Kalau tahun lepas dapat saja 'Cik Lisa A.K.A Kelisa aku bawa ke Kundasang, Biar lama kat Tanah semenanjung Ternyata Cik Lisa mampu tawan jalan ke Kundasang ^_^, start dari itu aku nekad untuk membawa beberapa misi membawa Cik Lisa ke Labuan dan Brunei, Then Mission Completed.
Tanah Tinggi Kundasang |
Februari lepas masa cuti raya cina aku berkesempatan ke Labuan dengan membawa Cik Lisa aku dengan menaiki ferry dari Terminal Menumbok. Well masa pegi tu cuaca agak baik dan selesa tapi bila balik tu laut bergelora perjalanan mengambil masa dalam 2 jam jugalah dalam kereta. Kebetulan hari yang aku pergi tu keesokan harinya adalah perasmian UTC Labuan, sempatlah ronda-ronda kat UTC tu sbb hotel yang aku tinggal tu berdekatan dengan UTC.
![]() | ||
Kecil dihadapan hehe
|
Selama 2 hari di Labuan sempatlah juga menjelajah pulau Labuan dari hujung ke hujung juga habis segala ceruk aku bawa Cik Lisa termasuklah melawat kawan yang tengah berpantang ketika itu balik ke Labuan hehe...
Selang beberapa bulan, Bulan Mei lalu sebelum Ramadan kebetulan cuti Pesta Kaamatan, aku mengambil keputusan meneruskan misi membawa Cik Lisa ke Brunei Darussalam. Huh!! Jangan terkejut dan jangan tak percaya okey! Kecil-kecil Cik Lisa aku yang comel tu boleh jalan jauh okey! Biar usianya dah 11 tahun pada tahun ini, Alhamdulillah Cik Lisa tetap mantap dan cun di atas jalan raya.
Perjalanan dari rumah aku di Tuaran sampai ke Lawas, Sarawak. Alhamdulillah dalam jam 2 petang aku tiba di Lawas dan menginap di hotel Sri Malaysia, saja nak rehat semalam kat Bandar Lawas, lagipun yang drive aku sorang jer mak aku duk sebelah jadi mem besar.
Pada keesokan pagi selepas sarapan dan mengisi minyak penuh, perjalanan diteruskan ke Brunei, untuk memasuki Brunei kita kena lalu Limbang dan juga Miri. Dan jangan terkejut antara Limbang dan juga Miri kita akan masuk ke tanah Brunei. So tak hairanlah kalau banyak cop passport ^_^
Sampai saja di imigresen Miri bermulalah kita akan masuk ke imigresen Brunei Darussalam. Ketika aku pergi musim cuti so kesesakan memang berlaku dan terpaksa tunggu giliran yang panjang. bila melepasi saja post kawalan imigresen apa lagi 'WELCOME TO BRUNEI DARUSSALAM' lah jawabnya... perghhh!! Misi bawa Cik Lisa jejak tanah Brunei dah tercapai ketika tu. kami masuk tanah Brunei kira2 dalam jam 3 petang jugalah sebab perjalanan daripada Lawas nak ke Brunei kami banyak berhenti sebab sign board nak ke Brunei sepanjang jalan antara Lawas dan Limbang memang kurang, so uols dinasihatkan kalau nak ke Brunei kena rajin bertanya supaya tak sesat jalan.
Well. Sepanjang 2 hari di Brunei kami melawat beberapa kawasan dan tempat yang selalu orang sebut antaranya, Muzium kebesaran Brunei yang menyimpan koleksi peribadi kerabat di raja, kat dalam muzium ni tak boleh ambil gambar kecuali kawasan yang dibenarkan sahaja. Selain tu, sempat jugalah berkunjung ke masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah dan masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Selain tu, sempat jugalah melawat luar kawasan Istana Nurul Iman yang terletak di Bukit Lumadin, Jalan Tutong. Sempat juga abadikan kenangan di depan pintu pagar Istana Nurul Iman. Selain tu, sempat jugalah berkunjung ke Pasar Malam Gadong dan sekitar bandar Brunei, yang paling best sempat jugalah shopping perfume kat Kompleks Yayasan Hassanal Bolkiah.
![]() |
Istana Darul Iman |
![]() |
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah Masjid Sultan Sultan Omar Ali Saifuddien |
Okeylah cukup setakat ini cerita tentang Brunei, hujung tahun kemungkinan akan ke Brunei lagi, kali ni trip family besar sikit hehe.. Adiosazz!!
No comments:
Post a Comment