Derma darah cara aferesis
Assalamualaikum! Hi uols! Aku bangga jadi Penderma Darah Aferesis, boleh di katakan selang 3 bulan aku akan jalankan tanggungjawab dan kewajiban aku ni untuk membantu orang lain. Tak hairanlah kalau buku merah aku tu dah lebih 23 kali menderma dan dalam setahun 3 kali aku menderma. Tapi tahun 2013 adalah tahun yang langsung aku lakukan pendermaan darah, oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja dan study sampai lupa rutin yang aku buat, so tahun ni aku mulakan semula, tapi agak lewat.. tak apalah janji aku buat juga.
![]() |
Sijil PDN |
SABAN hari kita didedahkan dengan berita-berita yang dikaitkan dengan
kemalangan, pembedahan dan kisah mereka yang menderita
penyakit-penyakit yang kronik seperti kanser, hemofilia, jantung dan
hati.
Meskipun setiap satunya berbeza, namun persamaan yang dimiliki oleh
setiap permasalahan ini ialah ia menuntut keprihatinan orang ramai
supaya menderma darah.
![]() |
Mesin untuk menderma cara Aferesis (Plasma & Platele) |
Kesedaran dan keprihatinan kita untuk menyumbang kepada keperluan ini sebenarnya telah menyelamatkan nyawa orang lain.
Jika sebelum ini hasrat murni untuk menderma darah hanya terhad empat
kali setahun, kini orang ramai berpeluang untuk menderma darah lebih
kerap melalui satu kaedah yang menjadikan mereka sebagai penderma
aferesis.
Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara (PDN), Dr. Mohd. Amran Abdul
Wahab berkata, penderma aferesis hanya perlu menderma sebahagian
komponen darah mereka iaitu plasma dan platelet tanpa membabitkan sel
darah merah.
Menurut beliau, jika sebelum ini pendermaan membabitkan kesemua
komponen darah, sekarang penderma telah boleh menderma sebahagian
komponen darah mereka.
"Dengan wujudnya mesin khas, proses pendermaan menjadi lebih efisien
kerana hanya komponen darah yang diperlukan akan disaring dan sel darah
yang lain akan masuk ke dalam tubuh semula,'' katanya ketika ditemui
baru-baru ini.
![]() |
Ini mesin Aferesis untuk Plasma Sahaja |
Dr. Mohd. Amran memberitahu, dengan kaedah ini individu terbabit
boleh menderma lebih kerap kerana proses penggantian plasma dan platelet
yang dikeluarkan hanya mengambil masa yang cukup singkat.
Katanya, kedua-dua komponen darah itu penting untuk merawat masalah
pendarahan mangsa kebakaran, kemalangan, wanita bersalin yang kehilangan
banyak darah, penyakit hemofilia, buah pinggang, hati dan sebagainya.
"Plasma merupakan cecair darah yang mengandungi protein, antibodi
dan bahan-bahan pembekuan darah yang boleh menghalang dan merawat
pelbagai jenis penyakit.
"Platelet pula diperlukan untuk mencegah pendarahan seperti penyakit
leukemia, denggi berdarah, demam denggi dan sebagainya,'' jelas beliau.
Jangka hayat plasma yang dibekukan mencecah hingga satu tahun
manakala platelet hanya boleh
Plasma |
Dr. Mohd. Amran memberitahu, keperluan plasma lebih penting untuk
mereka yang menghidap penyakit hemofilia iaitu sejenis penyakit genetik
di mana berlaku pendarahan dalam sendi-sendi tubuh.
"Plasma yang diperoleh daripada penderma akan dihantar ke makmal di
Australia untuk mengekstrak Faktor VIII dan Faktor IX untuk dijadikan
serbuk dan digunakan sebagai ubat untuk pesakit hemofilia,'' katanya.
Menurut beliau, meskipun keperluan plasma hanya untuk kes-kes
tertentu, namun penggunaannya di Malaysia dianggarkan di antara 70
hingga 80 unit seminggu.
![]() |
Platelet |
"Setakat ini secara purata hanya 120 orang penderma datang ke PDN
untuk menjadi penderma aferesis, sedangkan kita memerlukan
sekurang-kurangnya seramai 500 orang penderma sebulan untuk memenuhi
keperluan ini,'' katanya.
Sehubungan itu, PDN mengalu-alukan orang ramai yang layak untuk
tampil menjadi penderma aferesis. Mereka boleh menghubungi talian
03-26955558 atau terus datang ke Pusat Darah Negara, Jalan Temerloh, off
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
KELEBIHAN AFERESIS
- Komponen plasma atau platelet yang dikeluarkan mencecah antara 600 hingga 800 ml.
- Penderma boleh menderma dua minggu sekali.
- Kualiti yang lebih baik.
- Komponen darah yang dikeluarkan tidak bercampur dengan sel darah merah dan ia boleh menyelamatkan lebih ramai pesakit kerana kegunaannya lebih banyak.
SYARAT-SYARAT PENDERMA DARAH
- Individu yang sihat.
- Bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti hepatitis B atau C, penyakit kelamin seperti siflis, AIDS.
- Penderma darah aferesis yang tetap.
- Mempunyai berat badan melebihi 55 kilo gram.
- Urat darah yang besar.
- Sanggup meluangkan masa antara 45 minit hingga satu jam setengah.
- Bilangan platelet yang melebihi 1,500ml.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Kesihatan PDN, Asmoni Midin
berkata, mereka yang ingin menjadi penderma aferesis perlu datang ke PDN
kerana proses pengasingan darah ini memerlukan penggunaan mesin khas.
"Mereka boleh datang ke PDN untuk mendapatkan maklumat lanjut
berhubung pendermaan aferesis atau menghubungi talian kami,'' katanya.
Untuk mengetahui maklumat lanjut layari Front Page Facebook milik Pusat Darah Negara.
Untuk mengetahui maklumat lanjut layari Front Page Facebook milik Pusat Darah Negara.
No comments:
Post a Comment