Journal 2014 - # 781

Salam perpaduan salam perjuangan!

Ingat Allah!

Assalamualaikum! Hi uols! Allah sering berpesan kepada kita agar sentiasa ingat kepada-Nya kerana ia sumber kekuatan seorang Muslim.

Minda kita dibekalkan dengan kehebatan. Andai ia diprogramkan untuk mengingati perkara yang positif, tubuh akan terangsang dan bertindak selari dengan kehendak akal. Sebaliknya andai minda dikawal oleh perkara buruk dan memeritkan, tubuh akan resah dan tidak tenang. Mungkin juga seseorang akan jatuh sakit kerana minda yang kusut dan berserabut.

Subhanallah! Beruntungnya kita sebagai Muslim kerana Allah berpesan agar selalu ingat kepada-Nya. Sudah tentu Allah akan selalu ingat kepada kita.

Jika ini berlaku, manusia akan memiliki minda yang fokus dan terurus. Sebab itulah Allah berpesan agar selalu ingat kepada-Nya. Allah mengajar kita mengawal minda dengan selalu ingat kepada-Nya.

Begitulah jua kita mendidik diri kita apabila melakukan sesuatu perkara yang sukar menumpukan minda dengang mengingati kedua-dua ibu bapa yang selama ini banyak berkorban harta, masa da tenaga. Hasilnya kita akan lebih bersemangat dan sanggup meredah segala kesukaran yang mendatang biarpun terasa payah.

Maha Suci Allah yang membekalkan kita dengan kekuatan minda agar kita dengan kekuatan minta agar kita sentiasa berasa dekat pada-Nya. Melalui ingatan inilah insan Muslim mendapat sumber tenaga yang luar biasa.

Kita akan berasa seronok andai terdapat insan lain yang ingat kepada kita dan membalas ingatan kita. Bagaimanakah perasaan kita insan yang lemah dan tidak berdaya apabila mengingati Allah pencipta yang Maha Agung dan Dia akan membalas ingatan kita terhadap-Nya. Tidak seronokkah kita apabila mengenangkan semua ini?

Maha suci Allah yang mengingatkan kita agar mencari kekuatan daripada-Nya dan bukan daripada sumber yang rapuh. Ingatan itu ialah ingatan yang mengikat cinta dan kerinduan. Andai cinta ini terpateri, walau apa jua keresahan dan kepayahan yang mendatang, seorang Muslim akan tetap mendatang, seorang Muslim akan tetap teguh kekuata iman di dada. Jiwa yang lahir ialah jiwa yang luhur dan jujur. Peribadi yang terbentuk ialah peribadi unggul yang hanya mengingati Allah sebagai Tuhannya yang Esa!

No comments: