Showing posts with label Info GST. Show all posts
Showing posts with label Info GST. Show all posts

Journal 2014 - # 817

Salam perpaduan salam perjuangan!

GST Haram?

Assalamualaikum! Hi uols! Kerajaan mengumumkan melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 nanti. Lalu pelbagai reaksi pro dan kontra timbul daripada aneka perspekstif; politik, sosial, ekonomi bahkan syariat. Hinggakan ada yang mendakwanya haram secara mutlak! Tulisan ini akan membawa ringkasan perbincangan ulama berkenaan hukum kerajaan mengenakan cukai.
Pendapat Pertama: Haram secara mutlak.
Mereka berhujah berdasarkan dalil:
  • Surah al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara batil. Justeru, pungutan cukai dikira pendapatan yang batil kerana dikutip tanpa rela dan tanpa keperluan mendesak.
  • Hadis "Tidak halal harta seseorang Muslim tanpa disertai rela dan izin daripada pemiliknya." (Riwayat Ahmad) Jadi, mengambil cukai daripada rakyat sedangkan rakyat tidak rela kerana kewangan kerajaan yang mewah, adalah tidak halal.
  • Hadis "Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Baginda bersabda, 'Demi jiwaku pada tangan Allah, sesungguhnya wanit itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat, juga akan diampuni.' (Riwayat Muslim)
  • Hadis "Sesungguhnya penguasa yang mengenakan 'maks' (sejenis kutipan) di dalam neraka." (Riwayat Ahmad)
Pendapat Kedua: Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu pada saat keperluan sahaja.
Antara hujah mereka:
  • Sabda Nabi: "Sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat." (Riwayat al-Tirmizi)
  • Berlandaskan prinsip siyasah syari'iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya berkata: "sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum Muslimin dalam sesebuah negara, iaitu selepas digunakan wang zakat daripada baitulmal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (daripada cukai rakyat)."
Hal ini juga ditegaskan oleh Imam al-Syatibi dalam kitab al-I'tissam: "Apabila sudah kosong milikan negara daripada harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan pendapatan lalu meninggalkan tugasan tentera, sekaligus dibimbangkan serangan musuh ke atas negara umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera." (Al-Mustasfa)

Pendapat ketiga: Harus sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
Pendapat ini dipegang oleh Syeikh Mahmud Syaltut (Al-Fatawa al-Kubra). Begitu juga Syeikh Abu A'la al-Mawdudi yang menyatakan harus dikenakan cukai jika kutipan cukai itu adalah bagi kemaslhatan awam. (Nazariyat al-Islam).

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam. Menurut beliau  المك س (al-maks) dalam hadis ancaman neraka itu merujuk kepada jenis cukai yang dikenakan pemerintah untuk kegunaan peribadi walaupun menyempitkan rakyat mereka." (Fiqh al-Zakat)

Pendapat Tepat?
Kaedah fiqah ada menyatakan "menolak keburukan lebih didahulukan daripada membawa kebaikan." Maka jika benar tanpa GST ekonomi dan kelangsungan negera menjadi terancam, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke masa.

Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan bahawa cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan. Manakala sebahagian yang lain pula menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal dan kenaikan harga dalam kebanyakan barangan. Akhirnya menjejaskan majoriti rakyat.

Cukai seperti ini mungkin sangat relevan bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkan cukai seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baharu sedangkan kantung kewangan negara boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu hukumnya lebih cenderung kepada haram, kecuali jika pelaksanaannya bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.

Berbalik kepada isu asas iaitu hukum kerajaan mengenakan cukai. Perlu diketahui bahawa Malaysia telah melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan sejak sekian lama. Maka untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan negara. Dibimbangkan tindakan ini membawa lebih mudarat berbandng manfaat.

Jika hendak berpegang kepada pendapat pencukaian adalah haram secara mutlak, maka sejak dahulu lagi kempen memansuhkannya patut berjalan, bukanlah baru-baru ini sahaja.

Berbalik kepada GST, jika mampu dibuktikan bahawa GST sebagai penyusunan semual metode pencukaian yang lebih efisien, telus dan kurang membebankan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada, maka saya rasakan GST boleh disokong.

Kita berpegang dengan kaedah fiqah "mengambil yang kurang mudarat antara dua kemudaratan".

Cadangan Pelaksanaan
Bagaimanapun keharusan pencukaian baharu ini sepatutnya beriringan dengan beberapa tindakan sebagai bukti komitmen antaranya:
  • Kadar 6% patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat. Mungkin kadar 3% lebih sesuai sebagai permulaan.
  • Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tidakan keras dan segera bagi memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbiran awam dan ahli politik yang berkuasa.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan lebih berkesan agar tidak peniaga yang mampu lari daripada GST atau tidak pegawai awam boleh memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.
  • Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dengan jumlah pegawai yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST dikuatkuasakan.
  • Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang belum digunakan sewajarnya dilaporkan semula dalam bajet tahun berikutnya. Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau kementerian menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian mereka 'terpaksa' menghabiskannya kepada perkara yang sia-sia dan merugikan raksyat serta pecah amanah.
Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula bertambah ke atas peniaga dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira telah membuat keputusan yang memudaratkan negara dan rakyatnya. Hal itu tdak lain membawa kepada dosa dan pengabaian amanah.
Oleh: Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Muamalat)

Journal 2014 - # 742

Salam perpaduan salam perjuangan!

GST Itu Apa!? Government Service Tax atau Good Service Tax (Cukai Barang & Perkhidmatan)?


 
Apa yang mereka faham tentang GST??
                                   
Memahami GST atau CBP
CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. CBP akan dilevi dan dikenakan ke atas nilai pembekalan.

CBP hanya boleh dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu berdaftar. Sesuatu perniagaan tidak bertanggungjawab untuk didaftarkan jika nilai pusingan tahunan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu, perniagaan itu tidak boleh mengenakan dan memungut CBP atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka. Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

Hampir semua negara mengenakan cukai pendapatan iaitu peratusan daripada pendapatan individu atau keuntungan perniagaan. Kerajaan juga boleh mendapatkan hasil dengan mengenakan cukai ke atas pengilangan atau jualan barang seperti cukai jualan dan duti eksais. CBP adalah salah satu kaedah memungut cukai yang lebih baik daripada yang lain.
CBP bukan baru
onsep di sebalik CBP dicipta oleh pegawai cukai Perancis pada tahun 1950-an. Di beberapa negara, CBP dikenali sebagai VAT, atau Cukai Nilai Ditambah. Hari ini, lebih daripada 150 negara, termasuk Kesatuan Eropah dan negara-negara Asia seperti Sri Lanka, Singapura dan China telah melaksanakan percukaian dalam bentuk ini. Kira-kira 90 peratus daripada penduduk dunia tinggal di negara-negara yang telah melaksanakan VAT atau CBP.

Berikut adalah beberapa kadar cukai negara-negara di seluruh dunia yang telah melaksanakan CBP atau VAT.

Sejarah Percukaian di Malaysia
Di Malaysia, sistem percukaian kita melibatkan beberapa jenis cukai tidak langsung:
Duti Import
Ke atas barang yang dibawa masuk ke dalam negara

Duti Eksport
Ke atas barang yang dibawa keluar Negara

Cukai Jualan
Ke atas sebilangan besar barang pada masa import atau pada peringkat pengilangan dengan 2 kadar cukai iaitu 5% dan 10%.

Cukai Perkhidmatan
Ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh restoran, hotel, telekomunikasi, perkhidmatan professional oleh arkitek, jurutera, peguam dan lain-lain.

Duti Eksais
Ke atas barang tertentu seperti kenderaan, minuman keras, beer dan produk tembakau.
CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Cukai kepenggunaan Semasa  
a) Cukai jualan 
Cukai jualan diperkenalkan pada 29 Februari 1972 sebagai cukai kepenggunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas barang yang dikilang di Malaysia dan barang yang diimport. Kadar cukai jualan semasa adalah seperti berikut:
  • Kadar dikurangkan iaitu 5% ke atas barang makanan dan bahan binaan.
  • Kadar am 10%.
  • Kadar spesifik ke atas produk petroleum.
Pelesenan cukai jualan
Pengilang barang yang jumlah jualan tahunan RM 100,000.00 dan ke atas dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan. Pengilang yang jumlah jualan tahunan kurang RM 100,000.00 perlu memohon sijil pengecualian daripada perlesenan.
Skop cukai
Cukai jualan dilevi ke atas barang pengilangan tempatan semasa barang dijual atau dilupus oleh pengilang. Ia dipanggil cukai seperingkat kerana ia dikenakan sekali sahaja sama ada di peringkat input atau output.

CBP bukan baru

Konsep di sebalik CBP dicipta oleh pegawai cukai Perancis pada tahun 1950-an. Di beberapa negara, CBP dikenali sebagai VAT, atau Cukai Nilai Ditambah. Hari ini, lebih daripada 150 negara, termasuk Kesatuan Eropah dan negara-negara Asia seperti Sri Lanka, Singapura dan China telah melaksanakan percukaian dalam bentuk ini. Kira-kira 90 peratus daripada penduduk dunia tinggal di negara-negara yang telah melaksanakan VAT atau CBP.
Berikut adalah beberapa kadar cukai negara-negara di seluruh dunia yang telah melaksanakan CBP atau VAT.


Sejarah Percukaian di Malaysia

Di Malaysia, sistem percukaian kita melibatkan beberapa jenis cukai tidak langsung:
Duti Import
Ke atas barang yang dibawa masuk ke dalam negara

Duti Eksport
Ke atas barang yang dibawa keluar Negara

Cukai Jualan
Ke atas sebilangan besar barang pada masa import atau pada peringkat pengilangan dengan 2 kadar cukai iaitu 5% dan 10%.

Cukai Perkhidmatan
Ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh restoran, hotel, telekomunikasi, perkhidmatan professional oleh arkitek, jurutera, peguam dan lain-lain.

Duti Eksais
Ke atas barang tertentu seperti kenderaan, minuman keras, beer dan produk tembakau.
CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Cukai kepenggunaan Semasa
a) Cukai jualan
Cukai jualan diperkenalkan pada 29 Februari 1972 sebagai cukai kepenggunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas barang yang dikilang di Malaysia dan barang yang diimport.
Kadar cukai jualan semasa adalah seperti berikut:
  • Kadar dikurangkan iaitu 5% ke atas barang makanan dan bahan binaan.
  • Kadar am 10%.
  • Kadar spesifik ke atas produk petroleum.

    Pelesenan cukai jualan

    Pengilang barang yang jumlah jualan tahunan RM 100,000.00 dan ke atas dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan. Pengilang yang jumlah jualan tahunan kurang RM 100,000.00 perlu memohon sijil pengecualian daripada perlesenan.

    Skop cukai

    Cukai jualan dilevi ke atas barang pengilangan tempatan semasa barang dijual atau dilupus oleh pengilang. Ia dipanggil cukai seperingkat kerana ia dikenakan sekali sahaja sama ada di peringkat input atau output.


b) Cukai Perkhidmatan
Cukai perkhidmatan diperkenalkan pada 1 Mac 1975 sebagai cukai kepengunaan seperingkat yang dilevi dan dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu oleh orang kena cukai di Malaysia. Pada masa ini kadar cukai perkhidmatan adalah seperti berikut:
  • Kadar sama rata 6%
  • Kadar spesifik untuk kredit kad ( RM 50.00 mulai Januari 2010)
Pelesenan 
Mana-mana orang dalam perniagaan yang menyediakan perkhidmatan bercukai di tempat/establismen yang ditetapkan dikehendaki dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan berdasarkan nilai ambang berikut:


Nilai ambang
Perkhidmatan bercukai
Tiada nilai ambang
a. Hotel yang mempunyai lebih 25 bilik (Kumpulan A)
b. Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam hotel yang mempunyai lebih 25 bilik (kumpulan B1)
c. Kelab malam, dewan tari, kabarate, pusat kesihatan, rumah urut yang diluluskan dan rumah beer (kumpulan D)
d. Semua jenis polisi insurans untuk perniagaan
e. Perkhidmatan telekomunikasi
f. Perkhidmatan pelepasan barang dari kawalan kastam
g. Perkhidmatan perakaunan, pengauditan oleh akauntan swasta
h. Perkidmatan perundangan oleh firma guaman
i. Perkhidmatan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah
j. Perkhidmatan arkitek oleh firma arkitek
k. Perkhidmatan mengukur oleh juru ukur berlesen
l. Perkhidmatan khidmat nasihat oleh konsultan
m. Perkhidmatan pengurusan oleh syarikat pengurusan
n. Kad kredit/caj pengeluaran kad kredit
Perolehan jualan tahunan RM 150,000.00 dan ke atas
Perkhidmatan yang diberikan oleh kumpulan professional di bawah kumpulan G
a. Penyediaan tempat letak kereta
b. Penyediaan perkhidmatan kiriman cepat
c. Penyediaan pusat servis dan pusat membaiki kenderaan bermotor
d. Penyediaan pengawal keselamatan atau security orang lain oleh agensi persendirian
e. Penyediaan perkhidmatan pekerjaan oleh agensi persendirian
Perolehan jualan tahunan RM 300,000.00 dan ke atas
a. Restoran, bar snek bar, rumah kopi yang terletak di dalam hotel yang mempunyai 25 bilik/kurang (kumpulan B2)
b. Perkhidmatan yang disedikan oleh kelab golf (kumpulan E)
c. Perkhidmatan yang disedikan oleh hospital swasta (kumpulan F)
d. Perkhidmatan kereta sewa dan pandu/kereta dengan/tanpa pemandu ( kumpulan G)
e. Perkhidmatan pengiklanan oleh agensi pengiklanan ( kumpulan G)
Perolehan jualan tahunan RM 3,000,000.00 dan ke atas
Restoran, bar, snek bar, rumah kopi yang terletak di luar hotel termasuk food court (kumpulan C)
Skop cukai
Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan seperti di dalam jadual kedua Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.

Bagaimana cukai perkhidmatan dikenakan

Journal 2014 - # 501

Hi uols!! Salam keamanan, mungkin minggu ini miggu aku bercerita pasal GST.. Bkn apa kita harus faham apa itu GST sebenarnya, bkn setakat dgr drpd ckp2 org namun pengetahuan drpd membaca dapat membantu kita memahami apa itu GST, kenapa GST d laksanakan dan GST sebenarnya utk apa? Jom baca..

GST Rahmat Tersembunyi Buat Rakyat

Pengurangan subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah:
  1. Hutang kerajaan akan meningkat - hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak 1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.
  2. Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju pada 2020.
  3. Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing - syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Malaysia.
Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhan, tidak melakukan rasionalisasi subsidi bukanlah satu pilihan. Subsidi terhadap barangan pengguna perlu seperti pendidikan dan kesihatan akan kekal - subsidi diperkenal bagi membolehkan barangan keperluan utama dan perkhidmatan boleh didapati pada harga yang berpatutan, selain perkhidmatan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia. Untuk itu, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi untuk barangan pengguna yang penting, termasuk pendidikan dan kesihatan.
Kerajaan hanya melakukan rasionalisasi - dengan pengurangan ini pun, kerajaan tetap membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion pada 2010 terhadap subsidi. Ini adalah langkah pertama terhadap pelaksanaan berkala terhadap usaha rasionalisasi lebih besar - untuk masa hadapan, tambahan, berkala dan perubahan sepatutnya akan dilakukan terhadap rejim subsidi kerajaan bagi memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran pembangunannya dan masih menyediakan keperluan rakyat Malaysia.
Program subsidi pada masa ini menjadi tidak lagi efektif dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukannya - program subsidi kerajaan menjadi tidak berkesan dalam membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, dengan terlalu banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan perniagaan besar. Ini adalah perkara berkaitan ekonomi fiskal - pengurangan membolehkan Malaysia mengurangkan defisit dan mencapai sasaran pembangunan - Malaysia perlu menguruskan dan mengurangkan defisit.
Di waktu kita mempunyai polisi yang tepat untuk memandu kepada kemajuan, polisi yang membantu kita mencapai pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama 2010, kita juga perlu mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber mencukupi untuk melabur pada masa hadapan.
Mengurangkan perbelanjaan membolehkan pelaburan terhadap masa hadapan Malaysia - perbelanjaan subsidi kita menjadi penghalang bagi mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan ini membolehkan Malaysia melabur untuk masa hadapannya - bagi pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan dan mewujudkan pekerjaan - pelaburan yang menyediakan kemudahan berterusan untuk generasi kini dan masa depan.
Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 - rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10. Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan "memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan penggunaan sumber yang optimum," Malaysia sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini.
Subsidi bagi gula dan bahan api dikurangkan kerana dengan mengurangkan subsidi bahan api dijangka memberi impak besar kepada perbelanjaan negara, manakala subsidi gula pula membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat. Pengurangan subsidi bahan api (petrol, diesel dan LPG) mempunyai kesan kecil kepada rakyat tetapi memberi impak besar kepada kerajaan bersandarkan penggunaan perkapita negara yang bernilai tinggi seperti petrol yang dianggarkan bernilai 13.4 billion liter pada 2010.
Dengan pengurangan subsidi sebanyak satu sen bagi setiap harga jualan petrol, membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM134 juta. Faedah subsidi bahan api tidak lagi masuk dalam poket golongan yang tidak memerlukan seperti warga asing yang memiliki kenderaan dengan enjn berkapasiti besar. Kos gula yang rendah di Malaysia menyebabkan terlebih penggunaan yang menyumbang kepada peningkatan 105 peratus (dari 1996 ke 2006) rakyat Malaysia yang berat badan berlebihan dan obesiti - jumlah ini merangkumi 40 peratus daripada populasi penduduk. Setiap tahun kita berdepan lima peratus peningkatan kes diabetes dan hampir 1.4 juta penduduk Malaysia sekarang menghidap penyakit itu.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Royal Malaysian Customs Department (RMCD) untuk mendapatkan segala maklumat tentang GST.

Sumber: Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna, Kuala Lumpur

Journal 2014 - # 500

Hi uols!! Salam keamanan 1Dunia.. di doakan uols sume di bawa lindungan #Allah swt sentiasa. Hari ni aku nk kongsi satu isu yg cukup hangat di pasaran, walaupun agak lambat utk update namun aku x nk update tanpa sebarang pengetahuan yg mendalam atau memahami apa fungsinya sbenarnya. Insya Allah dgn cara ini kita dpt memahami akan hal sebenar dan lambat laun kita akan menerimanya dgn ilmu bkn tanpa ilmu pengetahuan.

GST - PENGGUNA PERLU BERPENGETAHUAN

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods & Service Tax) atau uols kenali sbg GST merupakan kaedah yang dpt mengurangkan cukai korporat serta cukai pendapatan individu. Walaupun maklumat tersebut tampak menarik bagi golongan yang terbabit namun pengetahuan rakyat tentang cukai tersebut masih di tahap sederhana. Di dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan melaksanakan sistem GST mulai 1 April 2015. Masa untuk cukai tersebut dijadikan sebahagian sistem percukaian kepada rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dan pembeli masih panjang.

GST bukan cukai tambahan kepada cukai yang telah dikenakan kepada pengeluar barangan. Rakyat dimomokkan bahawa GST merupakan cukai berganda yang menyebabkan dompet rakyat nipis dan peniaga semakin kaya-raya.

Rakyat perlu difahamkan apakah perkara yang boleh dikenakan cukai dan apakah perkara yang tidak boleh dikenakan cukai. Buat masa ini maklumat yang diuar-uarkan, GST tidak akan dikenakan ke atas beberapa barang makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyat.

Jika makanan asas spt berasa menjadi nasi goreng dan diniagakan di restoran berhawa dingin sudah pasti harganya akan melambung. Dalam soal ini harga makanan itu sendiri sepatutnya lebih rendah.

Namun apabila dikaitkan dengan cukai perkhidmatan sudah pasti makanan yang tidak dikenakan cukai menjadi suatu yang boleh cukai kerana ia dijual di tempat yang istimewa dan selesa pula. Dalam soal ini jika tidak mahu dibebani GST makan sahaja di rumah dan di restoran tom yam yang berlambak di negara ini.

Perlaksanaan GST ini sebenarnya tidak patut di politikkan selagi Kerajaan Pusat mampu meningkatkan kecekapan pengurusan kementerian dan jabatan yang terlibat. Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Industri dan Asas Tani perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan perlaksanaan GST tidak menjadi dasar fiskel yang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu peniaga sedang pengguna terus ditekan secara langsung dan tidak langsung.

Pemantauan teliti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia terhadap setiap syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu lebih telus agar rakyat negara tidak menjadi mangsa pihak-pihak yang sering sahaja mencari lompang-lompang (loop hole) dalam sistem penyampaian dasar kerajaan.

Justeru, untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu oleh peniaga, penerangan dari semasa ke semasa yang lebih jelas kepada rakyat oleh Kementerian Kewangan perlu dibuat secara menyeluruh.

Kerajaan juga memperkenalkan program penampan yang lebih mantap untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.

Perlaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan sepertimana yang dilaksanakan di negara lain. Kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung kepada GST. Di dalam konteks Bajet 2014 penurunan kadar cukai tertentu utk golongan sederhana amat dialu-alukan.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM300 untuk golongan muda dengan syarat tertentu, golongan muda dengan syarat tertentu, golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM3,000 mendapat BR1M sebanyak RM650 dan golongan berpendapatan sehingga RM4,000 mendapat BR1M sebanyak RM450 membuktikan Kerajaan Pusat benar-benar komited untuk membantu rakyat menyerap kenaikan harga barangan akibat pengurangan subsidi minyak petrol.

Mungkin bila GST dilaksanakan rakyat yang layak sama ada akan mendapat BR1M yang lebih tinggi atau sebaliknya. Berikan sistem ini peluang untuk membuktikan kebaikannya.

Justeru, pembangkang sebagai penyemak dan pengimbang (check dan balance) juga sepatutnya bersifat membantu Kerajaan dalam menerangkan isu GST kerana ia tidak wajar dipolitikkan kerana ia melibatkan ekonomi negara secara holistik.

Tidak perlu melihat semua perkara sebagai bola tanggung kerana jika GST tidak memberi faedah mengapa 160 negara di dunia sudah melaksanakannya. Cuba bersifat empati sekali ini. Jangan dikompromi perkara bersangkut-paut ekonomi kerana perlaksanaan GST dengan kerjasama semua pihak bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat malah kepada pemimpin dan penyokong pembangkang itu sendiri. 

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Royal Malaysian Customs Department (RMCD) untuk mendapatkan segala maklumat tentang GST.

Sumber: Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna, Kuala Lumpur