Journal 2013 - # 380

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu utk sume.. melalui hari2 utk berubah menang byk dugaan, kata org bila nk berubah ke arah kebaikan mng byk dugaan tp klau berubah ke arah ke jahatan memang mudah!! Tp apa pun baik kita berubah menjadi org yg lebih baik drpd org yg jahil, buta ilmu n zalim. Walaubagaimana pun muasabah diri tu penting demi utk mengatur kehidupan agar tidak mengulangi kesilapan itu. Satu permulaan utk ke arah kebaikan adalah bermula drpd hati, satu cara utk membersihkan hati adalah dgn menghayati Al-Quddus. Al-Quddus adalah vaksin jiwa yang mujarab.

Dengan hati dan fikiran yang diterangi oleh sifat Allah Al-Quddus, yakinlah Allah bersama kita dan akan terus membantu kita pada setiap saat walau dimana jua kita berada. Oleh sebab itu, jaga hati dan fikiran supaya sentiasa bersih daripada hal-hal yang tidak disukai Allah.

Wahai Allah, Pemilik Kesucian tanpa noda cacat,
Aku mohon pada Mu, kiranya Engkau berkenan,
Menurunkan ke Quddus-an Mu kepadaku, supaya dapat aku
Bersihkan hati dan fikiranku
Daripada fikiran-fikiran negatif,
Pada-Mu dan pada seluruh makhluk-Mu,
Jangan kau biarkan aku merasa bersih dan suci
Atas apa yang aku ucapkan dan aku lakukan
Padahal, Engkau tahu apa yang ku ucapkan dan lakukan itu
Sangat Engkau benci
Namun, Engkau mendiamkan
Kerana Engkau tahu batas-batas akalku

Klik pada imej untuk membaca

No comments: