Showing posts with label #DNHiker. Show all posts
Showing posts with label #DNHiker. Show all posts

Batu Punggul: The Best Experience!

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!


Hi uols! Baru-baru ni aku baru saja balik daripada Sepulut Nabawan. Macam biasa aktiviti hujung minggu seperti biasa hiking. Kali ni Hiking kami cukup berbeza dan extreme, mana tak nya, kami memanjat batu bukannya bukit. It's really rock!! What the fish for the first time I knew the location. Wow!! a new experience actually! Semangat membuak-buak untuk ke sana. 

Al-kisahnya 10 Mac 2018 kami bertolak dr Tuaran ke daerah Keningau seramai 5 orang. Oleh kerana
aku ingin sangat ke Batu Punggul tu aku tekad apa nak jadi, jadi lah. Yang di daki di panjat tu 90 darjah ketinggiannya tanpa tali keselamatan di badan untuk di ikat. This is awesome man!! I told u, satu pengalaman yang tak pernah aku lupakan dan kepuasan yang tak boleh di gambarkan dengan perkataan.

Boleh dikatakan sampai hari ini aku masih tak percaya how can i do that!? Unbelievable!! Ketinggian Batu Punggul dalam 330M, cuma laluan memang extreme, kena panjat mengikut celah-celah batu. Kekuatan kaki, tangan, fizikal dan mantel amat-amat diperlukan. Untuk itu arahan dan kepercayaan kepada guide sila beri perhatian 100% kerana mereka akan menjaga keselamatan anda. 

Untuk ke Batu punggul anda perlu melalui Pekan Nabawa terus ke Sepulut. So korang tak perlu risau kerana dekat sana ada homestay yang boleh disewa. Untuk sehari tu korang bolehlah menikmati suasana kampung dan berehat setelah berjalan jauhkan. Keesokan harinya korang boleh memulakan pendakian memanjat Batu Punggul dengan menaiki bot.

Amaran kepada anda yang ingin ke Batu Punggul, sila ikut setiap inci arahan, pantang larang Batu Punggul demi keselamatan korang juga kelak. Alhamdulillah kami bermula dari check point pada jam 8.30am dan sampai ke puncak batu punggul pada jam 10.30am. Kira selesai pendakian kami sementara tunggu bot pada jam 1 petang, Alhamdulillah.
11 Mac 2018, 10.30am: Batu Punggul, Sepulut
Sejarah Batu Punggul:


Pada suatu masa dahulu terdapat dua buah rumah panjang di Hulu Sungai Sepulut. Kedua-dua buah rumah ini dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Sungai Sepulut. sungai ini merupakan perantaraan kedua-dua buah rumah panjang berkenaan. Penduduk yang menghuni rumah panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum murut dan kaum ini merupakan penduduk yang terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut.

Penduduk atau penghuni di kampung ini mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai kepercayaan tahyul, roh, sihir dan sebagainya. Mereka juga mempunyai agama yang tersendiri iaitu agama ciptaan manusia seperti menyembah berhala. mereka percaya bahawa berhala-berhala ini mempunyai kuasa dan malapetaka akan terjadi sekiranya tidak mematuhi pantang larang yang telah dibuat oleh nenek moyang mereka terhadap batu berhala tersebut. contohnya jika seorang itu disumpah akan dimakan oleh buaya, maka dia pasti akan menjadi mangsa buaya apabila turun ke sungai.

Penduduk di kampung berkenaan mengamalkan pelbagai upacara yang besar-besaran seperti upacara perkahwinan, pengkebumian mayat dan 'tinauh'.Upacara ini amat dikenali dalam masyarakat murut dan ia merupakan satu bentuk penghantaran berian secara besar-besaran yang terakhir daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Pada suatu hari, salah seorang penghuni di rumah panjang berkenaan telah mengadakan majlis tinauh di tempat kediamannya.Semasa mereka sedang bersuka ria, tiba-tiba sahaja mereka telah kehabisan kayu api dan menyebabkan api mereka padam. Hal berkenaan telah diadukan oleh penghuni berkenaan kepada ketua rumah panjang dan selepas bermesyuarat, mereka pun bersetuju untuk mendapatkan bantuan api dari rumah panjang di seberang sungai berkenaan. Tetapi malangnya penghuni rumah panjang di seberang tidak dapat menghantar api berkenaan kerana pada masa itu Sungai Sepulut sedang banjir besar dan tidak boleh diseberangi kerana alirannya terlalu deras dan merbahaya.

Ketua rumah panjang berkenaan terus memanggil-memanggil dengan penuh harapan dan mereka mulai merasa takut kerana hari semakin gelap. Keadaan mula menjadi sunyi sepi dan penghuni di rumah panjang yang sedang bersuka-ria itu mula merasa cemas. Jiran mereka di seberang sungai masih dapat melihat keadaan mereka dan ini menyebabkan mereka merasa sedih dan bersimpati. Ketua rumah panjang berkenaan kemudian memanggil semua anak-anak buahnya dan mereka telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan apa tindakan yang boleh diambil bagi membantu kawan-kawan mereka di seberang.

"Apa kata kalau kita mengikat sebatang kayu yang menyala di kepala seekor anjing dan menyuruhnya berenang ke seberang.." Tiba-tiba seorang pemuda yang agak segak dan gagah memberikan cadangannya. Semua penduduk dirumah panjang berkenaan bersetuju sebulat suara dan mereka kemudian mendapatkan seekor anjing dan mengikat sebatang kayu yang menyala ke kepalanya. Anjing itu kemudiannya diarahkan oleh mereka untuk berenang, bagaimanapun anjing berkenaan tidak sempat sampai ke seberang kerana telah hanyut dibawa arus deras, tetapi mujurlah ia dapat menyelamatkan dirinya. Hal yang berlaku itu diangap lucu oleh para penghuni rumah panjang tersebut lalu mereka ketawa terbahak-bahak hingga lupa masalah yang sedang mereka hadapi kelak...!!

Lain pula halnya dengan jiran mereka yang sedang menanti dengan penuh harapan diseberang sungai, mereka hanya memperhatikan dengan tenang peristiwa berkenaan dan tidak mentertawakan anjing yang malang itu kerana takut peristiwa buruk akan menimpa mereka kelak.
Setelah kegagalan anjing berkenaan, mereka telah mencari ikhtiar lain. Kali ini mereka telah menggunakan seekor ayam jantan. Mereka telah mengikat kayu yang bernyala ke seekor ayam jantan berkenaan dan mengharapkan ayam berkenaan dapat terbang ke seberang sungai dan seterusnya memberikan bantuan api berkenaan.

Ayam jantan berkenaan telah diterbangkan ke seberang, bagaimanapun ayam jantan berkenaan telah jatuh ke dalam sungai sebaik sahaja sampai di tengah-tengah sungai. Sekali lagi para penghuni rumah panjang berkenaan tertawa terbahak-bahak melihat peristiwa lucu berkenaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling mereka yang semakin gelap.

Setelah kehabisan ikhtiar dan usaha maka penghuni dirumah panjang sedang menantikan bantuan berkenaan pun balik ke bilik kediaman masing-masing kerana sudah tidak sanggup lagi melihat telatah jiran mereka di seberang sungai. Bagaimanapun sebahagian daripada mereka masih meneruskan aktiviti masing-masing. Mereka telah mengambil seekor pacat yang kebetulan berada di ruang minum tapai. Mereka meneruskan aktiviti dengan mempermainkan pacat berkenaan iaitu memberi minum tapai, tetapi pacat berkenaan tidak mengerti perilaku manusia kerana pacat berkenaan merupakan seekor haiwan. Aktiviti untuk memaksa pacat berkenaan minum tapai diteruskan. Keadaan ketika itu melucukan kumpulan berkenaan sehingga meeka tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut boleh membawa malapetaka. 

Tiba-tiba angin ribut muncul, hujan lebat, petir dan solah-olah peperangan dunia kedua. Keadaan menjadi huru hara dan petanda malapetaka akan menimpa kampung sebelah. Semua penghuni rumah seberang merasa takut dan mula mendiamkan diri. didalam hati mereka telah timbul rasa kesal yang amat sangat kerana telah melanggar adat dan pantang larang nenek moyang mereka. Dalam suasana rasa tidak tenang, tiba-tiba mereka ternampak sesuatu berwarna hitam gelap telah jatuh dari langit dan secara kebetulan benda tersebut jatuh tepat mengenai bumbung rumah panjang mereka.Dengan serta merta rumah panjang mereka menjadi batu berserta dengan penghuninya sekali dan batu itu amat tinggi sekali pada masa itu. 

Manakala anjing dan ayam jantan yang digunakan untuk menghantar bantuan api ke rumah panjang yang telah bertukar menjadi batu juga telah berubah menjadi batu yang menyerupai bentuk kedua-dua jenis binatang berkenaan. Kedua-dua batu berkenaan tersadai di tebing Sungai Sepulut. 
Malapetaka yang menimpa rumah panjang di seberang sungai berkenaan menyebabkan rumah panjang yang berdekatan dengan peristiwa tersebut terlibat dari pancaran sinar matahari dimana penghuninya merasa bosan kerana batu yang menghalang pancaran matahari di sebelah rumah panjang berkenaan tidak dapat menembusi batu berkenaan dan keadaan persekitaran rumah panjang yang tidak terlibat dengan malapetaka berkenaan dalam keadaan gelap. 

Setelah sepakat, keluarga rumah panjang berkenaan telah bersetuju agar tujuh orang adik beradik berkenaan pergi ke batu berkenaan untuk menebang puncak yang menutupi pancaran matahari ke rumah panjang mereka. Adik pertama gagal dan seterusnya, sehingga kepada yang bongsu, maka sebahagian puncak batu berkenaan dapat di tebang dan pancaran mataharipun dapat menyinari persekitaran rumah panjang mereka. Adik yang bongsu tadi digelar sebagai wira. Sungguhpun batu berkenaan dapat ditebang sebahagiannya, ianya masih meninggal punggul yang masih tinggi dan sehingga kini batu berkenaan kelihatan yang masyarakat pada dahulu kala memanggilnya "Batu Punggul" Sumber : Masyarakat Sapulut, Pejabat Daerah, Arkib Jabatan


Kepada Team Tuaran 24Fit tahniah kerana kita berjaya menamatkan misi ini dengan selamat. Kepada team guide Kick, terima kasih kerana menjaga keselamatan kami dengan baik dan setiap inci langkah kami. Kepada team-team yang lain dlm trip ni

kredit: izan ray

10 Sebab Mengapa Hiking Menjadi Kegilaan Ramai!?

Assalamualaikum & Salam Perjuangan!!

Hi uols!! Sana sini gambar orang mendaki bukit dan gunung ini termasuklah aku hihi. Tak dinafikan Hiking menjadi pilihan ramai kini untuk mengisi masa lapang. Apa yang membuatkan aktiviti ini menjadi kegilaan sekarang?

Nak tahu kenapa hiking menjadi kegilaan jom kita baca sebab-sebabnya:

1) Hiking buat anda gembira

Menurut kajian Universiti Stanford pada tahun 2014, hiking boleh meningkatkan mood gembira dan mengurangkan keresahan anda.

2) Hiking boleh membantu orang yang depresi

Sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak, kata kajian di dalam LA Times.

3) Hiking boleh mengurangkan stress

Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepala dan hati yang stress akibat pelbagai masalah. 

4) Hiking membantu anda menyelesaikan masalah

Menghabiskan masa mendaki bukit boleh meningkat kemahiran menyelesaikan masalah anda sebanyak 50%, kata kajian di dalam Huffington Post.

5) Hiking bantu tingkatkan memori

Dengan hanya satu jam menghabiskan masa bersama alam sekitar, prestasi memori anda akan meningkat 20%, menurut satu kajian di Universiti Michigan.

6) Hiking membantu anda lebih kreatif

Apabila anda mendaki bukit bersama teman-teman, mendaki hingga ke puncak, ia membantu anda untuk menjana idea-idea baru yang lebih kreatif.

7) Hiking meningkatkan stamina

Terutamanya anda yang suka mendaki di bukit dan gunung yang mencabar, kesannya sama seperti anda melakukan senaman kardio. Hiking menjadikan anda lebih fit dan membantu menbakar kalori sehingga 500 kalori dalam masa satu jam. 

8) Hiking baik untuk kesihatan jantung

Dengan melakukan aktiviti mendaki, ia merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko diabetes dan juga obesiti. Mendaki pada ketinggian yang lebih tinggi pula bagus untuk jantung anda. 

9) Hiking di tepi laut bagus untuk anda

Kajian pada tahun 2012 menyatakan, mendaki di kawasan yang berdekatan laut biru boleh membantu anda kurang berfikir tentang masalah. Warna biru laut sememangnya menjadi penenang jika anda dilanda pelbagai dugaan.

10) Hiking menjanjikan keseronokan bersama keluarga dan teman

Jika ada ahli keluarga dan teman-teman anda yang berkongsi hobi yang sama iaitu mendaki, ajaklah mereka bersama kerana sememangnya ia memberikan kegembiraan dan kepuasan yang maksima apabila anda sampai ke puncak dengan orang tersayang. 


Antara lokasi menarik untuk hiking sekitar Sabah:

Papar

1. Mikik
2. Obs
3. Hutan Lipur Kawang 
4. Bukit Kuburan
5. Bukit Lumagas 
6. Bukit Bendera

Membakut

1.Bukit Samudera

Sipitang

1.Gunung Lumaku
2.Gunung Muruk Miau
3.Bukit Tampalagas

Kota Kinabalu

1. Bukit Kopungit
2. Bukit Botak/Gundul Sepanggar ✔
3. Bukit Kokol Menggatal
4. Signal Hill
5. Bukit Padang
6. Bukit Lumpugou

Telipok

1. Bukit Nulu Kebayau ✔
2. Bukit Binaong
3. Bukit Malawa
4. Bukit Payung
5. Bukit Kayu Madang
6. Bukit Payung

Tuaran

1. Bukit Tirig ✔
2. Bukit Nuluh Lapai ✔
3. Bukit Merlin
4. Bukit Kapur
5. Bukit Tungkalingan
6. Bukit Tompinangan Tirig

Tamparuli

1. Bukit Perahu ✔
2. Bukit Kusai
3. Murug Turug waterfall ✔
4. Malba Trig
5. Nomburungui
6. Bukit Moninduk Sirung
Tiong Temburong
7. Bukit Talantang
8. Bukit Mayang 
9. Bukit Sinagang 
10. Bukit Kulintangan 

Kota Belud

1. Bukit Bongol ✔
2. Bukit Bagong via narinang ✔
3. Mount Nungkok
4. Air Terjun Koliposuan, Kg. Sayap
5. Bukit Tinjau
6. Bukit Kujau
7. Bukit Tunggul
8. Bukit Singkug + guabon waterfall
9. Melangkap Nariou
10. Liminuang Babagon Rosok
11. Napunggok Lituk
12. Nuluh Linggion
13. Gunung Sadok- sadok@Nungkok
14. Bukit Garas
15. Bukit Mogilin
16. Mt. Minodtuhan
17. Air Terjun Sosogohon Melangkap Tiong
18. Nopungguk via podos
19. Nopungguk via gansurai
20. Badi2 Tompuan Kg. Pandat
21. Bukit Pinontungan 
22. Bukit Bogung via purak ogis
23. Bukit Kowatuan
24. Bukit Kolumpisau
25. Bukit Trinity Kg Pandat
26. Nuluh Kagarasan
27. Maranggoi Tagal
28. Kuminangkad WaterFall
29. Aura Montoria
30. Bukit Budu Sundu

Tambunan

1. Bukit Lugas
2. Gunung Trus Madi
3. Gunung wakid
4. Minduk Sirung - Mahua
5. Bukit Kimbolung 
6. Bukit Dampasak 
7. Bukit Kolindasan

Ranau/ Kundasang

1. Air Terjun Langanan Hot Spring Ranau
2. Bukit Pyramid
3. Sosodikon Hill
4. Maraggang Hill ✔
5. Tinorindak ✔
6. Bukit Lugas
7. Bukit Dompurungon
8. Bukit Kimondow

Keningau

1. Crocker Range Park
2. Bukit Trig Apin-Apin (bukit Trig Apin Apin 12 peak)
3. Bukit Lugas Apin-Apin
4. Bukit Silui Mandanan
5. Bukit Bandukan 
6. Bukit Timpohon Paragaliding
7. Bukit Masin
8. Trail Gua Laing
9. Mt.Trusmadi Via Sinua
10. Mt.Trusmadi Via Apin2
11. Bukit Baverly Kikiran
12 Bukit Sumbiling Kikiran
13. Bukit Soborong
14.Bukit Matanoi 
15.Bukit Malik 
16.Bukit Kara 
17.Bukit Kawah 
18. Bukit janda 
19.10 Bukit (Akan Di Buka)

Sapulut

1. Batu Punggul ✔
2. Gua Tinahas

Kunak

1.Bukit Madai
2.Bukit Pidung
3.Bukit Tisop
4.Bukit Tongkat Ali

Tawau 

1) Bukit Gemuk
2) Bukit Pancang
3) Bukit Cinta
4) Bukit Akar
5) Bukit 38
6) Bukit Lipan
7) Bukit Lie man Kui
8) Bukit Lion Hill
9) Bukit Galas
10) Bukit Middle
11) Bukit Batu Hitam
12) Gunung Lucia
13) Gunung Maria
14) Gunung Magdalena
15) Gua kelawar
16) Bukit Tukok Kalabakan
17 ) Bukit Sg Udin

Semporna

1) Bukit Tengkorak
2) Bukit Pulau Bohey Dulang
3) Bukit Kemiri
4) Bukit Pokas
5) Bukit Kg Sungai Buaya

Kota Marudu

1) Bukit & air terjun Hatob
2) Bukit Tagaroh
3) Bukit Lotong
4) Bukit Pancaran
5) Bukit Doa
6) Bukit Cinta
7) Bukit Cinta 3 Teluk
8) Gunung Numbuyukong
9) Gua Kelawar
10) Air Terjun Misumpak
11) Air Terjun Kinamawali

Kudat

1) Simpang Mengayau
2) Bukit Sinambung (Pulau Banggi)

Kinabatangan

1) Gua Gomantong
2) Kopel (Koperasi Pelancongan)
3) Supu
4) Bukit Sapa Taring
5) Batu Tulug, Kg Batu Putih

Telupid

1) Bukit Doji
2) Bukit Microwave

Tongod

1) Gunung Tinkar
2) Bukit Ism (Centre of Sabah)
3) Imbak Canyon

Tempat hiking yg sangat menarik di Sandakan

1. Bukit Sim Sim
2. Bukit Mawar
3. Bukit Trig
4. Bukit Maria
5. Hutan Leila (gua batu kapur/ gua kelawar/ tembok batu kapur)
6. Hutan Ulu Sibuga
7. Sepilok Laut (RM12.00 = bayaran masuk & permit)
8. Kebun Cina (RM2.00 = bayaran masuk)

So korang yang mahu berjinak-jinak dengan dunia hiking bolehlah pilih bukit mana yang hendak di radu ^_^, So Enjoy!! Jangan stress feel the nature. Jangan lupa kongsi info ini kepada rakan-rakan anda, mulakan hari anda dengan sesuatu yang sihat dan indah.