Journal 2014 - # 659

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan hari ni tetiba pula aku rasa nk share resepi masakan dgn uols.. sejak weekend lepas rajin pula aku nak masuk dapur tambahan pula sekarang ni sibuk pula aku dan mak aku mengikuti perkembangan pasal misteri kehilangan #MH370 ni. Jadi oleh kerana itu aku pun merajinkan diri untuk memasak Bee Hoon Singapore cara aku. Ini first time aku mencuba sebenarnya, selalu makan saja.. So untuk uols jom cuba resepi ni.

Been Hoon Singapore cik LC

Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus Mee Hoon-direndam hingga lembut & tos
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
  • 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
  • 1 cawan udang basah
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 batang carrot-di parut kasar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos tiram
  • 2 biji telur
  • Minyak secukupnya
Caranya:
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan udang.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon dan carrot.
  • Gaul sebati hingga masak. Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap..

No comments: