Journal 2014 - # 662



#MalaysiaAirlines, #MH370, #PrayForMH370

Disebalik Cerita & Cabaran Dasar Lautan Hindi


Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20% permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.

Data
Luas Kawasan
  • Luas: 68,556 juta km²
  • Lautan: termasuk Lautan Andaman, Lautan Arab, Teluk Bengal, Great Australian Bight, Teluk Aden, Teluk Oman, Saluran Mozambique, Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, dan sebagainya.
Panjang Pantai: 66,526 km
Titik ketinggian:
  • Titik terendah: Palung Jawa -7,258 m
  • Titik tertinggi: permukaan laut 0 m
Pelabuhan: Calcutta (India), Chennai (Madras; India), Colombo (Sri Lanka), Durban (Afrika Selatan), Jakarta (Indonesia), Karachi (Pakistan), Fremantle (Australia), Mumbai (Mumbai; India), Teluk Richards (Afrika Selatan) - Wikipedia

Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.

Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mencabarnya-dasar-lautan-hindi-sedalam-10-kali-klcc-32290?cp                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
Sementara itu, beliau turut membuat perbandingan antara misi pencarian pesawat Air France 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada 2009 dengan kehilangan MH370 dimana menurutnya ia amat berbeza.

“Kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Dalam kes Air France 447, mereka tahu lokasi pesawat itu terhempas, tetapi kita tidak tahu dimana MH370 berada.

“Disebabkan mereka tahu lokasi Air France 447, jadi ini telah memudahkan mereka untuk menggunakan segala jenis teknologi yang ada untuk mengesan kotak hitam pesawat tersebut,” kata beliau semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI pada Jumaat.

No comments: