Showing posts with label Info Resepi. Show all posts
Showing posts with label Info Resepi. Show all posts

Journal 2015 - # 903

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kongsi Resepi Truffle Puding Kek Cik Lara Cleopatra

Assalamualaikum! Hi uols! Bulan ramadhan ni kebanyakan makanan dan masakan yang keluarga aku selalunya akan turun ke dapur masak untuk berbuka.. Well beberapa hari ni aku teringin pulak nak makan truffle puding kek yang dah lama sebenarnya tak buat hehe.. So hari ni aku nak share resepi ni untuk dikongsi bersama.. Let do it 'Truffle Puding Kek Cik Lara Cleopatra'.

Bahan-bahannya:
1 kotak cristal jely - brand Nona (tapi perasa strawberry/ mangga lagi best)
1 tin susu cair
susu full krim
Tepung Custard
1 tin fruit cocktail / buah pic /strawberry/anggur
Kek swiss roll (perisa ikut suka)


Langkah 1:(Penyediaan lapisan kek bawah):

Potong kek swiss roll ni.. ketebalan ikut suka uols.. suka tebal potong tebal

Lepas dah potong susun kek dalam mangkuk macam gambar atas tu.. tak pun ikut kreativiti masing-masing.

Langkah 2: ( Penyediaan custard)

Bancuhkan 3 sudu besar tepung custard ke dalam periuk

Tuangkan susu cair ke dalam tepung tadi.. kacau sebati dan curahkan air (sukat ikut 1 tin susu tadi) ke dalam bancuhan tadi
 Ok.. dah sebati.. means dah tiada ketulan kecil, pastikan betul-betul yer.. nanti custard masak tak cantik.

Dah sebati masak atas dapur api yang sederhana.. kacau.

Kemudian masukkan gula 1 sudu makan (jangan banyak sangat nanti masin sangat)

Nak lagi sedap tambah sikit susu Dutch Lady Full Cream ke dalam bancuhan tadi.. Make sure lepas dah isi semua ni kacau tanpa henti.. Sebab nanti adunan ni makin lama makin pekat.


Bila adunan menjadi likat mcm dalam gambar atas tu dan nampak buih-buih kecil meletup-letup comel tu terus tutupkan api.. Jangan biar lama nanti adunan jadi keras.

Lepas tu tuangkan bancuhan custard ke atas kek yang telah disusun tadi.

Ratakan bancuhan macam dalam gambar tu..

Lepas tu hiaskan dgn buah-buahan.. ikut suka uols okey.. (tekan sikit buah-buahan masa isi tu sebab nanti tak nak bagi floating bila curah jelly)

Langkah 3 : (Penyediaan Jelly)

Sukat air sebanyak 400ml air, kemudian masukkan 1 paket jelly crystall dibancuh dgn air yg disukat tadi.

Masakkan bancuhan jelly ni atas dapur.. Kacau sebati sampai gula dia hancur. Bila jelly dah larut tutup api dan boleh tuang atas puding tadi.

Tuang jelly sampai menutupi puding dan buah sepenuhnya.

Hasil selepas curah jelly. Biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais selama mana yang anda suka. Makin sejuk makin sedap sebenarnya.. ^_^

So selamat mencuba uols!!

Journal 2014 - # 836

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Ketupat Palas dipagi AidilAdha


Assalamualaikum! Hi uols! Selamat Hari Raya AidilAdha, Selamat Menunaikan Fardu Haji buat kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia. Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk menyambut AidilAdha tahun ini. Tak sangka masih lagi berkesempatan pada usia sebegini.

Okeylah memandangkan tahun ini malahan daripada tahun-tahun sebelum ini aku memang sambut Hari Raya AidilAdha ni di perantauan, malahan tahun ni lebih mengembirakan bila sambut AidilAdha ni bersama emak aku sendiri di rumah baru aku hihi..
Lapat Pulut a.k.a Ketupat Palas

So story kami malam tadi sebelum pagi ini adalah misi membuat lapat pulut a.k.a ketupat palas. Well sebenarnya dah lama x buat ketupat palas ni, almaklumlah kalau raya sorang-sorang ni aku lebih suka pergi bercuti atau bersiar-siar sekitar KL.

Macam-macam rupa ada ketupat palas kami ni, ada kecil ada besar haha.. memang tergelak aku tengok rupa ketupat palas aku ni, apa pun janji boleh makan hihi.. ada setengah orang ketupat palas ni direbus tapi mak aku lebih suka kukus so nasik pulut tu masak rata dan lemak berkrim ^_^

Beginilah ketupas palas kami, daripada proses mendadih a.k.a tanak nasik pulut sampailah jadi ketupat palas...

Ketupat Palas Sabah Style Okey!!

Masak santan dulu

Bila pulut dah masuk ginilah rupanya
Ready to made
Dah siap tinggal nak kukus jer
Jemput makan semua.. makan dengan kuah kacang jer

Journal 2014 - # 660

Resepi oh Resepi!!

Ikan Putih Masak 3 Rasa Cara Cik LC

Hi uols!! nak dijadikan cerita semalam entah apa angin aku teringin sangat nak masak ikan 3 rasa, kebetulan hari tu masa balik Sabah baki ikan putih yang aku beli ada lagi. Jadi aku cakap kat mak aku jom masak ikan putih 3 rasa so hasilnya mcm la kt gambar tu, ni kalau Encik M nmpk ni mesti dia suka hihi  ^_^ oklah uols jom salin resepi aku ni.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan putih (ikut suka ikan apa pun boleh) - di goreng terlebih dahulu
  • 1 batang serai - di hiris halus
  • 1/2 halia - di hiris halus
  • 1/2 lengkuas - di hiris halus
  • 2 ulas bawang merah - di hiris halus
  • 2 ulas bawang putih - di hiris halus
  • 2 - 3 biji Cili padi - di hiris halus
  • 1/2 tin Pes tomato 
  • sedikit nenas dalam tin
  • 2 sudu Sos Cili
  • Sayur Campur (corn, carrot, green peas)
  • Lada bangala (ikut suka kalau nak letak)
  • Minyak untuk memasak
  • Garam 
  • Serbuk perasa/gula
  • air secukupnya
Cara:
  • Panaskan minyak dan goreng ikan putih tadi sehingga masak dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan seperti halia, lengkuas, serai, bawang mereh, bawang putih dan cili, sehingga naik aromanya.
  • masukkan pes tomato dan sos cili, gaul rata.
  • kemudian masukkan sayur campur, nenas, lada bangala tadi gaul dan tambah sedikit air untuk kuahnya. kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa atau gula masak sehingga mendidih.
  • Bila masak bolehlah angkatkan kuah tadi dan dicurah ke atas ikan yang telah digoreng. Siap untuk di hidang.

Journal 2014 - # 659

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan hari ni tetiba pula aku rasa nk share resepi masakan dgn uols.. sejak weekend lepas rajin pula aku nak masuk dapur tambahan pula sekarang ni sibuk pula aku dan mak aku mengikuti perkembangan pasal misteri kehilangan #MH370 ni. Jadi oleh kerana itu aku pun merajinkan diri untuk memasak Bee Hoon Singapore cara aku. Ini first time aku mencuba sebenarnya, selalu makan saja.. So untuk uols jom cuba resepi ni.

Been Hoon Singapore cik LC

Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
  • 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
  • 1 cawan udang basah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 batang carrot-di parut kasar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos tiram
  • 2 biji telur
  • Minyak secukupnya
Caranya:
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan udang.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon dan carrot.
  • Gaul sebati hingga masak. Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap..

Journal 2013 - # 451

Hi uols! Salam cuti-cuti Malaysia utk ouls!! Cuti yang begitu mem'busy 'kan diri dgn aktiviti tersendiri. Balik saja Sabah ni kemewahan terbentang luas, mana tak nye syurga seafood terbentang luas sana sini seafood, Murah pula tu hihi! So apa lg pulun membeli ler. Sehari b4 raya aritu aku smpt jg la ke pasar besar ikan Kota Kinabalu, urmm!! mng syurga ikan tp pasar ni buka waktu siang bkn yg malam yer! yg malam tu next time i citer okies!!
Ikan Krisis fresh!!
Udang!!
Ketam!!
So peluang yg ada dihadapan mata ini aku ambik peluang utk memasak sndiri, klau x KL mng x dpt la nk merasa makanan seafood sndiri terutama skali yg fresh terbaik drpd laut china selatan hihi{^_^}

Well uols!! arini aku nk share satu resepi yg baru saja aku buat beberapa arini rs ok la juga cuma ada beberapa kekawan bertanya camner nk buat kan. So here we go i share my resepi utk uols mencuba yer.
'Ikan Puteh Masak Steam D'Aura'

Bahan-Bahan:
1 Ekor ikan sederhana besar
Halia secukupnya (dihiris)
Lengkuas secukupnya (dihiris)
3 atau 4 ulas bawang putih (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
Beberapa biji cili padi (dipotong)
Daun bawang secukupnya
Daun ketumbar secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya (gula pun boleh)
1 Asam keping
Sos ikan utk penambah rasa (letak dalam satu ke dua sudu)

Caranya:
Semua bahan kat atas tu di masukkan bersama ikan. Kemudian kukus selama 15 ke 20 minit, ready to eat! Hihi (^_^)

Kan senang!! sume main campak jer!! so siap utk di makan. Kekadang kita kena ubah suai juga resepi ni ada yg suka masam ada yg suka pedas so pandai-pandai org nk olah mcmna yer!! Selamat mencuba uols!!

Journal 2013 - # 412

Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols, harap uols sihat2.. a little bit busy today how far i need to finish everything with life time.. arini kira da 5 ari aku berposa dalam bulan syahban x lama lg nk ramadan. Well arini aku nk share dgn korg bkn pasal ramadan maybe tomorrow ok! But today aku nk share pasal resepi juadah berbuka posa aku arini. Hmm.. memandangkan sebelum ni aku janji nak share pasal masakan 'Nangka Ampap' now arini aku nk share resepi ni utk uols.


'Nangka Ampap'

Bahan A
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia hidup
sedikit kunyit hidup
sedikit kelapa parut

Bahan B
nangka muda
ikan masin (potong kecil)
Olive oil (nak guna minyak sawit pun boleh)
garam
serbuk perasa (boleh d gantikan dengan gula)
sedikit air

Cara-cara
1. potong nangka muda ikut cita rasa kemudia rebus seketika biar lembut sedikit dan masukkan sedikit garam.
2. tumbuk Bahan A sehingga lumat.
3. panaskan minyak dan masukkan Bahan A sehingga sedikit kekuningan kemudian masukan ikan masin tumis sehingga naik aroma.
4. kemudian masukkan nangka yg telah d rebus gaul sehingga sebati, masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan masukkan air. (air yg d masukkan tidak terlalu banyak utk menumis sahaja)
5. Tumis sehingga sebati dan sedia utk dihidang.

Journal 2013 - # 410

Hi uols! Salam Ilmu salam taqwa utk uols, arini aku cuba untuk menyempatkan diri utk update weblog ni, at least ada bahan utk d kongsi bersamakan.

Okey!! arini aku nk share resepi plak.. isnin lepas aku baru cuba utk memasak nangka tumis. Well kita selalu masak nangka muda ni gulai kari, gulai lemak atau kerabu or klau org kt sabah slalu buat nangka ampap yg ni resepi aku akan share next time okeis tp arini aku nk share nangka muda tumis ikan masin, resepi ni aku olah sndiri x tau la klau uols pernah cuba atau blom. So here we go the resepi okeis!


Nangka Muda Tumis Ikan Masin
Nangka muda Tumis Ikan Masin
Bahan-Bahan:
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit ikan masin (potong dadu)
Nangka muda
1 batang serai
sehelai daun limau purut
cili padi (ikut rasa)
garam (ikut rasa)
serbuk perasa (nak guna gula pun boleh tp rasa x akan rs asli ler)
minyak zaitun (guna minyak masak biasa pun boleh)
sedikit air (untuk menumis)

Caranya:
1. Potong nangka muda mengikut cita rasa dan rebus dgn garam sehingga lembut.
2. Tumbuk bawang merah & putih, halia, kunyit & cili padi. (serai d ketuk)
3. Tumis bahan nombor 2 bersama ikan masin sehingga sedikit garing dan naik aroma.
4. Masukkan nangka, garam, serbuk perasa dan air gaul hingga rata. Siap utk dihidang dan d makan..

Selamat mencuba!! (^_^)


Journal 2012 ~ #355

Hi uols, arini ni aku nk citer pasal makan! mesti korg suka kn sbb aku bab makan mng favourite hihi, okies uols kali ni aku nk sembang pasal fenomena durian crepe!! Sedah ker?? Nak juga cuba buat!! Fuhh! skg ni makin ramai org berniaga durnia crepe siap tempah online lg.. well itu satu cr terbaik utk uols yg menjana pendapatan hihi..


Well, ini salah satu cr mcmna nk mempelbagaikan resepi berkaitan dgn durian, lepas ni ada la plak yg sudi buat cempedak crepe or nangka crepe yer hihi, lepas ni aku nk cuba jg buat durian crepe ni klau jd bleh la share2 dgn kekawan tp bukan utk jual utk mkn jer hihi.. ok uols memandangkn kali ni citer pasal durian crepe so aku nk share resepi yg aku copy utk simpanan aku.. 

Resepi Durian Crepe

Bahan-bahan

  • 250grm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yg telah dilenyek.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.