Showing posts with label Kempan Derma Darah. Show all posts
Showing posts with label Kempan Derma Darah. Show all posts

Journal 2014 - # 834

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum! Hi uols! Isnin lepas satu program Kempen Derma Darah telah diadakan oleh student praktikal agensi aku. Happening dan best betul bila sambutan yang diterima amat baik. Well tahniah pada team student praktikal yang menganjurkan program ini. Dalam masa yang sama aku juga turut serta dalam program ini. Of cos la aku dan seorang lagi team UKK jadi org pertama dalam kempen menderma darah ni untuk donate darah kita orang. Berikut antara gambar sekitar program tersebut:-








Journal 2014 - # 794

Salam perpaduan salam perjuangan!

Derma darah cara aferesis

Assalamualaikum! Hi uols! Aku bangga jadi Penderma Darah Aferesis, boleh di katakan selang 3 bulan aku akan jalankan tanggungjawab dan kewajiban aku ni untuk membantu orang lain. Tak hairanlah kalau buku merah aku tu dah lebih 23 kali menderma dan dalam setahun 3 kali aku menderma. Tapi tahun 2013 adalah tahun yang langsung aku lakukan pendermaan darah, oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja dan study sampai lupa rutin yang aku buat, so tahun ni aku mulakan semula, tapi agak lewat.. tak apalah janji aku buat juga.

Sijil PDN
SABAN hari kita didedahkan dengan berita-berita yang dikaitkan dengan kemalangan, pembedahan dan kisah mereka yang menderita penyakit-penyakit yang kronik seperti kanser, hemofilia, jantung dan hati.

Meskipun setiap satunya berbeza, namun persamaan yang dimiliki oleh setiap permasalahan ini ialah ia menuntut keprihatinan orang ramai supaya menderma darah.

Mesin untuk menderma cara Aferesis (Plasma & Platele)
Kesedaran dan keprihatinan kita untuk menyumbang kepada keperluan ini sebenarnya telah menyelamatkan nyawa orang lain.

Jika sebelum ini hasrat murni untuk menderma darah hanya terhad empat kali setahun, kini orang ramai berpeluang untuk menderma darah lebih kerap melalui satu kaedah yang menjadikan mereka sebagai penderma aferesis.

Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Mohd. Amran Abdul Wahab berkata, penderma aferesis hanya perlu menderma sebahagian komponen darah mereka iaitu plasma dan platelet tanpa membabitkan sel darah merah.

Menurut beliau, jika sebelum ini pendermaan membabitkan kesemua komponen darah, sekarang penderma telah boleh menderma sebahagian komponen darah mereka.

"Dengan wujudnya mesin khas, proses pendermaan menjadi lebih efisien kerana hanya komponen darah yang diperlukan akan disaring dan sel darah yang lain akan masuk ke dalam tubuh semula,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ini mesin Aferesis untuk Plasma Sahaja
Dr. Mohd. Amran memberitahu, dengan kaedah ini individu terbabit boleh menderma lebih kerap kerana proses penggantian plasma dan platelet yang dikeluarkan hanya mengambil masa yang cukup singkat.

Katanya, kedua-dua komponen darah itu penting untuk merawat masalah pendarahan mangsa kebakaran, kemalangan, wanita bersalin yang kehilangan banyak darah, penyakit hemofilia, buah pinggang, hati dan sebagainya.

"Plasma merupakan cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan-bahan pembekuan darah yang boleh menghalang dan merawat pelbagai jenis penyakit.

"Platelet pula diperlukan untuk mencegah pendarahan seperti penyakit leukemia, denggi berdarah, demam denggi dan sebagainya,'' jelas beliau.

Jangka hayat plasma yang dibekukan mencecah hingga satu tahun manakala platelet hanya boleh
Plasma
bertahan dalam jangka masa lima hari.

Dr. Mohd. Amran memberitahu, keperluan plasma lebih penting untuk mereka yang menghidap penyakit hemofilia iaitu sejenis penyakit genetik di mana berlaku pendarahan dalam sendi-sendi tubuh.

"Plasma yang diperoleh daripada penderma akan dihantar ke makmal di Australia untuk mengekstrak Faktor VIII dan Faktor IX untuk dijadikan serbuk dan digunakan sebagai ubat untuk pesakit hemofilia,'' katanya.

Menurut beliau, meskipun keperluan plasma hanya untuk kes-kes tertentu, namun penggunaannya di Malaysia dianggarkan di antara 70 hingga 80 unit seminggu.

Platelet
"Setakat ini secara purata hanya 120 orang penderma datang ke PDN untuk menjadi penderma aferesis, sedangkan kita memerlukan sekurang-kurangnya seramai 500 orang penderma sebulan untuk memenuhi keperluan ini,'' katanya.

Sehubungan itu, PDN mengalu-alukan orang ramai yang layak untuk tampil menjadi penderma aferesis. Mereka boleh menghubungi talian 03-26955558 atau terus datang ke Pusat Darah Negara, Jalan Temerloh, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KELEBIHAN AFERESIS
  • Komponen plasma atau platelet yang dikeluarkan mencecah antara 600 hingga 800 ml.
  • Penderma boleh menderma dua minggu sekali.
  • Kualiti yang lebih baik.
  • Komponen darah yang dikeluarkan tidak bercampur dengan sel darah merah dan ia boleh menyelamatkan lebih ramai pesakit kerana kegunaannya lebih banyak.

SYARAT-SYARAT PENDERMA DARAH
  • Individu yang sihat.
  • Bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti hepatitis B atau C, penyakit kelamin seperti siflis, AIDS.
  • Penderma darah aferesis yang tetap.
  • Mempunyai berat badan melebihi 55 kilo gram.
  • Urat darah yang besar.
  • Sanggup meluangkan masa antara 45 minit hingga satu jam setengah.
  • Bilangan platelet yang melebihi 1,500ml.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Kesihatan PDN, Asmoni Midin berkata, mereka yang ingin menjadi penderma aferesis perlu datang ke PDN kerana proses pengasingan darah ini memerlukan penggunaan mesin khas.

"Mereka boleh datang ke PDN untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendermaan aferesis atau menghubungi talian kami,'' katanya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut layari Front Page Facebook milik Pusat Darah Negara. 
Sumber: Utusan Malaysia (10/06/2001)

Journal 2014 - # 791

Salam perpaduan salam perjuangan!

Saya sudah Anda Pula Bagaimana??


Assalamualaikum! Hi uols! Sebut saja jom derma darah mesti ada yang kata, eh! tak apalah darah saya tak cukup, saya takut jarum, takut itu takut ini.. Well terpulanglah tapi kalau rasa nak berbakti atau nak membantu biarlah ikhlaskan.. Oklah jom kita dapatkan maklumat dan info tentang Derma Darah.

Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya : 

Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  •   Sel darah merah
  •   Sel darah putih
  •   Platelet                                                                 
  •   Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.

Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

Keistimewaan Penderma Darah

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital
Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
  • Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
      KEKERAPAN MENDERMA                                        KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali
Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
6 ~ 10 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
11 ~ 15 kali
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
16 ~ 20 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
21 ~ 30 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.
31 ~ 40 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
41 ~ 50 kali
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Kriteria Penderma Darah

Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
* Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
* Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  •  Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Nasihat Kepada Penderma Darah

Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  • Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  • Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  • Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.
  • Dalam masa 24 jam selepas menderma :
- Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat
- Elakkan minuman keras.
-  Lebihkan meminum air
- Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan
  kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
- Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila hubungi segera Pegawai
  Perubatan Pusat Darah Negara di nombor 03-2693 3888 / 03-2695 5564.
Dermaan anda merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar anda jadikan pendermaan anda ini suatu amalan yang berterusan di dalam hidup anda.



Journal 2014 - # 784

Salam perpaduan salam perjuangan!

Usah Meremehkan Pahala Menderma Darah

Assalamualaikum! Hi uols! Ketahuilah di Malaysia bekalan darah di Pusat Darah Negara selalu kekurangan apatah lagi jika musim perayaan. Oleh itu, sebagai umat Islam tanggungjawab ini harus kita pikul bersama dalam membantu usaha murni ini. Kepada yang masih ragu-ragu ketahuilah dan fahamilah tuntutan hukam-hakam tentang derma darah.

Hukum Menderma Darah

MUKADIMAH: Tidak terdapat nas al-Quran atau sunnah yang sarih (Jelas) mahupun ijmak ulama
yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan.

RINGKASNYA: Boleh. Bahkan digalakkan menurut syarak.

HURAIAN: Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: "...dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya." (Surah al-Ma'idah 5: 32)

Berdasarkan mafhum ayat ini, penderma darah ialah orang yang mengutamakan kepentingan rang lain kerana berusaha untuk menyelamatkan seseorang yang amat memerlukan darah. Sikap ini selaras pula dengan kaedah fiqah, "Kepentingan awam mendahului kepentingan peribadi."

Islam menggesa umatnya sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong sesama suadaranya dalam apa jua ruang yang memberi maslahah kepada manusia, baik di dunia mahupun akhirat. Maslahah bermaksud menghasilkan kebaikan dan menolak keburukan. Jika dianalisis, kita akan bersetuju bahawa tindakan menderma darah mengandungi maslahah dari dua aspek:
  1. Aspek menghasilkan kebaikan:
    Dapat meringankan beban pesakit seterusnya dapat menyelamatkan nyawa pesakit.
  2. Aspek menolak keburukan:
    Dapat mengelak pesakit menanggung derita yang berpanjangan.
Sedangkan dibolehkan berubat dengan sesuatu yang haram dan najis sekiranya tidak ada ubat yang harus untuk merawat sesuatu penyakit, maka lebih-lebih lagi dibolehkan dalam kes satu-satunya cara menyelamatkan nyawa hanya dengan pemindahan darah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran dalam agama." (Surah al-Baqarah 2: 286)

Begitu juga ia bertepatan dengan kaedah fiqah "Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang."

Islam tidak menghadkan derma hanya kepada harta sahaja, bahkan diluaskan skop pendermaan ini kepada ilmu, tenaga, buah fikiran dan seumpamanya. Oleh yang demikian, tidak syak lagi menderma darah dapat dikategorikan sebagai mengorbankan diri demi kepentingan orang lain seperti firman Allah yang bermaksud: "...dan mereka juga mengutamakan orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat." (Surah al-Hashr 59: 9)

TAMBAHAN: Bagaimanapun, keharusan perbuatan menderma darah wajib memenuhi syarat berikut:
  1. Tidak mendatangkan kemudaratan kepada penderma darah.
  2. Pemindahan darah itu pada had darurah dan qadar yang diperlukan sahaja. (Fatawa Syar'iyyah wa Buhuth Islamiyyah, Sheikh Hasanain Muhammad al-Makhluf, jil. 2, ms.164)

Derma Darah Kepada Bukan Islam

RINGKASANNYA:  Boleh.
HURAIAN: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 memutuskan bahawa:
  1. Menderma darah hukumnya harus.
  2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.
  3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan (Portal e-fatwa islam.gov.my)
Wuduk Si Penderma Darah
Tidak batal. Jumhur ulama berpendapat bahawa mengeluarkan darah dari badan sekalipun dalam kuantiti yang banyak tidak membatalkan wuduk.

Puasa Si Penderma Darah


Tidak batal menurut jumhur ulama. Antara hujah mereka:
  1. Darah dikeluarkan bukan melalui rongga yang terbuka.
  2. Mengeluarkan darah dari anggota badan juga sama dengan keluar sesuatu dari tubuh badan seperti air kencing, najis, meludah air liur dan sebagainya.
  3. Hukumnya makruh pada asalnya, tetapi sekiranya diperlukan untuk rawatan bagi orang yang memerlukan, maka hukumnya bertukar kepada harus bahkan boleh menjadi wajib.
  4. Sekiranya menderma darah pada waktu siang hari menyebabkan penderma keletihan sehingga menjejaskan ibadah puasa penderma, maka disyorkan menderma pada waktu malam.

Penerima Darah orang Berpuasa

Adakah batal puasa bagi orang yang menerima darah? 
Tidak batal. Ini menurut pendapat rajih (lebih tepat dan kuat) pada pandangan saya. Ini kerana darah yang dimasukkan ke dalam badan tidak sama dengan makanan. Makanan masuk ke dalam perut serta mengenyangkan, manakala darah pula menyerap masuk ke seluruh badan.

RUMUSAN AKHIR: Sama-sam kita menyahut kempen menderma darah bagi meraih pahala daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan." (Surah al-Ma'idah 5: 48)