Hi uols!! Salam Taqwa salam ilmu utk uols, minggu ni kejayaan beroleh hasil bila aku cuba melangkah untuk mengubah corak penyampaian weblog aku ni, asyik2 citer pasal life aku share gambar percutian dll lg, tp utk kali ni n seterusnya penyampaian lebih berbentuk perkongsian ilmu utk aku share pd uols okies!! Well kali ni aku nk share pasal 'Aurat Wanita'. Jangan pandang enteng benda ini kerna benda remeh inilah dosa kering yg kita byk lakukan ketika ini. Bukan menghukum atau mengajar tp seelok2nya baik la kita berubah ke arah kebaikan jgn tunggu tua baru nk berubah kerana mati x mengenal usia kita ketika ini, jika Allah mengkehendaki sesuatu pasti Allah melakukannya tanpa mengira waktu.
Wahai hawa kaum wanita ku tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupi oleh kain kafan kelak, jgn la dedahkannya kerana bahaya n bahananya amat dasyat.
Tiada istilah 'mahu' ataupun 'tidak mahu' yang patut ada ialah
wajib.Jika dilihat sekarang kebanyakan golongan wanita dari kalangan
remaja-remaja Melayu menganggap pemakaian tudung dan menutup aurat
sebagai satu pilihan sama ada mahu atau pun tidak mahu.Adakah mereka
terlupa atau terlepas pandang Fiman ALLAH S.W.T:
Juga terdapat dalil dari Al-Hadis:
Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid , tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Maka dengan itu ingat wahai sekalian muslimat 'tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain putih yakni kain kafan yang akan mengiringi kamu kekubur dan ingat pada ketika itu tiada lagi kata-kata taubat yang akan diterima,maka beringatlah sebelum kamu dikafankan'.
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A'raaf : Ayat 26) |
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
|
Juga terdapat dalil dari Al-Hadis:
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi) |
Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid , tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Maka dengan itu ingat wahai sekalian muslimat 'tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutup dengan kain putih yakni kain kafan yang akan mengiringi kamu kekubur dan ingat pada ketika itu tiada lagi kata-kata taubat yang akan diterima,maka beringatlah sebelum kamu dikafankan'.
*Sumber: naimnikmat
No comments:
Post a Comment