Journal 2013 - # 381

Hi uols!! Salam taqwa salam ilmu, sehari lagi kita melangkah tahun baru dlm tahun 2013 usia kita makin hari makin bertambah, walhal kita ni da cukup ker amalnya? solat kita tu penuh ke idak? hihi jangan marah yer!!

Pelbagai alasan bila org beri bila kita ajak solat penat la, malas la, nanti la.. isk! isk! isk! uols jgn mcm tu solat sebenarnya rehat bukan penat tau. Rasulullah pernah berkata pada Bilal "Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal", kata Rasulullah.(Riwayat Ahmad).

Menerusi permintaan itu, Rasulullah menegaskan bahawa solat sebenarnya memberi suatu kerehatan bagi orang yg memdirikannya. Diriwayatkan drpd Sayidina Huzaifah: "Apabila Rasulullah mengalami suatu kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan solat." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Tindakan Rasulullah ini selaras dengan anjuran Allah yang bermaksud: "Dan pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat." (Surah al-Baqarah 2:45).

Tentu sahaja dalam solat itu, Rasulullah menemui ketenangan dan kekuatan. Bayangkan, betapa kukuh dan teguhnya jiwa Rasulullah. Baginda dibantu oleh wahyu dan diperkuatkan oleh mukjizat, namun Baginda masih mencari kekuatan dengan solat. Lalu siapakah diri kita yg begitu lemah, tetapi terus angkuh drpd mendapat bantuan Allah menerusi solat?

Solat medan untuk berehat? Mungkin ramai yang tak yakin dan percaya yang solat itu merehatkan minda dan badan. Aku juga macam tu suatu ketika dahulu. Solat dah jadi macam suatu ritual harian yang hanya melibatkan gerakan badan dan lidah. Ada ketika masanya tak dapat dinafikan, ia terasa seperti membebankan.

Bila dah masuk alam bekerja, aku mula faham kenapa Rasulullah kata macam tu. Bila dah sibuk bekerja, badan jadi letih, otak mula lembab, kita ambil wudhuk, Terasa segar air menerjah muka. Kemudian diikuti dengan basuhan anggota-anggota lain. Khusyu' sangat mudah nak dapat masa tu. Sebab otak dah malas nak fikirkan pasal kerja, jadi tumpu saja pada solat. Terasa suatu nikmat yang tak dapat nak cerita dengan perkataan. Terasa 'rehat' yang berkualiti, best sangat.

Okies uols jom baca artikel ni..
Klik pada imej untuk membaca
Bukit Solat Memberi Kerehatan
  1. Hati tenang menghadapi ujian : Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. Firman Allah mafhumnya: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Surah Taha 20:28). Hati yang mengingati Allah akan mendapat ketenangan. Ini dapat dilihat dalam firman Allah yang lain, mafhumnya: "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13:28). Ketenangan itulah kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Kita menghadapi ujian bukan dengan kekuatan otot dan fizikal, tetapi dengan kekuatan hati. Hati yang tenang tidak akan muddah kecewa, bosan, putus asa dan marah apabila berdepan dengan kekgagalan, kesakitan, kekurangan dan kekalahan dalam hidup.
  2. Mendapat jagaan Allah dalam solat juga, sesorang akan mendapat penjagaan Allah hasil drpd menjaga hukum Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jagalah Allah, Allah akan menjaga kamu." (Riwayat Ahmad). Abdullah bin Salam pula pernah berkata: "Sekiranya keluarga Rasulullah SAW ditimpa sebarang kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat Allah berikut (mafhumnya): 'Dan perintahkan keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa.'" (Riwayat al-Tabarani)

No comments: