Journal 2014 - # 584



#MalaysiaAirlines, #MH370, #PrayForMH370


Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!! Doakan Misi mencari #MH370 agar berjaya dalam usaha mencari Kapal Terbang milik Malaysia Airlines (MAS). Sehingga kini lebih 40 jam misi mencari #MH370 ini masih lagi belum ditemui dan masih menjadi tanda tanya. Allah maha berkuasa Allah maha mengetahui, semoga usaha dalam pencarian ini berjalan dengan lancar. Kredit juga kepada Beberapa agensi dan masjid yang telah membuat solat hajat sejak semalam lagi. Kepada barisan pertahanan negara semoga kalian terus tabah dalam usaha pencarian #MH370. Moga dalam lindungan Allah swt, Amin.

Hentikan Spekulasi!? Rakyat memang suka berteka teki dan suka membuat andai sendiri sama ada dalam media sosial atau dalam mana-mana blogger. Namun siapa punca utama Pencetus Utama Spekulasi berkenaan dengan Misteri Kehilangan #MH370 itu!?

Secara lojik akal, setelah meneliti media massa dan media cetak, laporan bertulis dan laporan media online serta sidang media yang dijalankan. Hakikatnya soalan-soalan yang bodoh sebenarnya dicetuskan oleh Pengamal Media itu sendiri!! So jangan salahkan rakyat bila mereka berteka teki dan menjadi tukang tilik dalam hal ini. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, kalau tak ada soalan yang mencetuskan desas desus takkan perkara sebegini berlaku.

Ini termasuklah hal-hal yang dipolitikkan oleh sesetengah pihak! Begitu juga golongan yang kurang cerdik termasuklah public figure yang sanggup buat andaian dan tomahan terhadap isu ini. Bila melihat soalan yang diwawancara sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran rakyat atau penonton yang lebih tepat. Sedangkan penonton inginkan maklumat yang tepat. Pada penonton apa yang mereka lihat dan mereka dengar itu adalah realiti depan mata mereka. So pada penyampai berita, para wartawan tak perlulah nak tanya soalan yang pelik-pelik, walaupun niat korang baik tapi hakikatnya pada sesetengah orang yang berfikiran abstrak pada aku ni ia menimbulkan perkara negatif pada mereka-mereka yang daif akan menilai sesuatu maklumat. Sebenarnya soalan-soalan yang dilontarkan itu akan menambahkan lagi keadaan sebenarnya, penonton yg dengar pun akan mengiakan juga kalau pada mereka itu yang sebenarnya berlaku. So sebagai wartawan kenalah bijak mengutarakan soalan sebenarnya. Berbeza betul dengar bila wartawan luar negara yang mengutarakan soalan.


No comments: