Journal 2014 - # 780

Salam perpaduan salam perjuangan!

Kenikmatan Beribadat

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-Nahl 16: 97)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang apabila terdapat kepada seseorang, dia akan merasakan manisnya iman (iaitu):
  • Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain kedua-duanya.
  • Jika dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.
  • Dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci jika dirinya dicampakkan ke dalam api neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

No comments: