Welcome Back Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-7



9.5.2018 Malaysia telah memilih dan kenyataannya pada 10.5.2018 jam 9.50PM Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. 

Tarikh keramat ini adalah satu tarikh yang akan diingati oleh rakyat Malaysia dimana Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas 15 tahun meninggalkan pentas politik.

Namun apa yang pasti, semua maklum akan pencapaian susuk tubuh yang berusia 93 tahun ini. Kehadiran beliau dilihat sebagai penyelamat dan hero rakyat negara ini. Mahathir, lelaki yang mempunyai aura hebat ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 di di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau sebelum ini dikenali ramai sebagai sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun iaitu bermula tahun 1981 sehingga tahun 2003.

Lebih mesra kita panggil beliau dengan gelaran Tun M, merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik daripada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.

Tun M bergiat seawal umur 20 tahun dalam bidang politik iaitu sekitar sejak tahun 1945 selepas tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union.

Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli dan dilantik menjadi Pengerusi Parti Negeri Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik.

Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kabinet adalah pada pilihan raya ketiga di tahun 1964 di mana beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%.

Tun M mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981, pada usia 56 tahun.

Tahukah anda, salah satu tindakannya selepas menjadi PM adalah membebaskan 21 banduan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, termasuk wartawan Samad Ismail dan bekas timbalan menteri di dalam kerajaan, Abdullah Ahmad, yang disyaki menjadi komunis bawah tanah.

Begitupun, kronologi paling tidak boleh dilupakan oleh rakyat Malaysia adalah apabila Tun M yang meninggalkan tampuk pemerintahan pada 2003 dan kembali semula ke dalam politik dan menjadi Perdana Menteri tetapi kali ini di bawah naungan parti Pakatan Harapan. Tun M dipilih untuk rakyat dan oleh rakyat.

Berikut adalah biografi penuh, Tun M yang kita kasihi: 


Berita Sumber: Astro Awani

No comments: