi impak yang cukup besar dalam teater Lela Manja, setakat ini teater Lela Manja adalah yang terbaik. Sebagai penonton bukan sahaja terhibur namun pembelajaran daripada cerita ini adalah kesetiaan kepada negara, keadilan, kasih sayang dan juga agama yang harus dipertahankan.

Syazwan Zulkifly
Akhir sekali, kepada yang menyaksikan Teater Lela Manja, pasti akan merindui setiap slot pementasan yang paparkan dan juga pasti mengingati setiap watak yang dilakonkan. Dan dikesempatan itu aku sempat jugal bertemu dengan beberapa orang artis dan juga penulis skirp Lela Manja iaitu abang Hairul Anuar Harun. Nampak simple tapi cukup baik hati serta banyak nasihat yang diberi. Nanti cerita abang Hairul Anuar Harun ni aku kongsi di journal yang lain k. Okeylah sambil-sambil tu jamulah mata yer beberapa koleksi gambar aku berada disekitar Teater Lela Manja di Istana Budaya.


LC Album:
Menanti nak masuk Panggung Sari ni..
Persiapan awal, masa ni sempat di bawa oleh brother Hairul Anuar Harun
Bersama Penulis Skrip Lela Manja
Aeril Zafrel sebagai Manja
Rashdan Baba (Megat Sura) dan Hairul Anuar Harun (Penulis skrip)

Nabila Huda sebagai Dang Suri
Syazwan Zulkifly sebagai Panglima Harimau Berantai
Norsyuhada Staff IB yang mesra dan peramah sangat

The END!! ^_^

No comments: