Showing posts with label Info Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Isu Semasa. Show all posts

Antara perkara yang perlu anda kena tahu dalam Bisnes

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tidak update weblog ni setelah sekian lama dengan aktiviti yang cukup padat seharian yang dilalui. Sedar tak sedar kita berada dipenghujung tahun dah, oh ya hampir terlupa Salam Maulidur Rasul dan selamat menyambut hari natal buat rakan-rakan yang beragama kristian.

Dalam dunia bisnes ini tak kira bisnes apa yang kita lakukan atau jalankan, apatah lagi bisnes online. Anda kena pastikan yang anda mampu menguruskannya dengan baik.


Antara perkara yang perlu anda kena tahu dan penting adalah dalam bisnes tak kiralah online atau bisnes offline adalah:
  1. Rekod keluar masuk urus niaga (Buku Kira-Kira/Akaun)
  2. Cash atau tunai yang Cukup.
  3. Internet Banking (tak kira akaun simpanan atau semasa)
Rekod Keluar Masuk Urus Niaga:
Segala urus niaga atau transaksi sama ada aliran keluar masuk kewangan, stok atau pembelian perlulah direkodkan apatah lagi segala resit pembelian perlulah disimpan sebagai rekod.

Cash atau Tunai yang Cukup:
Sedia maklum dalam menjalankan apa-apa jenis bisnes Cash atau Tunai perlulah mencukupi bagi transaksi yang memerlukan tunai.

Internet Banking:
Dalam zaman kini kita sebagai peniaga harus memiliki Internet Banking tak kiralah akaun simpanan atau akaun semasa kerana ini penting bagi mereka yang menjalankan bisnes 2 dalam 1 bagi memudahkan transaksi lebih mudah dan cepat kepada pelanggan kita. Perlu diingatkan anda kena pastikan transaksi online banking yang dilakukan oleh pelanggan anda adalah tepat dan anda tidaklah tertipu.

Sebagai peniaga online juga, anda haruslah meletakkan atau mempamirkan harga, jangan asyik letak PM, INBOX, SMS or WhatApps, kerana anda membazir masa untuk semua itu. Ceritalah serba sedikit tentang produk atau service anda dengan jujur, gunalah testimonial yang betui, adalah lebih baik jika testimonial itu dilakukan pada diri anda sendiri.

9 Tips untuk bisnes online:


Okeylah next entri akan aku share lagi info berguna bagi kita nak memulakan bisnes secara online. Jangan lupa like pages aku http://www.facebokk.com/LCLegasi untuk info lanjut tentang #onexox.

Journal 2015 - # 895

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

TERKINI! Gegaran demi Gegaran: Kinabalu terus bergegar lagi



Assalamualaikum! Hi uols! Seawal 2.29 pagi pada 13 Jun 2015, aku sekeluarga dikejutkan dengan gegaran yang berskala richter 5.0 kalau mengikut Apps LastQuake (CSEM EMSC). Setakat ni tak ada ler berita yang tidak menyenangkan lagi tapi tak tahulah sekitar Ranau dan Kundasang sebab pusat gegaran bermula di sana.

Ramai rakan-rakan facebook update akan gegaran yang dialami pagi tadi termasuklah aku sendiri. Rata-rata seluruh Sabah mengalami gegaran tersebut. Masyallah besar sungguh ujian yang Allah berikan dalam 2 minggu ini. 





Sejak 5 Jun 2015 beberapa siri gegaran telah tercatat sebenarnya, iaitu:- 
  • 5 Jun 2015, 7.15AM: 6.0 Magnitude
  • 5 Jun 2015, 9.12PM:  4.4 Magnitude
  • 5 Jun 2015, 11.13PM: 4.7 Magnitude
  • 6 Jun 2015, 1.45PM: 4.5 Magnitude dan,
  • 13 Jun 2015, 2.29AM: 5.0 Magnitude

Apa pun sama-sama kita berdoa agar bumi Sabah sentiasa selamat dan di lindungi oleh Allah swt. Oh ya jangan lupa amalkan doa ni jika kita merasai gegaran mahupun apa sahaja malapetaka, moga-moga selamat semuanya.
#PrayForSabah
#SabahEarthQuake

Journal 2015 - # 894

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Terkini (13 Jun 2015): Sabah Bergegar Lagi


Assalamualaikum! Hi uols! Sabah dikejutkan sekali lagi dengan gegaran gempah bumi. Kali ni 5.0 Magnitude pada jam 2.29 pagi 69KM E Kota Kinabalu dan 24KM N Ranau, hampir sama dengan gegaran yang pertama sebelum ini. Gegaran kali ini hampir sama kekuatannya dengan gegaran yang pertama iaitu 6.0 magnitude. Ramai teman-teman facebook terkejut dan mengemaskini status masing-masing akan kesan gegaran tersebut. Awal pagi esok baru dapat melihat akan kerosakan yang di alami.

Apa pun jangan berhenti berdoa dan berhati-hati semua. Ya Allah lindungi bumi Sabah daripada bala bencana ini Ya Allah.

#PrayForSabah
#SabahEarthQuake

Journal 2015 - # 892

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kinabalu Antara Lagenda atau Mitos


Assalamualaikum! Hi uols! Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oseania.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oseania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung. 

Pada 5 Jun 2015 Negeri Sabah seawal 7.15 pagi kita dikejutkan dengan bencana alam iaitu Gempa Bumi 6.0 Magnitude (Richter Scale) yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau sehingga menyebabkan beberapa kerosakan dan juga mengakibatkan kehilangan nyawa. Salam takziah kepada keluarga yang terlibat dalam musibah ini.

Ada yang menyatakan bahawa gempa bumi terjadi akibat mitos lagenda yang menyatakan semangat gunung atau penjaga gunung marah kononnya 6 pelancong asing berbogel di gunung kinabalu telah marah disebabkan aksi kurang sopan tersebut. Namun dari segi faktor geografi adalah disebabkan fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Gempa bumi berlaku setiap hari dibumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa-apa yang berlaku pada permukaan bumi, cara tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan cara tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan cara meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.
 
Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.

Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, dan titik merah gunung berapi seperti Hawaii.

Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumimenanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.


Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Lagenda & Mitos

Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak
perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Di atas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semula jadi, kaum Kadazandusun mempercayai di sinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda, di sini juga tempat segelintir mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap di sana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Journal 2015 - # 890

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Breaking New (Sabah Earthquake): Bumi Sabah Bergegar Pagi Jumaat (5 Jun 2015)

Assalamualaikum! Hi uols! Salam jumaat semua.. Setiap apa yang berlaku adalah amaran daripada Allah swt sebagai peringatan kepada hamba-Nya. Pagi ini jam 7.15 pagi bumi Sabah dikejutkan dengan gegaran sekuat 6.0 Magnitude (Richter Scale) yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280
berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59280


Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan.

 
Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.

Berikut antara gambar yang dikongsikan dalam media sosial:




Berikut video yang sempat dirakam oleh salah seorang pekerja yang bekerja di Kinabalu Park.
 

Journal 2015 - # 889

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Female Parking Lot

Assalamualaikum! Hi uols! Mungkin agak janggal bila kita melihat lot parking kereta di mana-mana mall akan ditandakan atau di warnakan berwarna pink!? Tambahan lagi bila ada sign board Female Parking Only! Hmm.. mai cik nak habaq kat hangpa nah... Mungkin ia masih baru lagi di negeri Sabah atau di Malaysia ni tapi sebenarnya ia adalah perkara lama yang telah dilakukan oleh negara-negara maju khususnya China.

Tapi masih ada lagi yang tak faham konsep yang cuba di amalkan di negara kita terutama sekali di 1 Borneo Hypermarket yang baru mengamalkan konsep Female Parking Only! Hmm.. Sebenarnya Maksud parking ini adalah dikhaskan oleh kaum wanita sahaja bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah di kawasan lot parking kereta. so orang lelaki faham-faham ler jangan gatal masuk parking wanita!! Tapi ada juga yang menyalah gunakankawasan parking ni iaitu pemandunya perempuan tetapi penumpangnya ada lelaki tak bolehlah cik kak kenalah bertimbang rasa kepada orang pemandu wanita yang betul-betul berseorangan atau dalam kereta tu kumpulan wanita sahaja, ADA FAHAM!!!
Di Malaysia konsep Female Parking Only ini bermula dari e Curve Mutiara Damansara, namun perlaksanaan untuk penyesuaian mengambil masa mendidik pengunjung yang berkunjung, pihak pegawal keselamatan pula sentiasa memantau kawasan ini bagi mengelakkan parking lot tersebut tidak disalah guna oleh pengunjung.
Bagaimana pula di 1 Borneo Hypermarket?? Kadang-kadang ada juga yang mengambil kesempatan menggunakan parking lot tersebut atau mereka ni buta warna or tidak mengerti membaca atau papan arahan tidak jelas?? Sebenarnya semua pihak memainkan peranan bukan satu pihak sahaja pengunjung pun perlulah faham patuhi arahan jangan salahkan orang kalau tayar kereta anda di claimping.



Journal 2015 - # 886

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Hospital Queen Elizabeth II: Parking oh Parking Sesak dan Merbahaya

Assalamualaikum! Hi uols! Baru-baru ni aku bertandang ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) Kota Kinabalu kebetulan ada urusan yang tak seberapa nak rasmi. Well aku paling tak suka nak datang ke kawasan Hospital Kerajaan ni, salah satu masalah ialah parking! Entah bila nak sudah masalah yang timbul tak kiralah ada parking bertingkat, berbayar atau apa sekali pun ruang yang tersedia. 

Pada aku service kenalah tip top, bayar sikit tak apa janji keselamatan terjamin pada harta benda pengunjung. Sebenarnya aku tak tahulah sama ada korang sedar atau tak, korang perasan atau, keadaan parking di sekitar HQE II memang sesak dan terlalu padat yang teramat sangat terutama sekali waktu kemuncak. 

Biarpun parking bertingkat disediakan namun double park, parking di corner, parking pada ring jalan ke parking mengundang kepada kemungkinan kemalangan. Patutnya pihak berwajib patut memikirkan masalah yang dihadapi oleh pengunjung yang memerlukan parking. 

Tak tahulah pihak keselamatan hospital ada membuat rondaan atau tak di parking bertingkat ni. Berikut keadaan parking sekitar parking bertingkat di HQE II:

Parking di corner
Double parking
Lalu utama keluar dan masuk parking dari aras baru menuju ke aras 1, kiri kanan kenderaan parking
Double Parking

Parking diantara ring naik ke aras atas.

Journal 2015 - # 885

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

TERKINI: 7.2 Magnitud Gempa Bumi di Metro Manila

Assalamualaikum! Hi Uols! Sedang asyik melayani twitter yang agak lama aku biarkan tetiba aku terpaut pada hashtag #PrayForThePhilippines yang menjadi tranding ketika ini menjadi tanda tanya apa yang berlaku sebenarnya?? Ohh.. rupa-rupanya berlaku gempa bumi bersekala 7.2 Magnitude di bandar Metro Manila hari ini, Allahu Akhbar!! Ujian daripada Allah SWT lagi kepada bumi yang semakin tua ini.. 

Setakat laporan berita Astro Awani, 1ebih 100 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Cebu dan Bohol di Filipina pada pagi Selasa. Gempa bumi itu berpusat betul-betul di bawah Bohol, sebuah pulau tarikan pelancongan kerana pantainya yang indah. Pegawai kerajaan memberitahu gempa bumi itu adalah yang paling kuat menggegarkan wilayah berkenaan dalam masa 23 tahun. Gempa bumi yang kuat itu menyebabkan tanah longsor yang menenggelamkan rumah, meruntuhkan jambatan dan meranapkan beberapa bangunan termasuk gereja warisan. Sekurang-kurangnya 10 gereja yang dibina sejak zaman penjajahan Sepanyol runtuh di Bohol dan Cebu. Angka kematian dijangka meningkat dalam masa beberapa hari apabila pasukan menyelamat dan bantuan kemanusiaan dapat tiba ke kawasan pedalaman. Usaha menyelamat itu berdepan masalah kerana jaringan jalan raya dan komunikasi yang terputus. Usaha menyelamat itu juga disertai oleh penduduk setempat yang terpaksa membongkar runtuhan bangunan dengan tangan untuk mengeluarkan ahli keluarga yang terperangkap. di laporkan juga, lebih 800 gegaran susulan direkodkan termasuk satu yang berukuran 5.1 magnitud.

Berikut berita daripada International Business Times tentang gempa bumi di Manila..

Philippines Braces for 7.2 Magnitude Earthquake in Metro Manila

As seismologists in the country say that a 7.2-magnitude earthquake produced by the Valley Fault System may hit several parts of Manila any time, Philippines has chalked out a detailed action plan to save itself from a Nepal-like situation.
A woman carries her baby past a destroyed church belfry in Tubigon, Bohol on Oct. 16, a day after an earthquake hit central Philippines.
A woman carries her baby past a destroyed church belfry in Tubigon, Bohol, a day after an earthquake hit central Philippines.
In a bid to minimise destruction to lives and structure, the country has introduced the new Valley Fault System Atlas, a tool that will ensure Metro Manila is prepared for the "big one", according to local experts.

The atlas prepared by the Philippine Institute of Volcanology and Seismology (Phivolcs) contains detailed images of specific streets and villages lying on or near the fault line.

"Previously, the official fault maps of Phivolcs only used a 1 to 10,000 scale and showed municipalities and a few streets. Now, the new atlas has a more detailed scale of 1 to 5,000, which shows actual streets, villages, and even the outline of some structures," Phivolcs director Renato Solidum told CNN.

The country's disaster management agency, which has warned of a "mega earthquake" in Metro Manila, has asked its citizens to be prepared. Phivolcs director Solidum, who sounded the alarm bells, stated that only by being prepared can a Nepal-like destruction be prevented.

In Nepal, more than 8,000 people were killed after the country was hit by a 7.8 magnitude earthquake last month. Last year, a joint study by Filipino agencies and the Australian government had found that a 7.2 magnitude earthquake in the West Valley Fault could kill 37,054 people.

After it was predicted that Philippines would face a major earthquake, the affected citizens who live along or on the fault line took to Twitter to express their fears. The hastag #PrayForThePhilippines became a trend on Twitter.

Journal 2015 - # 879

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

GST!! Rakyat Belum Bersedia!!

Assalamualaikum! Hi uols! 1 April 2015 telah tiba, Goods and Services Tax (GST) khabar gembira kepada pengilang, pemborong, peniaga, golongan berpendapatan tinggi tapi tidak kepada golongan berpendapatan sederhana atau orang kampung. Rata-rata yang yang merungut bukan setakat barangan runcit naik malahan ada peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan.

Bukan itu saja peniaga yang tidak berdaftar dengan Kastam pun mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan. Sebenarnya Rakyat masih belum bersedia dengan GST yang diadakan oleh Kerajaan kerana nilai 6% yang dikenakan terlalu membebankan terutama sekali kepada golongan luar bandar atau lebih tepat orang kampung, bagi mereka 6% itu terlalu besar. Bagi golongan berpendapatan sederhana atau rendah jika dulu belanja dapur sebulan RM300 kini lebih kemungkinan meningkat kepada RM400 ke RM450 sebulan. 

Ketika ini isu kenaikan harga tambah nilai iaitu topup juga terkena tempias. Walaupun caj 6% dikenakan namun isu ini harus dipandang serius sebab pengguna topup bukan dikalangan orang bekerja sahaja malahan termasuk pelajar sekolah dan IPT/S. 

Seharusnya perlaksanaan GST ini perlu dilakukan secara berperingkat atau caj 6% dikurangkan kepada amount yang kecil. Mungkin ia baik untuk pembangunan negara tapi tidak kepada golongan orang kampung yang tiada pendapatan tetap atau kecil. Perkara yang paling penting sekali adalah barangan keperluan harian seperti gula, kopi, milo, kicap, sos, dan sebagainya, seharusnya tidak dikenakan GST ini kerana ia adalah keperluan asas rakyat Malaysia. Pihak berwajib patut memantau harga tak kira peniaga yang telah daftar GST atau tidak.