8 Jenis Makanan Tingkatkan Sistem Imunisasi, Pastikan Ada Dalam Senarai Bila Beli Barang Dapur!

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ini adalah salah satu cara yang boleh meningkatkan sistem imunisasi badan melalui pemakanan yang berkhasiat dan mengandungi kandungan nutrisi yang baik. Bukan apa, persekitaran sekarang memudahkan anak-anak dan diri kita terdedah dengan segala ancaman jangkitan penyakit.

Ada 8 jenis makanan yang boleh diamalkan serta mampu meningkatkan sistem pertahanan imunisasi dalam badan secara semulajadi.

1.Buah Sitrus

Citrus fruits. Semua pun boleh untuk boost immune system. Pilih saja yang mana, cuma make sure sehari tu janganlah makan banyak sangat nanti ada pula yang sakit perut.

Tapi untuk yang ada ulcer dalam mulut better elakkan buahan citrus ni dulu. Sebab risau ulcer akan jadi lebih sakit.

2.Buah Beri

Mungkin tidak semua tahu bahawa buah beri walaupun bersaiz kecil, ia mengandungi banyak khasiat. Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi. Ianya juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat serta Vitamin C yang bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi, malah membuatkan kulit anda sihat berseri!

3.Yogurt

Menurut pendapat daripada seorang pakar di ‘Continuum Center for Health and Healing’, beliau yakin probiotik bermanfaat untuk sistem imunisasi atau ketahanan manusia. Selain itu, satu kajian dari University of Vienna di Austria mendapati bahawa hidangan harian yogurt adalah sama berkesan dalam meningkatkan sistem ketahanan anda. Jika umur anda kian meningkat dan anda bimbang tentang kesihatan serta daya ketahanan anda, yogurt mungkin jawapannya. Satu kajian yang diterbitkan dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ mendapati keberkesanan yogurt yang boleh menjadi makanan tambahan probiotik untuk meningkatkan beberapa aspek ketahanan dalam kalangan orang tua. Kanak-kanak juga akan mendapat manfaat daripada probiotik yang terdapat dalam yogurt kerana ia telah mengurangkan potensi untuk menghidapi gejala pernafasan serta gastrik.
4.Sayuran Hijau
Sayur terbaik untuk boost immune system. Bayam dan broccoli.

5.Bawang Putih

Garlic. Semua pun tahu bawang putih adalah antibiotik semula jadi. Sangat bagus untuk melawan penyakit dan juga tingkatkan immune system. So kalau masak tu campur banyak banyak bawang putih.

6.Halia

Halia. Kita selalu ingat halia ni untuk buang angin saja kan? Selain bawang putih, halia juga bersifat antibacterial. Sangat elok untuk melawan bakteria dan tingkatkan immune system.Boleh campur dalam masakan mahupun minuman. Untuk anak boleh buat sup atau air lemon halia.

7.Kuaci


Biji bunga matahari (1 ons = 28 gram) mengandung kalori 164, protein 5,8 gram serta lemak tak jenuh 5,2 gram.


Bukan hanya itu, ada juga lemak omega-6 6,4 gram, vitamin E 47%, mangan 27% dan magnesium 23%.


Mengonsumsi biji bunga matahari dapat dikaitkan dengan berkurangnya peradangan pada mereka yang lanjut usia serta dapat membantu mengurangi risiko penyakit jantung.


Secara khusus, mengonsumsi biji bunga matahari lebih dari lima kali per minggu dikaitkan dengan penurunan kadar protein C-reaktif (CRP).


Ini merupakan zat kimia utama yang terlibat dalam peradangan. Selain itu, biji bunga matahari bisa menurunkan kolesterol total dan kolesterol LDL.
8. Minuman Kultur Probiotik
Satu lagi yang doktor pesan, air yakult ni. Actually tak kisahlah jenama apapun asalkan yang ada PROBIOTIK. Dan kalau boleh cari yang less sugar. Sama juga macam yogurt. Tapi kena ingat, makan and minum yang ada probiotik ni jangan berlebihan. Kang asyik nak membuang je.huhu

By the way banyak lagi foods yang boleh boost immune system. macam kunyit, buah betik, nenas, mushroom, kiwi, green tea, almond dan banyak lagi.

Yang penting, banyakkan buah-buahan dan sayuran. Serta kalau boleh kurangkan gula dalam pemakanan.

No comments: