Journal 2014 - # 782

Salam perpaduan salam perjuangan!

Senarai Semak Ibadah Wanita "Uzur" Pada Bulan Ramadan

Assalamualaikum! Hi uols! Tak lama lagi nak masuk Ramadan, so apa kata kita buat persiapan bersama sebagai panduan agar bulan Ramadan walaupun kita uzur still boleh dapat pahala juga, jadi tidaklah kosong sajakan.. Berikut 8 panduan yang boleh kita amalkan ketika uzur:
  1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan.
  2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah. Ganjarannya: "Doa antara azan dan iqamah tidak ditolak." (Riwayat al-Tirmizi)
  3. Membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya:
      * Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau solat Subuh.
      * Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
      * Mempersiapkan pakaian solat mereka.
      * Nasihati mereka supaya giatkan beramal.
       
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." (Riwayat Muslim)  

  4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.
  5. Berdoa dan beristighfar.
  6. Mendengar bacaan al-Quran.
  7. Menuntut ilmu sama ada dengan dengar daripada televisyen, radio atau membaca buku.
  8. Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas.
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa... " (Riwayat al-Tirmizi) 

No comments: