Journal 2014 - # 516

Hi uols!! Salam keamanan Salam Perpaduan Salam Perjuangan!! Entri kali ini aku ingin berkongsi berkenaan dgn beberapa rakan2 sepejuangan melakukan tindakan yang sewajarnya.. Apapun TAHNIAH dan SYABAS kerana berani tampil utk tindakan ini, Terima kasih tak terhingga.. Ingin ini perjuangan kita bersama!! Jom baca entri aku lebih selanjutnya.

Zef Fithry kini dah Popular dalam Blog, Facebook dan media cetak!!

Dah Masuk news tempatan negeri Sabah

Kemarahan itu tidak terhenti begitu sahaja, lanjutan laporan Polis dan juga SKMM telah di lakukan oleh mereka-mereka yang mng terasa kesannya penghinaan yang dilontarkan oleh Zef Fithry. Inilah akibatnya jika kesilapan yg diambil oleh beliau mengeluarkan kenyataan dalam facebook menghina rakyat Sabah. Walaupun hinaan atau maki hamun itu utk sesorg yg berbangsa Sabah, ini jelas bahawa rakyat Sabah bukan berseorangan malahan ramai. Kata orang cubit paha kanan, paha kiri akan terasa inilah semangat rakyat Sabah sebenarnya. Perpaduan terbina sejak zaman sebelum merdeka lagi jadi tak hairanlah kenapa rakyat Sabah sentiasa bersatu dalam soal sentiment sedemikian.

Apapun sokong kami dalam usaha mengharmonikan dan menghentikan tangan-tangan yang suka menabur fitnah terhadap dua buah negeri Borneo ini di 'STOP ANTI SABAH/SARAWAK' kerana kita punya hak kebebasan bersuara tapi bukan utk menghanturkan kedaulatan kedua negeri ini tp utk perpaduan antara dua benua ini iaitu Borneo dan Semenanjung tanah air kita iaitu Malaysia. Peace No War!!

No comments: