#Pray4Egypt #JusticeFor529
Hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin boleh ancam dunia, kata PAS
Sehubunga itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar)
meminta badan-badan dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB), Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) campur tangan
dan mengambil tindakan termasuk mencontohi tindakan Afrika yang
menggantung keahlian Mesir sebagai anggota Kesatuan Afrika.
"Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang
menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat
antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir adalah antara laluan utama
perkapalan dunia.
"Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu
keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan
impak terhadap pasaran dunia," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan
hari ini.
Mohammad Badie bersama 528 lagi ahli Ikwanul Muslimin dijatuhkan
hukuman mati oleh mahkamah Mesir yang diperintah tentera dalam
perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala
tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh.
Mereka didakwa terlibat dalam aksi keganasan sepanjang krisis yang
berlaku ekoran pemecatan Dr Mohamad Morsi sebagai presiden Mesir.
Bagi Abdul Hadi, apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.
"Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik
balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah
mendokong dan menyertai pilihan raya dalam sistem demokrasi di Mesir,"
katanya.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut mengecam
sekeras-kerasnya hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir hari ini.
Bagi Abim, hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan
masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir
keseluruhannya.
Abim menilai hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan
regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihan
raya presiden Mesir tidak lama lagi.
Hari ini seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1200 para
penyokong Morsi pula akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara
serta mengancam ketenteraman awam.
Bagi Abim, kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan
diktator negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan
Ikhwan Muslimin khususnya di Bahrainn, UAE dan Arab Saudi.
"Abim menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik
sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia," kata Amidi.
Oleh itu, kata Amidi, Abim menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat
antarabangsa untuk menyuarakan secara lantang tentangan mereka terhadap
kezaliman ini.
No comments:
Post a Comment