Journal 2014 - # 534

Hi uols!! Salam perpaduan salam perjuangan!! Setelah beberapa hari ini aku menulis dalam entri isu-isu yang sememangnya perlu didedahkan kepada semua orang. Isu perkauman, isu keagamaan dan isu perpaduan sesama rakyat perlu di ambil kira dan di ambil berat bukan dipandang enteng semata-mata.

Isu front page Kakyong Diya Club 2.0 adalah isu yang lapuk pada mereka yang mengetahui lama hal
ini. Namun kebiadapan dan juga keceluparan dalam menyatakan sesuatu perkara adalah tidak wajar. Sebenarnya front page Kakyong Diya Club 2.0 ni bukan setakat menghina rakyat Sabah tentang isu banjir tapi rata-rata sentiment perkauman dan agama juga dibangkitkan dalam setiap statusnya. Apa nak jadi dengan pemilik akaun Kakyong Diya Club 2.0 dimana nilai moral yang sepatutnya ditujukan kepada masyarakat kita berbilang kaum. Jika benar pemilik akaun tersebut adalah pro parti kerajaan seharusnya dia lebih bersikap lebih positif menyampaikan perkara yang baik bukannya menunding jari pada mana-mana pihak, mencaci menghina atau membidas isu hal agama orang lain.

Jika di search engine type sahaja 'kakyong diya' pelbagai cerita yang tidak menyokong dengan tindakan dan kewujudkan page tersebut, tak kira mereka-mereka ini dalam pro kerajaan atau pro pembangkang. Pemilik akaun ini seolah-olah begitu taksub dan tidak sedar tindakannya itu membawa kesan yang besar terhadap dirinya kelak. Malahan dia lupa bahawa setiap status atau kenyataan yang di nyatakan dalam laman sosial nya itu menyebabkan ramai yang akan salah faham dan menimbulkan kekacauan. 

Sebenarnya page kakyong diya ni adalah berbaur hasutan dan penuh provokasi yang suka pada kehancuran dan porak peranda negara. Pada uols yang celik ilmu dan tahu erti perpaduan dan keamanan elak-elak lah untuk melibatkan aktiviti yang tak bermoral sebegini yer. 

Kepada pemilik akaun facebook kakyong diya club 2.0 tu cukuplah buat havoc, provokasi dan sebagainya. Tak payah tunjuk kebal sangat dan tak takut pada undang-undang. Dunia ni sementara saja takut kelak tak sempat taubat roh tergantung pula, sebab tak sempat minta ampun minta maaf pada orang-orang yang telah disakit tak kira mereka itu muslim atau non muslim.

No comments: