Kawad Maut: Perjalanan ngeri bunuh tawanan (SIRI 2)

MEMBONGKAR Sejarah Perang Duna II Tentera Jepun1942 - 1945


HARI-HARI terakhir tawanan di kem perang sebelum tentera Jepun menurunkan bendera putih mereka, tiada sudah tawanan perang yang menghuni Kem Tawanan Perang (POW) yang hanya terletak 12 kilometer dari pusat bandar Sandakan.

POW Sandakan telah musnah dibakar oleh tentera Jepun bagi menyembunyikan kekejaman yang mereka lakukan dalam tempoh empat tahun menduduki Sandakan.

Apabila tentera Jepun hampir dikalahkan, kebanyakan tawanan yang masih tinggal di kem itu telah diperintahkan melakukan tiga kali perjalanan maut memaksa tawanan melakukan kawad apabila Jepun mengetahui mereka hampir kalah dalam perang.

Image result for tawanan memulakan kawad mautTiga pasukan tawanan bergerak secara berkumpulan menggunakan pintu gerbang POW dalam tempoh enam bulan untuk sampai ke Ranau.

Kisah tragis ‘Death March’ yang melibatkan sejumlah 1,066 tawanan itu hanya enam orang tentera Australia berjaya melarikan diri daripada kawad berkenaan, yang akhirnya dapat kembali pulang ke tanah air. Dalam kisah tragis ini diceritakan tiada seorang pun tentera British yang terselamat.

Menyelongkar kisah tragis ini, penulis turut mendapatkan fakta dan bukti di sebalik cerita sejarah ini dari Leftenan Leslie Bunn Glover serta melawat sendiri Taman Peringatan Sandakan yang merupakan tapak POW.

Pada Perang Dunia Kedua, para tawanan Australia dan British ditawan oleh tentera Jepun antara tahun 1942 dan 1943 di mana lebih kurang 2,700 tentera bersekutu melalui pintu gerbang POW Sandakan.

Namun, sejumlah tentera dipindahkan pada tahun 1943 dan 1944, dan terdapat 1,793 warga Australia dan 641 British yang tinggal di POW Sandakan pada masa itu.

KEMBALI KE SANDAKAN SETELAH 63 TAHUN

“Tanggal 15 Ogos adalah tarikh yang sentiasa diingati oleh pejuang Perang Dunia Kedua (War II), Leftenan Leslie Bunn Glover.

Leslie yang terselamat dari kekejaman yang di- lakukan oleh tentera Jepun di Sandakan kembali setelah 63 tahun perang tamat.
Image result for tawanan memulakan kawad maut
“Saya tetap mengingati tragedi itu dan setiap tanggal 15 Ogos saya akan datang ke Sabah untuk tujuan sematamata ingin melihat semula tapak POW yang kini telah dijadikan sebagai Taman Peringatan Sandakan,” katanya.

Menceritakan kisah sedih itu, Lislie mengakui bukan mudah untuk melupakan segala apa yang berlaku di Sandakan semasa penjajahan tentera Jepun.

“Semasa penjajahan Jepun, saya telah dijadikan tawanan pada usia 20 tahun. Amat tersiksa dan bagai tiada penghujungnya pada masa itu,” katanya.

Beliau dihukum sebagai buruh paksa oleh tentera Jepun di POW Sandakan bagi membina landasan kapal terbang sebelum dihantar ke POW di Kuching sehingga tamat perang.

Selama tempoh hampir empat tahun menjadi tawanan tentera Jepun, Leslie memberitahu dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan untuk kembali ke negeri Sabah bagi melihat semula tapak kem bersejarah di Sandakan.

“Saya menjejak kaki buat pertama kali ke Sandakan bagi menghadiri sambutan Hari Peringatan Sandakan. Kepulangan pertama saya ke POW Sandakan begitu banyak kenangan sedih, pengalaman yang menyakitkan kerana saya kehilangan terlalu ramai kawan-kawan pada masa itu,” jelasnya.

Leslie begitu berasa teruja dengan keindahan yang menakjubkan apabila melihat pembangunan Sandakan berbanding dengan tahun dia dibawa ke POW San- dakan oleh tentera Je- pun.

“Apabila saya datang ke sini sebagai tawanan, Sandakan hanya sebuah kampung, sudah tentu terdapat bangunan dibina semasa era British tetapi secara amnya, kebanyakan tempat dikelilingi oleh hutan di sekitar sini dan sekarang Sandakan mendadak dibangunkan.

“Saya berasa bangga kerana dapat kembali ke Sandakan sebagai salah satu tawanan yang terselamat dan apa yang saya lakukan seperti melakukannya untuk memperingati rakanrakan saya yang meninggal dunia di sini,” katanya.

Leslie yang setiap tahun hadir pada sambutan Hari Peringatan Sandakan telah mendedahkan diarinya bahawa dia telah menulis sebuah buku yang menceritakan keperitan, kesengsaraan dan kematian semasa menjadi tawanan di POW Sandakan.

Dalam buku itu juga, Leslie menceritakan pengalaman peribadi beliau yang pertama di dua kem tawanan itu serta menceritakan apa yang dilaluinya dalam menempuh kehidupan sebelum dan selepas perang.

Leslie juga menulis dalam bukunya itu tentang beberapa rakan seperjuangannya yang gugur sebagai tawanan yang disifatkannya mereka adalah wira perang.

TAMAN PERINGATAN SANDAKAN TINGGALAN SEJARAH BERHARGA

Kesan tinggalan bangunan dan peralatan yang digunakan semasa penjajahan tentera Jepun masih lagi boleh dijumpai di kawasan ini.

Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta rakan-rakan orang-orang tawanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingati tawanan yang terkorban semasa penjajahan Jepun.

Penulis turut telah berpeluang melawat ke taman itu yang menyimpan sejarah perang yang amat berharga bagi tatapan generasi akan datang dalam menghargai keamanan.

Apabila memulakan langkah untuk masuk melalui pintu utama taman berkenaan, penulis dapat melihat di bahagian kanan pintu masuk itu terdapat papan tanda yang tertulis kisah kesengsaraan tawanan tentera Australia, British dan orang tempatan yang terpaksa melalui kekejaman tentera Jepun bermula tahun 1942.

Image result for tawanan memulakan kawad maut
Taman yang dihiasi dengan pelbagai tanaman bunga-bungaan dan sebuah tasik yang membentangi perjalanan pelawat tidak memberi sebarang gambar pada mata kasar penulis tentang penderitaan yang tertulis selepas khayal seketika dengan keindahan yang ada dalam taman berkenaan.

Apabila memulakan perjalanan itu, penulis telah singgah sebentar ke bangunan menjual cenderahati.

Ketika meneruskan perjalanan telah menemui kesan bersejarah yang telah ditanda nombor satu destinasi para pelawat melihat sebuah mesin pengorek parit. Mesin ini telah disita oleh pihak tentera Jepun untuk digunakan semasa membina lapangan terbang tentera Jepun pada masa itu.

Apabila mesin itu diletakkan berhampiran sebuah loji tenaga untuk diperbaiki, mesin berkenaan telah disabotaj oleh salah seorang tahanan tentera Australia. Sehingga hari ini, mesin berkenaan masih lagi terletak berhampiran dengan tapak loji tenaga itu.

Berjalan untuk ke destinasi kedua, penulis dapat melihat bahagian mesin wap (dandang) dan sebuah alternator yang masih tinggal di tapak loji tenaga berkenaan.

Loji tenaga yang dibina oleh pihak British ini sebelum penjajahan Jepun digunakan untuk lampu perimeter kem dan lampu dalam bangunan-bangunan kem. Loji yang menghasilkan 110 volt ini dijadikan yang terpenting kepada tawanan perang sebagai rangkaian rahsia bagi mengadakan siaran radio rahsia pada tahun 1942 hingga 1943.

Mengikut catatan sejarah, para tawanan Australia telah dikenali sebagai Chan Ping atau lebih mesra dengan panggilan Ah Ping, supaya menambah bekalan berkenaan pada waktu petang bagi mencapai voltan yang mencukupi untuk mengadakan siaran radio rahsia.

Melihat kepada ketigatiga besi buruk itu, penulis menyifatkan ia merupakan peninggalan sejarah yang amat berharga kepada generasi masa akan datang untuk mengetahui sejarah Sandakan yang pernah dijadikan sebagai kem tawanan tentera semasa zaman penjajahan Jepun.

Penjagaan yang rapi perlu dibuat oleh pihak kerajaan terhadap tiga benda berkenaan walaupun hanya dilihat sebagai besi buruk.

Mesin pengorek, dandang dan alternator itu telah menceritakan sejarah POW yang telah memberi kesan pahit kepada tiga buah negara iaitu Malaysia, Australia dan British.

Penulis kemudiannya meneruskan langkah dengan menaiki tangga yang dikelilingi pokok-pokok besar sebelum sampai ke mini muzium taman itu.

Ketika melangkah masuk muzium taman itu banyak mempamerkan gambar serta cerita dan replika POW Sandakan yang menggambarkan kesedihan tawanan pada masa itu.

Terletak sebelah kiri mini muzium itu terdapat dua buah bekas tangki air konkrit yang merupakan bekalan air yang dibina oleh pentadbiran British sebelum perang dunia kedua.

Semasa penjajahan Jepun, tangki air konkrit ini telah dijadikan sebagai sumber air yang penting dalam kem tahanan ini. Tangki-tangki air itu telah diberi bumbung oleh pihak Jepun bagi memastikan bekalan air disitu sentiasa bersih.

Pihak Jepun juga menggunakan sumber air sungai dan paya yang terletak di pintu masuk taman ini sebagai sumber air yang dipamkan ke kem berkenaan.

Melihat kepada tangki air konkrit itu, penulis membayangkan dan dapat merasai keperitan yang ditanggung oleh para tawanan pada masa itu.

Meneruskan penjelajahan di taman itu, penulis telah sampai ke destinasi keempat yang meletakkan sebuah Tugu Peringatan Granit. Tugu ini mempunyai ukiran reka bentuk bunga yang melambangkan penduduk dari tiga negara yang menderita di Sandakan semasa Perang Dunia Kedua.

Tapak Tugu Peringatan Granit ini merupakan bekas tapak pokok besar yang pernah dijadikan tempat berbual-bual para tawanan yang sakit di hospital. Para tawanan sakit ini yang tidak dapat melelapkan mata akan duduk di celah-celah akar banir pokok berkenaan sebelum berborak panjang.

Pokok besar yang musnah setelah perang tercetus itu juga pernah dijadikan sebagai tempat menyembunyikan barangbarang berharga para tawanan perang berkenaan.

Tugu Peringatan ini akan dikelilingi kalungan bunga pada sambutan Hari Peringatan Sandakan setiap 15 Ogos yang akan dihadiri oleh keluarga tawanan dan wakil kerajaan dari tiga negara yang terlibat.

Setelah puas mengelilingi Tugu Peringatan itu, penulis kemudiannya beredar ke destinasi kelima taman berkenaan yang menempatkan stor dan dapur kuartermaster Jepun.

Hanya kelihatan bekas sebuah tangki air dan bidur konkrit yang masih ada di situ. Tangki air dan bidur konkrit berkenaan terletak bersebelahan dengan kuartermaster Jepun pada masa itu. Bekalan makanan akan disimpan di situ kecuali bekalan beras yang akan disimpan di bawah rumah komandan Kapten Hoshijima. Bekalan beras ini tidak pernah sampai kepada para tawanan.

Tidak jauh dari situ, destinasi keenam atau yang terakhir menceritakan kem Sandakan ini ialah pintu gerbang utama dan jalan keluar pada tahun 1943 hingga 1945.

Penulis kemudiannya beredar dari Taman Peringatan Sandakan untuk melihat satu lagi tugu yang juga penting mengisahkan lokasi perjalanan kawad maut yang membabitkan 1,066 orang tawanan.

Dalam 4 kilometer dari Taman Peringatan Sandakan, tugu berkenaan terletak dalam kawasan Lapangan Terbang Sandakan di mana penulis dapat melihat tulisan pada tugu ini yang menceritakan keperitan dan kesengsaraan para tawanan terlibat dalam pembinaan landasan kapal terbang.

Hari ini, mayat tawanan perang yang ditemui di Sandakan, Ranau dan sepanjang jalan kawad maut telah disemadikan di perkuburan perang Suruhanjaya Kubur Perang Komanwel di Labuan selepas dipindahkan dari perkuburan Sandakan. -Sumber Utusan Borneo

No comments: