Showing posts with label Catatan Journal. Show all posts
Showing posts with label Catatan Journal. Show all posts

Siapa dia Hairul Anuar Harun??

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Pernah tak dengar lagu-lagu irama Malaysia seperti Awallah Dondang, Dikir Puteri, Dondang Dendang, Cindai, Sesuci Lebaran dan banyak lagi lagu-lagu irama Malaysia yang ditulis atau dikaryakan oleh Hairul Anuar Harun. Bait-bait lirik yang disampaikan dan diluahkan punya maksud tersendiri dan tersirat seribu makna serta puitis lenggok bahasa yang digunakan.

Berasal dari Batu Kurau, Taiping, yang berbakat besar di bidang penulisan novel dan lirik. Novel pertamanya yang berjudul Afdal terbitan Makruf Publisher (1997). Bidang penulisan lirik banyak mengangkat nama Hairul ke persada seni tanahair. Antara lirik-lirik yang ditulisnya - Awallah Dondang, Semalu Rimba dan Embun Setitik untuk album Ala Dondang, lirik Dikir Puteri, Dondang Dendang, Zapin Pusaka, Kisah Satu Malam dan Gurindam untuk album Masyhur nyanyian Noraniza Idris, lirik Cindai untuk album Cindai dan Sesuci Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza, lirik Hati Kama, Ya Allah Ya Saidi, Merak di Sangkar, Pasir Salak, Lenggang Lenggok dan Dondang Dendang untuk album Sen Balas nyanyian Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris, lirik Yayadan nyanyian Sharifah Aini dan lirik Samrah Mentari, Kandil Kemilau nyanyian Jamal Abdillah. Sering bergandingan dengan pengubah lagu-lagu Irama Malaysia iaitu Suhaimi Mohd Zain atau lebih kenali Pak Ngah.

Beliau banyak terlibat di dalam produksi teater kanak-kanak seperti Taman Baginda, Muzika Lagenda P. Ramlee, Bawang Putih Bawang Merah, dan sebagainya. Sewaktu menuntut di ASK, Hairul turut terlibat di dalam beberapa pementasan teater tradisional dan moden antaranya Bangsawan Raja Laksamana Bentan (1996), Mak Yong Anak Raja Gondang 2 (1988), Randai Si Karang Manih (1999) dan terbaru adalah teater Lela Manja.

Kata beliau, ramai yang kurang menyedari peri pentingnya kekuatan sesebuah lirik dalam memberi manfaat buat para pendengar. Justeru, tidak hairanlah penulis lirik yang biasanya berada di belakang tabir memainkan peranan utama dalam menyuntik sesuatu mesej yang berguna di sebalik sesebuah lagu. Penulis lirik terkenal tanah air, beliau menganggap menulis lirik bukan setakat melengkapkan irama sesebuah lagu tetapi ia juga menjadi medan untuk berdakwah kepadanya sejak menceburi bidang penulisan.
Dia yang menjadikan bidang penulisan skrip sebagai kerjaya turut berazam untuk menambahkan lagi koleksi lirik ilhamnya yang mempunyai nilai pemikiran yang tinggi terutamanya yang berunsurkan dakwah sebagai satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
Dengan koleksi lebih 200 lirik yang telah dihasilkannya setakat ini, Hairul Anuar berharap lebih ramai penulis lirik yang tampil menghasilkan karya yang boleh meluaskan lagi minda dan pengajaran buat para peminat muzik tempatan. Lagu bukan setakat untuk dinikmati tetapi ia juga boleh dijadikan jambatan bagi mendekatkan diri si pendengarnya dengan Tuhan.

Hanya DIA Sebaik Teman


Maaf untuk segalanya, bila aku memencilkan diri daripada semua ini. Aku kecewa dengan manusia disekelilingku! aku benci pada mereka yang memerluku ketika aku senang dan tenang! Aku bosan mereka yang hanya suka berpura-pura baik tapi hipokrit! Manusia yang bertopengkan kepalsuan dan plastik! Kehidupan aku ibarat drama TV yang terlalu banyak manusia-manusia yang belum tentu jujur dan setia pada sesuatu janji! Hanya segelitir yang sudi menyapa ketika dalam sengsara! Susah Senang belum tentu membantu! 

Benar! Jika batang hidung sendiri terkena! Benar! Jika ini hakikat yang dilalui! Benar! Apa yang telah tertulis dalam hikayat kehidupan semuanya terjadi keatas diriku kini! Allahu Akhbar! Ketika ini kau buka seluas-luas belang manusia disekeliling ku, KAU perlihatkan siapa mereka pada diriku, KAU perlihatkan siapa yang akan bersama diriku ketika ini!

Aku kecewa dengan mereka yang aku anggap sebagai kawan, teman dan sahabat! Rupanya mereka hanya memerluku ketika aku dalam senang dan tenang tidak dalam keadaan aku susah dan gelisah! Bila kalian dalam susah perlukan sokongan moral, perlukan pertolongan segera aku hulurkan tangan untuk membantu!! Ciss!! Bila aku memerlukan hanya ungkapan yang memedihkan telinga dan jiwaku! Banyak alasan itu dan ini!! KEJI!! Kenapa kau hadir dalam disekelilingku ini.

Aku kecewa dan marah kepada organisasiku terutama rakan sejabatan! Hanya tahu suruh isi borang cuti! borang cuti! Bila aku masuk kerja lambakan kerja yang sepatutnya engkau boleh buat diletakkan atas meja ku!! Yang kau tahu suruh itu suruh ini!! Hidup kau senang lenang!! Outstation sana sini! Claim itu claim ini!! Arrghhhh!!! Kau hanya memikirkan kau ketua tetapi kau lupa kau sebenarnya yang tidak pandai melaksanakan tugas tanpa bantuan orang lain! Kau bukannya manusia berdikari!! Kau manusia yang BODOH!! Orang lain buat kerja kau dapat nama!! Manusia DURJANAH!!

Aku benci pada keluargaku!! Terutama sekali mereka yang terlalu rapat, apatah lagi mereka yang tinggal berhampiran!! Nasibku begini! Bila disebarkan berita musibah ini, pelbagai soalan demi soalan, pertanyaan demi pertanyaan!! Aku bosan dan rimas!! Terang lagi bersulu! Ketika keluargamu dalam kesulitan betapa kelam kabut bila mendengar berita yang diterima! Tapi bila terjadi pada keluargaku! HARAM JADAH! Semua itu dan ini alasan diberi!!

Pada mereka!! Adik beradik EMAKku!! Entah kenapa makin meluat dan sakit mataku bila kamu hadir menghampiri emak aku!! Iya!! Aku ingat dan masih ingat!! Cacian, hinaan, makian itu masih segar dalam ingatanku!!! Aku sedar aku bukan darah daging kamu!! Malahan kamu agungi darah kamu bersih, yang dijulang dan disanjungi!! Darah dalam tubuhku ini jijik! Hina! Bukan yang baik-baik!! Tapi kamu lupa pada mata Allah SWT kamu dan aku adalah sama!! Hamba kepada DIA sang pencipta!!

Buat musuh! Mungkin kau bersorak riang! Namun aku tak pernah gentar dan takut, kerana selama ini aku ada Allah!! Tuhan yang mencipta sekelian alam.

Mak!!
Sabarlah kau dan aku bersatu ketika ini, susah senang kita bersama. Jatuh bangun kita tetap UTUH! Pedulikan mereka! Ketika ini Allah menguji kesabaran, keredaan dan keimanan kita kepada-NYA. Bertahanlah ketika ini! Pasti ada ruang dan jalannya!! Allah menyayangimu ketika ini, Allah mengapuskan dosa-dosa kita ketika ini. Biar mereka dengan dunia mereka, kita dengan dunia kita. Allah sentiasa bersama kita, maha mendengar dan maha mengetahui segala kesulitan dan nikmat yang diberi kelak.

Aku hanya memerlukan sokongan bukan simpati, aku memerlukan kata-kata semangat untuk mengharungi musibah ini. Terima kasih buat insan-insan yang masih sudi menyapa dalam kesedihan. Kini aku tak perlu lagi bersandar kepada 'Jika Kau Susah Aku Tolong, Jika Aku Susah Kau Tolong'. Nonsense!! Sebaiknya aku bersandar 'Jika Kau Susah Aku Tolong, Jika Aku Susah ALLAH Ada Bersamaku!!' 

Dalam tawa, dalam tangis, dalam senang, dalam susah, dalam sihat dan dalam sakit ALLAH SWT sentiasa bersamaku. Terima kasih Allah kerana sudi menjadi kawan, teman, sahabat dan saudara yang maha mendengar lagi mengasihani.


Teater Lela Manja Sentuhan Terbaik dan Punya Aura Tersendiri

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!


Assalamualaikum! Hi uols!! Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menyaksikan Teater Lela Manja dibawa arahan Ramli Lani dan adaptasi skrip oleh Hairul Anuar Harun. Keterujaan tidak dapat disorokkan lagi, bukan sebab artis yang memegang watak yang dimainkan tetapi sebuah karya yang lama kini diberi sentuhan dan nafas baru. Bila artis da bagus dan ada nama naskah karya pun kenalah yang terbaikkan. Pementasan teater Lela Manja ni pada 22, 23, 24, 29, 30 dan 31 Julai 2016 baru-baru ni. Siapa tak pergi menang melepas, memang best. Nak tengok dalam movie tak sama tengok live hehe.. terasa macam kita berada dalam teater tu sekali.


Ada member kata kerja gila engkau nak ke Kuala Lumpur semata-mata kerana Teater Lela Manja!!
cakap-cakap kosong pada aku bagaikan langau itu aku ketepikan, tiada istilah kerja gila dalam hidup aku, dan yang pasti kerja gila itu adalah satu kepuasan dan memori yang terindah dalam hidup aku. 

Aura Teater Lela Manja memang kuat dan punya aura tersendiri, alhamdulillah dikesempatan itu aku ditemukan dengan penulis skripnya, yang memang aku kagumi dan meminati beliau sejak dahulu lagi iaitu abang Hairul Anuar Harun. Sempat juga abang Hairul membawa ke belakang pentas, wahh!! Banyak prop yang digunakan menurut abang Hairul prop dibuat sebelum bulan Ramadan lagi. Terbaiklah krew produksi yang menjayakan teater Lela Manja ni. Dengar cerita kos dia pun boleh tahan hihi.. Apapun terima kasih sebab bawa saya ke belakang pentas, atas pentas sambil-sambil jamu mata tengok prop yang digunakan dalam teater ni.

Okeylah Teater Lela Manja ni sebenarnya adalah cerita sebuah cerita lama dan merupakan sebuah filem Melayu hitam putih, yang dihasilkan tahun 1960. Ia diarah oleh pengarah Jamil Sulong. Ia adalah filem terbitan Malay Film Productions Ltd. Disebabkan cerita ni cerita lama aku memang peminat filem-filem lama yang punya unsur nilai dan moral serta tauladan pada masyarakat. So tidak hairan la bila aku kata nak tengok teater Lela Manja bukan halangan untuk aku pergi dan sampai ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Lela Manja yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang berbakat besar di Malaysia iaitu Nabila Huda, Aeril Zafrel, Sari Yanti, Hafidz Roshdi, Jay Iswazir, Syazwan Zulkifly, Shahronizam Noor, Rashdan Baba, Nurul Ellyna, Wafiy, Izzya Reen dan ramai lagi artis istana budaya. 

Sedikit sinopsis cerita Filem Lela Manja ni: 

Cerita Lela Manja ini mengisahkan Lela dan Manja merupakan dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan mengarahkan mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa sebarang makan. Pada ketika bapa mereka merantau kerana arahan dari kerajaan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri, melakukan hubungan sulit dengan Tok Megat. Perkara ini diketahui oleh kedua beradik tersebut ketika ibu tiri mereka bermandi-manda dengan Tok Megat.
Dang Suri mengugut mereka supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Tok Megat terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Bapa Lela dan Manja. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Tok Megat telah membunuh bapa Lela dan Manja apabila dia cuba mendapatkan penjelasan dari mereka.
Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri dari rumah itu. Mereka lari ke sebatang sungai dan cuba melarikan diri dengan perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.

Sinopsis Teater Lela Manja:
LELA MANJA mengisahkan Lela dan Manja, dua beradik yang mempunyai seorang ibu tiri yang selalu menyeksa mereka setiap hari dengan memaksa mereka menguruskan pelbagai kerja rumah tanpa henti dan tanpa diberi makan secukupnya. Pada ketika bapa mereka, Sang Naka belayar ke Pasai kerana perintah Sultan, ibu tiri mereka iaitu Dang Suri, melakukan hubungan sulit dengan Megat Sura. Perkara ini diketahui oleh Lela dan Manja.


Dang Suri mengugut Lela dan Manja supaya tidak memberitahu perkara itu kepada bapa mereka. Apabila bapa mereka pulang, kelakuan maksiat Dang Suri dengan Megat Sura terpaksa dihentikan tetapi disebabkan nafsu, mereka cuba sedaya upaya mencari helah untuk bertemu. Namun helah mereka akhirnya diketahui oleh Sang Naka. Untuk menutup perlakuan mereka, Dang Suri dan Megat Sura telah membunuh bapa Sang Naka.



Kedua beradik tersebut menyaksikan pembunuhan bapa mereka lalu melarikan diri ke sebatang sungai dan cuba menaiki perahu. Tetapi Lela tidak sempat menaiki perahu tersebut lalu hanyutlah perahu itu bersama adiknya Manja.


Nabila Huda
Sultan memerintahkan Megat Sura dan Dang Suri dibunuh. Megat Komeng, anak kepada Megat Sura berdendam dengan Sultan walaupun bersahabat baik dengan Raja Muda (Tengku Dewa). Megat Komeng dan rakannya Panglima Harimau Berantai, berpakat penghulu-penghulu luak yang menyokong mereka untuk menyerang Istana.

Manja yang telah dewasa, mula terpengaruh dan menyangka Megat Komeng adalah di pihak yang benar. Manja bersama kekasihnya, Mawar, menyertai angkatan orang kampung untuk menakluki Istana setelah kemangkatan Sultan. Namun, Raja Muda yang sayangkan rakyatnya, telah melarikan diri ke hutan. 

Manja dan Mawar masuk ke hutan, mencari dan memujuk Raja Muda untuk kembali ke istana demi menyelamatkan nyawa rakyat yang dikorbankan oleh Megat Komeng selagi dia tidak berjumpa dengan Raja Muda. Manja bertemu kembali dengan kakaknya Lela yang telah dipelihara oleh Sultan selama ini. Akhirnya Raja Muda bersetuju untuk kembali ke istana dan berlaku pertempuran. Megat Komeng terkorban. Lela dan Manja kembali hidup bersama dan negeri Gangga Negara kembali aman. 



Teater Lela Manja ni tidaklah terlalu modern masih mengekalkan ciri-ciri asal cerita asal namun di adaptasikan ke penyampaian lebih mudah difahami dan olah lebih cantik. Dalam teater Lela Manja ni ada unsur kejutan juga dimana watak Sang Suri dihidupkan sehingga akhir. 
Wahh!! Sepanjang pementasan teater yang ditayangkan ni memang seronok sangat. Selain dari watak dan jalan cerita 3 lagu dalam teater ni juga cukup-cukup menyentuh kalbu dan indah terutama sekali lagu pembukaan yang merupakan OST teater Lela Manja Kiasan Rindu. Boleh dikatakan menitis jugalah air mata melihat teater ni. Malam aku tengok teater Lela Manja ni banyak pelakon ganti tapi walaupun pelakon setiap watak dalam Lela Manja tetap mempunyai aura tersendiri.
Masih berbisa pelakon lama Shahronizam Noor dan Rashdan Baba
Aeril Zafrel
Watak yang dipegang oleh Nabila Huda sebagai Ibu tiri memang hidup dan cukup dramatik. Watak Aeril Zafrel sebagai Manja juga boleh dikatakan cukup memukau. Pelakon lama seperti Shahronizam Noor dan Rashdan Baba juga masih berbisa dan punya taring tersendiri. Watak Panglima Harimau Berantai yang dibawa oleh Syazwan Zulkifly juga tidak kurang hebatnya bergandingan dengan Jay Iswazir yang memegang watak Megat Komeng.
Jay Iswazir
Oh ya hampir terlupa pula dengan watak Lela dalam cerita ni dipegang oleh Sari Yanti, nampak sedikit watak yang dimainkan tetapi cukup membantu ketika Manja bertemu dengan kakaknya iaitu Lela. Sari Yanti memberi sentuh cukup lembut dan memukau mata yang memandang sama seperti yang digambarkan dalam film Lela Manja sebelum ini. Kesudahan teater ini memberi impak yang cukup besar dalam teater Lela Manja, setakat ini teater Lela Manja adalah yang terbaik. Sebagai penonton bukan sahaja terhibur namun pembelajaran daripada cerita ini adalah kesetiaan kepada negara, keadilan, kasih sayang dan juga agama yang harus dipertahankan.

Syazwan Zulkifly
Akhir sekali, kepada yang menyaksikan Teater Lela Manja, pasti akan merindui setiap slot pementasan yang paparkan dan juga pasti mengingati setiap watak yang dilakonkan. Dan dikesempatan itu aku sempat jugal bertemu dengan beberapa orang artis dan juga penulis skirp Lela Manja iaitu abang Hairul Anuar Harun. Nampak simple tapi cukup baik hati serta banyak nasihat yang diberi. Nanti cerita abang Hairul Anuar Harun ni aku kongsi di journal yang lain k. Okeylah sambil-sambil tu jamulah mata yer beberapa koleksi gambar aku berada disekitar Teater Lela Manja di Istana Budaya.


LC Album:
Menanti nak masuk Panggung Sari ni..
Persiapan awal, masa ni sempat di bawa oleh brother Hairul Anuar Harun
Bersama Penulis Skrip Lela Manja
Aeril Zafrel sebagai Manja
Rashdan Baba (Megat Sura) dan Hairul Anuar Harun (Penulis skrip)

Nabila Huda sebagai Dang Suri
Syazwan Zulkifly sebagai Panglima Harimau Berantai
Norsyuhada Staff IB yang mesra dan peramah sangat

The END!! ^_^

Misiku Perodua Kelisa

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!



Assalamualaikum! Hi uols!! Alahai dah nak setahun tak update weblog ni.. sejak berpindah ke Sabah dan komitmen kerja tak menentu ni membuat aku tidak ingat pada dunia blogger ni. Okeylah memandangkan dah buka balik weblog ni nak share lah cerita dan aktiviti nak kata baru tak la baru sangat tapi dalam tahun ni juga lah hehe..

Kalau tahun lepas dapat saja 'Cik Lisa A.K.A Kelisa aku bawa ke Kundasang, Biar lama kat Tanah semenanjung Ternyata Cik Lisa mampu tawan jalan ke Kundasang ^_^, start dari itu aku nekad untuk membawa beberapa misi membawa Cik Lisa ke Labuan dan Brunei, Then Mission Completed.

Tanah Tinggi Kundasang
Februari lepas masa cuti raya cina aku berkesempatan ke Labuan dengan membawa Cik Lisa aku dengan menaiki ferry dari Terminal Menumbok. Well masa pegi tu cuaca agak baik dan selesa tapi bila balik tu laut bergelora perjalanan mengambil masa dalam 2 jam jugalah dalam kereta. Kebetulan hari yang aku pergi tu keesokan harinya adalah perasmian UTC Labuan, sempatlah ronda-ronda kat UTC tu sbb hotel yang aku tinggal tu berdekatan dengan UTC.


Kecil dihadapan hehe

UTC Labuan
Selama 2 hari di Labuan sempatlah juga menjelajah pulau Labuan dari hujung ke hujung juga habis segala ceruk aku bawa Cik Lisa termasuklah melawat kawan yang tengah berpantang ketika itu balik ke Labuan hehe...


Selang beberapa bulan, Bulan Mei lalu sebelum Ramadan kebetulan cuti Pesta Kaamatan, aku mengambil keputusan meneruskan misi membawa Cik Lisa ke Brunei Darussalam. Huh!! Jangan terkejut dan jangan tak percaya okey! Kecil-kecil Cik Lisa aku yang comel tu boleh jalan jauh okey! Biar usianya dah 11 tahun pada tahun ini, Alhamdulillah Cik Lisa tetap mantap dan cun di atas jalan raya. 



Perjalanan dari rumah aku di Tuaran sampai ke Lawas, Sarawak. Alhamdulillah dalam jam 2 petang aku tiba di Lawas dan menginap di hotel Sri Malaysia, saja nak rehat semalam kat Bandar Lawas, lagipun yang drive aku sorang jer mak aku duk sebelah jadi mem besar.





Pada keesokan pagi selepas sarapan dan mengisi minyak penuh, perjalanan diteruskan ke Brunei, untuk memasuki Brunei kita kena lalu Limbang dan juga Miri. Dan jangan terkejut antara Limbang dan juga Miri kita akan masuk ke tanah Brunei. So tak hairanlah kalau banyak cop passport ^_^





Sampai saja di imigresen Miri bermulalah kita akan masuk ke imigresen Brunei Darussalam. Ketika aku pergi musim cuti so kesesakan memang berlaku dan terpaksa tunggu giliran yang panjang. bila melepasi saja post kawalan imigresen apa lagi 'WELCOME TO BRUNEI DARUSSALAM' lah jawabnya... perghhh!! Misi bawa Cik Lisa jejak tanah Brunei dah tercapai ketika tu. kami masuk tanah Brunei kira2 dalam jam 3 petang jugalah sebab perjalanan daripada Lawas nak ke Brunei kami banyak berhenti sebab sign board nak ke Brunei sepanjang jalan antara Lawas dan Limbang memang kurang, so uols dinasihatkan kalau nak ke Brunei kena rajin bertanya supaya tak sesat jalan.



Well.  Sepanjang 2 hari di Brunei kami melawat beberapa kawasan dan tempat yang selalu orang sebut antaranya, Muzium kebesaran Brunei yang menyimpan koleksi peribadi kerabat di raja,  kat dalam muzium ni tak boleh ambil gambar kecuali kawasan yang dibenarkan sahaja. Selain tu, sempat jugalah berkunjung ke masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah dan masjid Sultan Omar Ali Saifuddien. Selain tu, sempat jugalah melawat luar kawasan Istana Nurul Iman yang terletak di Bukit Lumadin, Jalan Tutong. Sempat juga abadikan kenangan di depan pintu pagar Istana Nurul Iman. Selain tu, sempat jugalah berkunjung ke Pasar Malam Gadong dan sekitar bandar Brunei, yang paling best sempat jugalah shopping perfume kat Kompleks Yayasan Hassanal Bolkiah. 

Istana Darul Iman
Urus niaga atau mata wang digunakan adalah dolar Brunei yang di panggil ringgit juga, huh!! Nak bagitahu dan jangan terkejut kalau berurusan niaga tetiba dapat duit singapore tak perlu risau sebab di Brunei boleh menerima singapore dolar cuma duit kita sahaja tidak diterima kecuali di Muzium Regalia atau Muzium Kebesaran Diraja Brunei mereka boleh menerima duit Ringgit.

Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Masjid Sultan Sultan Omar Ali Saifuddien
Okeylah cukup setakat ini cerita tentang Brunei, hujung tahun kemungkinan akan ke Brunei lagi, kali ni trip family besar sikit hehe.. Adiosazz!!

Antara perkara yang perlu anda kena tahu dalam Bisnes

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Assalamualaikum! Hi uols! Agak lama tidak update weblog ni setelah sekian lama dengan aktiviti yang cukup padat seharian yang dilalui. Sedar tak sedar kita berada dipenghujung tahun dah, oh ya hampir terlupa Salam Maulidur Rasul dan selamat menyambut hari natal buat rakan-rakan yang beragama kristian.

Dalam dunia bisnes ini tak kira bisnes apa yang kita lakukan atau jalankan, apatah lagi bisnes online. Anda kena pastikan yang anda mampu menguruskannya dengan baik.


Antara perkara yang perlu anda kena tahu dan penting adalah dalam bisnes tak kiralah online atau bisnes offline adalah:
  1. Rekod keluar masuk urus niaga (Buku Kira-Kira/Akaun)
  2. Cash atau tunai yang Cukup.
  3. Internet Banking (tak kira akaun simpanan atau semasa)
Rekod Keluar Masuk Urus Niaga:
Segala urus niaga atau transaksi sama ada aliran keluar masuk kewangan, stok atau pembelian perlulah direkodkan apatah lagi segala resit pembelian perlulah disimpan sebagai rekod.

Cash atau Tunai yang Cukup:
Sedia maklum dalam menjalankan apa-apa jenis bisnes Cash atau Tunai perlulah mencukupi bagi transaksi yang memerlukan tunai.

Internet Banking:
Dalam zaman kini kita sebagai peniaga harus memiliki Internet Banking tak kiralah akaun simpanan atau akaun semasa kerana ini penting bagi mereka yang menjalankan bisnes 2 dalam 1 bagi memudahkan transaksi lebih mudah dan cepat kepada pelanggan kita. Perlu diingatkan anda kena pastikan transaksi online banking yang dilakukan oleh pelanggan anda adalah tepat dan anda tidaklah tertipu.

Sebagai peniaga online juga, anda haruslah meletakkan atau mempamirkan harga, jangan asyik letak PM, INBOX, SMS or WhatApps, kerana anda membazir masa untuk semua itu. Ceritalah serba sedikit tentang produk atau service anda dengan jujur, gunalah testimonial yang betui, adalah lebih baik jika testimonial itu dilakukan pada diri anda sendiri.

9 Tips untuk bisnes online:


Okeylah next entri akan aku share lagi info berguna bagi kita nak memulakan bisnes secara online. Jangan lupa like pages aku http://www.facebokk.com/LCLegasi untuk info lanjut tentang #onexox.

Journal 2015 - # 908

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Apa Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya??

Assalamualaikum! Hi uols! Hari raya Aidilfitri ialah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah di sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bulan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T. menerusi ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Hari raya Aidilfitri sekiranya disambut dengan adab-adab yang telah digariskan oleh syara’, sudah tentu ia bukan sahaja mendatangkan kegembiraan dan keseronokan, malahan perayaan tersebut akan diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t. Justeru, kita hendaklah menjadikan hari raya sebagai suatu perayaan ibadat yang penuh dengan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. 

Dewasa ini, masyarakat Malaysia menyambut hari raya dengan penuh meriah dan menyeronokkan. Pada pagi raya, masyarakat Islam di negara kita berbondong-bondong pergi menziarahi kubur sanak saudara setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya. Sesuatu yang perlu dibincangkan ialah apakah ziarah kubur pada hari raya merupakan amalan yang baik di dalam Islam atau sebaliknya? Dan apakah amalan-amalan tersebut dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah?

Ziarah Kubur 
Pada asasnya, menziarahi kubur itu merupakan sesuatu yang baik dan digalakkan di dalam Islam. Pada zaman permulaan Islam, Nabi Muhammad s.a.w melarang orang Islam menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kebimbangan timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebarang lambang keberhalaan. Akan tetapi kemudiannya, Nabi s.a.w membenarkan umat Islam menziarahinya.

Justeru, tidak menjadi khilaf dalam kalangan ahli ilmu tentang keharusan bagi lelaki untuk menziarahi kubur, manakala bagi wanita pula, terdapat perselisihan pendapat tentang keharusan dan kewajaran mereka menziarahi kubur.

Menurut ulama’ aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi’ dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud: ‘Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu’. Nabi s.a.w juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian” (Hadis riwayat Imam Muslim), dan pada lafaz yang lain “(menziarahi kubur) mengingatkan kamu kepada akhirat."

Ziarah kubur afdhal dilakukan pada hari Jumaat, Sabtu, Isnin dan Khamis. Sunat menziarahinya serta berdoa dalam keadaan berdiri sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika menziarahi Perkuburan Baqi’. Disunatkan juga ketika menziarahi kubur membaca surah Yasin. Sunat juga dibaca ayat-ayat al-Quran yang lain seperti al-Fatihah, ayat Kursi, surah al-Takathur, surah al-Ikhlas dan sebagainya. (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh oleh Dr. Wahbah Zuhailiy, jilid 2, halaman 540).

Manakala Jumhur fuqaha’ pula, mereka menyatakan bahawa ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama’ aliran mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ada ‘keinginan ‘, maka hukumnya sama seperti lelaki. Ulama’ aliran mazhab Syafie menyatakan bahawa sunat memperbanyakkan ziarah kubur terutamanya menziarahi kubur orang soleh dan baik, dan hendaklah berdiri di hadapan kubur seumpama berdiri di hadapan orang yang hidup. (Sila rujuk al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, jilid 2, halaman 541-542).

Jelasnya, ziarah kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi laranganNya. Namun, persoalannya ialah bagaimana pula dengan menziarahi kubur pada hari raya?. Sekiranya dilihat secara umumnya, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Begitu juga, masyarakat Islam tidak wajar mengkhususkan pada hari-hari tertentu sahaja seumpama hari raya untuk menziarahi kubur. Sebaliknya menziarahi kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan pada umat Islam itu sendiri. Apa yang penting daripada ziarah kubur ialah dapat mengingati kematian dan hari akhirat.

Sehubungan itu, apakah menziarahi kubur pada hari raya dapat mendatangkan kesan yang positif kepada umat Islam iaitu dapat mengingati kematian dan hari akhirat? Sekiranya jawapannya adalah ‘Ya’, maka amalan yang seumpama ini bolehlah diteruskan. Akan tetapi, sekiranya jawapan bagi persoalan ini adalah ‘Tidak’, maka ia perlu diselidiki dan diteliti. Apatah lagi, pada kebiasaannya, selepas menunaikan solat hari raya, masyarakat Islam secara beramai-ramai pergi ke kubur dan telah berlaku seolah-olah satu temasya perayaan di tanah perkuburan dengan pakaian yang berwarna-warni, hiruk-pikuk gelak ketawa setelah berjumpa sahabat handai dan sebagainya yang menafikan ingatan kepada kematian dan hari akhirat. Tambah menyedihkan lagi ialah apabila berlakunya percampuran dan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita di tanah perkuburan!. Amat malang apabila sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat bertukar menjadi maksiat.

Oleh demikian, amalan menziarahi kubur pada hari raya boleh diteruskan sekiranya matlamat keimanan dan ketakwaan dapat dicapai. Masyarakat Islam juga harus sedar bahawa tidak ada suruhan khusus dalam Islam untuk menziarahi kubur pada pagi hari raya. Justeru, mereka hendaklah mencari waktu yang sesuai untuk menziarahinya agar sesuatu yang diharapkan menjadi ibadat tidak bertukar menjadi maksiat. Sekiranya pada pagi hari raya, terdapat ‘pesta’ di tanah perkuburan, maka sewajarnya kita mencari waktu-waktu lain untuk menziarahinya. Tidak semestinya menziarahi tanah perkuburan boleh dilakukan hanya pada pagi hari raya yang pertama sahaja, sebaliknya menziarahi kubur boleh dilakukan pada petang hari raya pertama, atau pada hari raya yang kedua, ketiga, keempat atau pada hari-hari lain yang difikirkan sesuai yang dapat mendatangkan keinsafan dalam diri.
Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ustaz Shauqi)

Journal 2015 - # 907

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Video Ucapan Paling Sempoi daripada seorang Menteri

Assalamualaikum! Hi uols! Raya nak dekat ramai pula yang buat video ucapan raya atau sebagainya, semua orang akan ambil kesempatan untuk membuat ucapan kepada kenalan serta sahabat handai dengan cara yang tersendiri.

Tidak kurang dengan itu, pemimpin terutamanya yang bergelar seorang Menteri, juga tidak asing untuk membuat ucapan melalui kenyataan media mereka.

Berbeza dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ucapan raya beliau dibuat melalui sebuah video yang menghimpunkan beberapa selebriti ternama di samping menggambarkan tradisi beraya rakyat Malaysia.

Video berdurasi 1 minit 37 saat ini menggunakan lagu 'Assalamualaikum' nyanyian Faizal Tahir yang diubah liriknya oleh Zaira Aziz dengan kerjasama Warner Music Malaysia.

Menurut jurucakap Kementerian Komunikasi dan Multimedia, idea pembikinan video raya ini dicetuskan Ahmad Shabery sendiri.


"Perbincangan serius diadakan bersama Unit Hiburan TV RTM untuk membikin video dengan mesej raya yang 'cool' dan menarik" katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Paling mencuri tumpuan, di akhir video ini Shabery menunjukkan kemahirannya bermain ukulele seperti penyanyi Indonesia, Tegar yang popular dengan lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang'.

Journal 2015 - # 906

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Air Tangan Orang Tidak Solat Lebih Hina Dari Air Kencing Anjing Hitam

Assalamualaikum! Hi uols! Hampir sebulan tak update weblog ni, al-maklumlah fokus pada bulan ramadhan yang mungkin terakhir buat aku.. Siapa tahukan.

Okeylah sedikit perkongsian ilmu yang harus kita patut ketahui dan kena tahu, kita tahu kebanyakan bazar ramadan kita di Malaysia khususnya rata-rata ruangan solat mungkin terhad atau ada yang tidak disediakan langsung oleh pihak bertanggungjawab. Tapi itu bukan alasan untuk meninggalkan solat atau mungkin ada yang menjawab 'arr nantilah aku qada kan solat yang tinggal'.. Dalam erti lain tiada penangguhan solat buat sesorang yang wajib menunaikan rukun yang kedua ini.

Sesungguhnya orang Islam yang meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa,ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga, dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).

“Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Dengan izin Allah S.W.T, akhirnya isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila sudah mendapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Jika umat Nabi Muhammad S.A.W bernazar benda yang haram, maka tak payah lakukan. Tapi kena bayaran dam (denda) atau sedekah. Tapi pada zaman Nabi Musa A.S, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar itu. Lalu, si lelaki yang mendapat anak itu, dengan susah hati pergi bertemu dengan Nabi Musa.

Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya. Lalu Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tetapi dikehendaki minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa A.S perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut. Justeru itu, lelaki tersebut pun merasa senang hati dan terus menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Kisah ini menunjukkkan bahawa betapa hinanya orang yang tidak solat, sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah,belum air tangan orang yang tidak solat lagi. Justeru itu jangan sesekali kita meniggalkan solat dengan sewenag-wenangnya kerana azab yang akan diterima nanti amtalah seksa dan pedih. Solat perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah di hari Akhirat nanti adalah Solat. Baik amalan solat maka amalan lain pun akan menjadi baik dan akan dipermudahkan. Jika solat kita ada malsah maka amalan lain pun akan turut bermasalah. Kerana solat itu merupakan tiang agama kita, jika runtuh solat maka runtuhlah agama, ibarat membina rumah rumah tanpa tiang.

Menyentuh bab air tangan ini, umat islam jangan sesekali meninggalkan solat. Jika meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.

Seandainya seseorang itu makan makanan yang mengggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya,tak berseri tanpa mekap dan liat hendak membuat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan betapa beratnya amalan solat ini, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui israk dan Mikraj, sedangkan kewajiban-kewajiban lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah S.A.W nazak, baginda sempat berpesan kepada Saidina Ali (untuk umat islam) bermaksud, “Solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.”

Oleh itu, jagalah solat jangan sesekali tinggalkan solat. Okeylah uols diakhir Ramadhan ni, mohon ampun dan maaf moga Allah memberi rahmat dan keampunan kepada kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Journal 2015 - # 905

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

ONEXOX Sponser Utama 7K Sutera Harbour Sunset Charity Run 2015


Assalamualaikum! Hi uols! Hari ni telah berlangsung satu sidang media 7K Sutera Harbour Sunset Charity Run yang di adakan di Dewan Teater Sutera Harbour Marina Club. Untuk Makluman Semua Penganjuran program ini adalah mengutip dana untuk membantu Olimpik Istimewa Sabah dan Sabah Thalassaemia. Larian amal ini bakal berlangsung pada 29 Ogos 2015 akan datang so ada masa lagi kalau uols nak join larian amal ni. Kalau ada yang berminat untuk menyertai larian amal ni uols boleh menghubungi pihak pengurusan Sutera Harbour untuk maklumat lanjut okey!

So nak bagitahu uols.. Team #ONEXOX negeri Sabah telah menjadi penaja utama kepada larian amal ini okey!! Bukan calang-calang nak seponser satu program yang gah dan besar ni ada berani.. Kepada Team ONEXOX Sabah Tahniah dan Syabas kerana memulakan langkah yang baik untuk warga ONEXOX Sabah, u guys AWESOME!!




Jom tengok apa yang berlaku sepanjang sidang media berlangsung ini. Sempat lagi LC Journal dan kekawan ONEXOX ber'selfie sebelum sidang media berlangsung.

Team ONEXOX
ONEXOX TEAM

LC dan Team ONEXOX

Journal 2015 - # 904

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Amir Jahari Kongsi Gambar Anak di FB

Assalamualaikum! Hi uols! Hari ni dah 12 Ramadhan kita berpuasa, Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik dah 12 hari kita berpuasa, cepat benar masa berlalu.. Semakin hari semakin sedih pula aku nak tinggalkan ramadhan ni.

Okeylah hari aku nak share cerita untuk pertama kalinya Amir Jahari telah berkongsi gambar anak sulung beliau sejak dilahirkan pada 18 April yang lalu.. 
Comelnya anak Amir Jahari
Apa pun LC Journal ucapkan tahniah kepada Amir dan Isteri dengan kehadiran anak yang comel dan sihat. 

Journal 2015 - # 903

Salam Perpaduan Salam Perjuangan!

Kongsi Resepi Truffle Puding Kek Cik Lara Cleopatra

Assalamualaikum! Hi uols! Bulan ramadhan ni kebanyakan makanan dan masakan yang keluarga aku selalunya akan turun ke dapur masak untuk berbuka.. Well beberapa hari ni aku teringin pulak nak makan truffle puding kek yang dah lama sebenarnya tak buat hehe.. So hari ni aku nak share resepi ni untuk dikongsi bersama.. Let do it 'Truffle Puding Kek Cik Lara Cleopatra'.

Bahan-bahannya:
1 kotak cristal jely - brand Nona (tapi perasa strawberry/ mangga lagi best)
1 tin susu cair
susu full krim
Tepung Custard
1 tin fruit cocktail / buah pic /strawberry/anggur
Kek swiss roll (perisa ikut suka)


Langkah 1:(Penyediaan lapisan kek bawah):

Potong kek swiss roll ni.. ketebalan ikut suka uols.. suka tebal potong tebal

Lepas dah potong susun kek dalam mangkuk macam gambar atas tu.. tak pun ikut kreativiti masing-masing.

Langkah 2: ( Penyediaan custard)

Bancuhkan 3 sudu besar tepung custard ke dalam periuk

Tuangkan susu cair ke dalam tepung tadi.. kacau sebati dan curahkan air (sukat ikut 1 tin susu tadi) ke dalam bancuhan tadi
 Ok.. dah sebati.. means dah tiada ketulan kecil, pastikan betul-betul yer.. nanti custard masak tak cantik.

Dah sebati masak atas dapur api yang sederhana.. kacau.

Kemudian masukkan gula 1 sudu makan (jangan banyak sangat nanti masin sangat)

Nak lagi sedap tambah sikit susu Dutch Lady Full Cream ke dalam bancuhan tadi.. Make sure lepas dah isi semua ni kacau tanpa henti.. Sebab nanti adunan ni makin lama makin pekat.


Bila adunan menjadi likat mcm dalam gambar atas tu dan nampak buih-buih kecil meletup-letup comel tu terus tutupkan api.. Jangan biar lama nanti adunan jadi keras.

Lepas tu tuangkan bancuhan custard ke atas kek yang telah disusun tadi.

Ratakan bancuhan macam dalam gambar tu..

Lepas tu hiaskan dgn buah-buahan.. ikut suka uols okey.. (tekan sikit buah-buahan masa isi tu sebab nanti tak nak bagi floating bila curah jelly)

Langkah 3 : (Penyediaan Jelly)

Sukat air sebanyak 400ml air, kemudian masukkan 1 paket jelly crystall dibancuh dgn air yg disukat tadi.

Masakkan bancuhan jelly ni atas dapur.. Kacau sebati sampai gula dia hancur. Bila jelly dah larut tutup api dan boleh tuang atas puding tadi.

Tuang jelly sampai menutupi puding dan buah sepenuhnya.

Hasil selepas curah jelly. Biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais selama mana yang anda suka. Makin sejuk makin sedap sebenarnya.. ^_^

So selamat mencuba uols!!