Journal 2013 - # 385

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu utk sume!! Hari ni aku still bercuti lg, byk buku yg telah aku baca sejak bercuti ni, x sia2 wujudkan ruangan membaca like mini library kt rumah ni at least byk buku ilmu yg dpt d manfaatkn. Okies uols baca buku, baca jg tp arini aku nk share about Rasulullah kita kisah ni aku baca drpd beberapa buah buku utk mengenali Rasulullah SAW n dpt la aku nk share kn pd uols.

Seperti uols ketahui sejak azali lg, Nabi Muhammad SAW adalah nabi umat islam n nabi terakhir buat kita umat islam. Namun ada segelintir manusia ni sanggup menghina n memperkelehkan hak sensetiviti umat islam berkaitan dgn Nabi kita iaitu Rasulullah SAW. Kali ni aku cuba mengupas n berkongsi tentang 'Nabi Dihina, Apa Reaksi Anda?' perkongsian ini harus d kongsi agar kita dpt kesedaran bahawa kita wajib mempertahankan Rasulullah SAW Rasul junjungan kita ia ini kekasih Allah SWT.


Kupasan kali ini akan menyentuh mengenai reaksi umat Islam terhadap penghinaan yg dilakukan oleh pengarah dan penerbit filem bernama Sam Bacile dlm Innocence of Muslims. Filem ini menurut ramai pihak tidak layak digelar sebuah "filem" kerana mutu dan kualiti amat rendah.

Sam Bacile yg berjaya menaikkan namanya dengan taktik jijik ini, mengakui bahawa dirinya berbangsa Yahudi. Namun pihak Israel pula menafikan dgn alasan bahawa tiada rekod nama tersebut dlm simpanan mereka. So apa sebenarnya motif Sam Bacile ni? sengaja memprovokasi atau sengaja cr nama agar dikenali seluruh dunia or mng sengaja cr pasal dgn umat islam.

Siapa pun dia, yg pasti dia ni memang 'sakit', 'erakhlak rendah dan jahil orangnya. Kejahilan ini 'dibenarkan' atas nama hak 'kebebasan bersuara'. Jadi ada pihak yg mengatakan itu 'hak' Bacile utk melahirkan filem sedemikian, klau btl 'hak' dia kenapa dia x buat filem pasal agama dia sndiri jgn babitkn agama org lain? nmpk sgt dia memperbodohkan diri dia sndiri?.

Bacile juga mempertahankan tindakannya dalam nada berikut: "Produkasi Amerika ini bkn utk menyerang umat islam, tetapi utk menunjukkan ideologi islam yg membawa kemusnahan." Kenyataan tersebut juga penuh dgn kejahilan krn mengaitkan Islam dgn kemusnahan. Ia satu serangan yg nyata kpd Islam. Siapa sbenarnya yg mbawa kemusnahan? bkn kah mereka yg kafir, bangsa Amerika yg membawa kemusnahan, lebih kejam terhadap umat islam!! Contohnya tgk shj d Palestin! berapa ramai rakyat Palestin yg hilang nyawa oleh kekejaman sekuku mereka iaitu Yahudi!! Rakyat Palestin yg miskin senjatah perang d tuduh oleh Yahudi yg ganas dgn kelengkapan perang menyerang x mengenal mangsa n harta benda!!

Adab, sensitiviti atau fakta yg salah tidak pun diambil kira. Memanglah 'kebebasan bersuara' itu hak semua. Namun, "hak utk bersuara" perlu seiring dgn tanggungjawab. Ini juga termasuk hak menyarakan bantahan serta hak bersuara di facebook n twitter misalnya. Bertanggungjawablah dgn segala apa yg dikatakan, ditulis dan dilakukan kerana semuanya akan diambil kira. Segala tindak-tanduk kita akan meninggalkan reaksi drpd org lain.

Umat Islam jg perlu bertanggungjawab terhadap reaksi mereka. Hak utk menunjukkan bantahan, kesedihan dan jg kemarahan perlu dilakukan dgn penuh hikmah dan tanggungjawab. Bila terfikir sendiri mengapa begitu mudah umat Ismal memasuki perangkap musuh? Kini, setelah menyaksikan keganasan umat Islam dlm demonstarsi sehingga mnyebabkan kematian empat pegawai US di Libya, masyarakat dunia seolah-olah mempersoalkan: "mana mesej keamanan kamu wahai umat islam?"

Persoalannya: "Apa yg dpt mereka capai?" Umat Islam seolah-olah sejahil Sam Bacile, langsung tidak memikirkan kesan tindakan mereka. Rusuhan ii mungkin bukan hanya disebabkan filem ini, tetapi pelbagai faktor lain spt kemiskinan, penindasan dan kurang pendidikan. Filem hanya pencetus.

Di Negara kita Malaysia, ramai yg mahu berdemonstrasi. Jika berdemonstrasi itu hak kita, apa tindakan susulan selepas itu? Adakah selesai tanggungjawab kita setelah kita berdemo memegang sepanduk dan melaungkan beberapa suara bantahan serta kalimah Allahuakbar?

Kita marah dgn mereka yg menghina Nabi, namun kita juga sebenarnya "menghina" Nabi dgn tidak mengikut sunnah dan ajaran baginda. Marahlah juga pada diri kita sendiri. Nabi Muhammad SAW tidak menyakiti mereka yg menyakitinya. Sebaliknya Baginda pula yg dilempar dengan batu sehingga luka, dicaci, dihina dan diboikot sehingga lapar sengsara.

Apa yang dilakukan oleh Nabi? Membalas dengan doa dan kebaikan. Mengapa kita umat Muhammad berbuat sebaliknya? Perlukah kita pedulikan si Sam Bacile ini sebenarnya? Bukankah kita tahu peribadi Nabi yang sebenar? Apa kata ambil peluang ini untuk menerangkan dan membaca semula sirah Nabi Muhammad. Menakutkan apabila ada remaja yg tidak tahu kisah Nabi. Menonton filem ini.

Bagaimana anda mahu membalas penyataan bahawa Nabi bukanlah spt yg digambarkan? Benarkah Nabi mengahwini Aisyah ketika umur 6 tahun? Bagaiman kita mahu menjawab ketika ditanya oleh rakan bukan Muslim tentang sebab Nabi mempunyai ramai isteri?

Apakah pelan tindakan kita utk mempertahankan Nabi kita Agama kita?
  1. Sumbangkan Dana : Mungkin antara cadangan yg boleh diketengahkan, lakukan sesuatu yg lebih meninggalkan kesan drpd berdemonstrasi. Mungkin lebih baik sekiranya kita memberikan dana kpd mereka yg mempunyai idea menarik utk melahirkan satu karya mengenai kehidupan Nabi yg mempunyai mesej atau nilau universal. Kebanyakan buku tentang sirah Nabi ditulis hanya utk bacaan umat Islam sahaja.
  2. Bekerjasama Dengan Pihak Tertentu : Orang dari industri seni jg boleh bergabung dgn mereka drpd aliran agama utk melahirkan karya dan naskah hebat tidak kira sama ada filem, teater, dokumentari atau buku. Cukuplah dgn filem gengster, rempit dan hantu yg sudah berlambak. Ada yg menempelak : "Kita tak boleh buat filem mengenai Nabi kerana kita tak boleh menunjukkan wajah Nabi." Jika kita sudah meletakkan halangan bahawa semuanya "tak boleh", matilah akal dan kreativiti kita.
  3. Kreatif Bukan Reaktif : Jika umat Islam terdahulu berkata: "Kita tidak boleh melahirkan 'seni' kerana kita tidak boleh melukis atau mengukir muka dan wajah org spt org Greek", maka tidak lahirlah seni Islam yg sangat halus dan indah. Seni dan seni bina Islam hingga kini diakui keunikannya. Tidak mampu ditiru oleh mana-mana tamadun lain. Kerana tidak boleh melukis objek bernyawa spt org dan binatang, maka umat Islam terpaksa memikirkan kaedah lain. Hasilnya, seni Islam melahirkan ukiran dan seni geometri serta kaligrafi yg menakjubkan! Ingatlah, halangan sepatutnya membuka ruang utk kita menjadi lebih kreatif. Berfikirlah di luar kotak. Kreatiflah, jangan cuma reaktif!

No comments: