Hi uols! Salam perpaduan dan salam perjuangan!! Ikuti berita tentang Banjir di Sabah terkini di sini.
Banjir paling teruk landa Keningau, Tenom
Banjir yang melanda daerah Keningau dan Tenom kelmarin adalah yang
paling teruk dengan puluhan kampung terjejas berikutan hujan lebat yang
turun jam 4 petang dan berterusan hingga lewat malam pada Rabu.
Beratus-ratus
hektar sawah padi yang sudah mengeluarkan hasil, selain hasil pertanian
lain turut
musnah dan ratusan rumah turut ditenggalami air setinggi
satu hingga tiga meter. Banjir ini juga turut merosakkan harta
benda awam di beberapa buah kampung berikutan beberapa batang sungai
dilanda banjir antara jam 1 dan 2 pagi.
Sungai-sungai yang dilanda banjir adalah Pegalan, Pamalan, Malintang, Apin-Apin, Liawan, Kauran, Mempikit dan Liawan. Seorang
kanak-kanak perempuan berusia dua tahun turut terkorban berikutan bot
yang menyelamatnya bersama beberapa orang lain terbalik di Kampung
Mempikit Laut.
Antara kampung yang terjejas teruk pada banjir kali
ini adalah Ansip Laut, Ansip Tengah dan Pagalungan dalam kawasan Sook
dengan lebih 1,500 mangsa terlibat dalam bencana itu. Seramai
1,060 penduduk Kampung Ansip Laut, Ansip Tengah dan Pagalungan
dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan SK Cheng Meng berikutan banjir
Sungai Pegalan dan Sook yang menyebabkan sebahagian rumah penduduk
ditenggalami air setinggi dua hingga tiga meter.
Sementara itu,
Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Dalit Daerah Kecil Sook Sukilim Andamat
berkata, lapan buah kampung turut terjejas iaitu Mampulut, Mambulu,
Dalit Gana, Dalit Stesen, Dalit Laut, Sanang dan Bonor selain tiga buah
sekolah rendah iaitu SK Kuala Kahaba, SK Dalit dan SK Bonor serta
Perpustakan Desa Kampung Kahaba. Menurut penduduk kampung, jalan
dari Kampung Dalit ke Kampung Bonor tidak dapat dilalui kenderaan,
sehubungan itu orang ramai dinasihati untuk menggunakan laluan
alternatif iaitu Jalan Libodon. Lain-lain kampung yang turut
terjejas teruk ialah Gasabon, Kapayan Lama, Tigot, Kota Ayangan,
Baginda, Toboh Laut, Banjar, Lingkudau dan Mempikit Laut.
Seramai
14 penduduk Kampung Toboh Laut dan sembilan penduduk Kampung Kota
Ayangan dipindahkan ke bangunan balairaya Kampung Toboh Laut berikutan
rumah mereka dinaiki air sehingga satu meter. Sementara itu, 14
buah rumah di Kampung Lingkudau dinaiki air berikutan banjir Sungai
Bariawa dan enam keluarga lagi turut terjejas di Kampung Baginda apabila
rumah kediaman mereka dinaiki air.
Turut melawat keadaan banjir
adalah Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan, Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Ketua
Pegawai Perhubungan Parlimen Keningau Augustine Nain, ketua-ketua
jabatan kerajaan negeri dan persekutuan. Augustine meminta
pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan terlibat agar dapat membantu
anak-anak buah mereka dengan menyenaraikan nama dan nombor kad
pengenalan bagi mendapatkan bantuan daripada kerajaan. “Saya juga
meminta agar penduduk dapat dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak
mereka bermain berdekatan sungai yang sedang banjir,” katanya.
Beliau
juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama penuh
dalam menangani mangsa-mangsa banjir terutama sekali pihak polis,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam selain pemimpin
masyarakat di kampung-kampung terlibat. Di Tenom, Penolong Pegawai
Daerah Clarence Puin Piduru berkata, 20 buah kampung di daerah itu
terjejas iaitu Bangkulin, Jalan Tomani, Gumisi, Kemabong Lama,
Pamaluian, Paal, Enubai, Sindungon, Talasasan, Talipasu, Tumantalik,
Tenom Lama, Batu 8, Batu 6, di Jalan Sapong, Seri Menanti 3, Bunut,
Binsilon, Pantugon dan Kanar.
No comments:
Post a Comment