Journal 2014 - # 656



#MalaysiaAirlines, #MH370, #PrayForMH370


Kos Cari 'Kotak Hitam' Cecah Jutaan Ringgit

 

Jika benar objek yang dikesan pihak berkuasa China dan Australia di Lautan Hindi adalah pesawat MH370, kos mencari bangkai pesawat dan kotak hitam diyakini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta.

Ini berikutan tiga alat yang boleh digunakan untuk mencari kotak hitam iaitu ‘autonomous underwater vehicle’ (AUV), ‘remotely operated vehicles’ (ROV) dan alat teknologi sonar yang dinamakan pemerum gema berbilang alur (PGBA) boleh mencecah nilai berkenaan.

Malaysia tidak memiliki PGBA manakala AUV dan ROV lazimnya digunakan untuk operasi cari gali minyak.

Selain itu, faktor tempoh operasi yang mungkin berlanjutan boleh menambah kos pencarian kotak hitam

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata teknologi terkini diperlukan dalam proses pencarian ini yang kosnya pasti membabitkan berjuta-juta ringgit.

Di Malaysia, teknologi sesuai untuk operasi mencari kota hitam di Lautan Hindi digunakan meluas oleh syarikat cari gali minyak iaitu AUV dan ROV bagi meneroka laut dalam. Selain itu alat teknologi sonar yang patut digunakan, tidak dimiliki Malaysia. Kata Prof Dr Mohd Razali Mahmud.

Khamis lalu, Australia mengumumkan pihaknya menemui dua objek berukuran 24 dan 5 meter di selatan Lautan Hindi yang dipercayai serpihan pesawat MH370 manakala China memaklumkan penemuan objek berukuran 22.5 meter lebar di lautan sama, semalam.

Menurutnya, walaupun teknologi terbabit digunakan, bukan satu jaminan kotak hitam dapat ditemui serta merta.

Kedua-dua kenderaan ROV dan AUV juga tertakluk kepada tekanan air, ombak, suhu di dalam laut dan mempunyai batasan pergerakan untuk lebih pergi jauh.

Selain itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga berdepan kesukaran dengan kedalaman. Lautan Hindi yang boleh mencecah hingga 6000 meter.

Ini kerana topografi di dalam Lautan Hindi yang berbukit bukau dan arus kuat di situ menyebabkan kotak hitam mungkin terperosok di dasar laut.

Selain itu, kawasan Selatan Laut Hindi adalah kawasan terpencil dan belum dipetakan secara rasmi dibandingkan dengan Lautan Atlantik di mana kotak hitam pesawat Penerbangan 447 Air France ditemui.

Sungguh mencabar jika dibancingkan dengan tragedi pesawat 447 Air France kerana kawasan carian di Lautan Hindi terlalu luas.

Ditambah dengan keadaan cuaca tidak menentu disertai ombak setinggi lapan meter ke 10 meter membahayakan kapal dan pasukan penyelamat serta carian terpaksa menyabung nyawa.

Menurut  Prof Dr Mohd Razali Mahmud lagi, Malaysia terutama pasukan tentera tidak mempunyai peralatan canggih untuk masuk ke dalam dasar laut kerana faktor perairan Malaysia cetek.

Berikutan itu, Mohd Razali mencadangkan pasukan agensi keselamatan negara memiliki teknologi sebegini pada masa hadapan daripada mengharapkan ihsan negara lain.

Sumber memberitahu bahawa sebuah syarikat petroleum menyewa AUV dan ROV dengan harga AS$10,000 sehari (RM32,000).

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika taklimat media di Sepang semalam berkara, pihaknya tidak mengambil kira kos operasi sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terharap usaha mengesan MH370.

Kelmarin, beliau berkata, terdapat keperluan menggunakan ROV di dalam operasi mengesan pesawat dan kotak hitam yang dipercayai milik MH370 di dalam Lautan Hindi.

No comments: