Journal 2014 - # 598

#MalaysiaAirlines, #MH370, #PrayForMH370

Sampai Bila MAS Ingin Menanggung Kos??


Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!! Hari ke 4 misi pencarian #MH370 masih diteruskan, setelah lebih 60j kehilangan pesawat milik MAS ini. Moga ia dipermudahkan pencariannya. Memang kekalutan ini tidak akan berakhir sehinggalah pesawat #MH370 ini ditemui. Hanya Allah swt sahaja yang tahu akan hal ini. Kita manusia hanya tahu merancang dan Allah jualah yang menentukan segala-galanya.

Persoalanannya pada aku sekarang adalah sampai bila pihak MAS ingin menanggung kos kepada keluarga tragidi #MH370 ni?, ditambahkan pula kenyataan media cetak menyatakan pihak MAS akan menanggung kos membawa keluarga #MH370 yang terlibat daripada Beijing ke Malaysia. Untuk apa? Sedangkan pesawat #MH370 masih lagi belum ditemui.

Pada pendapat aku dan mungkin ada yang bersetuju dengan pendapat ini bahawa menanggung kos ini bukan satu langkah yang bijak dan tidak berbaloi. Keluarga yg terlibat di suruh berkampul d sekitar KLIA, Ada lebih baik keluarga-keluarga tersebut berkampul bersama keluarga mereka daripada berkampul di hotel yang dikhaskan kepada mereka dan lebih selesa mereka berada dirumah masing-masing untuk bersama keluarga dan saudara mara sendiri. Sebenarnya tekanan lebih terasa bila mereka ini berada disuatu tempat terutama sekali bila pihak media sentiasa memerhati mereka. Sedangkan Kita tidak tahu bila akan jumpa pesawat #MH370. Berapa lama kos itu perlu ditanggung sedangkan kos pencarian dan pampasan lebih besar perlu difikirkan selepas ini.

Jika pesawat #MH370 telah ditemui dan pihak MAS ingin menanggung segala kos tak apalah juga. Aku memikirkan hal ini sejak hari ke-2 kejadian misteri kehilangan #MH370 ini. Wallahualam..


No comments: